Professional Documents
Culture Documents
Cara Rawat Sakit Gigi
Cara Rawat Sakit Gigi
Kesakitan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh badan kita untuk
menandakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Anda mungkin tergeliat otot
semasa mengangkat kotak yang berat atau melecur tangan secara tidak sengaja
ketika memasak. Jika anda pernah mengalami sakit gigi, anda pasti tahu
kesakitan yang dirasai amat perit. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan
pergigian dengan segera, cubalah beberapa rawatan sakit gigi yang boleh
dilakukan di rumah.
Kaviti ialah satu lagi pencetus sakit gigi yang biasa. Apabila saraf sensitif dalam
gigi anda terdedah, tindakan mudah seperti menggigit sesuatu yang keras boleh
menyakit.
Jika anda tergigit sesuatu yang keras, gigi anda mungkin akan retak. Trauma
semasa kemalangan juga boleh meretak gigi. Gigi yang retak teruk boleh
mendedahkan saraf sensitif yang terletak jauh di dalam gigi anda.
Tampalan dan korona boleh menjadi longgar atau retak, dan menyebabkan sakit
gigi.
Minyak bunga cengkih berfungsi untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan
bengkak. Minyak ini berkesan kerana ia mengandungi eugenol, sejenis anestetik
semula jadi. Ia berfungsi sebagai pelega sakit sementara. Titiskan sedikit minyak
bunga cengkih pada kapas, kemudian sapu kapas tersebut pada gigi dan gusi
yang terlibat.
Cuba bilas mulut anda dengan air garam yang suam jika anda mengalami sakit
gigi dan gusi bengkak. Tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air
suam. Setelah berkumur campuran tersebut dalam mulut anda, ludahkan
keluar.
Kajian yang diterbitkan oleh Journal of the Indian Society of Pedodontics and
Preventive Dentistry menyimpulkan bahawa kumuran air garam boleh
membantu mengawal pengumpulan plak pada gigi dan mencegah penyakit gigi.
Seperti air garam, kumuran hidrogen peroksida boleh melegakan rasa sakit dan
bengkak dalam mulut. Ia juga boleh membunuh bakteria, mengurangkan plak
dan memulihkan gusi berdarah. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of
International Society of Preventive & Community Dentistry menunjukkan
penggunaan hidrogen peroksida sebagai ubat kumur boleh mengurangkan
gingivitis.
4. Minyak Pudina
Minyak pudina telah digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat sakit gigi,
menurut Arabian Journal of Chemistry. Minyak pati ini mempunyai fungi
antibakteria dapat mengurangkan kesakitan gigi, dan menjadipilihan popular
bagi mereka yang ingin melegakan sakit gigi sementara menunggu untuk
mendapatkan rawatan gigi. Gunakan kapas untuk menyapu beberapa titis
minyak pada kawasan yang terlibat.
Ingat bahawa rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan di rumah hanya
memberikan kelegaan sementara. Sentiasa dapatkan nasihat doktor gigi anda
jika anda mengalami sakit gigi. Mereka boleh menjalankan pemeriksaan gigi
yang teliti dan mengenal pasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian.