You are on page 1of 4

SJK(T) LDG CAIRO, 71800 NILAI, NSDK.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-2 / 2020

Tarikh : 1 Julai 2020


Masa : 11.00 - 12.15pm
Tempat : Bilik Mesyuarat

Agenda Mesyuarat

1.Ucapan Pengerusi

1.1. Ketua panitia telah mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat kali
kedua ini.
1.2. GB telah meminta Panitia BI supaya menumpukan lebih perhatian kepada murid-muird
UPSR tahun ini untuk mencapai keputusan cemerlang walaupun kini kita berada dalam
serba kekurangan.
1.3. GB menyeru kepada para guru supaya menumpukan perhatian semasa PDPc.
Tindakan : Makluman

2.Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat lalu

2.1.Ketua Panitia Bahasa Inggeris telah membentangkan minit mesyuarat


yang lalu .
2.2.Minit mesyuarat ini telah dicadangkan oleh Pn.K. Periamalah dan disokong oleh
Pn.P. Mullai.

Tindakan : Makluman

3.Perkara-perkara berbangkit

3.1. Ketua panitia menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah kekangan masa dalam
menjalani saringan untuk murid pemulihan BI tahun 1-6 seperti yang diminta oleh PPD
Seremban.

Tindakan : Makluman
4.Isu-isu yang dibincangkan

4.1. Analisa dan Post Mortem Ujian Bulanan Mac 2020

- Pencapaian murid dalam Ujian Bulanan Mac 2020 telah dibincang mengikut kelas.

Perincian markah Peperiksaan Bulanan Mac 2020

Bahasa Inggeris (K1)

Tahun % lulus % gagal GPMP

4 78 22 3.64

5 60 40 4.20

6 44 56 3.4

Bahasa Inggeris (K2)

Tahun % lulus % gagal GPMP

4 100 0 1.50

5 65 35 3.75

6 56 44 3.96

4.1.1. Walaupun UPSR 2020 telah dibatalkan, usaha untuk membimbing murid harus
diteruskan oleh semua guru.Ini adalah kerana murid akan diuji dalam peperiksaan
akhir tahun 2020. Guru-guru telah memberitahu langkah-langkah yang akan diambil
bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid.
4.1.2. Guru-guru haruslah berganding bahu dalam membimbing murid untuk menyelami
kedalaman soalan –soalan peperiksaan. Murid harus diberi latihan yang mencukupi
sebelum peperiksaan dijalankan.
4.1.3 Murid harus disuap dengan teknik menjawab soalan yang betul supaya mereka tidak
membuang masa semasa menjawab soalan.
4.1.4 Murid tahun 1 hingga 4 harus diberi penekanan yang lebih kerana mereka sedang
berada dalam era CEFR dimana mereka harus diuji tahap komunikasi yang lebih
berbanding dengan bertulis. Oleh yang demikian, PBD harus dijalankan dengan kerap
untuk memperbanyakkan lagi kemahiran bertutur.

5. KSSR / PBS /MBMMBI/HIPS

5.1 KP telah menekankan tentang pentaksiran sekolah yang sangat penting pada masa kini.
Pentaksiran harus dijalankan setiap kali selepas PDPc.
5.2 Rekod transit haruslah ada dalam fail RPH sentiasa. Menurut Cikgu G. Tamilchelvi
Pentaksiran adalah berbeza mengikut semua matapelajaran dan haruslah mengikut
rubrik yang tertera dalam DSKP matapelajaran.
5.3 Pentaksiran sekolah akan dicetak dan diberikan kepada ibu bapa murid dua kali setiap
tahun.
5.4 Semua murid haruslah menguasai kemahiran 3M seperti yang tertakluk dalam objektif
MBMMBI. Minggu BI tahun 2020 akan dijalankan secara dalam talian..
5.5 Guru BM dan BI harus berganding bahu untuk meningkatkan taraf BM dan BI di sekolah.
5.6 Program HIPS dijalankan seperti yang telah dirancang.

6. UPSR

6.1 KP panitia menyatakan bahawa murid tahun 6 menghadapi masalah dalam bahagian
penulisan karangan. Oleh itu, modul edisi khas telah disediakan untuk penggunaan
mereka.

7.0 Hal-hal yang lain

7.1. Proses pemantauan PDP akan dilakukan dari masa ke semasa.


7.2 Guru haruslah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris supaya murid lebih mahir
dalam bahasa tersebut.

8.0 Ucapan Penangguhan


-Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama mereka.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

........................... .................................
( Pn.K.Kasthuri ) ( En. DR Kalimuthu )
Ketua Panitia BI Guru Besar

You might also like