You are on page 1of 4

PUNCA DAN RAWATAN SAKIT LUTUT

Punca Sakit Lutut

Penyebab sakit lutut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu yang disebabkan
kecederaan, masalah pergerakan dan keradangan sendi atau penyakit sendi.

1. Kecederaan

 Kecederaan Anterior Cruciate Ligament ACL


 Tulang patah atau retak
 Meniskus koyak
 Keradangan pada Bursae
 Keradangan Tendon

2. Masalah mekanikal

 Kepala lutut terkeluar daripada tempatnya


 Iliotibial Band Syndrome
 Berat badan berlebihan
 Sakit kaki atau punggung yang memberikan tekanan kepada lutut 

3. Penyakit Sendi

 Osteoarthritis
 Rheumatoid arthritis
 Gout
 Septic arthritis

Simptom Sakit Lutut

Bagi mereka yang mengalami sakit lutut, kebiasaannya akan mempunyai simptom seperti
dibawah : 

 Lutut lebam dan bengkak 


 Lutut berbunyi ketika dibengkokkan ataupun sedang berjalan
 Lutut tidak stabil dan lemah
 Sukar untuk menggerakkan lutut, sukar menaiki tangga dan sukar meluruskan kaki
Cara Melegakan Sakit Lutut

1. Rawatan Awal

Sekiranya anda berhadapan dengan kesakitan ataupun kecederaan ringan pada bahagian
lutut ketika bersukan ataupun dalam aktiviti harian, anda digalakkan untuk mencuba kaedah
RICE sebagai rawatan awal bagi melegakan masalah sakit lutut.

Berehat ataupun berhenti daripada aktiviti tersebut. Lindungi bahagian


Rest / Rehat
fizikal yang sakit

Ais boleh melegakan bengkak dan kesakitan. Letakkan ketulan ataupun


Ice / Ais
pek ais pada bahagian yang cedera selama 10-20 minit, 3 kali sehari.

Gunakan Elastic Bandage pada bahagian yang cedera. Balutan ini akan
Compression
mengurangkan kesan bengkak dan kesakitan pada bahagian tersebut.
/ Tekanan
Pastikan Elastic Bandage tidak dipakai terlalu ketat.

Sebelah kaki yang cedera atau sakit ditinggikan sedikit ketika berehat.
Elevation /
Boleh gunakan bantal  atau bangku rendah untuk meninggikan
Meninggikan
bahagian yang sakit.

Rawatan awal seperti ini telah dipraktikkan secara meluas bagi mengurangkan kesakitan
yang dialami oleh individu pada bahagian lutut ataupun buku lali. Rawatan ini lebih fleksibel
kerana boleh dibuat diluar ataupun didalam rumah. Namun begitu, sekiranya kesakitan ini
berpanjangan dan bertambah teruk. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi
mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sewajarnya.

2. Kurangkan Berat Badan

Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada lutut dan kaki dan belakang badan untuk
menyokong tubuh. Lebihan berat badan juga menyebabkan sendi-sendi anda bengkak dan
memburukkan lagi keadaan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga lebih
mudah tercedera dengan teruk sekiranya terjatuh atau terhentak.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami sakit pada
bahagian sendi lutut, belakang atau kaki, menurunkan berat badan adalah salah satu cara
terbaik untuk melegakan kesakitan ini. 

3. Bersukan 

Sesetengah senaman atau sukan boleh membantu melegakan sakit lutut kerana ia boleh
memperbaiki fleksibiliti anda serta mengurangkan kesakitan. Selain bersenam, anda juga
boleh melakukan aktiviti sukan yang kurang memberi impak dan tekanan pada bahagian
lutut seperti: 

 Berenang
 Berjalan perlahan
 Aerobik dalam air
 Berbasikal setempat

4. Gunakan Tongkat Atau Alat Sokongan

Sekiranya kesakitan pada lutut menyukarkan pergerakan dan aktiviti harian anda, guna
tongkat sebagai alat sokongan ketika anda bergerak.

5. Rawatan Herba

Sesetengah herba dipercayai boleh mengurangkan sakit lutut seperti:

 Aloe Vera
 Halia
 Kunyit
 Bawang putih

Bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, anda tidak digalakkan untuk
mengambil herba. Setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan herba-
herba ini, oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum
menggunakannya. 
6. Pencegahan Kecederaan Semasa Bersukan

Jika anda seorang individu yang aktif dan kerap bersukan, anda dinasihatkan untuk: 

 Mendapatkan latihan dan teknik pergerakan yang betul ketika bersukan. Pergerakan
dan teknik yang baik mampu mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian lutut.

 Sentiasa membuat aktiviti renggangan badan sebelum memulakan aktiviti sukan.   


 Pastikan kedudukan fizikal anda sentiasa stabil ketika bersukan
 Menggunakan kasut sukan yang sesuai

7. Ubat dan Rawatan 

Jika masalah sakit lutut ini berterusan dan bertambah teruk, anda disarankan untuk
berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Antara rawatan sakit lutut
termasuklah ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan, suntikan ke dalam sendi dan
sesetengah masalah sakit lutut perlu dirawat dengan pembedahan dan fisioterapi. 

Penulis

Ditulis oleh
Izzat Izzuddin
Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Zagazig University, Egypt

You might also like