You are on page 1of 17

1

MARKAH

/30

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

KFP: KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

TUGASAN 2: PENULISAN PROPOSAL KUALITATIF (BAB 1-3).

TAJUK KAJIAN

Budaya Sosial Murid Pekak dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK PROGRAM NO. TELEFON

NOR HALIMATON BINTI M20202001766 PENDIDIKAN 019-954 4246


KAMARUDIN KHAS

NAMA PENSYARAH : Dr. Noor Insyiraah binti Abu Bakar


KUMPULAN :E
2

Budaya Sosial Murid Pekak dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Masalah pendengaran atau pekak ditakrifkan sebagai kegagalan sistem auditori, kesukaran
pengesanan bunyi, pengenalpastian, diskriminasi bunyi, pemahaman dan penerimaan
maklumat melalui sistem auditori. Terdapat beberapa tahap-tahap pendengaran yang dikenal
pasti iaitu 0 – 20dB :Pendengaran Normal, 21-45dB: Kehilangan Pendengaran Ringan, 46-
60dB: Kehilangan Pendengaran Sederhana, 61-75dB: Sederhana Teruk, dan 79-90dB:Teruk.
Dalam kajian ini, pengkaji akan melihat kumpulan murid pekak itu secara am atau
lebih mudah dikenali dengan komuniti pekak di sekolah. Komuniti pekak juga merupakan
komuniti yang mempunyai budaya mereka sendiri iaitu budaya pekak. Komuniti pekak ini juga
dikatakan sukar untuk menerima orang yang mendengar merujuk kepada golongan yang
menolak budaya pekak yang mereka banggakan sebagai komuniti pekak walaupun komuniti
yang mendengar tersebut fasih dalam menggunakan bahasa isyarat. Budaya merupakan satu
gaya hidup. Amalan sesuatu komuniti yang tinggal bersama di satu tempat tertentu dengan
peraturan dan cara hidup yang tertentu. Budaya juga merupakan kemampuan seseorang itu
dapat menyesuaikan dan menyelesaikan masalah dihadapi olehnya. Kekangan dalam
memahami budaya komuniti pekak ialah bahasa yang menjadi punca utama segala masalah
komunikasi mereka yang menghalang pergaulan dengan masyarakat normal.
Pendidikan mereka juga tidak sesempurna seperti murid tipikal disebabkan oleh
ketidakupayaan dalam masalah pendengaran. Mereka terpaksa bergantung kepada bahasa
isyarat semata-mata. Budaya yang dianuti oleh kanak-kanak pekak adalah sesuatu yang
tersendiri. Contohnya memegang bahu seseorang adalah kurang selesa bagi kita yang normal
tetapi bagi murid pekak ianya merupakan suatu adab untuk menegur dengan cara yang baik
dan sopan. Seseorang yang kurang atau tidak pandai berbahasa isyarat, tidak diterima dalam
komuniti budaya pekak.

Dalam budaya orang pekak, agama, bangsa dan adat tidak diutamakan malah mereka
lebih mementingkan perpaduan melalui bahasa isyarat. Komuniti orang pekak kukuh kerana
ikatan persahabatan. Komuniti pekak sangat mementingkan persahabatan antara komuniti
pekak itu sendiri. Mereka sangat ikhlas dalam bersahabat. Namun, mereka lemah dalam
membentuk hubungan dengan orang mendengar. Ini disebabkn oleh masalah pendengaran
yang mereka hadapi. Mereka sukar untuk meluahkan perasaan mereka kerana mereka sendiri
3

tidak memahaminya. Mata merupakan deria pendengaran utama bagi golongan pekak.
Penglihatan mereka terlalu tajam kerana mereka menggunakannya untuk mempelajari sesuatu
melalui isyarat. Inilah keunikan budaya orang pekak.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati banyak masalah yang timbul semasa
pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar cacat pendengaran.
Kebanyakan guru sukar memahami budaya sosial murid pekak yang telah wujud dalam
komuniti pekak itu sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, maka satu kajian yang menjurus
untuk meneroka dan memahami budaya sosial yang ditunjukkan oleh murid-murid pekak ini
perlu dilakukan.

1.3 Objektif Kajian

1. Meneroka budaya sosial murid pekak dalam kalangan murid sekolah rendah bagi kategori
pra-remaja (10 hingga 14 tahun).

2. Mengenalpasti perbezaan interaksi sosial yang wujud dalam kalangan murid pekak dan
murid tipikal.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah budaya sosial yang ditunjukkan oleh murid-murid pekak?

2. Adakah terdapat perbezaan interaksi sosial yang wujud dalam kalangan kesemuanya murid
pekak dengan dalam kalangan percampuran murid pekak dan murid tipikal?

1.5 Kerangka Konseptual Kajian

Bentuk interaksi sosial di


antara murid pekak Situasi:

- Dalam kalangan
Perkaitan budaya pekak Teori kesemuanya murid
dalam proses Fungsionalisme pekak
pembelajaran di dalam
Teori Sosial - Dalam percampuran
kelas
Budaya Vygotsky murid pekak dan
murid tipikal
Kesan kewujudan budaya
pekak di kalangan mereka
4

Berdasarkan kerangka konseptual ini, pengkaji mempertimbangkan aspek situasi atau keadaan
semasa terbentuknya budaya sosial dalam kalangan murid pekak ini. Situasi adalah merupakan
aspek yang penting dalam kajian ini kerana ianya mempengaruhi bagaimana bentuk budaya
sosial yang terhasil di kalangan murid pekak. Berdasarkan kerangka konseptual di atas, teori
yang boleh dikaitkan ialah teori bersifat makro iaitu teori fungsionalisma yang berperanan
dalam menganalisa kefungsian setiap murid di dalam organisasi sekolah yang membentuk satu
budaya sosial yang unik di kalangan murid pekak ini.

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada pihak guru tentang
kepentingan memahami budaya sosial murid pekak yang berlaku di dalam kelas dan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Keperluan kajian kes ini adalah untuk
memahami, dan menggambarkan budaya sosial murid –murid pekak dalam kalangan sekolah
rendah kategori pra-remaja (10 hingga 14 tahun) dan sekaligus memahami keberkesanan
komunikasi yang digunakan oleh mereka ketika berinteraksi. Pada peringkat ini budaya sosial
murid pekak ini didefinisikan sebagai satu budaya yang terbentuk secara tersendiri dan
diwujudkan oleh komuniti pekak itu sendiri.
5

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

Komunikasi dalam pendidikan memainkan satu peranan yang penting dalam menyediakan
muridyang kompeten dan berdaya saing dalam persada dunia dan dapat mendepani cabaran
Revolusi Industri 4.0 tidak terkecuali untuk murid masalah pendengaran. Berdasarkan
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM) (2020) dalam data Pendidikan Khas di Malaysiam
menunjukkan separa tahun pertama tahun 2020 mendapati terdapat 952 orang murid pekak di
sekolah rendah berbanding 32,635 murid berkeperluan khas dalam pelbagai
keistimewaan. Walaupun bilangan itu kecil, namun keperluan mereka terhadap seni tidak
boleh dinafikan. Ia bertepatan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat menyebut
mengenai hak asasi manusia dan hak kanak-kanak di dunia yang menggariskan dalam perkara
27, “...Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kehidupan kebudayaan
masyarakatnya menikmati kesenian dan berkongsi dalam kemajuan sains dan faedahnya.”
Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) (1990).

Tafsiran dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 menyatakan


murid berkeperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan atau
masalah pendengaran atau mempunyai masalah pembelajarann (KPM,2020). Murid
bermasalah pendenagran atau murid pekak merujuk kepada murid yang mengalami masalah
pendengaran dalam kategori ringan (20dB-40dB) sehingga teruk (90dB-140dB). Mereka ini
memerlukan komunikasi yang lebih efektif bagi merangsang pembelajaran mereka. Bagi
memastikan komunikasi yang dijalankan efektif, guru perlu memahami selok-belok
komunikasi dalam pendidikan, strategi komunikasi, interaksi sosial dan cabaran-cabaran dalam
komunikasi bagi menghasilkan komunikasi yang efektif (Yossita,2017). Carpenter et al. (2020)
mendapati murid pekak merasa terasing kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik
maka guru memainkan peranan dalam PdPc. Ia disokong oleh Ahmad Taufiq (2020) yang
menyatakan guru adalah pihak yang paling bertanggungjawab terhadap berlangsungnya
komunikasi yang efektif dalam pembelajaran murid dalam kelas.

Norzuraina (2019) menyatakan bahawa dalam Teori Sosial Budaya Vygotsky


menyatakan tentang; (i)prosedur dalam pembelajaran;(ii) bahasa sebagai alat;(iii)
pengantara dalam pembelajaran; (iv) interaksi sosial ialah pembelajaran asas dan
perkembangan kognitif; dan (v) Zone of Proximal Development (ZPD) adalah aktiviti primary
dalam pembelajaran. Teori ini menyokong pada faktor-faktor perkembangan pembelajaran
kanak-kanak. Ia juga mengatakan bahawa intelektualiti kanak-kanak, penguasaan bahasa dan
6

perkembangan sosialisasi mereka dipengaruhi oleh interaksi atau alam persekitarannya dan
berkembang dalam konteks sosial.

Menurut Hasuria Che Omar (2009), melalui buku beliau yang bertajuk Penterjemahan
dan Bahasa Isyarat, persepsi yang mengatakan bahawa komunikasi komuniti pekak hanya
berlaku di antara orang-orang pekak sahaja adalah salah dan perlu diperbetulkan. Komuniti
pekak juga terdiri daripada mereka yang berkaitan secara langsung dengan orang pekak dan
mereka yang membantu serta menyokong golongan ini. Oleh yang demikian, ini menunjukkan
bahawa budaya komunikasi dan perkongsian budaya juga berlaku secara luas dan bukan hanya
dalam golongan orang-orang pekak sahaja. Golongan berkaitan yang dinyatakan ini juga telah
terbiasa dengan bahasa yang digunakan oleh komuniti ini, iaitu bahasa isyarat dan budaya
orang pekak. Menurut beliau lagi, masalah pendengaran yang dihadapi akan menyebabkan
masalah pertuturan yang menyebabkan seseorang bermasalah untuk menguasai kemahiran-
kemahiran membaca yang lain seperti lisan, pemahaman, membaca dan menulis. permasalahan
ini telah menyebabkan wujudnya budaya komunikasi yang tersendiri dalam kalangan kanak-
kanak pekak.

Beliau juga menyatakan, bagi kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak
pekak, mereka menunjukkan bentuk komunikasi seperti lemah dalam menyatakan fikiran
dengan jelas, lemah memahami bahasa lisan orang lain dan lemah penguasaan ilmu kerana
bahasa yang digunakan di sekolah tidak sama seperti yang digunakan di rumah. Hal ini terjadi
kerana ibu bapa mengalami ketidaktentuan dalam memilih bentuk bahasa yang perlu dan sesuai
untuk berkomunikasi dengan anak mereka. Oleh itu, budaya komunikasi bagi kanak-kanak
pekak ini adalah agak lemah dari segi pemahaman dan penguasaan ilmu. Maka mereka akan
menjadi agak terpinggir dari segi komunikasi apabila berada dalam komuniti kanak-kanak
pekak yang lain. Hal ini menunjukkan, dalam budaya komunikasi mereka, ada individu yang
menjadi dominan dan ada individu yang akan terpinggir (pasif). Perkara ini juga akan
mempengaruhi budaya dan tingkah laku yang ditonjolkan oleh mereka.

Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang membesar dalam keluarga pekak pula,
budaya yang ditunjukkan ialah komunikasi sering terbentuk secara semulajadi, iaitu melalui
ciptaan baru, penerokaan atau peniruan kerana keperluan untuk menjana sesuatu komunikasi
untuk berlaku. Apabila ayat terbentuk, komunikasi ini akan menjadi lebih sempurna.
Komunikasi ini akhirnya akan menyatakan apa yang mencakupi pengetahuan mereka (Kyle &
Woll, 1985; Paul & Quiqley, 1994). Dengan ini, kanak-kanak ini boleh menjadi individu yang
7

dominan daripada segi komunikasi apabila mereka berada dalam kalangan rakan-rakan sebaya
yang pekak. Mereka boleh mengawal dan menentukan budaya semasa berkomunikasi dengan
rakan. Mereka boleh menjadi individu yang pandai bergurau atau mengusik rakan-rakan lain
yang agak pasif.

Menurut Rabiatul et al. (2018) pula, dalam kajiannya yang berkaitan penerokaan awal
mengenai budaya berkongsi pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak pekak menyatakan
mereka mempunyai bahasa dan budaya yang tersendiri. Daripada segi bahasa, mereka gagal
untuk memahami struktur ayat bahasa Melayu dengan baik. Beliau juga berpendapat bahawa
golongan pekak adalah juga mahu dikenali sebagai satu golongan yang berkongsi budaya yang
tersendiri. Tetapi kajian mengenainya sememangnya kurang kecuali dalam bidang bahasa.
Walaupun ada laporan yang menyatakan kanak-kanak pekak boleh berkomunikasi denggan
kanak-kanak normal, tetapi masih terdapat penyisihan secara sosial dan perbezaan komunikasi
yang memberi kesan kepada perhubungan antara rakan.

Manakala kajian Bobzien et al. (2016) menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran dan
budaya komunikasi antara kanak-kanak pekak dengan kanak-kanak normal semasa permainan
koperatif dijalankan. Mereka menghadapi kesukaran pada permulaan permainan iaitu
bagaimana untuk masuk atau menyertai permainan. Tetapi setelah mula bermain, mereka boleh
mengambil giliran dan bahagian secara verbal apabila interaksi secara spontan terjadi. Hal ini
menunjukkan kaedah permainan tertentu menjadi perangsang yang cukup untuk menggalakkan
komunikasi dengan rakan berlaku secara semulajadi.

Seterusnya, budaya komunikasi kanak-kanak pekak sering menunjukkan tema-tema


utama; a) komunikasi, b) permulaan komunikasi, c) pengekalan komunikasi. Aspek utama
dalam komunikasi pula ialah; a) kemampuan komunikasi, b) kemahiran sosial, c) kesan
daripada persekitaran (Yu-han Xie et al. 2014).
8

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Rasional pengkaji
memilih kajian kes adalah bagi membantu pengkaji mendapatkan data secara terperinci hasil
daripada penerokaan dalam persekitaran sebenar untuk membina kenyataan dan penerangan
berkaitan bidang kajian iaitu mengenai budaya sosial di kalangan murid pekak. Kajian kes
adalah satu penyelidikan yang mengkaji fenomena yang terjadi dalam konteks sebenar
(Yin,1994). Kajian ini melibatkan temu bual separa berstruktur yang melibatkan soalan-soalan
yang terbuka diajukan kepada responden supaya mendapat maklumat yang jelas dan
mendalam kerana kajian kes merupakan kajian yang menjurus kepada usaha memasuki sesuatu
kumpulan budaya. Selain itu, rakaman secara audio dan video juga dilakukan. Kesemua temu
bual dan rakaman akan diterjemahkan dalam bentuk transkrip. Kajian ini juga dapat
memfokuskan kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan memberi penjelasan
kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin,1994). Kajian ini juga boleh
menjawab soalan “bila”.”bagaimana” dan “mengapa” budaya pekak itu terjadi dan difahami.

Di dalam kajian ini temubual akan dilakukan secara bersemuka dengan responden bagi
mewujudkan situasi yang meyakinkan responden untuk memberi pandangan dengan
mendalam. Setiap kali temu bual dijalankan, pelbagai alatan mekanikal seperti gabungan
kamera video dan perakam suara untuk merekod dan memelihara data akan digunakan.
Pengkaji akan mendapatkan persetujuan lisan terlebih dahulu daripada responden sebelum
temu bual dibuat dan responden juga akan dimaklumkan bahawa segala rakaman perbualan
adalah untuk tujuan kajian semata-mata dan maklumat diri responden akan dirahsiakan. Temu
bual juga dilakukan terhadap guruy ang berpengalaman sebagai mengukuhkan lagi hasil kajian
ini. Bagi memastikan keselesaan responden dalam, memberikan pandangan, temu bual akan
dilakukan di tempat tertutup dan selesa.

Pengkaji juga akan memastikan tiada soalan-soalan yang terlalu sukar untuk dijawab
dan tiada soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti sehingga boleh mengganggu emosi
responden. Responden juga boleh menolak sebarang soalan yang dirasakan tidak relevan atau
boleh mengganggu emosi mereka. Mereka akan dibenarkan menarik diri daripada temu bual
pada bila-bila masa jika sekiranya berasa tidak selesa untuk meneruskan temu bual.
9

3.2 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kanak-kanak pekak di Temerloh, Pahang. Sekolah ini
terdiri daripada murid-murid pekak dari tahun satu hingga tahun enam. Terdapat juga murid
pekak yang tinggal di asrama kerana sekolah ini menyediakan asrama untuk mereka. Terdapat
juga sebilangan kecil murid yang tinggal di rumah sendiri dan berulang alik ke sekolah setiap
hari. Bangunan sekolah juga bersebelahan dan berada di dalam kawasan sekolah yang sama
dengan bangunan murid-murid tahun satu hingga tahun enam aliran perdana (normal) dan
murid PPKI Pembelajaran.

3.3 Responden Kajian

Kajian ini melibatkan 1 orang guru kelas pendidikan khas pendengaran di sebuah sekolah di
Temerloh. Responden merupakan seorang guru yang berpengalaman lebih dari 5 tahun sebagai
guru murid bermasalah pendengaran. Pemilihan guru yang berpengalaman ini untuk
mendapatkan hasil dapatan kajian yang lebih kukuh. Kajian ini juga melibatkan murid kurang
upaya pendengaran atau murid pekak yang berumur 10- 14 tahun. Sampel ini dipilih secara
tidak rawak. Hal ini kerana persampelan secara tidak rawak adalah sejenis pensampelan
bertujuan dan kebiasaannya digunakan dalam kajian kualitatif. (Meriam, 1998). Cresweell
(2013) menyatakan dalam penyelidikan kualitatif persampelan bertujuan digunakan kerana
ianya membolehkan pengkaji memilih responden yang dapat memberi jawapan pada persoalan
kajian secara terperinci.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

Dapatan data terhadap kajian kes ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan temu
bual dan senarai semak pemerhatian. Data kaedah kualitatif didapati mempunyai kelebihan
kerana data ini dapat diterangkan dan dinilai secara lebih teliti (Ramli&Musa, 2020). Che
Aleha (2015) menyatakan penggunaan pendekatan kualitatif dapat membincangkan realiti
atau keadaaan sebenar sesuatu situasi, yang mana realiti merupakan sesuatu yang dibina
oleh individu yang terlibat dalam penyelidikan. Pendekatan ini digunakan secara deskriptif
apabila melibatkan bahasa isyarat, bahasa badan, ekspresi,dan tugasan. Hasil antara data
akan dibuat triangulasi bagi memastikan kesahannya.
10

3.4.1 Temu Bual

Kaedah temu bual adalah melibatkan seorang guru bermasalah pendengaran yang mempunyai
pengalaman mengajar lebih daripada 5 tahun. Temu bual yang dipilih ialah jenis separa
berstruktur kerana ia merupakan kaedah utama yang penting dalam kajian ini untuk
mendapatkan maklumat yang berbentuk teks atau ayat-ayat yang tidak mempunyai struktur dan
tidak dapat dirumuskan dalam bentuk nombor atau statistik seperti data kuantitatif. Data
tersebut adalah dalam bentuk dokumen iaitu transkrip yang perlu dianalisis. Temu bual akan
di rekod menggunakan alat perakam audio supaya tiada maklumat tercicir atau tertinggal.
Transkrip akan disediakan untuk setiap temu bual. Selain itu, pemerhatian juga dibuat dan
dirakam.

3.4.2 Pemerhatian

Pemerhatian adalah metod utama yang sangat penting dalam penyelidikan kualitatif.. Compte
pengasas sosiologi, mengatakan dalam bidang kemasyarakatan, pemerhatian merupakan salah
satu dari metod teras, di samping kajian perbandingan, analisis persejarahan dan eksperimen.
Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial yang
sebenar. Pemerhatian memungkinkan penyelidik merekodkan perlakuan yang berlaku.
(Othman Lebar, 2017). Pemerhatian dilakukan sendiri oleh pengkaji sebagai pemerhati kepada
murid-murid pekak semasa berlakunya sesi pembelajaran dan di luar sesi pembelajaran. Di
dalam kajian ini, satu nota pemerhatian disediakan yang mengandungi elemen seperti aktiviti
dan interaksi, perlakuan murid dan sebagainya.
11

PROTOKOL TEMU BUAL Lampiran 1

Budaya Sosial Murid Pekak Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Nama:
Masa:
Tempat:
Nama Guru:

BIL GARIS PANDUAN TEMU BUAL KOMEN/REFLEKSI

1. Membina Hubungan dengan yang ditemubual

i. Bolehkah cikgu ceritakan apakah kategori murid


bermasalah pendengaran yang berada di dalam kelas cikgu
ini?

ii. Dengan pengalaman lebih 5 tahun mengajar murid-murid


pekak ini, adakah cikgu berasa seronok?

iii. Bolehkah cikgu terangkan sedikit latar belakang murid


pekak yang cikgu ajar kini?

2. Pembelajaran di dalam kelas

i. Saya pernah terbaca bahawa murid pekak ini mempunyai


“short-term memory” (ingatan jangka pendek). Apa
pandangan cikgu?

ii. Bagaimana dengan tahap intelektual murid pekak?


Mungkinkah berbeza-beza mengikut tahap umur atau
bagaimana?

iii. Bagaimanakah murid pekak mengadaptasikan diri dalam


pelbagai situasi dalam kelas? Dari segi kepelbagaian tahap
pekak dan juga bangsa yang berbeza?
12

iv. Dari aspek gaya pembelajaran, bagaimana mereka belajar?


Dari segi motivasi untuk belajar bagaimana ye? Saya pernah
lihat mereka seolah-olah tiada daya saing untuk cemerlang
dalam peperiksaan.

v. Bagaimanakah cara guru memberi arahan kepada murid


semasa Pengajaran dan Pembelajaran?

3. Interaksi Sosial di kalangan murid pekak

i. Tahap pekak murid berbeza-beza kan? Bagaimana dengan


bacaan gerak bibir? Ramaikah murid pekak yang mampu
membaca gerak bibir?

ii. Terdapat murid yang boleh bertutur (ada suara) kan? Ada
tak situasi yang mana murid yang ada suara ini menjadi
penterjemah perbualan guru dan murid yang ‘profound’?

iii. Mengapakah mereka tidak pernah nampak letih walaupun


sentiasa berisyarat?

iv. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran, bagaimana


interaksi sosial antara mereka? Mungkin sesusatu yang
menunjukkan keakraban di antara murid-murid pekak?

v. Semasa berada di luar sesi pembelajaran? Bagaimana pula


interaksi sosial yang berlaku?

vi. Saya pernah juga berada dalam kelompok kanak-kanak


pekak ini. Saya melihat pergaulan sosial mereka agak agresif
atau kasar. Mungkinkah ini salah satu budaya dalam
kehidupan orang pekak?

vii. Apa yang saya lihat, di sekolah ini murid-murid terdiri


daripada pelbagai bangsa. Jadi bagaimana pergaulan mereka?
13

viii. Bolehkah cikgu ceritakan tentang perkara-perkara yang


tidak disukai oleh murid pekak ini dalam situasi sosial
seharian?

xi. Ada yang mengatakan mereka tidak suka orang berbisik di


hadapan mereka? Apa pendapat cikgu?

x. Bagaimana pula dari segi emosi mereka? Bagaimana


mereka luahkan emosi marah atau meluahkan sesuatu yang
mereka berasa tidak bersetuju dengan sesuatu perkara?

4 Interaksi Sosial di kalangan murid pekak dan murid tipikal

i. Blok sebelah ini murid normal kan cikgu? Bagaimana


mereka bergaul di kantin atau semasa sukan?

ii. Saya pernah dengar cerita yang kanak-kanak pekak ni sukar


untuk bergaul dengan murid normal. Di sini bagaimana?

iii. Bagaimanakah tahap keakraban mereka? Adakah berbeza


hubungannya dengan murid tipikal ini?

iv. Ada juga mengatakan mereka suka bagi gelaran simbol


isyarat tangan tertentu pada orang-orang yang mereka baru
kenal? Memang begitukah cikgu dan kenapa mereka
berkelakuan begitu?

5. Penutup

i. Bagaimana pula dengan keunikan yang ada pada mereka?


Pandangan cikgu, apakah lagi keunikan mereka yang berbeza
dengan kanak-kanak normal?

ii. Secara keseluruhannya, adakah cikgu memahami budaya


sosial yang wujud di kalangan murid pekak ini?
14

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN Lampiran 2

Tarikh: Masa:

Tempat:

Bil Aspek yang diperhatikan Catatan/refleksi

1. Keadaan kelas
Komposisi pelajar di dalam kelas
- bilangan pelajar
- jantina
- susun atur kedudukan murid
- infrastruktur di dalam kelas

2. Interaksi
i.Interaksi sosial di antara guru dengan murid
-Bahasa yang digunakan
-Perlakuan atau tingkah laku yang murid tunjukkan
-Emosi murid ketika proses pembelajaran
-Komunikasi yang berlangsung adakah satu hala/dua
hala
ii.Interaksi sosial di antara murid pekak dengan
murid pekak
-Bahasa yang digunakan
-Perlakuan atau tingkah laku yang murid tunjukkan
-Emosi murid ketika proses pembelajaran
-Komunikasi yang berlangsung adakah satu hala/dua
hala
iii. Interaksi sosial di antara murid pekak dengan
murid tipikal
-Bahasa yang digunakan
15

-Perlakuan atau tingkah laku yang murid tunjukkan


-Emosi murid ketika proses pembelajaran
-Komunikasi yang berlangsung adakah satu hala/dua
hala

3. Pemerhatian responden: Murid Pekak


-ketrampilan diri
- sahsiah diri
-latar belakang
-umur
-jantina

4. Situasi:
i.Semasa sesi pembelajaran
-Adakah murid aktif di dalam sesi pembelajaran
-Adakah murid memberi respon semasa guru
bertanyakan soalan?
-Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar atau tidak?
-Adakah murid menyertai aktiviti yang dirancang
dengan guru?
-Adakah emosi murid ketika sesi pembelajaran
dijalankan?
ii.Di luar sesi pembelajaran
-Apakah emosi murid ketika di luar sesi pembelajaran?
-Adakah murid memahami arahan orang lain selain
gurunya?
-Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh murid ketika
melakukan aktiviti selain sesi pembelajaran?
16

RUJUKAN

Abdullah Bin Yusoff (2017), Memahami Komunikasi Orang Pekak. Open University
Malaysia: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rabiatul Adawiyah bte Abu Bakar, Salina Mohammed Rashid & Ghazali Mohd. (2018).
Budaya Berkongsi Pengetahuan dalam Kalangan Pelajar Pekak: Satu Kajian Penerokaan,
Proceeding of the 1st International Conference on Management and Muamalah 2014
(1st ICoMM).

Bobzien, J, Richels, C., Raver, S. A., Hester, P., Browning E. & Morin, L. (2016). An
Observational Study of Social communication Skills in Eight Prescoolers with and
Without Hearing Loss During Cooperatif Play, Early Childhood Education Journal, 41,
339-346.

Yu-Han Xie, Potmesil, M., & Peters, B. (2014). Children Who Are Deaf or Hard Hearing in
Inclusive Educational Settings: A Literature Review on Interactions With Peers, Journal
of Deaf Studies and Deaf Education, 19 (4), 423-437

Abdul Rahim Razalli. 2015. Sejarah perkembangan kaedah pengajaran murid-murid


bermasalah pendengaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five
approaches. Sage Publications.
Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study: Applications in education. Jossey
Bass Inc.
Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang.

Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2008), Audiologi dan Habilitasi Auditori. Open
University Malaysia: Meteor Doc. Sdn. Bhd

Safani Bin Bari (2008), pengajaran dan Pembelajaran Pertuturan Untuk Kanak-kanak
Masalah Pendengaran. Open University Malaysia: Meteor Doc. Sdn. Bhd

Safani Bin Bari (2006), Psikologi dan Perkembangan Kanak-kanak Masalah Pendengaran.
Open University Malaysia: Meteor Doc. Sdn. Bhd
17

Jenkins, J.R., Pious, C.G. dan Jewell, M. (1990). Special Education and Regular Education
Initiative: Basic Assumpition. Exception Children, 56 (6), 479-491.

Hasuria Che Omar (2009), Penterjemahan dan Bahasa Isyarat, Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

You might also like