You are on page 1of 3

CARA RAWAT SAKIT GIGI

Kesakitan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh badan kita untuk
menandakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Anda mungkin tergeliat otot
semasa mengangkat kotak yang berat atau melecur tangan secara tidak sengaja
ketika memasak. Jika anda pernah mengalami sakit gigi, anda pasti tahu
kesakitan yang dirasai amat perit. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan
pergigian dengan segera, cubalah beberapa rawatan sakit gigi yang boleh
dilakukan di rumah.

Punca Sakit Gigi


Malangnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan sakit gigi.
Enamel gigi yang haus atau garis gusi yang menyusut boleh mendedahkan
dentin gigi, iaitu lapisan tisu keras di bawah enamel. Ini menjadikan gigi anda
sensitif terhadap cecair sejuk dan panas atau minuman bergula.

Kaviti ialah satu lagi pencetus sakit gigi yang biasa. Apabila saraf sensitif dalam
gigi anda terdedah, tindakan mudah seperti menggigit sesuatu yang keras boleh
menyakit.

Jika anda tergigit sesuatu yang keras, gigi anda mungkin akan retak. Trauma
semasa kemalangan juga boleh meretak gigi. Gigi yang retak teruk boleh
mendedahkan saraf sensitif yang terletak jauh di dalam gigi anda.

Kadang kala rawatan pergigian yang dilakukan untuk menyelesaikan satu


masalah boleh menyebabkan masalah lain.

Tampalan dan korona boleh menjadi longgar atau retak, dan menyebabkan sakit
gigi.

Naluri pertama anda untuk melegakan sakit gigi mungkin melibatkan


penggunaan kompres sejuk atau ubat tahan sakit yang dibeli dari farmasi.
Tetapi, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dicuba.
1. Minyak Bunga Cengkih

Minyak bunga cengkih berfungsi untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan
bengkak. Minyak ini berkesan kerana ia mengandungi eugenol, sejenis anestetik
semula jadi. Ia berfungsi sebagai pelega sakit sementara. Titiskan sedikit minyak
bunga cengkih pada kapas, kemudian sapu kapas tersebut pada gigi dan gusi
yang terlibat.

Minyak bunga cengkih mungkin dapat melegakan rasa sakit, tetapi ia


mempunyai rasa yang tidak menyelerakan.

2. Kumuran Air Garam

Cuba bilas mulut anda dengan air garam yang suam jika anda mengalami sakit
gigi dan gusi bengkak. Tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air
suam. Setelah berkumur campuran tersebut dalam mulut anda, ludahkan
keluar.

Kajian yang diterbitkan oleh Journal of the Indian Society of Pedodontics and
Preventive Dentistry menyimpulkan bahawa kumuran air garam boleh
membantu mengawal pengumpulan plak pada gigi dan mencegah penyakit gigi.

3. Kumuran Hidrogen Peroksida

Seperti air garam, kumuran hidrogen peroksida boleh melegakan rasa sakit dan
bengkak dalam mulut. Ia juga boleh membunuh bakteria, mengurangkan plak
dan memulihkan gusi berdarah. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of
International Society of Preventive & Community Dentistry menunjukkan
penggunaan hidrogen peroksida sebagai ubat kumur boleh mengurangkan
gingivitis.

Sebelum anda berkumur, pastikan anda menyediakan campuran kumuran


dengan betul. Campurkan 3% hidrogen peroksida dengan jumlah air yang sama.
Kibas campuran itu dalam mulut anda, tetapi jangan ditelan.

4. Minyak Pudina
Minyak pudina telah digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat sakit gigi,
menurut Arabian Journal of Chemistry. Minyak pati ini mempunyai fungi
antibakteria dapat mengurangkan kesakitan gigi, dan menjadipilihan popular
bagi mereka yang ingin melegakan sakit gigi sementara menunggu untuk
mendapatkan rawatan gigi. Gunakan kapas untuk menyapu beberapa titis
minyak pada kawasan yang terlibat.

Ingat bahawa rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan di rumah hanya
memberikan kelegaan sementara. Sentiasa dapatkan nasihat doktor gigi anda
jika anda mengalami sakit gigi. Mereka boleh menjalankan pemeriksaan gigi
yang teliti dan mengenal pasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik


berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat,
diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau
penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai
pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.

You might also like