You are on page 1of 189

MODUL PENGAJARAN

942 GEOGRAFI STPM


PENGGAL 1, 2 dan 3

Ditulis oleh Guru-Guru Geografi STPM Malaysia


Dengan kerjasama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Unit Geografi Majlis Peperiksaan Malaysia
@ BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI
STPM 942

KANDUNGAN

Prakata i
Panel penulis ii

1. 942 / 1 GEOGRAFI PENGGAL 1

Bahagian A Alam Sekitar Fizikal


1. Sistem bumi 1 – 11
2. Sistem Geomorfologi 12 - 44

Bahagian B Alam Sekitar Manusia


1. Penduduk 46 - 61
2. Penduduk dan Sumber Alam 61 - 66
3. Transformasi Desa 67 - 68
4. Bandar dan pembandaran 69 - 79
5. Kemahiran amali 79 - 86
6. Contoh soalan 87 -84

2. 942 / 2 GEOGRAFI PENGGAL 2

Bahagian A Alam Sekitar Fizikal


1. Sistem Atmosfera 1 – 14
2. Sistem Hidrologi 15 - 20

Bahagian B Alam Sekitar Manusia


1. Pembangunan Ekonomi dan Impak
Alam Sekitar 21 - 38
2. Globalisasi Ekonomi dan kerjasama
serantau 39 -62

3. 942 / 3 GEOGRAFI PENGGAL 3

Bahagian A Alam Sekitar Fizikal


1. Sistem ekologi 1 – 12
2. Saling kebergantungan 13 - 21
Bahagian B Alam Sekitar Manusia
1. Impak alam sekitar dan pengurusan 22 – 37
PANEL PENULIS
MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI STPM

Bil Nama Guru Sekolah


1 Tn. Hj. Rodzli Hashim, BCK SMK Hutan Kampong, Alor Setar, Kedah
2 Hjh. Rosnah Hj Salleh SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang
3 LindaYip Soon Liang SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawk
4 Noor Laila Bt Abdullah SMK Gombak Setia, Gombak, Selangor
5 Norida Mat Ail SMK Sungkai, Sungkai, Perak
6 Chin Fui Moi @ Tracy SMK Lohan, Ranau, Sabah
7 Harun Othman SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor
8 Sardi Sirajudin SMK Tawau, Tawau, Sabah
9 Nur Farhanah Teng Bt Abdullah SMK Labuan, WP Labuan
10 Mohd Roslan Harun SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu,
Terengganu
11 Sahrom Md.Amin SMK Dato Amar Diraja, Muar, Johor
12 Mohd Fairani B Busu Mohamad SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas,
Kelantan
13 Zolkarnain B Hassan SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Merlimau,
Melaka
14 Norasyikin Mohd Aris SMK Tuanku Abdul Rahnan, Gemas ,
N.Sembilan
15 Chander Segar Pillay a/l Ramachandren SMK St. Mark, Butterworth, Pulau Pinang
16 Abdul Sukeri B Ahmad SMK Tengku Sulaiman, Perlis
17 Mohd Asri B Mohamed Nawi SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang
18 Nik Noraini Nik Hassan SMK Bukit Payung, Besut, Terengganu
19 Roslan Muhamad SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan
20 Andi Arjuna B Andi Asri SMK St. Thomas, Kuching, Sarawak
21 Dr.Ovelyn @ Ozy Bt Matanluk SMK Sikuati, Kudat, Sabah
22 Mohd Rashid B Husin SMK Dato’ Hj Ahmad Badawi,Pulau Pinang
942/1
GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL
( BAHAGIAN A)
Tajuk: SISTEM BUMI

Konsep/Tajuk Huraian
1. 1.1 Konsep Sistem
a) mentakrifkan konsep sistem :
sistem bermaksud satu set angkubah yang tersusun,
saling bertindakbalas dan saling bergantung untuk
membentuk satu sistem alam sekitar fizikal.
Angkubah merujuk kepada perkara-perkara atau unsur
yang boleh berubah atau mengubah unsur yang lain
dalam sistem itu. Misalnya sistem sungai , angkubahnya
ialah air sungai, lurah sungai, batuan dan hidupan.
b) menerangkan konsep sistem dalam persekitaran fizikal :
berdasarkan kepada fungsinya, sistem terbahagi kepada
3 jenis iaitu :
i)Sistem terpencil – sistem yang tidak membenarkan
tenaga atau jisim keluar atau masuk ke dalam sistem
tersebut.
ii)Sistem tertutp – sistem yang tidak membenarkan
jisim keluar tetapi membenarkan tenaga keluar atau
masuk ke dalam sistem ini. Contohnya sistem bumi di
mana tenaga matahari boleh masuk ke dalamnya dan
bumi boleh membebaskan kembali haba tersebut.
iii)Sistem terbuka – sistem yang membolehkan
pertukaran tenaga dan jisim. Sistem ini mempunyai
sempadan terbuka yang membolehkan tenaga dan bahan
keluar atau masuk ke dalam sistem tersebut. Contohnya
sistem hutan atau sistem tasik.

Jika berdasarkan kepada pola hubungan atau sifat


interaksinya, sistem terbahagi kapada :
i)Sistem morfologi – sistem yang mengandungi elemen
fizikal yang tersusun dan saling bertindak balas .
Misalnya sistem tindak balas dalam sebuah lembangan
saliran.
ii) Sistem lata – sistem yang angkubah-angkubahnya
berinteraksi secara sehala. Interaksinya membentuk
rangkaian urutan input (bahan yang masuk),storan
(bahan tersebut melalui proses fizikal tertentu) dan
output ( hasil daripada proses fizikal tersebut).
iii)Sistem Proses Tindak balas – sistem ini wujud
dengan gabungan interaksi antara elemen fizikal dalam
sistem lata dan sistem morfologi.

1.2 Konsep sistem suria a) menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan
sistem bumi sebagai satu planet yang memperoleh tenaga dari
matahari.
sistem suria bermaksud matahari dan Sembilan planet
yang berputar di atas paksi masing-masing sambil beredar
mengelilingi matahari.
1.3 Kedudukan Bumi
a) menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera;
Dalam Sistem Suria
terdapat banyak bukti yang menunjukkan bentuk bumi
bulat sfera :
1. gambar bumi dari satelit- bumi berbentuk bulat sfera
2. semua planet dalam cakerawala berbentuk bulat sfera
3. garis pusat bumi (diameter) bumi besar di
khatulistiwa (tengah) 12 760km,kecil di kutub (12
715km ).
4. Memerhati pelayaran kapal dari tengah lautan –
badan kapal akan kelihatan sedikit demi sedikit
semakin kapal itu menghampiri pantai.
5. Pelayaran kapal laut mengelilingi dunia akhirnya ia
kembali ke tempat permulaannya.
6. Fenomena matahari terbit (fajar) dan matahari
tenggelam ( senja ) membuktikan bumi bulat

Pergerakan bumi – berlaku melalui dua cara , iaitu :


i) Bumi berputar di atas paksinya ( sambil beredar
mengelilingi matahari )
ii) Bumi beredar mengelilingi matahari sambil
berputar di atas paksinya.

b) Menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong


dan peredarannya mengelilingi matahari.
i. Putaran Bumi di atas Paksinya

Ciri-ciri atau sifat putaran bumi di atas paksinya:


i) Mengambil masa 24 jam bagi satu pusingan
ii) Dari arah Barat ke arah Timur
iii) Mengambil masa 1 jam bagi setiap 15ºg/bujur

ii. Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari

Ciri-ciri atau sifat perdaran bumi di atas orbitnya :


i) Mengambil masa 365 ¼ hari bagi satu pusingan
ii) Dari arah barat ke timur
iii) Beredar di atas orbit yang bujur (elips)

` c) Menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi

i. Kesan putaran bumi di atas paksinya:


Kesan-kesan putaran bumi di atas paksinya sambil
mengelilingi matahari :
i) Menyebabkan kejadian siang dan malam
ii) Menyebabkan perbezaan waktu tempatan dan
mewujudkan 24 zon waktu dunia
iii) Putaran bumi menghasilkan daya koriollis di
kawasan khatulistiwa yang menyebabkan
pembiasan aarah angin laizim. Di Hemisfera
Utara pergerakan angin akan terbias ke kanan. Di
Hemisfera Selatan pergerakan angin terbias ke
kiri.
iv) Menyebabkan fenomena pasang surut air laut.

Kesan-kesan peredaran bumi :


i) Menyebabkan terjadinya empat musim di
kawasan sederhana dunia, iaitu :
a) Musim dingin (November-Disember-Januari)
b) Musim bunga ( Februari-Mac-April)
c) Musim panas ( Mei-Jun- Julai )
d) Musim luruh (Ogos-September-Oktober)
ii) Menyebabkan panjang waktu siang atau
malam yang tidak sama di kawasan sederhana
dunia. Di HU waktu siang lebih pendek (kurang
dari 12 jam ) antara bulan Nov-Dis-Jan dan di
HS waktu siang lebih panjang (lebih dari 12 jam )
iii) Menyebabkan fenomena gerhana matahari –
peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu
kedudukan bulan berada antara matahari dan
bumi. Oleh itu cahaya matahari akan terlindung
oleh bulan daripada sampai ke bumi.
iv) Menyebabkan fenomena gerhana bulan –
peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu
bumi berada di antara matahari dan bulan.
Dengan itu cahaya matahari terlindung daripada
sampai ke bulan.
v) Perubahan kedudukan matahari : Nov-Dis-Jan
matahari berada di Hemisfera Selatan ; Mei-Jun-
Julai matahari nerada di Hemsifera Utara .
vi) Perubahan ketinggian matahari – pada masa
solstis matahari lebih rendah di Garisan Sartan
atau Jadi. Pada masa ekuinoks, kedudukan
matahari lebih rendah di Khatulistiwa.
vii) Mewujudkan keadaan afelion ( jarak bumi-
matahari paling jauh -152juta km)
viii) Mewujudkan keadaan perihelion ( jarak bumi-
matahari paling dekat -147juta km )

d) menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya


terhadap unsur fizikal dan aktiviti manusia
e) Pengaruh musim dingin kepada aktiviti manusia di kawasan
sederhana dunia :
Melakukan kerja memburu binatang untuk mendapatkan
kulit – dijual untuk industri pakaian musim sejuk-
dilakukan dalam musim dingin kerana daun pokok gugur
mudah mengesan binatang ; permukaan bumi bersalji
tebal menyukarkan pergerakan binatang ; bulu tebal
Mengadakan sukan musim sejuk – ski , luncur ais, binaan
dari salji – contoh Olympik Musim Dingin
Mengurung ternakan lembu/kambing dalam kandang
selama 2-3 bulan bagi mengelakkan cuaca sejuk- ternakan
diberi makan dalam kandang
Sesi persekolahan /pengajian universiti bercuti – cuti
penggal atau semester bersamaan dengan tempoh musim
dingin – mengelakkan pelajar daripada cuaca sejuk dan
kesukaran ke sekolah akibat timbunan glasier.
Rumah penduduk disediakan dengan “dapur pemanas”
menggunakan pembakaran arang batu atau kayu untuk
mengurangkan kesan cuaca sejuk dalam rumah.
f) kesan semulajadi di bumi ketika solstis musim dingin di HU :
Masa siang lebih pendek – kurang dari 12 jam
Masa malam lebih panjang – lebih dari 12 jam
Wujud musim dingin
Kutub Utara mengalami malam 24 jam
g) kesan semulajadi di bumi ketika musim panas di HS :
Masa malam lebih pendek – kurang dari 12 jam
Masa siang lebih panjang – lebih dari 12 jam
Wujud musim panas
Kutub Selatan mengalami malam 24 jam

1.4Tenaga a) Takrif konsep tenaga:


Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu proses
atau kerja.
Dalam alam sekitar fizikal tenaga ialah keupayaan untuk
melakukan sesuatu proses seperti proses sejatan, proses
luluhawa, proses pembentukan batuan dan
seumpamanya.
b) Punca tenaga :
Tenaga berasal dari dua punca iaitu
i. tenaga endogenik ( tenaga dari dalam bumi ) dan
ii. tenaga eksogenik ( tenaga dari luar permukaan bumi )
Tenaga endogenik termasuklah tenaga haba dalam bumi,
tenaga magnetik/radiogenik , tenaga graviti, geoterma
Tenaga eksogenik termasuklah tenaga haba, kinetik,
keupayaan
c) Membezakan tenaga eksogenik dan endogenik
- perbezaan bderdasar kepada punca, jenis dan pengaruhnya.

1.5 Peranan tenaga suria 1. Peranan tenaga suria terhadap hidupan bumi
terhadap proses fizikal i) Tumbuhan
dan hidupan di bumi 1. Menentukan jenis tumbuhan semulajadi di sesuatu
kawasan:
a) Kawasan haba matahari sederhana ( kws
sederhanadunia ) ditumbuhi hutan konifer, hutan
daun luruh dan hutan pine
b) Kawasan haba matahari tinggi ( kws panas – gurun )
ditumbuhi oleh hutan gurun dan hutan mediterranean
c) Kawasan khatulistiwa di tumbuhi oleh hutan hujan
tropika dan hutan monsun tropika
2. Menentukan sifat-sifat tumbuhan/pokok :
a) Kws haba kurang/sejuk-daun pokok kecil dan
berbentuk jarum – sukar memerangkap salji
b) Kws panas – daun pokok tebal,berduri dan berlendair
untuk tahan kepada cuaca yang panas dan sejat
peluhan yang tinggi.
c) Kws sejuk/tundra – pokok renek, lumut – berdaun
keras untuk tahan kepada cuaca sejuk.
d) Membolehkan tumbuhan membuat makanan melalui
proses fotosintesis

ii) Manusia
3. Mempengaruhi kegiatan pertanian – jenis tanaman utama
:
a) Kws haba tinggi –iklim Gurun ( suhu lebih 30°C) –
tanaman tahan panas – kurma, zaitun
b) Kws haba rendah – iklim Tundra / Sejuk ( suhu
antara 10°C - 20°C) – iklim sederhana sejuk –
tanaman hawa sederhana – gandum , barli, buah2an
siterus ( anggur, epal, limau , strawberi, berri, apricot
)
4. Mempengaruhi aktivirti pelancongan:
a) Kawasan panas/ haba tinggi aktiviti pelancongan
sepanjang tahun . Aktiviti berjemur di pantai , sukan
pantai ( bola sepak pantai, bola tampar pantai ),
snoklin, payung terjun , layang-layang .
b) Kawasan sejuk – aktiviti pelancongan mengikut
musim. Pelancongan giat dalam musim bunga dan
musim panas. Musim dingin – aktiviti sukan musim
dingin seperti ski, luncur ais.
5. Mempengaruhi kegiatan pembalakan :
1. Di kawasan tropika – haba matahari tinggi sepanjang
tahun – pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun
2. Di kws sederhana dunia – penebangan balak
dijalankan dalm musim dingin – daun pokok gugur,
getah pokok beku – memudahkan kerja menebang.
Salji tebal memudahkan kayu balak ditarik ke tebing
sungai. Bila musim panas – sungai cair – kayu balak
dihanyutkan melalui sungai ke kilangan papan.
6. Mempengaruhi pekerjaan penduduk di kawasan
sederhana dunia :
3. Dalam musim panas dan musim luruh penduduk
menjalankan kegiatan pertanian bijirin .
4. Dalam musim dingin pertanian dijalankan dalam
rumah kaca .
5. Pekerjaan memburu binatang untuk bulu dan kulit
dijalankan dalam musim dingin kerana salji tebal
menyukarkan pergerakan haiwan ; daun pokok gugur
memudahkan pencarian haiwan.
c) Penghasilan tenaga elektrik – haba dan cahaya
matahari yang banyak membolehkan manusia
menjana tenaga elektrik suria untuk kegunaan di
rumah, pejabat, sekolah dan jalan raya.
d) Mempengaruhi IKS( Industri Kecil Sederhana ) :
a. membuat makanan tradisional –menjemur ikan
kering, bihun, laksa, belacan
b. Industri kain batik tulis tangan – menjemur kain
batik yang siap dicorakkan/dilukis
c. Mengeringkan bahan mentah seperti getah
keping, biji kopi, daun teh, biji koko dan kelapa
kering.
e) Mempengaruhi industri binaan – memerlukan haba
matahari untuk mengeringkan simen / konkrit dengan
lebih cepat
f) Mempengaruhi aspek budaya dan sosial manusia :
a. Menentukan jenis kain untuk pakaian dan fesyen
pakaian
b. Mempengaruhi jenis bahan makanan asasi
c. Mempengaruhi warna kulit, bentuk badan dan
rambut
d. Mempengaruhi cara hidup seharian

iii) Haiwan
7. Menentukan sifat fizikal haiwan – warna bulu, ketebalan
bulu, warna kulit haiwan adalah mengikut penerimaan
jumlah haba matahari di sesuatu kawasan.
a) Kawasan sejuk-kurang haba matahari – binatang
berbulu tebal – untuk menahan daripada cuaca sejuk
1. Kawasan panas-haba matahari tinggi – bulu nipis
- kurang panas
b) Menentukan cara hidup haiwan
1. burung penghijrah akan berhijrah ke kawasan
panas dalam musim dingin
b. Beruang akan “tidur” (hibernasi)

2. Peranan Tenaga Suria terhadap Proses Fizikal


1. Proses hidrologi :
i. Sejatan : haba matahari memanaskan air di
permukaan bumi – menukarkan air menjadi wap –
wap panas, mengembang dan naik ke atmosefra
secara olakan
ii. Pemeluwapan : haba matahari menghasilkan wap air
( proses sejatan ) – bertemu udara sejuk menyebabkan
berlaku penukaran wap air menjadi cecair/air
iii. Pemejaluwapan : kehilangan tenaga suria dalam
atmosfera menyebabkan udara menjadi sejuk
sehingga suhu takat beku – menyebabkan air
membeku membentuk salji.
iv. Kerpasan : haba matahari mewujudkan proses sejatan
dan pemeluwapan – membentuk bintik-bintik/titisan
air menjadi kerpasan ( hujan, embun, hujan ais/salji,
hujan air batu )
v. Sejatpeluhan : haba matahari memanaskan daun
pokok – menyebabkan perpeluhan tumbuhan - naik
ke dalam udara
vi. Cegatan silara /pintasan silara
vii. Susupan/resapan/infiltrasi
viii. Larian air permukaan / air larian permukaan
ix. Aliran airbawah tanah

2. Proses geomorfologi :
i. Luluhawa mekanika : haba matahari menyebabkan
proses pengembangan dan pengecutan batuan –
menyebabkan batuan retak dan pecah
ii. Luluhawa mekanika : haba matahari menyejat
larutan garam di permukaan bumi – menyebabkan
pembentukan hablur garam – mengembang dan
membaji rekahan batuan – memecahkan batuan
iii. Luluhawa kimia : haba matahari memanaskan air di
permukaan bumi – mempercepatkan proses larutan air
ke atas mineral batuan – memecahkan batuan @
menjadikan batuan berongga.
3. Gerakan jisim :
i) haba matahari memecahkan batuan ( proses luluhawa
mekanika/`kimia di cerun – menghasilkan regolith )
butiran batuan yang pecah – menggelongsor
menuruni cerun sebagai tanah runtuh.
ii) Haba matahari menyejat air tanah di cerun –
menjadikan tanah/batuan kering dan poros –
menyebabkan air hujan diserap dengan banyak –
tanah cerun jadi lembut dan mudah runtuh
4. Hakisan :
i) haba matahari menyejat air tanah – tanah kering dan
peroi – mudah dihakis oleh air larian permukaan dan
angin.
ii) Haba matahari mencairkan glasier – pergerakan
glasier akan menghakis permukaan bumi – secara
lelasan, geseran, ragutan
5. Pengangkutan : haba matahari mencairkan glasier –
pergerakan glasier mengangkut bahan-bahan batuan yang
dihakis.
6. Pemendapan : haba matahari menyejat air sungai (
musim kemarau ) – isipadu sungai susut , aliran perlahan
– sungai memendapkan bahan muatannya.
3. proses atmosfera :

i. Mempengaruhi suhu : haba matahari memanaskan


udara – menentukan suhu udara sesuatu kawasan
ii. Tekanan udara : penerimaan haba matahari yang
berbeza antara ruang menyebabkan suhu berbeza –
suhu panas/tingi mewujudkan Tekanan Udara
Rendah (TUR) dan suhu sejuk/rendah mewujudkan
Tekanan Udara Tinggi (TUR) .
iii. Tiupan angin : perbezaan tekanan udara akan
menyebabkan angina bertiup – angina akan bergerak/
bertiup dari ruang TUT ke TUR
iv. Kelembapan udara : haba matahari menyejat air
dari permukaan bumi (proses sejatan) dan dari
tumbuhan ( proses sejat peluhan ) – wap air masuk ke
dalam udara – melembabkan udara ( menentukan %
kelembapan udara )
v. Pembentukan awan : Wap air yang panas ( hasil
sejatan dan sejatpeluhan) naik ke Zon Takat
Embun(ZTE) – mengalami proses pemeluwapan
membentuk bintik-bintik air ZTE – membeku
menjadi butir ais – berkumpul membentuk awan.
vi. Kerpasan : Buitr ais yang membentuk awan ( hasil
proses pemeluwapan ) akan terapung-apung dalam
udara ZTE – bercantum menjadi lebih berat- melebihi
daya tamping udara – jatuh ke bumi sebagai kerpasan
( sama ada dalam bentuk hujan, salji atau hujan air
batu )

1.5 Peranan tenaga suria a) Peranan tenaga suria terhadap :


terhadap proses fizikal i) Tumbuhan
dan hidupan di bumi 1. Menentukan jenis tumbuhan semulajadi di sesuatu
kawasan:
- Kawasan haba matahari sederhana ( kws
sederhanadunia ) ditumbuhi hutan konifer, hutan daun
luruh dan hutan pine
- Kawasan haba matahari tinggi ( kws panas - gurun )
ditumbuhi oleh hutan gurun dan hutan mediterranean
- Kawasan khatulistiwa di tumbuhi oleh hutan
hujantropika dan hutan monsun tropika
2. Menentukan sifat-sifat tumbuhan/pokok :
- Kws haba kurang/sejuk-daun pokok kecil dan
berbentuk jarum – sukar memerangkap salji
- Kws panas – daun pokok tebal,berduri dan berlendair
untuk tahan kepada cuaca yang panas dan sejat
peluhan yang tinggi.
- Kws sejuk/tundra – pokok renek, lumut – berdaun
keras untuk tahan kepada cuaca sejuk.
3. Membolehkan tumbuhan membuat makanan melalui
proses fotosintisis
ii) Manusia
1. Mempengaruhi kegiatan pertanian – jenis tanaman :
- Kws haba tinggi –iklim Gurun ( suhu lebih 30°C) –
tanaman tahan panas – kurma, zaitun
- Kws haba rendah – iklim Tundra / Sejuk ( suhu antara
10°C - 20°C) – iklim sederhana sejuk – tanaman
hawa sederhana – gandum , barli, buah2an siterus (
anggur, epal, limau , strawberi, berri, apricot )

2. Mempengaruhi aktivirti pelancongan:


- Kawasan panas/ haba tinggi aktiviti pelancongan
sepanjang tahun . Aktiviti berjemur di pantai , sukan
pantai ( bola sepak pantai, bola tampar pantai ),
snoklin, payung terjun , layang-layang .
- Kawasan sejuk – aktiviti pelancongan mengikut
musim. Pelancongan giat dalam musim bunga dan
musim panas. Musim dingin – aktiviti sukan musim
dingin seperti ski, luncur ais.
3. Mempengaruhi kegiatan pembalakan :
- Di kawasan tropika – haba matahari tinggi sepanjang
tahun – pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun
- Di kws sederhana dunia – penebangan balak
dijalankan dalm musim dingin – daun pokok gugur,
getah pokok beku – memudahkan kerja menebang.
Salji tebal memudahkan kayu balak ditarik ke tebing
sungai. Bila musim panas – sungai cair – kayu balak
dihanyutkan melalui sungai ke kilangan papan.

4. Mempengaruhi pekerjaan penduduk di kawasan


sederhana dunia :
- Dalam musim panas dan musim luruh penduduk
menjalankan kegiatan pertanian bijirin .
- Dalam musim dingin pertanian dijalankan dalam
rumah kaca .
- Pekerjaan memburu binatang untuk bulu dan kulit
dijalankan dalam musim dingin kerana salji tebal
menyukarkan pergerakan haiwan ; daun pokok gugur
memudahkan pencarian haiwan.

5. Penghasilan tenaga elektrik – haba dan cahaya matahari


yang banyak membolehkan manusia menjana tenaga
elektrik suria untuk kegunaan di rumah, pejabat, sekolah
dan jalan raya.
6. Mempengaruhi IKS( Industri Kecil Sederhana )
- membuat makanan tradisional –menjemur ikan
kering, bihun, laksa, belacan
- Industri kain batik tulis tangan – menjemur kain batik
yang siap dicorakkan/dilukis
- Mengeringkan bahan mentah seperti getah keeping
biji kopi, daun teh, biji koko dan kelapa kering.
7. Mempengaruhi industri binaan – memerlukan haba
matahari untuk mengeringkan simen / konkrit dengan
lebih cepat
8. Mempengaruhi aspek budaya dan sosial manusia :
- Menentukan jenis kain untuk pakaian dan fesyen
pakaian
- Mempengaruhi jenis bahan makanan asasi
- Mempengaruhi warna kulit, bentuk badan dan rambut
- Mempengaruhi cara hidup seharian

iii) Haiwan
1. Menentukan sifat fizikal haiwan – warna bulu, ketebalan
bulu, warna kulit haiwan adalah mengikut penerimaan
jumlah haba matahari di sesuatu kawasan.
- Kawasan sejuk-kurang haba matahari – binatang
berbulu tebal – untuk menahan daripada cuaca sejuk
- Kawasan panas-haba matahari tinggi – bulu nipis –
kurang panas
2. Menentukan cara hidup haiwan
- burung penghijrah akan berhijrah ke kawasan panas
dalam musim dingin
- Beruang akan “tidur” dalam sarang/gua di sepanjang
musim dingin untuk mengelakkan cuaca sejuk – ia
akan makan dengan banyak sebelum musim dingin
untuk menyimpan tenaga
b) Kesan bahangan suria terhadap proses fizikal :
1. Kitaran hidrologi
- Haba matahari akan membolehkan proses sejatan dan
sejatpeluhan air dari permukaan bumi untuk di bawa
naik ke atmosfera menjadi hujan
2. Proses geomorfologi
- Mempengaruhi proses luluhawa mekanika di
kawasan gurun panas – iaitu proses pengembangan
dan pengecutan batuan –batuan mengembang pada
waktu siang akibat haba matahari yang panas dan
menguncup pada waktu malam akibat cuaca yang
sejuk – proses ini berulang2 dan menyebabkan batuan
retak dan pecah.
- Mempengaruhi proses hakisan glasier – dalam
musim bunga dan musim panas salji akan cair dan
mengalir di atas permukaan bumi - menghakis
permukaan bumi
- Mempengaruhi proses gerakan jisim (runtuhan
cerun) – haba matahari akan menyejat air tanah di
cerun yang gondol –tanah jadi kering dan poros –
akan menyerap air hujan yang banyak –menjadikan
tanah cerun lembut – mudah runtuh
iii) Atmosfera
1. Menentukan suhu sesuatu kawasan – jumlah bahangan
suria yang diterima di sesuatu kawasan akan menentukan
suhu kawasan tersebut :
- Kws tropika menerima bahang suria 12 jam sehari
sepanjang tahun – menjadikan min suhu antara 27 –
30°C
- Kws sederhana dunia menerima bahang suria antara
8 – 10 jam sehari – menjadikan min suhu antara 10 -
16°C.

2. Menentukan iklim sesuatu kawasan – jumlah bahang


suria yang diterima aakan menentukan jenis iklim di
sesuatu kawasan.
- Kws yang banyak menerima bahang suria –
mengalami iklim yang panas seperti iklim gurun,
monsun tropika dan khatulistiwa.
- Kws yang sangat sedikit menerima bahang suria –
mengalami iklim sejuk seperti tundra,iklim
sederhana sejuk jenis British
3. Mempengaruhi pergerakan angin
Kawasan yang bersuhu tinggi akan mewujudkan
Zon Tekanan Udara Rendah (TUR).
Kws bersuhu rendah akan mewujudkan Zon
Tekanan Udara Tinggi (TUR) – angin akan
bergerak/bertiup dari kawasan TUT ke kws TUR.
Tajuk: SISTEM GEOMORFOLOGI

KONSEP/TAJUK HURAIAN

2. 2.1 Pengenalan kepada a) menerangkan proses geomorfologi (luluhawa, hakisan,


proses geomorfologi pergerakan jisim, pengangkutan, dan pemendapan) :

Bidang geomorfologi:
Bidang sains yang berkaitan dengan kajian evolusi bentuk
muka bumi atau pandang darat fizikal dan hubungannya
dengan struktur batuan dan proses yang mewujudkannya.
Konsep proses geomorfologi :
Proses perkembangan pembentukan bentuk muka bumi
melalui proses-proses semulajadi seperti luluhawa, gerakan
jisim hakisan,pengangkutan dan pemendapan yang
mengubah, mengukir dan membentuk bentuk muka bumi.
(Huggett. 2007).
Proses geomorfologi yang bertanggungjawab mengubah
bentuk dan mengukir permukaan kerak bumi melalui proses-
proses penggondolan (Christopherson. 2012).

Konsep Proses Geomorfologi:


Proses geomorfologi meliputi semua proses yang
bertanggungjawab dalam konfigurasi bentuk muka bumi
seperti berikut :

1. Luluhawa
- Luluhawa merupakan proses penguraian/pereputan
dan pemecahan batuan menjadi butiran lebih kecil
secara in-situ dan semulajadi oleh agen-agen
luluhawa.
2. Hakisan
- Proses penghausan/ pengukiran/penggondolan
muka bumi oleh agen hakisan seperti air , ombak,
angin dan glasier.
3. Pergerakan jisim
- Pergerakan bahan regolith menuruni cerun akibat
daya tarikan graviti.
4. Pengangkutan
- Pemindahan sisa hakisan dan luluhawa serta bahan
muatan lain dari satu tempat ke tempat lain oleh agen
seperti air mengalir, ombak, arus, angin dan glasier.
5. Pemendapan
- Proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi
pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen
seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier.
2.2 Konfigurasi bentuk a) menghuraikan struktur dan kandungan lapisan bumi;
bumi Struktur bumi dapat dibahagikan kepada tiga lapisan seperti
berikut :
i)Teras Bumi :
- Ciri fizikalnya :
- Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel
oleh ketakselanjaran Gutenberg.
- Juga dikenali sebagai lapisan barisfera.
- Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan
teras dalam (pepejal).
- Ketebalan 3470 km, suhu mencapai 3000oC,
ketumpatan antara 12 g/m2 hingga 13 g/m3
- Ciri kimia
- Kaya dengan besi dan nikel.
ii) Mantel
- Ciri fizikal
- Lapisan pertengahan yang tidak stabil.
- Batuan dalam lapisan ini dalam bentuk separuh cecair
- dan merangkumi 82% isipadu bumi.
- Ketebalan (2830 km), suhu antara 800 – 1600oC,
- ketumpatan (atas 3 - 3.37 g/m3, bawah > 5 g/m3)
- Ciri kimia
- Kaya dengan batuan jenis granit, basalt, olivin,
ultramatik dan piroksin.
iii) Kerak Bumi.
- Ciri fizikal
- Lapisan paling luar bumi dan paling nipis
- Ketebalan di antara 5 – 80 km
- Terbahagi kepada dua lapisan utama
- Sial – kerak benua, ketebalan antara 25 hingga 70 km,
ketumpatan 2.7 g/m3
- Sima – kerak lautan, ketebalan 5 hingga 10 km,
ketumpatan 3.0 g/m3
- Ciri kimia
- Sial – kaya dengan silika dan aluminium.Contoh atuan
igneus yang cerah (granit dan gabro) dan batuan
mendak (syil dan batu pasir)
- Sima – kaya dengan magnesium dan ferum (besi),
batuan bes. (Strahler. 2008)

b) mengenal pasti taburan daratan dan lautan;


i) Taburan daratan

- Daratan merujuk kepada semua jenis tanah atau


daratan yang timbul dari permukaan aras laut termasuk
bahagian daratan berhampiran laut yang cetek dan
tenggelam yang dinamakan pentas benua.
- Dengan keluasan 148,647,000 km2, daratan
merangkumi 29.1% daripada permukaan bumi.
- Pulau-pulau dan gugusan pulau termasuk dalam
istilah daratan atau benua ini.
- Terdapat tujuh kawasan daratan yang diistilahkan
benua di permukaan bumi iaitu benua Afrika, Amerika
Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Asia, Eropah,
Australia ( termasuk New Zealand ) dan Antartika.

ii) Taburan lautan


- Laut dan lautan merupakan himpunan air masin yang
sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang
dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar.
- Dengan keluasan 335,258,000 km2, lautan
merangkumi 70.9% daripada permukaan bumi.
- Enam Lautan utama dunia ialah Lautan Pasifik,
Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartika atau
Lautan Selatan dan Lautan Artik. Kawasan perairan
masin yang lain yang lebih kecil saiznya dikenali
sebagai laut (antaranya Laut China Selatan, Laut Sulu
dan Laut Merah).

2.2.1 Batuan c) menyatakan jenis batuan (igneus, enapan, dan


metamorfosis);
Batuan boleh dikelaskan kepada tiga jenis batuan seperti berikut :
i) Igneus
ii) Enapan
iii) Metamorfosis

d) menghuraikan proses pembentukan jenis batuan;

i) Igneus
Batuan igneus terbentuk melalui proses penyejukan dan
pemejalan magma dan lava sama ada di dalam kerak bumi
atau di permukaan bumi
Terbahagi kepada dua jenis
i. Igneus rejahan – terbentuk akibat penyejukan dan
pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi.
Juga dikenali sebagai Igneus jalar dalam.Contoh :
granit, gabro dan diorit

ii. Igneus terobosan – terbentuk akibat penyejukan dan


pembekuan lava di luar permukaan bumi.Juga
dikenali sebagai Igneus jalar luar.Contoh : riolit,
basalt, dan pumis
ii) Enapan
Batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat
daripada proses pemendapan, perekatan dan pemampatan
serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang
oleh agen seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier.
Bahan-bahan ini kemudiaannya dimendapkan secara
lapisan demi lapisan.apisan ini menjadi mampat melalui
proses pemadatan dan perekatan.
Terbahagi kepada tiga jenis:
i. Enapan klastik – terbentuk melalui proses
pemadatan dan penyimenan serpihan batuan. Contoh :
batu pasir dan syal
ii. Enapan kimia – terbentuk hasil enapan bahan-bahan
kimia atau mineral batuan yang terlarut dalam air
semasa luluhawa kimia.Contoh : batu kapur, gipsum,
garam
iii. Enapan organik – terbentuk daripada mendapan sisa
tumbuhan dan haiwan yang telah mati. Contoh : arang
batu
iii) Metamorfosis
Terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan
mengalami tekanan dan suhu yang tinggi menyebabkan
batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi
mineralnya menjadi batuan baru.
Proses ini dikenali sebagai Proses Metamorfisma dan
biasanya berlaku ketika proses tektonik secara besar-
besaran seperti lipatan dan gunung berapi.
Terbahagi kepada dua jenis:
i. Metamorfisma serantau – terbentuk akibat tekanan
dan himpitan terhadap batuan asal dalam rekahan
batuan. Kuasa himpitan disebabkan oleh pergerakan
ke atas kerak bumi.
ii. Metamorfisma sentuhan – terbentuk apabila batuan
asal dalam kerak bumi bersentuh dengan magma atau
lava yang sangat panas. Tindak balas kimia dan
perubahan kandungan mineral menjadikan batuan
tersebut berubah menjadi metamorfisma.
Bersifat amat keras, bersinar dan bernilai tinggi.
Batuan metamorfosis ketara berbeza daripada batu
asalnya dari segi struktur, tekstur, warna dan kandungan
mineral.
Contoh batu asal dan batu metamorfosis :
- batu kapur  batu marmar
- batu pasir  kuarzit
- grafit  berlian
- basalt  syis
- syil  slat

e) menjelaskan perkaitan antara jenis batuan dengan


konfigurasi bentuk bumi;

i. Batuan keras seperti Igneus dan Metamorfik tahan


terhadap proses penggondolan dan menghasilkan bentuk
muka bumi yang menonjol seperti gunung-ganang,
banjaran, jeram, air terjun, tebing tinggi dan tanjung.

ii. Batuan lembut seperti Enapan yang mudah


mengalami penggondolan menghasilkan bentuk muka
bumi yang melekuk dan mudah dimendap seperti lurah,
lembah, pandangan karst, beting pasir, tombolo dan teluk.

f) mengenal pasti kepentingan batuan sebagai sumber alam;


Kepentingan batuan terhadap manusia :
i) Batuan Igneus
Basalt - yang terluluhawa membentuk tanah lava bes
yang subur dan sesuai untuk penanaman padi.
Granit - yang terhakis membentuk tanah aluvium
yang sesuai untuk penanaman padi.
Granit - yang keras dan padu diguna sebagai bahan
asas sektor pembinaan bangunan, jalan raya dan tugu
peringatan.
Granit - yang mudah didapati banyak diguna dalam
pelbagai kegunaan domestik seperti batu asah, batu
giling, lesung, batu nisan.
Granit - yang yang keras dan tahan hakisan
membentuk air terjun, jeram dan tanjung, menggalakkan
aktiviti pelancongan.
Granit - yang mudah didapati juga selalu diguna dalam
aktiviti rekreasi seperti batu seremban dan lastik.
Granit - timbunan granit menggalakkan aktiviti kuari
batu - (perlombongan).
ii) Batuan Enapan
Petroleum, gas asli dan arang batu diguna sebagai
bahan api dan juga mengalakkan aktiviti perlombongan
bahan api ini.
Batu kapur - dilombong untuk membuat simen.
Menggalakkan aktiviti kuari batu kapur dan juga
perindustrian - kilang membuat simen dan bata simen.
Batu kapur yang dibuat simen juga menggalakkan
pelbagai aktiviti pembinaan seperti bangunan, jambatan
dan terowong.
Batu kapur - digunakan untuk menuetralkan keasidan
tanah - menggalakkan pertanian
Gua batu kapur mempunyai pemandangan karst
seperti stalagtit dan stalagmit yang unik dan menarik
menggalakkan aktiviti pelancongan.
Tanah liat - yang bersifat boleh menakung air - sesuai
untuk penanaman padi sawah.
Tanah liat - yang mudah dibentuk diguna dalam
industri seramik membuat pasu dan bata merah.
Batu pasir - yang mempunyai kandungan kuarzit
diguna dalam industri membuat barangan kaca.
Kaolin - simen putih yang lembut dan mudah
dibentuk diguna dalam industri tembikar dan plaster
siling.
Fosfat - diguna dalam indusri membuat baja urea
Natrium klorida ( garam batu ) - diguna untuk
mengawet makanan.

iii) Batuan Metamorfik


Batu marmar yang bersifat keras, berkilat dan
mempunyai corak berjalur sesuai diguna sebagai jubin
lantai dan menggalakkan sektor pembinaan.
Batu marmar berkilat dan mempunyai corak berjalur
juga sesuai diguna untuk membuat kraftangan
menggalakkan IKS dan aktiviti pelancongan
Berlian yang bersifat amat keras diguna sebagai mata
gerudi dalam perlombongan petroleum dan pembinaan
terowong.
Berlian, delima dan zamrud yang mempunyai nilai
yang tinggi dijadikan barang kemas.
Grafit - diguna dalam indusri membuat bateri, pad brake,
dakwat dan mata pensil.
Slat - diguna untuk membuat atap genting, batu nisan,
komponen papan suis dan papan tulis.
Antrasit - bahan bakar di kilang dan rumah.
Kuarzit - indusri membuat barangan kaca dan kristal.
a) menyatakan konsep dan proses endogenik;
i) Konsep Endogenik
Merujuk kepada tenaga yang berasal dari dalam
bumi terhasil daripada tekanan dan arus perolakan
magma di mantel yang menyebabkan gangguan
tektonik di kerak dan permukaan bumi.
ii) Proses Endogenik
Merujuk kepada proses pembentukan bentuk muka
bumi asas dengan sumber tenaga berpunca dari dari
dalam bumi. Proses pembentukan muka bumi terjadi
melalui aktiviti :
gerakan bumi seperti lipatan dan gelinciran,
ragam gunung berapi seperti gunung berapi,
gempa bumi dan tsunami. (Strahler. 2008)

b) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi Lipatan


dan kesannya
i) Konsep Lipatan Kerak Bumi
Lipatan merujuk kepada proses kedutan/
lenturan/bentuk yang muka bumi akibat proses
mampatan/himpitan pada kerak bumi (yang terhasil
daripada arus perolakan di lapisan mantel) dari dua
arah yang bertembung ke atas kerak bumi.
Proses mampatan: Pergerakan magma di lapisan
mantel membentuk arus perolakan kuat
menyebabkan plat bumi bergerak secara perlahan
atau kuat. Pergerakan plat akan menghentam plat
yang satu lagi menyebabkan sebahagian plat
terlendut/melentur dan sebahagian plat yang satu lagi
menjunam. Plat yang terlendut itu membentuk
gunung lipat.
Nota: proses perlanggaran dua plat juga boleh
berlaku menyebabkan gunung lipat.

ii) Bentuk bumi Lipatan


Gunung lipat dan banjaran lipat (antiklin)
Lurah (sinklin)
Lipatan rebah, lampau, simetri dan tidak simetri.
iii) Kesan Lipatan
Kesan kepada Alam Sekitar Fizikal:
Membentuk banjaran dan gunung lipat.
Membentuk muka bumi beralun dan pamah.
Membentuk pelantar benua di dasar laut.
Membentuk kawasan tadahan air.
Membentuk kawasan lembangan saliran.
Membentuk sungai balik muda
Mempengaruhi pembentukan hujan bukit dan angin
cinuk.
Mempengaruhi suhu di kawasan tanah tinggi.
Menggalakkan pertumbuhan hutan tropika dan
mewujudkan habitat semulajadi
Kesan kepada Aktiviti Manusia :
i. Menggalakkan aktiviti pertanian
tanah tinggi - tanaman hawa sederhana
tanah tinggi - padi bukit
tanah pamah - padi sawah
tanah pamah beralun - getah dan kelapa sawit
ii. Menggalakkan aktiviti pelancongan
antiklin menggalakkan aktiviti mendaki gunung.
mempunyai suhu yang nyaman
aliran sungai deras membentuk air terjun dan
jeram
iii. Menggalakkan aktiviti perlombongan
antiklin membawa mineral dari dasar kerak bumi
ke bahagian atas kerak bumi.
proses metamorfisme akibat mampatan hasilkan
batuan metamorfik.
banjaran gunung lipat kaya dengan mineral
seperti bijih besi, kuprum dan perak.
longgokan minyak dan gas asli juga
terperangkap di bahagian lintap mungkum.
iv. Menggalakkan aktiviti perikanan
antiklin di dasar laut membentuk pelantar benua
– pertumbuhan terumbu karang
sistem sungai dan tasik - perikanan air tawar.

v. Menggalakkan aktiviti perhutanan


tanah tinggi - pertumbuhan hutan hujan
tropika(khatulistiwa) untuk pembalakan.
aliran sungai - penghanyutan kayu balak.
hutan tropika - sumber perubatan tradisional,
herba dan madu lebah / kelulut
vi. Menggalakkan aktiviti pembinaan
sinklin dan tanah pamah sesuai dibina
petempatan dan jalan raya.
antiklin sesuai dibina kubu pertahanan.
vii. Menggalakkan penghasilan tenaga
air sungai deras - Kuasa Elektrik Hidro
viii. Bekalan Air Domestik
antiklin membentuk kawasan tadahan air.
sesuai untuk dibina empangan
ix. Membentuk sempadan semulajadi
banjaran dan sungai yang dibentuk oleh lipatan
berperanan sebagai sempadan semulajadi.

c) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gelinciran


dan kesannya;
i) Konsep Gelinciran
Gelinciran merujuk kepada retakan dan rekahan pada kerak
bumi atau plat tektonik akibat daya mampatan atau
ketegangan pada kerak bumi yang terhasil akibat pergerakan
arus perolakan dalam dalam lapisan mantel. Daya mampatan
dan ketegangan ini menyebabkan berlakunya anjakan pada
lapisan kerak bumi atau plat tektonik sama ada secara
mendatar, menegak, dan menggelongsor.
ii) Bentuk bumi Gelinciran:
Lurah gelinciran ( graben )
Gelinciran biasa
Gelinciran songsang
Gelinciran rabak

iii) Kesan Gelinciran :


a) Kesan Fizikal:
Gunung bongkah ( horst ) menghasilkan
- Dataran tinggi
- Tadahan air
- Lembangan saliran
- Air terjun
- Pelantar benua
- Pantai timbul

Lurah gelinciran ( graben ) menghasilkan


- Tanah pamah rata
- Pelantar benua
- Pantai tenggelam

b) Kesan kepada Aktiviti Manusia


Menggalakkan aktiviti pertanian
- tanah tinggi - tanaman hawa sederhana
- tanah tinggi - padi bukit
- tanah pamah - padi sawah
Menggalakkan aktiviti perikanan
- horst di dasar laut membentuk pelantar benua –
pertumbuhan terumbu karang
Menggalakkan aktiviti perlombongan
- cerun di horst mendedahkan mineral yang tersimpan
jauh dalam kerak bumi
Menggalakkan aktiviti perhutanan
- tanah tinggi - pertumbuhan pokok tropika untuk
aktiviti pembalakan.
- hutan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies
flora menyediakan sumber perubatan tradisional,
herba dan madu
Menggalakkan aktiviti pembinaan
- graben sesuai dibina petempatan dan jalan raya.
- dataran tinggi sesuai dibina rumah api dan stesen
pencerap angkasa.
Menggalakkan aktiviti pelancongan
- gunung bongkah menggalakkan aktiviti mendaki
gunung dan paragliding.
- gunung bongkah mempunyai suhu yang nyaman.
- gelinciran di bahagian sungai membentuk air terjun.

d) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi


gunung berapi dan kesannya;
i) Konsep Gunung Berapi
Proses keluarnya lava, gas dan bahan piroklas lain
yang melalui rekahan atau lohong di kerak bumi.
Suhu yang panas di bawah lapisan kerak bumi
menyebabkan batuan menjadi cair dan dikenali
sebagai magma.
Tekanan yang tinggi dan ketumpatan yang rendah
memaksa magma naik ke atas dan meletus keluar
sebagai lava.

ii) Bentuk bumi Gunung Berapi


a. Bentuk muka bumi Jalar Luar
i. Kon lava bes
ii. Kon lava asid
iii. Kon serbaragam
iv. Krater atau kawah
v. Kaldera
vi. Tasik kawah
vii. Granahar atau lohong gunung berapi
viii. Pulau gunung berapi
ix. Anak gunung berapi
x. Palam gunung berapi
xi. Dataran gunung berapi

b. Bentuk muka bumi Jalar Dalam


xii. Daik
xiii. Sil
xiv. Lapolit
xv. Pakolit
xvi. Lakolit
xvii. Batolit

iii) Kesan Gunung Berapi :


Kesan Alam Sekitar Fizikal:
i. Dataran lava
ii. Pembentukan batuan igneus dan metamorfosis
iii. Geiser
iv. Tsunami
v. Hujan asid
vi. Jerebu
vii. Peningkatan suhu
viii. Kebakaran hutan
ix. Kerosakan habitat
Kesan kepada Aktiviti Manusia:
i. Pertanian
Dataran lava yang kaya dengan tanah lava bes
menggalakkan penanaman padi sawah.Aliran lava
dan piroklasik memusnahkan tanaman di lereng
gunung berapi.
Jerebu dan timbunan sulfur akibat letusan gunung
berapi jenis abu menggangu proses fotosintesis
ii. Pelancongan
Bentuk muka bumi unik seperti kawah, tasik kawah
dan geiser menggalakkan aktiviti pelancongan.
Jerebu akibat letusan gunung berapi menyebabkan
penerbangan dibatalkan.Letusan gunung berapi
merosakkan infrastruktur kawasan pelancongan
iii. Perhutanan
Lereng gunung berapi yang kaya dengan hutan
tropika menggalakkan aktiviti pembalakan.hutan
tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora
menyediakan sumber perubatan tradisional, herba
dan madu
iv. Penyelidikan
Fenomena letusan gunung berapi dan keunikan
bentuk muka bumi menggalakkan aktiviti
penyelidikan.
v. Perlombongan
Timbunan sulfur menggalakkan aktiviti
perlombongan sulfur. Penghasilan batuan igneus dan
metamorfik akibat tindakan gunung berapi
menggalakkan aktiviti kuari batu.
vi. Perikanan
Letusan gunung berapi di laut dan kejadian tsunami
merosakkan kemudahan perikanan dan mengganggu
aktiviti perikanan
vii. Aktiviti harian
Letusan gunung berapi dan kejadian jerebu
mengganggu aktiviti seperti persekolahan dan urusan
ke tempat kerja.

Kesan kepada Manusia ;


i. Kehilangan nyawa
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
menyebabkan kehilangan nyawa.

ii. Kerosakan harta benda


Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
menyebabkan kerosakan harta benda.
iii. Kerosakan Infrastruktur
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
menyebabkan kerosakan infrastruktur.
iv. Gangguan aktiviti harian
Letusan gunung berapi dan kejadian jerebu
mengganggu aktiviti seperti persekolahan dan urusan
ke tempat kerja.
v. Kehilangan mata pencarian
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
mengganggu aktiviti ekonomi penduduk setempat
seperti pertanian, perikanan dan pelancongan.

2.2.3 Hanyutan benua e) menyatakan Teori Hanyutan Benua (Teori Awal, Teori
Peluasan Dasar Lautan, dan Teori Tektonik Plat)
Konsep Hanyutan Benua:
Satu teori/andaian yang menyatakan bahawa benua- benua di
dunia sekarang berasal dari satu benua daratan, telah dan masih
berpisah di antara satu sama lain.

a)Teori Awal (Hipotesis Alfred Wegener)


Diasaskan oleh Alfred Wegener yang mengandaikan
benua berasal daripada satu benua tunggal yang
dipanggil Pangea yang dikelilingi oleh lautan purba
Panthalassa.
Kemudiannya Pangea berpisah kepada Laurasia
kearah hemisfera utara dan Gondawanaland ke arah
hemisfera selatan.
Benua-benua ini kemudiannya berpecah lagi dan
bergerak meninggalkan antara satu sama lain secara
berperingkat-peringkat sehingga membentuk taburan
benua yang ada sekarang

b)Teori Peluasan Dasar Lautan


Teori ini berdasarkan penemuan permatang dan
lurah di dasar laut.
Magma yang panas daripada bahagian mantel
sentiasa tertolak naik ke bahagian kerak
bumi di dasar lautan.
Dasar lautan kemudiannya mengalami retakan
yangdikenali sempadan percapahan.
Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak
magma secara berterusan menyebabkan magma
tersebut memenuhi retakan tersebut lalu membeku
dan membentuk permatang dasar laut.
Pergerakan magma yang berlaku secara berterusan
menyebabkan retakan enjadi semakin membesar.
Dasar laut lama akan tertolak ke arah kedua-dua
belah bagi membolehkan dasar laut baru yang lebih
besar terbentuk.

f) menghuraikan Teori Tektonik Plat


c) Teori Tektonik Plat
- Teori ini menyatakan kerak bumi terbahagi kepada
beberapa plat /kepingan besar. Plat/kepingan ini
seolah terapung di atas astonesfera (mantel) dan
bergerak secara bertembung, bercapah dan
berselisih.
- Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat
lautan.
- Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan
arus perolakan daripada bahagian mantel ini akan
sentiasa menggerakkan plat-plat tersebut.

Jenis-jenis pergerakan :

Pergerakan plat-plat dalam pelbagai arah mewujudkan


- pertembungan plat
- pencapahan plat
- perselisihan plat

i) Pertembungan Plat
Pergerakan plat-plat tektonik secara bertembung.
Terdapat tiga jenis pertembungan plat.

Plat benua dengan plat benua:


- pertembungan plat benua dengan plat benua
menghasilkan siri gunung lipat
Plat lautan dengan plat lautan:
- pertembungan plat lautan dengan plat lautan
menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah
dan membentuk jurang lautan
Plat lautan dengan plat benua
- Pertembungan plat lautan dengan plat benua di
mana plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam
ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara
di benua terbentuk gunung lipat yang selari dengan
jurang lautan

ii) Pencapahan Plat


Pergerakan plat tektonik secara pencapahan membentuk
permatang tengah lautan

iii)Perselisihan Plat
Perselihan plat menyebabkan pergerakan plat secara
mendatar dan menghasilkan gelinciran rabak

g) menghuraikan taburan dan bukti kejadian hanyutan


benua.
i) Taburan benua mengikut Teori Hanyutan Benua
- 200 - 225 juta tahun yang lalu
Kira- kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu
benua di permukaan bumi dikenali sebagai Pangea.
Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang
dikenali sebagai Panthalassa (merupakan lautan
pasifik hari ini )
- 180 - 200 juta tahun yang lalu
Pangea ini kemudiannya berpecah menjadi dua
benua dan bergerak secara perlahan-lahan
meninggalkan antara satu sama lain.Membentuk
beua Laurasia di hemisfera utara dan Gondwanaland
di hemisfera selatan.
- 135 juta tahun yang lalu
Proses hanyutan benua telah berlaku dengan lebih
giat.
Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula
bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil India
pula hanyut ke arah utara menghampiri benua Asia.
Benua Australia bergerak ke arah timur dan berpisah
daripada Antartik.
- 65 juta tahun yang lalu
Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius.
Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih jauh
meninggalkan benua Afrika. Benua Afrika hanyut 10
darjah ke arah timur dan menghampiri benua Asia.
Benua kecil India terus hanyut ke arah utara
menghampiri benua Asia. Benua Australia terus
bergerak meninggalkan lautan Atlantik.
- Sekarang
Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah
daripada benua Eropah. India telah bersambung
dengan Asia, Amerika Utara dan Selatan bercantum
semula.
Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu
membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti
Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia
Barat dan Kepulauan Pasifik

ii) Bukti Teori Hanyutan Benua


- Bukti persamaan garis pantai
terdapat persamaan garis pantai di antara benua
berlainan, menunjukkan benua-benua ini pernah
bercantum.garis pantai antara pantai timur Amerika
Selatan dengan pantai Barat Afrika boleh dicantum
dengan kemas
- Bukti geologi
terdapat persamaan jenis dan usia batuan dan yang
tersimpan di antara benua berlainan.emas yang
dilombong di Kolar, India, sama usianya (2,400 juta
tahun) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie,
Australia.
- Bukti iklim purba
terdapat persamaan kesan iklim yang sama di antara
benua berlainan. Mendapan glasier Pra Kambrian
yang terdapat di Katanga, Barat laut Afrika sama
jenis dengan mendapan glasier yang dijumpai di
Lavras, Brazil (kedua-duanya berusia antara 600 -
800 juta tahun)
- Bukti Paleontologi atau fosil
terdapat persamaan fosil tumbuhan dan binatang
purba dari jenis dan usia yang sama di benua yang
berlainan.
sebahagian besar reptilia Trasik yang pernah hidup
di Amerika Selatan sama keturunan dengan yang
hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah
dijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air tawar
bernama Mesosaurus.
- Bukti sistem gunung lipat
terdapat persamaan ciri banjaran di antara benua
yang berlainan.
Banjaran Kaledonia yang terdapat di sebelah barat
Greenland mempunyai sifat yang sama dengan
Tanah Tinggi Scandinavia di barat laut Eropah.
- Bukti Paleomagnetisme atau kemagnetan purba

kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arah


kutub utara mengalami perubahan di antara benua
yang berlainan. Kedudukan kutub utara sebenarnya
tidak pernah berubah tetapi perubahan medan
magnet batuan tersebut berlaku disebabkan
pergerakan benua-benua.
Kajian ciri-ciri batuan di dasar lautan.
2.3 2.3.1 Luluhawa Proses Luluhawa :
Luluhawa ialah proses pereputan, penguraian dan
.
pemecahan batuan secara semula jadi dan secara insitu.
a) Menghuraikan jenis serta proses luluhawa fizikal (
mekanikal), kimia dan biologi.
1) Luluhawa fizikal (mekanikal)
Luluhawa fizikal ialah proses penguraian
/pereputan dan pemecahan batuan menjadi lebih
kecil/halus secara fizikal tanpa menyebabkan
perubahan kandungan kimia batuan. Berlaku secara
insitu oleh agen luluhawa.
Proses-proses luluhawa fizikal ialah:
i. Pengelupasan.
Berlaku kepada batuan yang berlapis-lapis.
Pemanasan pada waktu siang menyebabkan lapisan
luar panas dan mengembang. Pada waktu malam
suhu yang rendah,lapisan luar akan mula mengecut.
Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan
batuan pecah secara lapisan demi lapisan.
ii. Penyepaian bebutir
Batuan yang mempunyai banyak jenis mineral akan
mempunyai tahap pengembangan yang berbeza.
Mineral gelap akan menyerap haba lebih cepat
berbanding mineral putih. Proses yang berulang-
ulang dan berterusan menyebabkan batuan akan
bersepai secara berbutir.
iii. Penyepaian bongkah.
Batuan yang mempunyai rekahan yang sudut tepat
akan menyerap haba pada waktu siang dan berlaku
pengembangan batuan. Sementara pada waktu
malam ketika suhu jatuh, batuan akan mengalami
pengecutan. Proses yang berulang-ulang
menyebabkan batuan pecah secara bongkah.
iv. Pelepasan tekanan.
Batuan yang berada dibawah lapisan tanah
mengalami tekanan berat dan tekanan dari dalam
untuk mengekalkan bentuknya. Apabila tekanan
diatasnya berkurangan maka batuan akan
mengalami pelepasan tekanan dan akhirnya batuan
pecah.
v. Tindakan Fros
Berlaku di kawasan sederhana atau dikawasan tanah
tinggi. Air yang berada di dalam rekahan batuan
akan membeku ketika suhu jatuh. Ini menyebabkan
air dalam rekahan akan membeku dan menyebabkan
pengembangan 10%. Rekahan akan menjadi
semakin besar dan proses yang berulang-ulang
meyebabkan batuan tersebut pecah.
2) luluhawa kimia
Proses luluhawa kimia ialah proses pereputan,
penguraian dan pemecahan batuan secara insitu
yang menyebabkan perubahan secara kandungan
kimia dan saiz batuan.
Proses-proses luluhawa kimia adalah :
i. Larutan.
Air hujan akan melarutan batuan yang lembut
seperti batu garam, batu kapur dan gipsum.
Suhu yang panas akan mempercepatkan proses
larutan.
ii. Pengoksidaan
Oksigen yang terdapat dalam udara dan air akan
menyebabkan mineral seperti besi akan
teroksida dan mudah hancur. Unsur lain yang
akan teroksidah seperti sulfur, fosfat dan
magnesium.
iii. Pengkarbonan
Air hujan yang menyerap gas karbon dioksida
akan menghasilkan asid karbonik. Asid ini akan
melarutkan sebahagian batu kapur yang
mengandungi sodium, potasium, kalsium dan
magnesium. Di kawasan batu kapur ia akan
membentuk pandang darat karst.
iv. Penghidratan.
Melibatkan proses pertambahan molekul air
dalam mineral batuan. Batuan akan
mengembang, dan mengalami tegangan hungga
menyebabkan perubahan unsur kimia.
v. Hidrolisis.
Hidrolisis adalah proses tindak balas air dengan
batuan. Proses ini berlaku apabila batuan
menyerap air dan mengalami tindak balas kimia.
Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi
boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan
regolith tanah. Tindak balas kimia berlaku
apabila ion hydrogen (H+) dan ion hidroksil
(OH-) dari air bertindak dengan ion positif dan
negative dari batuan. Batu granit yang
mengandungi mineral kuarza, mika dan felsfar.
Felsfar dan mika akan direputkan oleh proses
hidrolis dan bertukar menjadi tanah liat putih
atau kaolin yang lembut
vi. Celasi
Pereputan batuan akibat penghasilan asid humid
dari proses pereputan organic tumbuhan dan
haiwan mati. Asid akan bertindakbalas dengan
kimia batuan menyebabkan batuan terurai
menjadi butiran halus.

3) luluhawa biologi/biotik
Luluhawa biologi ialah proses penguraian dan
pemecahan batuan secara insitu oleh tindakan
tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Proses
penyepaian batuan boleh berlaku secara kimia
ataupun secara fizikal.
Proses-proses luluhawa biologi ialah :
i. Tindakan asid bakteria.
Akar pokok menyerap air dan mengeluarkan asid
organic yang boleh mereputkan batuan. Pereputan
sisa tumbuhan seperti daun, ranting dan lain-lain
akan menghasilkan asid humik. Haiwan seperti
teritip akan menghasilkan asis untuk
membolehkannya melekat pada batuan di pinggir
laut. Berlaku penguraian secara kimia.
ii. Akar tumbuhan dan tindakan haiwan
Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam
rekahan dan membesar akanmnyebabkan batuan
pecah. Tindakan haiwan mengorek lubang akan
menguraikan tanah tersebut. Berlaku penguraian
secara kimia.
iii. Aktiviti manusia.
Penebangan pokok, perlombongan, pembinaan
lebuh raya dan sebangainya memecahkan batuan
secara fizikal. Kerja-kerja pertanian seperti meracin
dan membaja akan meningkatkan proses luluhawan
kimia.

b) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa


i) iklim
hujan . hujan membekalkan air untuk
memebolehkan proses luluhawa kimia seperti
larutan, pengoksidaan, pengkarbonan, hidrolisis dan
sebagainya.
suhu. Suhu yang tinggi menggalakkan proses
larutan, pengembangan dan pengecutan, basah
kering batuan, sejatan dan sebagainya.
fros/ibun. Pembekuan air di dalam rekahan batuan
akan menyebabkan pengembangan 10%. Proses
yang berulang-ulang menyebabkan rekahan menjadi
semakin besar dan menyebabkan batuan pecah.
ii) Jenis batuan.
Merujuk kepada jenis batuan. Jika batuan mudah
menyerap air maka kadar luluhawa akan meningkat
contohnya batu kapur.

iii) Mikrorganisma.
Tindakan kulat, bakteria dan kulampair yang hidup
di atas batuan mengeluarkan asid organik Ia
melarutkan bahan mineral batuan, mengubah unsur
kimia batuan dan memecahnya menjadi butiran
lebih kecil.
iv) Tumbuhan.
Akar tumbuhan pula akan menyebabkan batuan
pecah apabila akar membesar di dalam rekahan.
vi) Tindakan manusia.
Aktiviti kuari menyebabkan batuan pecah secara
fizikal dalam masa singkat (perlepasan tekanan)
vii) Masa
Semakin lama tempoh masa batuan terdedah kepada
agen luluhawa, semakin berkesan tindakan
luluhawa.
c. Menjelaskan kesan luluhawa terhadap pembentukan
landskap dan terhadap aktiviti manusia.

i) Pembentukan pandang darat karst

Proses pembentukan bentuk bumi di kawasan batu


kapur.
ii) Kegiatan pertanian

bahan regolit yang tebal – subur untuk kegiatan


pertanian
Contoh seperti tanah laterit – sesuai untuk tanaman
getah dan kelapa sawit.
iii) Kegiatan perindustrian

Tanah liat ( kaolin ) menjadi bahan mentah untuk


industri tembikar.Batu Kapur menjadi bahan mentah
untuk industri simen.
iv) Kegiatan pelancongan

hasil luluhawa kimia di kawasan batu kapur ialah


pandang darat karst. Pemandangan yang menarik
dan unik menarik ramai pelancong.
v) Penyelidikan dan Pembangunan

Menyediakan ruang untuk menjalankan kajian


berkaitan geomorfologi seperti dalam bidang
geografi dan geofizik.

2.3.2 Pergerakan jisim Pergerakan jisim ialah pergerakan bahan atau jisim di atas
permukaan tanah bercerun ke bawah cerun akibat darpipada
tarikan graviti.

a) Menyatakan jenis pergerakan jisim:

i) aliran cepat

merupakan pergerakan jisim seperti aliran lumpur,


tanah dan batu runtuh yang berlaku secara tiba-tiba
dan cepat tanpa dijangka. Antaranya ialah aliran
lumpur dan gelungsoran/ tanah runtuh
ii) aliran perlahan

merupakan pergerakan jisim yang berlaku dalam


tempoh masa yang lama disebabkan kecerunan yang
kurang.
b) menghuraikan proses pergerakan jisim

Aliran Cepat :
i) Aliran tanih atau lumpur.

Aliran tanih atau lumpur merujuk kepada pergerakan


tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-
tiba daripada atas cerun. tanah yang bercampur air hujan
bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur.
Aliran ini biasanya berlaku di kawasan yang sering
menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika
lembap

ii) Gelongsoran / tanah runtuh

Pergerakan ini berlaku di kawasan cerun yang sangat


curam seperti di kawasan tebing tinggi. Ia berlaku
secara cepat atau tiba-tiba. Terdapat berberapa jenis
gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran
batuan.

Aliran perlahan
i) Kesotan Tanah

Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu


terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar dan
peroi. Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak
secara amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10º
hingga 20º ) akibat tarikan graviti bumi. . Pergerakan
ini tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat
dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang
bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang
condong.

ii) Gelangsaran tanah

Pergerakan ini merupakan pergerakan tanih dan batu


tongkol. berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses
pencairan salji. Salji yang cair bertindak sebagai bahan
pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah
yang lembap ) di atasnya.

c) menjelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan


jisim :

i) Kecerunan

Di kawasan bercerun landai iaitu kurang 5° mempunyai


daya graviti yang kurang sementara di cerun 5° hingga 40°
daya graviti lebih kuat.

ii) Bahan regolit yang tebal

Regolit yang tebal hasil daripada proses luluhawa akan


menyebabkan lebih banyak gerakan jisim berlaku.

iii) Hujan
hujan yang lebat dan berpanjangan akan mennyebabkan
banyak tanah dikwasan cerun mengandungi banyak
lembapan. Ini menyebabkan cerun jadi tidak stabil dan
akhirnya runtuh.

iv) litupan tumbuhan.


Jumlah pokok yang kurang di kawasan cerun menyebabkan
tanah di kawasan cerun tidak stabil. Tiada akar yang dapat
mencengkam tanih di cerun dan akhirnya mennyebabkan
cerun runtuh.

v) Gerakan tektonik.

Kejadian gempa bumi yang kuat mampu untuk meruntuhkan


struktur batuan dan tanah di kawasan cerun. Hal ini
menyebabkan runtuhan batuan dan tanah runtuh berlaku.

vi) Tindakan manusia

Tindakan manusia seperti peembalakan dan pembinaan jalan


raya khususnya yang melibatkan kawasan bercerun telah
mengganggu kestabilan cerun. Hal ini mempercepatkan
kejadian gerakan jisim.

v) Batuan

Komposisi batuan, tekstur, struktur, rekahan, warna dan


keporosan.

d) menjelaskan kesan pergerakan pergerkan jisim


terhadap alam sekitar manusia dan terhadap aktiviti
manusia
i. Kehilangan nyawa / kematian/Kecacatan kekal
ii. Kemusnahan harta benda dan rumah kediaman -
iii. Kesan psikologi- penduduk dalam keadaan
ketakutan / trauma
iv. Kesan kepada aktiviti ekonomi seperti kemusnahan
kawasan pertanian, perniagaan, industri dan
sebagainya.
v. Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya,
bekalan air, elektrik

2.3.3 Lembangan Saliran a) Menyatakan maksud Lembangan Saliran.


Meliputi kawasan tadahan air yang disaliri oleh satu
sistem sungai, di mana mempunyai rangkaian alur sungai
iaitu terdiri daripada sungai induk dan cawangan-
cawangannya yang berakhir di laut atau tasik
b) Menghuraikan proses hakisan permukaan:
i) hakisan percikan
berlaku apabila titisan hujan yang turun berupaya
menghempaskan butiran tanah dan menjatuhkan semula
ke permukaan tanah.
ii) kepingan
berlaku apabila air larian permukaan berupaya
menghakis lapisan tanah secara berkeping-keping di
permukaan tanah yang kering.
iii) galir
berlaku apabila larian permukaan menuruni cerun dan
melalui permukaan tanah yang lembut dan terdedah lalu
membentuk alur-alur yang kecil.
iv) galur
berlaku apabila alur-alur kecil di permukaan bercerun
terhakis dan berkembang sehingga menjadi alur-alur
yang lebih besar, kekal dan dalam.
c) Menghuraikan jenis hakisan sungai:
i) melebar.
berlaku apabila air sungai yang banyak atau tinggi
isipadunya menghakis di bahagian ke dua-dua tebing
sungai sehingga alur sungai menjadi lebar.
ii) mendalam
berlaku apabila air sungai yang sedikit atau isipadu
airnya yang kurang menghakis bahagian dasar sungai
sehingga lama kelamaan alur sungai menjadi semakin
mendalam.
iii) mengundur
berlaku apabila air sungai di bahagian hulu iaitu di
kawasan punca sungai menghakis tebing di bahagian
belakang aliran air sehingga mampu menyebabkan
proses pemotongan dasar sungai ke arah hulu dan
merebak ke bahagian legih sungai sehingga boleh
menyebabkan berlakunya proses tawanan sungai.
d) Menghuraikan cara hakisan sungai:
i) hidraul.
berlaku apabila tindakan atau hentaman air di bahagian
rekahan pada batuan di dasar sungai menyebabkan udara
di dalam rekanan batuan mampatan. Keadaan itu
menyebabkan rekahan pada batuan mengalami tekanan
tinggi dan semakin membesar dan pecah.
ii) lelasan/geselan.
berlaku apabila bahan muatan yang ada di dalam air
sungai yang terdiri daripada pasir atau batu kelikir
menghakis tebing sungai yang dilaluinya sehingga
tebing sungai terlelas dan semakin lebar.
iii) lagaan.
berlaku apabila bahan muatan yang banyak dan pelbagai
saiz di dalam air sungai berlaga antara satu sama lain
sehingga menjadi lebih kecil dan halus.
iv) larutan
berlaku apabila batuan yang mudah larut seperti batu
kapur terdapat di tebing atau dasar sungai terlarut oleh
air sungai itu sendiri dan hanyut sebagai larutan bersama
aliran air sungai tersebut.

e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan


sungai:
i) isi padu
Isipadu air yang banyak terutama semasa hujan lebat
akan meningkatkan kadar hakisan sungai.
ii) halaju air dan kecerunan
Aliran air yang deras dan kuat mampu untuk
mengangkut beban muatan yang banyak akan
meningkatkan kadar hakisan sungai, serta dibantu oleh
kecerunan yang curam. Kecerunan yang curam boleh
meyebabkan halaju air meningkat.
iv) bentuk alur
bentuk alur yang lurus memudahkan aliran air mengalir
deras dan meningkatkan kadar hakisan , berbanding
dengan alur berliku-liku yang akan menjadi menghalang
kepada air mengalir deras.
v) jenis batuan.
Dasar atau tebing sungai yang terdiri daripada batuan
lembut seperti batuan mendak lebih mudah terhakis
berbanding dengan batuan igneus yang keras seperti
batuan granit
vi) bahan muatan.
Sungai yang memiliki bahan muatan yang banyak dan
bersegi-segi seperti batu pasir dan kelikir mampu
menghakis tebing dan dasar sungai secara hakisan
lelasan atau geselan.

f) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses


pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai:

i) air terjun.
Terbentuk kawasan alur sungai terhalang oleh batuan keras
secara melintang sehingga menyebabkan batuan lembut di
bahagian hadapannya terhakis dan lama kelamaan semakin
mendalam dan membentuk air terjun.
Atau apabila terdapat cerun garis gelinciran merentangi
sungai dan air terjun terbentuk di sepanjang cerun gelinciran
itu.
ii) jeram
Terbentuk apabila air sungai mengalir di kawasan yang
memiliki batuan yang tersusun secara menegak dan
berselang seli di antara batuan keras dengan batuan
lembut.Batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke
atas dan menyebabkan aliran air tersekat lalu mengalir
secara lompatan dan deras menuruni bonjolan yang keras.
iii) lubuk
Tindakan air sungai yang berpusar dan mengorek serta
melelaskan dasar sungai menyebabkan terbentuknya
lekukan di dasar sungai.
iv) gaung.
terbentuk disebabkan oleh hakisan mendalam
sungai.Hakisan mendalam bertindak dengan giat di dasar
alur dan mendalamkan dasar sungai.Hasil daripada hakisan
tersebut terbentuklah lurah yang sempit dengan tebing yang
sangat curam dan dalam sehingga terbentuk lurah berbentuk

g) Menghuraikan cara pengangkutan sungai:


i) golekan
batuan bersaiz besar yang diseret disepanjang dasar
sungai oleh air sungai yang mengalir seperti batu
tongkol
ii) loncatan
batuan bersaiz sederhana yang digerakkan secara
melompat-lompat di sepanjang aliran air sungai
yang deras.
iii) ampaian.
Batuan halus seperti kelodak yang terdapat di dalam
air sungai semasa mengalir di sepanjang alurnya.
iv) larutan
Batuan yang mudah larut seperti batu kapur akan
menghasilkan bahan larutan atau bahan terlarut yang
mengalir bersama air sungai.
v) apungan
Bahan halus seperti lumpur yang diangkut oleh air
sungai secara terapung-apung di permukannya

h) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi


pengangkutan sungai:
i) tenaga.
Aliran air yang deras dan isipadunya yang banyak selepas
hujan mampu mengangkut apa sahaja bentuk beban yang
ada di alurnya kerana tenaga sungai berpotensi tinggi. Tetapi
apabila berlakunya musim kemarau pula,isipadu air sungai
adalah sedikit menyebabkan tenaga sungai berpotensi
menjadi semakin terhad.
ii) kecerunan
Cerun yang curam yang terdapat di hulu dan tengah sungai
lebih giat menjalankan proses pengangkutan berbanding di
kawasan hilir sungai.
iii) kekasaran alur.
Kekasaran dasar alur sungai boleh menganggu proses
pengangkutan bahan muatan sungai berbanding dengan alur
yang licin.
iv) halangan
Halangan seperti batu besar yang berat di dalam alur sungai
boleh menganggu proses pengangkutan bahan muatan
sungai apabila arus sungai akan menjadi perlahan.
v) bentuk alur
Bentuk alur yang berliku akan menganggu aliran pergerakan
bahan muatan yang diangkut berbanding dengan bentuk alur
yang lurus.
vi) saiz bahan.
Saiz bahan muatan atau beban sentimen yang lebih halus
dan ringan lebih mudah diangkut oleh aliran air sungai
berbanding batu yang besar dan berat.
vii) jenis bahan
Alur sungai yang terdiri daripada batuan keras dan kasar
akan menghasilkan beban muatan yang sedikit berbanding
alur sungai yang batuanya terdiri daripada batuan pasir atau
batu kapur yang mudah diangkut dqan larut.
i) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi
pemendapan sungai:
i) isi padu air
Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atau
pada musim kemarau akan menyebabkan daya keupayaan
pengangkutan sungai semakin berkurang. Keadaan ini
menyebabkan banyak bahan muatan sungai dimendapkan di
alur sungai.
ii) halaju air
Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai
semakin landai terutama di peringkat hilir. Kesannya
sebahagian besar daripada bahan muatan sungai akan
dimendapkan di bahagian hilir apabila daya mengangkutan
semakin berkurangan.
iii) kecerunan
Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai. Kawasan
sungai di peringkat hilir adalah lebih landai berbanding
dengan kawasan di peringkat hulu, mengakibatkan halaju
dan tenaga arus menjadi lemah. Keadaan ini akan
menyebabkan beban muatan sungai di mendapkan.
iv) bentuk alur
bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan dalam
memudahkan berlakunya pemendapan berbanding dengan
bentuk alur yang lulus.
v) jenis batuan
alur sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu
kapur dan batu pasir akan menghasilkan beban sideman
yang banyak bagi membantu dalam meningkatkan proses
pemendapan berbanding alur sungai yang batuanya terdiri
daripada batuan keras seperti granit
vi) bahan muatan
Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai
melalui cara yang berbeza. Pengurangan tenaga arus
menyebabkan air sungai memendapkan beban yang
dibawanya.
vii) halangan
Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan
memperlahankan aliran air sungai. Keadaan ini
menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat
j) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses
pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai,

i) dataran banjir.
Apabila berlakunya musim banjir, arus air sungai akan
menjadi lebih laju dan keadaan ini akan menyebabkan beban
yang dimendapkan melimpah keluar dari tebing dan mendap
di sekitarnya. Kejadian banjir yang berulang – ulang akan
menambahkan lagi jumlah bahan yang dimendapkan dan
akhirnya menghasilkan satu dataran yang luas yang dikenali
sebagai dataran banjir.
ii) delta
Pemendapan ini berlaku di kawasan muara sungai akibat
pertembungan antara arus sungai dan arus laut. Di kawsan
muara, arus sungai dan arus laut menjadi lemah dan tidak
mampu mengangkut beban tetapi ia giat menjalankan
aktiviti pemendapan bahan. Bahan – bahan seperti kelodak
dan lumpur yang dimendapkan secara berterusan oleh pantai
dan sungai akhirnya mem
bentuk satu kawasan lapang yang dikenali sebagai delta

iii)tasik ladam
Tasik ladam terhasil melalui proses hakisan dan mendapan
yang berlaku. Hakisan giat berlaku apabila arus air yang
melanggar di antara dua tebing likuan sungai secara
berulang – ulang. Hakisan secara berterusan mennghasilkan
satu lekukan di kedua – dua kawasan likuan sungai dan
akhirnya mengakibatkan kedua lekukan likuan tersebut
bercantum. Peredaran masa yang berterusan menyebabkan
proses pemendapan mula berlaku kerana kawasan hilir
sungai mempunyai tenaga arus yang sangat lemah. Apabila
beban yang diangkut mula dimendapkan maka aliran air
tidak dapat memasuki kawasan tasik dan keadaan ini
dikenali sebagai tasik ladam.
iv) tetambak
Kebiasaannya tetambak terbentuk di kawasan sungai utama
yang mempunyai dasar yang lebih tinggi daripada
cawangannya. Tetambak yang terhasil akibat daripada
kejadian banjir yang berlaku secara berulang. Bahan – bahan
yang termendap di kawasan belakang tebing sungai akhirnya
akan membentuk tebing yang lebih tinggi daripada dataran
mendap yang dihasilkan

k) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan


dan pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.
a) Kegiatan Pelancongan.
Hal ini disebabkan air terjun merupakan bentuk muka bumi
sungai yang mempunyai kepentingan dari segi pelancongan.
Hal ini disebabkan, air terjun merupakan tempat yang boleh
menarik minat pengunjung untuk berkelah dan berehat.
Kesegaran dan suasana yang damai serta airnya yang deras
menyebabkan bentuk muka bumi ini nampak unik dan
menarik.Contohnya Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air
Terjun Sekayu di Terengganu.
b) Kegitan pertanian.
Hal ini disebabkan, dataran banjir merupakan bentuk
muka bumi yang kaya dengan tanih alluvium yang subur
untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata
memudahkan air untuk bertakung. Padi memerlukan jumlah
air yang banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat
menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti.
Contohnya, Dataran Kedah Perlis yang merupakan ‘Jelapang
Padi ‘bagi Malaysia.
c) Pengangkutan.
Hal ini disebabkan tetambak merupakan satu jaluran
kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir.
Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan
jalan raya yang merupakan salah satu daripada
pengangkutan darat dapat dibina dengan mudah dan lebih
selamat di atas tetambak tersebut.
d) Ternakan ikan air tawar.
Hal ini disebabkan tasik ladam merupakan tasik semulajadi
yang dalam dan tenang. Keadaannya yang sedemikan telah
menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar
untuk menternak ikan di tasik tersebut.
e) Kegiatan Pembinaan.
Hal ini disebabkan ramai pengusaha telah menjalankan
kegiatan perlombongan pasir di kawasan pulau pasir. Pulau
sungai merupakan salah satu bentuk muka bumi
pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang diperlukan
oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai
akan dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat
dengan sektor pembinaan. Contohnya pulau sungai yang
boleh dijumpai di bahagian hilir sungai Terengganu
berhampiran dengan muara sungai Terengganu.

2.3.4 Pinggir Pantai a) Menyatakan konsep pinggir pantai dan pantai


seimbang,
i) Konsep pinggir pantai.
Merujuk kepada kawasan di antara takat air pasang paling
tinggi dengan takat aras surut paling rendah.
ii) Konsep pantai seimbang.
Merujuk kepada keadaan di mana berlaku kadar hakisan
dan kadar pemendapan hampir sama di kawasan pantai
tersebut.
b) Menghuraikan cara hakisan pantai,
i) Tindakan hidraul.
Berlaku apabila ombak memasuki celah-celah rekahan
batuan di pantai sehingga udara yang sedia ada terperangkap
di dalam rekahan termampat. Tetapi apabila ombak
mengundur semula, udara yang mampat akan mengembang
dengan serta merta dan menghasilkan tekanan yang mampu
membesarkan rekahan pada batuan di pinggir pantai.
Tindakan di atas berlaku secara berulang-ulang, sehingga
rekahan akan menjadi semakin besar dan batuan akan terus
pecah.
ii) lelasan (abrasion)
Ombak yang mengandungi puin-puin batuan yang berbagai
saiz dan bentuk melelaskan tebing cerun kawasan pinggir
pantai dan menghakisnya secara berterusan
iii) Geseran (friction)
Bahan muatan yang diangkut oleh ombak akan berlaga dan
bergeser sesama sendiri hingga terpecah menjadi lebih kecil.
iv) Larutan
Kawasan pantai yang terbentuk daripada batu kapur akan
menyebabkan berlakunya tindak balas kimia antara air laut
dengan kalsium karbanit sehingga melarutkan batuan
tersebut.
v) Lagaan
Ombak yang sentiasa bergerak akan membawa beban
sentimen yang terdapat di pantai bersama-samanya seperti
batu tongkol dan batu kelikir. Batuan tersebut akan berlaga
sesama sendiri sehingga menjadi lebih halus dari saiz
asalnya.
c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan
pantai
i) Ombak
Ombak pembinasa akan menghakis kawasan pantai kerana
mempunyai daya lurutan dan damparan yang kuat.
Manakala ombak pembina tidak menghakis.
ii) Pantai
Bergantung sama ada pantai terlindung atau tidak. Jika
pantai dilindungi oleh teluk atau pulau kadar hakisan akan
kurang berbanding dengan pantai yang terdedah dengan
tiupan ombak di mana kadar hakisan akan tinggi.
iii) Arus
bergantung kepada penerimaan arus, jika terdapat arus
pesisir pantai akan berlaku gangguan kepada ombak yang
menghakis pantai. Biasanya arus pesisir pantai akan bertemu
dengan ombak yang melanda pantai sehingga menghasilkan
damparan ombak berbentuk zig-zig dan menggalakkan
berlakunya pemendapan serta mengurangkan kadar hakisan.
iv) Bahan mendak
Jika terdapat banyak bahan mendak seperti batu pasir dan
batu kelikir kadar hakisan akan meningkat di mana berlaku
geselan terhadap batuan di pinggir pantai semasa ombak
melanda pantai.
v) Batuan
Bergantung kpd jenis batuan dan retakan pada batuan.
Proses geselan atau tindakan hidraul akan bertindak dengan
berkesan kepada batuan yang lembut atau mempunyai
retakan sehingga boleh menghasilkan geo, gua, gerbang laut,
batu tunggul dan tunggul sisa di kawasan pinggir pantai yg
terbentuk daripada bt kapur
vi) cerun pantai.
Pantai yang curam akan lebih terhakis berbanding dengan
pantai yang landai. Hal ini kerana pantai yang landai
menyebabkan ombak pecah apabila bergeser dengan pantai
dan melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan.

d) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses


pembentukan muka bumi pinggir pantai :
i) Tebing tinggi
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan
hidraul pada rekahan di tebingnya.Terutama apabila ombak
menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.
Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka
tebing tinggi terbentuk.
ii) Batu bonjol.
Terbentuk apabila proses hakisan menghakis batuan di
pinggir pantai sehingga mendedahkan batuan besar dan
keras di bahagian bawahnya. Maka terbentuklan batu bonjol
di pinggir pantai yang tahan dengan proses hakisan ombak.
iii) Tanjung
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli.
Tanjung akan terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan
hakisan ombak
iv) Teluk
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Teluk
akan terbentuk di bahagian batuan lembut yang mudah
dihakisan ombak yang melanda pantai.
Nota tambahan:
iiv) Geo dan Gloup
iiv) Gua, Gerbang Laut, Batu Tunggu dan Tunggul Sisa.

e) menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai,


i) hanyutan pesisir pantai.
Merupakan arus persisir pantai yang bertemu dengan ombak
yang datang secara menyerong atau hampir selari dengan
pantai yang menghasilkan damparan ombak berbentuk zig-
zag dan mengalakkan berlakunya pemendapan beban
muatan ke pantai
ii) Golekan.
Bahan kasar dan berat seperti batu tongkol akan digolek
sedikit demi sedikit oleh tindakan ombak kerena
memerlukan saiznya lebih besar dan berat daripada kekuatan
ombak yang melanda.
iii) Seretan
Bahan muatan seperti batu pasir dan kelikir akan diseret oleh
ombak semasa melanda pantai. Bergantung pasa saiz bahan
jika lebih kecil, lebih mudah untuk diseret ombak di
sepanjang pinggir pantai.

f) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses


pengangkutan bahan di pinggir pantai
i) tenaga
tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses
pengangkutan berbanding tenaga ombak yang lemah akan
melambatkan proses pengangkutan
ii) arus.
arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakan proses
pengangkutan bahan berbanding dengan arus pesisir yang
lemah.
iii) pasang surut
pantai yang terdedah dengan pengaruh pasang surut akan
menggalakkan proses pengangkutan berbanding kawasan
yang tiada arus pasang surut.
iv) cerun
cerun pantai yang landai lebih mudah untuk mengangkut
bahan dan menghimpunkan bahan di bahagian pantai.
vi) halangan
pergerakkan ombak ke pantai dan ke laut akan
memperlahankan pengangkutan ombak apabila terdapat
halangan seperti beting pasir di pinggir pantai.
vii) orientasi pantai
pantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak
meningkat dan berupaya untuk menjalankan proses
pengangkutan berbanding dengan kawasan yang terlindung.
viii) saiz bahan
Jika bahan kecil dan ringan lebih mudah diangkut
berbanding batuan lebih besar yang memerlukan tenaga
ombak yang lebih kuat.
ix) jenis bahan
bahan yang dibawa ombak terdiri daripada serpihan dan
ketulan batuan seperti kerikil dan batu tongkol lebih sukar
diangkut berbanding bahan seperti kelodak dan lumpur.

g) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses


pemendapan
i) tenaga ombak
Arus pasang surut membantu memindahkan puin-puin yang
terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan
batu kelikir di sepanjang pantai. Semakin lemah arus
semakin banyak bahan muatan yang dimendapkan.
ii) ombak.
Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat tetapi
lurutan yang lemah, lalu berlaku pemendapan bahan yang
banyak di pinggir pantai
iii) kecerunan.
Pantai landai akan mengalami pemendapan yang lebih
tinggi berbanding pantai yang curam , berlaku apabila
ombak akan mengalami geseran semasa melanda pantai
yang landai dan menjadi lemah sehingga boleh
memendapkan beban sentimen yang dibawanya.
iv) angin
Angin yang bertiup dalam skala perlahan menyebabkan
terbentuk ombak pembina sehingga berlakunya proses
pemendapan di pinggir pantai
v) pasang surut
pantai yang tidak dipengaruhi oleh kejadian pasang surut
lebih tinggi kadar pemendapannya kerana kekurangan arus
yang boleh mengerak dan membawa beban sentimen ke arah
laut.

vi) tumbuhan
tumbuhan seperti hutan paya bakau boleh membantu proses
pemendapan dengan bantuan akar jangkang yang bertindak
memerangkap beban sediman yang dibawa oleh ombak ke
pantai.
vii) orientasi pantai
pantai yang terlindung akan mengalami kadar pemendapan
yang tinggi kerana halaju angin yang berkurangan bagi
membentuk ombak pembinasa.
viii) jenis dan saiz bahan mendak
kawasan pinggir pantai yang banyak terdapat batuan enapan
seperti batu pasir yang halus dan ringan akibat daripada
tindakan ombak pembina kadar pemendapan akan
meningkat.
ix) tindakan manusia
tindakan manusia meneroka pantai dengan kegiatan
pembinaan bangunan dan penebangan hutan paya bakau
menyebabkan pantai menjadi curam dqn terdedah kepada
hakisan menyebabkan proses pemendapan berkurangan

Bentuk muka bumi pemendapan h) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan
ombak: dan pemendapan pantai terhadap aktiviti manusia.
i) Aktiviti pelancongan.
i. Beting pasir
ii. Anak tanjung Hali ini disebabkan pantai berpasir amat menarik bagi
iii. Tombolo peloncongan yang mementingkan alam semula jadi. Ini
iv. Paantai ditambahkan lagi dengan kewujudan bentuk muka bumi
v. Pulau yang unik dan menarik di kawasan tersebut.Pantai yang
vi. Lagun berpasir dan lagun yang memiliki air yang jernih dapat
menarik kedatangan pelancong ke tempat tersebut.
ii) Aktiviti perikanan.
Hal ini disebabkan aktiviti perikanan dapat meningkatkan
pendapatan golongan nelayan, terutama ternakan ikan dalam
sangkar dijalankan di kawasan pinggir pantai. Kawasan
lagun amat sesuai dijadikan kawasan ternakan ikan dan
hidupan laut yang lain. Ini disebabkan kawasan tersebut
bebas daripada tindakan ombak yang boleh membinasakan
lokasi ternakan ikan.
iii) Aktiviti perlombongan pasir.
Hal ini disebabkan perlombongan pasir begitu penting untuk
kemajuan dan kepesatan pembangunan sesuatu kawasan.
Pantai berpasir merupakan bentuk muak bumi yang sering
dikaitkan dengan aktiviti perlombongan.Pasir merupakan
salah satu komposisi dalam membuat konkrit bagi bahan
binaan bangunan.Oleh itu, dengan adanya pasir dilombong
akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada industri
perlombongan dan pembinaan di Malaysia
iv) Aktiviti PKS/ IKS.
Hali ini disebabkan laut dan lautan kaya dengan hasil ikan
dan hidupan yang lain. Ikan yang ditangkap oleh kaum
nelayan boleh dijadikan ikan masin. Untuk menjadikan ikan
masin memerlukan proses penjemuran cahaya matahari.
Pantai berpasir yang luas dan rata amat sesuai dijadikan
kawasan menjemur ikan masin.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN STPM P1

SOALAN 1 (STPM P1 2015)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem


[3]
b) Jelaskan perbezaan antara sistem tertutup dangan sistem terbuka
[4]
c) Jelaskan bagaimana tenaga suria mempengaruhi proses luluhawa kimia.
[4]
d) Bagaimanakah taburan tenaga yang berbeza mempengaruhi aktiviti pelancongan
[4]

CADNGAN JAWAPAN

ISI HURAIAN
a) Maksud sistem Saling interaksi antara komponen untuk mencapai
keseimbangan secara komplek [3]
b) Sistem tertutup berlaku pertukaran tenaga antara sistem dengan [2]
persekitarannya tanpa melibatkan pertukaran jisim
Sistem terbuka berlaku pertukaran tenaga dan jisim antara sistem dengan [2]
persekitarannya.
c) Suhu tinggi bantu mempercepatkan tindakbalas luluhawa kimia [2]
Suhu tinggi Proses sejatan tinggi dan bantu bentuk hujan dan proses [2]
luluhawa berlaku dengan giat dan cepat
d) Penerimaan tenaga Aktiviti pelancongan di pinggir pantai meningkat seperti [2]
suria sepanjang tahun berjemur, skuba divig dan jet ski.

Penerimaan tenaga Meningkatnya aktiviti pelancongan di kawasan bersalji [2]


matahari kurang (salji seperti kaki gunung iaitu luncur ais dan sukan hoki.
terbentuk)
SOALAN 2 (STPM P1 2014)

a) Huraikan dua punca tenaga endogenik


[4]
b) Nyatakan tiga proses yang berpunca daripada tenaga endogenik
[3]
c) Huraikan dua proses dalam sistem geomorfologi
[4]
d) Jelaskan bagaimana aktiviti yang berikut menggangu keseimbangan sistem geomorfologi
(i) Pertanian tidak mengikut kantur.
(ii) Pancutan air dalam kegiata perlombongan
[4]

CADANGAN JAWAPAN

ISI HURAIAN
a) Mampatan jisim dan terhasil semasa pembentukan bumi [2]
pertambahan momentum
tenaga graviti
Pencerakinan nukleas atom terhasil daripada bahan dalam bumi seperti kalium, [2]
tenaga radiogenik uranium, dan thorium.
b) Proses Pergerakan Plat Tektonik [1]
Proses Gelinciran [1]
Proses Metamorfosis batuan [1]
c) Hakisan Penghausan atau pengukiran permukaan bumi oleh agen [2]
yang bergerak seperti air mengalir, hujan dan angin.
Pemendapan Perlonggoan bahan regolit oleh agen pegangkutan seperto [2]
air mangalir , angan dan ombak.

d) Teres dibuat tidak Keceruan sedia ada terganggu dan tanah runtuh berlaku [2]
mengikut kontur
Tekanan air yang Berlaku gangguan struktur tanah dan berlaku hakisa dan [2]
kuat memecah cerun bukit juga pergerakan jisim
yang mengandungi mineral
SOALAN ESEI
SOALAN 3 (STPM P1 2015)
a) Bincangkan bukti yang dapat menyokong teori hanyutan benua.
[13]
b) Jelaskan proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik
[12]
CADANGAN JAWAPAN
ISI HURAIAN
3a) Persamaan garis Garisan pantai memberi gambaran bahawa benua adalah jisim [2]
pantai daratan dari satu blok yang sama.
Buktinya dalam peta dunia garis pantai barat benua Amerika
Selatan dengan pantai timur benua Afrika Selatan boleh
dicantum dengan tepat
Persamaan jenis fosil Persamaan dari segi umur dan jenis yang sama ditemui di [2]
tumbuhan dan haiwan benua yang berlainan.
Contohnya, persamaan fosil reptilian antara Afrika Selatan
dengan Amerika Selatan
Geologi Jenis dan usia batuan di benua yang berlainan juga adalah [2]
sama.
Contoh bahan atau batuan mendak lautan yang paling awal di
kedua-dua benua Amerika Selatan dan Afrika ini juga
mempunyai usia yang sama.
Gunung Lipat Banjaran atau tanah tinggi dibenua yang berlainan mempunyai [2]
ciri-ciri yang sama.
Contoh Banjaran Kaledonia di selatan Greenland mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia
Kajian iklim Purba Kajian berkaitan mendapan glasiar antara benua yang [2]
berlainan membuktikan mempunyai persamaan dari segi jenis.
Contoh : mendapan glasiar yang terdapat di barat laut Afrika
mempunyai persamaan dengan di Brazil.
Bukti Oseanik Terdapat bahan mendapan paling tua dari jenis dan usia yang [2]
sama ditemui di lautan yang berlainan.
Contoh bahan mendapat di Lautan Pasifik dan Lautan
Atlantik.
Kesimpulan berdasarkan bukti di atas, kewujudan teori hanyutan benua ini [1]
tidak boleh dinafikan

ISI/BMB PROSES HURAIAN


3b) Gunung Pertembungan Plat bumi akan berkedut dan mampat . [2]
Lipat plat Contoh : Banjaran Titiwangsa di Semenanjung
Malaysia.
Jurang Percapahan plat lebih tumpat akan menjunam ke bawah di dasar [2]
lautan plat lautan.Contoh Jurang Mariana di Filipina
Lurah Percapahan kedua-dua plat di kiri kanannya bergerak menjauhi [2]
gelinciran plat antara satu sama lain dan bahagian tengah jatuh ke
bawah membentu lurah gelinciran.Contoh Laut Merah
Gunung Petembungan Satu bahagian plat akan naik ke atas dan satu bahagian [2]
Bongah plat lagi tinggal kekal. Bahagian yang naik ke atas akan
membentuk bongkah gelinciran
SOALAN 4 (STPM P1 2015)
a) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pemendapan sungai
[12]
b) Nilaikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia di
pinggir pantai.
[13]

ISI/FAKTOR HURAIAN
4a)i. Kecerunan pantai pantai yang landai menyebabkan bahan muatan atau [2]
bahan mendapan lebih mudah mendap
ii. Orientasi pantai pantai yang terlindung seperti kewujudan teluk atau [2]
pulau menyebabkan kadar pemendapan adalah tinggi
iii. Jenis ombak Ombak pembina yang melanda pantai menggalakkan [2]
proses pemendapan .
iv. Bahan muatan Banyak bahan muatan yang di bawa oleh ombak [2]
pembina menggalakan lagi proses pemendapan
v. Saiz bahan Bahan muatan yang halus dan kecil dalam ombak lebih [2]
mudah di bawa ke pantai untuk dimendapkan.
vi. Tumbuh-tumbuhan Pantai yang terdapat hutan kayu bakau lebih [2]
memudahkan berlakunya proses pemendapan lebih
tindakan akar tumbuhan tersebut

4b) Pantai Aktiviti IKS. [2]


Pantai berpasir yang luas dan rata amat sesuai dijadikan
kawasan menjemur ikan masin.
i. Beting Pasir Aktiviti Perlombongan Pasir. [2]
pinggir pantai yang terdapat beting pasir kaya dengan
pasir menjadi lokasi akitivit tersebut
ii. Anak tanjung Aktiviti rekreasi [2]
Bentuk muka bumi anak tanjung yangb unik menarik
minat pelancong.
iii. Tombolo Aktiviti pelancongan. [2]
Ramai pelancong tertarik melibat tombolo terutama
ketika air susut . Boleh berkunjung ke pulau yang
dihubungi oleh tombolaodengan pantai di daratan.
iv. Lagun Aktiviti Ternakan Ikan. [2]
Air yang tenang sesuai untuk habitat anak ikan bagi
tumbesarannya
v. Delta Aktiviti Pertanian. [2]
Merupakan kawasan yang subur dengan tanih alluvium
dan sesuai untuk penanaman padi
vi. Kesimpulan Pelbagaian bentuk muka bumi dia atas membuktikan [1]
kepentingannya terhadap aktiviti manusia di kawasan
tersebut
942/1
GEOGRAFI
ALAM SEKITAR MANUSIA
( BAHAGIAN B)
PENDUDUK

Bil Konsep/Tajuk Huraian

1.1 Konsep penduduk (a) Menyatakan konsep penduduk sebagai sumber manusia yang
1.1.1 Konsep penduduk diukur dalam aspek :
sebagai sumber Kuantiti:
- Bilangan / jumlah Penduduk
- Saiz penduduk
- Taburan Padat / sederhana / jarang
Yang mendiami sesebuah kawasan, daerah atau negara
pada tempoh masa tertentu
- Struktur umur: - muda (tidak produktif,tanggungan),
dewasa (produktif )
tua (tanggungan, tidak produktif)
- Jantina : lelaki ( sektor ekonomi primer, kekuatan tenaga
fizikal manusia - negara sedang membangun) ;
perempuan ( kurang guna tenaga fizikal, sektor
pembuatan dan perkhidmatan - negara maju)

Kualiti :
- Taraf pendidikan : kadar celik huruf, pemdidikan pra
sekolah, rendah, menengah, pendidikan tinggi-
kolej,maktab dan universiti awam dan swasta.

- Kemahiran: mudah menerima kemahiran dan


inovasi,berkemahiran tinggi
- Kesihatan: sihat dan cergas fizikal dan mental.

- Sikap: berdisiplin,sikap positif, bermotivasi, mudah


menerima pembaharuan, inovasi, dan mempunyai nilai
murni yang tinggi
1.1.2 Konsep penduduk (b) Menjelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan
sebagai agen perubahan melalui aktiviti sosioekonomi:
Perubahan ekonomi:
- Tenaga kerja yang menukar sektor ekonomi tradisional
kepada sektor ekonomi moden (perindustrian dan
perkhidmatan)
- Tenaga kerja dan pengguna dalam pelbagai sektor
ekonomi
- Mengembangkan jumlah permintaan dan penawaran
barangan

Perubahan sosial :
- Mewujud dan mengembangkan infrastruktur asas,
infrastruktur sosial.
- Mempengaruhi revolusi teknologi perhubungan dan
telekomunikasi.

Perubahan landskap fizikal dan empat Sistem Fizikal:


Manusia melalui pelbagai kegiatan ekonomi telah
menyebabkan perubahan terhadap sistem fizikal :

i) Geomorfologi : Hakisan permukaan cerun


meningkat, struktur tanah cerun longgar, kegagalan
cerun, gerakan jisim, tanah berasid, kurang subur.
ii) Atmosfera:Pencemaran udara, jerebu,
ketidakseimbangan gas di atmosfera, hujan asid,
pemanasan mikro, pulau haba, kemarau, El-Nino, La-
Nina.
iii) Hidrologi :-Kawasan tadahan hujan musnah,resapan
air tanih kurang, isipadu akuifer kurang, mata air
sungai terjejas, isipadu badan air terjejas.
iv) Ekologi:-Kepupusan dan kemusnahan biodiversiti
flora dan fauna hutan, kepupusan pelbagai spesies
pokok hutan, herba, binatang liar, serangga dan
unggas hutan.
Ekosistem hutan terjejas dan terganggu.
Perubahan landskap budaya:
- Petempatan : Topografi fizikal berubah: hutan, tanah
tinggi, lombong dan paya ditebus guna.
Kewujudan dan perkembangan kawasan petempatan
manusia, seperti taman perumahan
- Guna tanah : Ekploitasi hutan, tanah tinggi, dan
tasik untuk kawasan pertanian, perumahan, lebuh
raya, pelancongan, padang golf, hotel, taman tema air
taman ,reakreasi pelombongan , akuakultur dan lain-
lain.
- Pengangkutan: Tebus guna lanskap fizikal untuk,
pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan,
lebuh raya.
- Perbandaran : -Pembinaan dan perkembangan
bandar, peluasan sempadan, kemudahan asas dan
sosial, kasawan perindustrian, pejabat, gedung
perniagaan dan lain-lain.

1.2 Taburan penduduk Mentakrif konsep taburan penduduk :


Taburan penduduk bermaksud sebaran/corak agihan penduduk di
atas muka bumi yang tidak sekata: jarang, sederhana dan padat
penduduk

(a) Mengenal pasti pola taburan dan kepadatan penduduk


mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia :

i) Taburan mengikut wilayah dunia dipengaruhi oleh:


- Mengikut benua
- Mengikut Garis lintang
- Mengikut kebenuaan dan kepulauan
- Mengikut ketinggian tempat

ii) Pola taburan penduduk dunia


- Padat : Kawasan perindustrian, kawasan pertanian, bandar
utama dunia
- Sederhana padat : Hutan sejuk sederhana, hutan taiga,
hutan pokok tirus, padang rumput hawa sederhana,
kawasan Mediterranean
- Jarang : Kawasan kutub, tundra, gurun panas, hutan hujan
khatulistiwa dan tropika, lembangan Amazon, lembangan
Congo, pedalaman Asia Tenggara.

iii) Pola taburan penduduk Malaysia


Penduduk Padat:
- Pantai Barat Semenanjung, tanah rata, subur dan sesuai
untuk kegiatan ekonomi pertanian, perlombongan,
perindustrian, perkhidmatan.
- Bandar-bandar besar dan utama yang ramai penduduk,
seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown.

Penduduk Sederhana Padat :


- Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit, tanah-tanah
rancangan pembangunan wilayah
- Kawasan pesisir pantai
- Bandar kecil dan sederhana

Penduduk Jarang:
- Kawasan pedalaman yang berbukit dan bergunung-
ganang
- Kawasan hutan tebal
- Kawasan paya
(b) Menerangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan
taburan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia (penekanan
kepada data taburan penduduk Malaysia).

i) Faktor ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia:


- Demografi
- Pembandaran
- Pengangkutan
- Jenis kegiatan ekonomi
- Dasar kerajaan
- Sejarah awal
ii) Faktor ketakseimbangan taburan penduduk Malaysia:
- Bentuk muka bumi
- Kegiatan ekonomi
- Kemudahan social\
- Dasar Kerajaan (Governan)

1.2.2 Kemahiran amali c) Mengira kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia, Asia
Tenggara dan negeri-negeri di Malaysia:

Formula : Jumlah Penduduk (orang)


Luas Kawasan (km persegi)

(d) Melukis, melabel, dan mempersembahkan data taburan


penduduk dalam bentuk jadual, gambarajah, dan peta tematik.

i) Peta koroplet / loret


ii) Peta titik

e) Mentafsir peta dan menganalisis data taburan penduduk dari


segi sebab dan kesan perbezaan taburan terhadap pembangunan
sosioekonomi ruangan.
i) Kesan akibat ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap
sosioekonomi ruangan di Malaysia:
- Ketidakseimbangan kemajuan kawasan
- Ketidakseimbangan pendapatan perkapita dan Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK)
- Ketidakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaran antara
kawasan
- Ketidakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan
dan telekomunikasi
- Ketidakseimbangan kualiti hidup

ii) Kesan akibat ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap


sumber alam (alam sekitar fizikal) di Malaysia:

Kesan Negatif
- Tekanan terhadap sumber alam,-contoh: tanah
- Kepupusan dan kemerosotan sumber alam
- Pencemaran sumber alam
- Kerosakan sumber alam
- Pembaziran sumber alam

Kesan Positif
- Pembangunan sumber alam meningkat
- Mengurangkan tekanan terhadap sumber alam dan
meningkatkan produktiviti
1.3 Pertumbuhan penduduk Maksud Pertumbuhan penduduk ialah proses perubahan penduduk
iaitu peratus perubahan penduduk tahunan sesebuah negara
1.3.1 Pertumbuhan berdasarkan kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi.
penduduk dunia
(a) Membandingkan trend pertumbuhan penduduk mengikut
wilayah dunia dan negara Malaysia:
Arah aliran pertumbuhan:
- Arah aliran peningkatan atau penurunan secara
mendadak/pesat
- Arah aliran peningkatan atau penurunan secara gradual /
perlahan-lahan
- Arah aliran stabil / tidak berubah

Kadar dan arah aliran penduduk dunia

- Arah aliran penduduk dunia meningkat secara mendadak


selepas Perang Dunia Kedua hingga kini.
- Kadar aliran pertumbuhan penduduk dunia tidak
sama.Eropah pertumbuhangradual/ perlahan.
- Benua Amerika Selatan, Oceania, Benua Afrika dan
Benua Asia meningkat secara mendadak.

Arah aliran pertumbuhan penduduk Malaysia:


i)Kadar dan arah aliran penduduk Malaysia
- Tidak stabil, turun naik kecil
- (dari tahun 1950-an hingga 1990-an) Penurunan
secara perlahan (mulai 1990-an hingga kini)

ii) Pertambahan dan perubahan penduduk


- Perubahan atau perbezaan relatif jumlah penduduk
tahun semasa dengan tahun sebelumnya.

iii) Kadar pertumbuhan tahunan

Formula kiraan :
Kadar pertumbuhan penduduk:
Kadar kelahiran - Kadar kematian + Kadar migrasi bersih
Kadar pertumbuhan penduduk semulajadi:
Kadar kelahiran - Kadar kematian

(b) Menghitungkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk


wilayah dunia dan negara Malaysia dengan formula berikut :

r = 1/n Log e (Pn / Po ) X 10

r + Kadar pertumbuhan
n= Bilangan tahun
Pn= Penduduk tahun semasa
Po= Penduduk tahun asas

(c) Mengganggarkan dan meramalkan penduduk sesebuah


kawasan
(d) Menghuraikan bagaimana proses pertumbuhan penduduk
berlaku, iaitu :
i) Pertumbuhan semulajadi / Kadar Pertumbuhan
semulajadi
(Jumlah / Kadar Kelahiran - Jumlah / Kadar Kematian)

ii) Jumlah / Kadar Pertumbuhan penduduk


( Kadar/jumlah kelahiran - Kadar/ jumlah kematian +
Kadar/ Jumlah Migrasi bersih)

1.3.2 Faktor pertumbuhan (e) Menilaikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan


penduduk penduduk :
i) Kadar kelahiran dan Kadar Kematian
Sosial
- Perkembangan dan kemajuan tahap kesihatan
penduduk, makanan seimbang,rawatan , ibu
mengandung, bersalin di hospital, rawatan pakar,
rawatan susulan bayi, peralatan moden, ubatan moden
dan program imunisasi dan kawalan penyakit
berjangkit.
- Keberkesan amalan perancang keluarga
- Perkahwinan di usia muda, kesuburan tinggi
- Agama Islam menggalakkan umatnya mempunyai
anak ramai / ramai umat dan mengharamkan
pengguguran haram.
Ekonomi
- Perkembangan dan kemajuan ekonomi
- Peluang pekerjaan yang mudah, banyak dan meluas
- Pendapatan perkapita meningkat
- Kuasa beli meningkat
Migrasi
- Migrasi daripada negara jiran Thailand, Indonesia,
Filipina dan Vietnam secara sah atau haram
meningkatkan jumlah penduduk.
Dasar kerajaan
- Dasar 70 juta penduduk
- Insentif rebet cukai pendapatan, cuti bersalin, rawatan
ibu mengandung dan bersalin percuma
Kestabilan politik
- Negara aman, tenteram dan makmur akan
meningkatkankadar lahir dan pertumbuhan penduduk
1.3.3 Kemahiran amali f) Mengira, melukis, dan mempersembahkan data perubahan dan
pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual dan gambarajah :
Graf Garis:
i) Kadar kelahiran
ii) Kadar kematian
iii) Kadar migrasi bersih
iv) Kadar pertumbuhan penduduk

(g) Mentafsir data dalam jadual dan gambarajah berkenaan :


Menerangkan :
- Ciri
- Pola
- Trend
1.3.4 Kesan pertumbuhan (h) Mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif
penduduk pertumbuhan penduduk Malaysia terhadap :

Kesan Positif :
i) Ciri demografi
- Kadar Kelahiran masih tinggi,
- golongan muda yang ramai,
- golongan muda lebih ramai daripada golongan dewasa.

ii) Status sosioekonomi


- Nisbah tanggungan golongan dewasa menanggung
golongan tua adalah kecil.
- Golongan muda yang ramai, pelapis dan aset tenaga kerja
pada masa hadapan.
- Mempercepatkan pembangunan sumber alam
- Meluaskan saiz pasaran domestik (barangan keperluan
golongan muda dan dewasa).
- Menjamin tenaga kerja anggota keselamatan dalam
negara (polis) dan tenaga kerja menjaga kedaulatan
negara (tentera)

Kesan Negatif :
i) Ciri demografi
- Kadar kelahiran tinggi
- golongan muda yang tidak produktif adalah tinggi
berbanding dengan golongan dewasa yang produktif.

ii) Status sosioekonomi


- Nisbah tanggungan golongan dewasa menanggung
golongan muda yang tidak produktif adalah tinggi
- Pembangunan sumber terjejas kerana kekurangan tenaga
profesional dewasa
- Mengurangkan saiz pasaran domestik barangan keperluan
golongan dewasa kerana jumlah golongan dewasa yangs
sedikit

(i) Membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap


ciri demografi dan status sosioekonomi antara negara maju
dengan negara sedang membangun :

Negara Maju :
i) Ciri demografi :
- Kadar kelahiran dan kadar kematian sangat rendah.
- Golongan dewasa lebih ramai daripada golongan
muda
- Nisbah tanggungan orang dewasa kepada orang muda
adalah rendah
- nisbah tanggungan golongan dewasa terhadap orang
tua adalah tinggi
- kadar kematian sangat rendah

ii) Ciri sosioekonomi:


- Golongan dewasa yang ramai-Aset tenaga kerja
pelbagai sektor ekonomi
- Golongan dewasa/produktif ramai dapat
membangunkan sumber alam
- Saiz pasaran domestik keperluan dewasa tinggi, kuasa
beli tinggi
- Menguatkan pertahanan sesebuah negara

Negara Sedang Membangun.:


i) Ciri Demografi
- Kadar kelahiran dan kadar kematian tinggi.
- Golongan muda lebih ramai daripada golongan
dewasa dan tua.
- Nisbah tanggungan orang dewasa terhadap orang
muda adalah tinggi dan nisbah tanggungan golongan
dewasa terhadap orang tua adalah rendah - kadar
kematian tinggi
ii) ciri sosioekonomi :
- Penggunaan semasa -kekurangan golongan dewasa
yang produktif sebagai tenaga kerja pelbagai sektor
ekonomi dan anggota keselamatan polis dan tentera.
- namun pada masa hadapan, apabila golongan muda
membesar, aset pelapis tenaga kerja
- Aset membangunkan sumber alam
- Memperluaskan saiz pasaran domestik, barangan
keperluan golongan muda dan dewasa.
- Menguatkan pertahanan sesebuah negara, polis,
tentera, RELA.

(j) Menjelaskan proses penuaan penduduk dan kesannya


terhadap :
Konsep proses penuaan :
- Proses peningkatan jangka hayat penduduk yang
berusia 65 tahun ke atas.
Kesan proses penuaan terhadap :
i) Ciri demografi
- Kadar kematian yang rendah
- Jangka hayat penduduk tinggi lebih 65 tahun
- Jantina wanita lebih ramai berbanding lelaki
- Nisbah tanggungan: golongan dewasa dan kerajaan
menanggung golongan tua yang ramai.
ii) Status sosioekonomi
- tidak produktif dari segi ekonomi, tidak menyumbang
kepada ekonomi
- peningkatan kos perbelanjaan dan pengurusan
sokongan warga emas
- Peningkatan bajet kerajaan membayar pencen,
KWSP, perkhidmatan kesihatan.
- Kemerosotan nilai murni masyarat-hantar ibu bapa ke
rumah kebajikan dan mengabaikan tanggung-jawab.
1.3.5 Kemahiran amali k) Mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi bagi ketiga-tiga
bentuk piramid penduduk
Melukis pelbagai bentuk rajah piramid penduduk.

1.Piramid progresif :
i) Ciri demografi :
- Kadar kelahiran tinggi, golongan muda ramai, tapak
piramid lebar
- Kadar kematian tinggi, jangka hayat penduduk
rendah,golongan tua yang sedikit/kurang, puncak
piramid tajam.
- Umur-golongan kanak-kanak ramai berbanding
dengan golongan dewasa dan tua-cerun piramid
cengkung.
- Nisbah tanggungan tinggi (dewasa-muda)
- Nisbah lelaki-perempuan umur muda dan dewasa
hampir seimbang.
- Jantina-perempuan lebih ramai daripada lelaki di
peringkat usia 65 tahun ke atas.

ii) Sosioekonomi
- tidak produktif dari segi ekonomi, tidak menyumbang
kepada ekonomi
- peningkatan kos perbelanjaan dan pengurusan
sokongan warga emas
- Peningkatan bujet kerajaan membayar pencen,
KWSP, perkhidmatan kesihatan.
- Kemerosotan nilai murni masyarat-hantar ibu bapa ke
rumah kebajikan dan mengabaikan tanggung-jawab.

2. Piramid regresif :
i) Demografi
- Kadar kelahiran rendah, golongan muda sedikit, tapak
piramid sempit.
- Kadar kematian rendah, jangka hayat penduduk
tinggi, golongan tua yang ramai, puncak piramid
lebar.
- Umur-golongan dewasa ramai berbanding daripada
golongan kanak-kanak-cerun piramid cembung.
- Nisbah tanggungan rendah (dewasa-muda)
- Jantina-perempuan lebih ramai daripada lelaki di
peringkat usia 65 tahun ke atas.

ii) Sosioekonomi
- Penggunaan semasa -kekurangan golongan dewasa
yang produktif sebagai tenaga kerja pelbagai sektor
ekonomi dan anggota keselamatan polis dan tentera.
- namun pada masa hadapan, apabila golongan muda
membesar, aset pelapis tenaga kerja
- Aset membangunkan sumber alam
- Memperluaskan saiz pasaran domestik, barangan
keperluan golongan muda dan dewasa.
- Menguatkan pertahanan sesebuah negara, polis,
tentera, RELA.
3.Piramid Perantaraan
i) ciri demografi
- Berbentuk hampir tegak atau tegak, perbezaan penduduk
mengikut kumpulan umur muda, dewasa dan tua adalah
tidak ketara / stabil.
- Kadar kelahiran sangat rendah, golongan muda sangat
sedikit, tapak piramid sangat sempit.
- Kadar kematian sangat rendah, golongan tua yang ramai,
jangka hayat penduduk tinggi,puncak piramid lebar.
- Umur-golongan dewasa ramai berbanding daripada
golongan kanak-kanak.
- Jantina-perempuan lebih ramai daripada lelaki di
peringkat usia 65 tahun ke atas.

ii) ciri sosioekonomi


- tidak produktif dari segi ekonomi, tidak menyumbang
kepada ekonomi
- Peningkatan bekalan tenaga profesional dalam negara,
pensyarah, doktor, penyelidik, peguam, hakim, jurutera,
ahli farmasi
- peningkatan kos perbelanjaan dan pengurusan sokongan
warga emas
- Peningkatan budjet kerajaan membayar pencen, KWSP,
perkhidmatan kesihatan.
- Kemerosotan nilai murni masyarakat-hantar ibu bapa ke
rumah kebajikan dan mengabaikan

1.3.6 Penduduk dan ( m ) Menerangkan model peralihan demografi


pembangunan
i) Tahap 1
Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh keperluan terhadap
tenaga kerja dalam sektor pertanian.
Kadar kematian juga tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan
yang rendah dan serangan wabak penyakit.
Kadar pertumbuhan semulajadi tahap ini adalah rendah
disebabkan peningkatan kadar kelahiran dan kematian.
Negara tahap ini seperti Kenya, Sudan, Angola dan lain-lain
negara mundur.
ii) Tahap 11
Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh keperluan terhadap
tenaga kerja dalam sektor pertanian dan ketiadaan amalan
perancangan keluarga.
Kadar kematian rendah disebabkan oleh peningkatan taraf
kesihatan,perubatan yang baik dan bekalan makanan yang
cukup.
Kadar pertumbuhan semulajadi tahap ini adalah tinggi
disebabkan peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan
kadar kematian.
Negara tahap ini adalah terdiri daripada negara membangun
seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan lain-lain negara
membangun.

iii) Tahap 111


Kadar kelahiran rendah disebabkan oleh amalan perancangan
keluarga, masyarakat yang semakin maju dan ramai golongan
wanita yang bekerjaya dan berkahwin lewat.
Kadar kematian rendah disebabkan oleh kemajuan dalam
bidang perubatan seperti pengenalam vaksin untuk penyakit
merbahaya dan peralatan perubatan moden.
Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk adalah rendah
disebabkan oleh pengurangan kadar kelahiran dan kematian.
- Negara yang berada pada tahap ini ialah negara maju seperti
Jepun, Britain, Perancis dan sebagainya

( n ) Menganalisis kaitan di antara pertumbuhan penduduk


dengan tahap pembangunan sosioekonomi antara wilayah dunia
atau sesebuah negara.

Tahap 1: Masyarakat pertanian


Negara yang berada pada tahap ini adalah Negara mundur dan
ekonominya berasaskan kepada pertanian.
Ekonomi yang berasaskan menyebabkan keperluan terhadap
tenaga kerja adalah tinggi yang menyebabkan kadar kelahiran
adalah tinggi.
Kegiatan pertanian yang berorientasikan buruh menyebabkan
pengeluaran makanan terhad dan penerokaan sumber alam
yang terbatas.
Pengeluaran makanan terhad menyebabkan kebuluran dan
meningkatkan kematian.
Pembangunan sosial rendah melalui kadar kematian tinggi,
tahap pendidikan rendah dan kadar kemiskinan tinggi.
Tahap 11: Peringkat awal perindustrian
Sumber ekonomi negara berubah dan tidak bergantung
sepenuhnya kepada pertanian.
Sektor perindustrian dan perkhidmatan mula berkembang.
Sumber ekonomi telah berkembang disebabkan peningkatan
teknologi membolehkan pembangunan sumber alam
meningkat.
Pendapatan perkapita semakin meningkat, peluang pekerjaan
bertambah dan taraf hidup penduduk meningkat.
Pembangunan sosial meningkat seperti kemudahan
pendidikan, kemudahan kesihatan dan pembandaran semakin
berkembang.
Tahap 111: Peringkat perindustrian.
Kadar kelahiran dan kematian menurun dan pertumbuhan
penduduk hampir sifar.
Negara yang berada pada tahap ini adalah Negara maju
seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan lain-lain.
Pendapatan Negara bergantung kepada sektor perindustrian
dan perkhidmatan.
Sumber alam dijana dengan berkesan kerana kemajuan
teknologi
Pembangunan sosial tinggi seperti kemajuan kesihatan yang
meningkatkan jangka hayat, kemajuan sistem pendidikan dan
kadar celik ICT yang tinggi.
Masyarakat pada tahap ini bermaklumat dan taraf hidup
penduduk yang tinggi.
Kadar pembandaran adalah tinggi dan sebahagian besar
penduduk tinggal di bandar.

1.4 Migrasi Calon seharusnya dapat


( a ) Mengenalpasti jenis dan menghuraikan pola migrasi
dalaman negara Malaysia serta migrasi antarabangsa semasa
dari segi :
Jenis migrasi :
i. migrasi dalaman( antara tempat dalam sesebuah
negara
ii. migrasi antarabangsa ( melintasi sempadan
negara)
Pola migrasi dalaman :
i. arah aliran (dari mana ke mana)
ii. isipadu aliran (jumlah banyak/sedikit)
iii. komposisi aliran
Nota: Migrasi melibatkan migrasi kekal, sementara dan
bermusim

i. Arah Aliran Migrasi Dalaman


Migrasi desa - bandar
Migrasi bandar - bandar
Migrasi bandar – desa
Migrasi desa – desa

ii. Isipadu aliran ( jumlah / bilangan )


Jumlah penghijrah sama ada ramai atau sedikit yang
berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dalam sesebuah
negara.

iii. Komposisi Aliran ( siapa yang berpindah ? )


Jantina ( jantina mana yang dominan? Mengapa?)
umur ( kumpulan umur mana yang terbanyak?)
taraf pendidikan ( kelayakan / kelulusan migran )

( b ) Menilai faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman dan migrasi


antarabangsa semasa.

Faktor- faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman


i) Faktor ekonomi
Peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perindustrian di
bandar-bandar besar.
Penawaran gaji yang tinggi dan kemudahan pembandaran
menarik ramai golongan belia berhijrah ke kawasan bandar.
Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian di kawasan luar
bandar menawarkan gaji yang rendah mendorong belia
berhijrah ke bandar.
ii) Faktor sosial
Kemudahan asas yang lengkap di bandar seperti bekalan air,
elektrik dan kemudahan telekomunikasi mendorong
penghijraha ke bandar.
Pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jalan hubungan Timur
Barat dan Lebuh Raya Pantai timur meningkatkan
ketersampaian penduduk ke bandar.
Kemudahan pengangkutan seperti bas dan keretapi
memudahlan lagi pergerakan penduduk.
Pusat pengajian tinggi yang terdapat di bandar seperti
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Putra Malaysia mendorong pelajar luar bandar
berhijrah ke bandar.
Kemudahan pembandaran seperti kemudahan kesihatan,
hiburan, pasar raya, kemudahan keewangan menarik ramai
golongan muda berhijrah ke bandar.
iii) Dasar kerajaan
Pembangunan wilayah melalui agensi kerajaan seperti
KEJORA, KESEDAR, KETENGAH , JENGKA dan DARA
menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk ke tanah
rancangan yang dibuka.
Pembandaran yang berlaku di pinggir bandar Kuala Lumpur
seperti Cheras, Ampang dan Gombak menyebabkan
penghijrahan dari satu bandar ke satu bandar yang lain.
Kewujudan koridor pembangunan wilayah seperti Koridor
Pembangunan Wilayah Timur, Koridor Pembangunan
Wilayah Utara dan Wilayah Iskandar menyebabkan banyak
projek pembangunan berskala besar.
iv) Sumber alam
Kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah,
petroleum dan gas asli menyediakan banyak peluang
pekerjaan dan menarik ramai penduduk berhijrah.
v) Politik
- peperangan/kekacauan menyebabkan pelarian spt perang di
negara-negara Arab
vi) Bencana alam
- kemarau/banjir besar/tsunami

Kesan Migrasi Dalaman Terhadap Kawasan Destinasi

Kesan Positif
i) Kemajuan ekonomi
Pertambahan tenaga kerja dalam pelbagai sektor ekonomi
seperti pertanian, pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan
Memajukan sumber di kawasan yang dituju seperti sumber
tanah dan sumber mineral.
ii) Kemajuan infrastruktur
Kemajuan infrastruktur bagi memenuhi keperluan penduduk
seperti perumahan, bekalan air, elektrik, pengangkutan dan
perhubungan.
Pembinaan sekolah, hospital dan kawasan rekreasi.
iii) Meningkatkan pasaran barangan
Pertambahan penduduk di kawasan yang dituju akan
meningkatkan pasaran barangan.
Pertambahan pendapatan penduduk meningkatkan kuasa beli.
iv) Mewujudkan keseimbangan kaum.
Penghijrahan penduduk Melayu ke bandar-bandar seperti
Kuala Lumpur dan Ipoh dapat mengimbangkan kaum di
bandar-bandar tersebut.
v) Proses pembandaran
Penghijrahan penduduk ke kawasan bandar menyebabkan
peningkatan kawasan perumahan, infrastruktur dan beberapa
kemudahan perkhidmatan.
Pertambahan infrastruktur dan kemudahaan perkhidmatan
menyebabkan saiz bandar semakin besar.
vi) Pembauran inovasi
Perpindahan golongan profesional ke luar bandar selepas
bersara menyumbangkan idea kepada penduduk luar bandar.

Kesan Negatif
i) Kesesakan di bandar
Kesesakan berlaku kerana pertambahan penduduk
menyebabkan pertambahan kediaman, kenderaan dan
jaringan pengangkutan.
Kesesakan lalu lintas pada waktu puncak pagi dan petang.
ii) Pengangguran meningkat
Golongan yang berhijrah berpendidikan rendah dan sukar
mendapatkan pekerjaan di bandar
Peluang pekerjaan yang sedikit berbanding pertambahan
penduduk di bandar.
iii) Setinggan
Kekurangan rumah kos rendah dan nilai rumah yang tinggi di
bandar menyebabkan munculnya petempatan setinggan.
iv) Masalah sosial
Kos hidup yang meningkat di bandar mendorong berlakunya
kecurian, pelacuran, pecah rumah ,penagihan dadah dan
sebagainya.
v) Tekanan terhadap sumber alam
Pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya tekanan
terhadap sumber tanah.Harga tanah dan rumah semakin
meningkat.
vi) Pencemaran sumber alam
Pertambahan penduduk di bandar-bandar besar menyebabkan
berlakunya pencemaran udara, air dan tanah.
Pencemaran air dan udara berlaku disebabkan oleh
pembuangan sisa-sisa industri , sampah srap dan penggunaan
kenderaan bermotor.
vii) Kerosakan sumber
Penerokaan tanah untuk pembinaan kawasan perumahan
menyebabkan berlakunya kerosakan sumber seperti tanah
runtuh dan kemusnahan sumber hutan.
Kesan Migrasi Dalaman Terhadap Kawasan Asal

Kesan Positif
i) Mengurangkan tekanan terhadap sumber
Mengurangkan tekanan terhadap sumber tanah untuk
pertanian di luar bandar.
Peluang pekerjaan yang mencukupi di luar bandar disebabkan
oleh pengurangan penduduk.
Pengangguran di luar bandar dikurangkan.
ii) Kuasa beli meningkat
Penghantaran wang ke desa menyebabkan pendapatan dan
tabungan penduduk desa bertambah
Meningkatkan kualiti hidup penduduk desa disebabkan
tabungan yang meningkat
iii) Pemindahan kepakaran/idea
Golongan profesional yang bersara dari perkhidmatan
membawa idea baru begi kegiatan pertanian dan IKS yang
boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil.
Berlaku perubahan sosial, politik dan budaya di kalangan
penduduk desa.

Kesan negatif
i) Kekurangan tenaga kerja di luar bandar
Penghijrahan golongan muda ke bandar menyebabkan
kekurangan tenaga kerja di desa.
Banyak berlaku pembaziran sumber seperti tanah yang tidak
diusahakan.
ii) Ketidakseimbangan struktur umur penduduk.
Penghijrahan golongan muda ke kawasan bandar
menyebabkan penduduk desa sebahagian besar terdiri
daripada warga tua.

Faktor mempengaruhi migrasi Antarabangsa.

i) Faktor ekonomi
Terdapat peluang pekerjaan yang banyak di sesebuah negara
yang dituju. Contohnya dalam sektor pertanian dan
pembinaan.
Gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan negara
asal
Nilai mata wang negara yang dituju lebih tinggi berbanding
dengan negara asal menyebabkan pendapatan mereka tinggi.
ii) Faktor sosial
Terdapat pelbagai kemudahan asas , kesihatan, pengangkutan
dan perhubungan di Malaysia.
iii) Dasar kerajaan.
Menggalakkan kemasukan buruh asing untuk memenuhi
keperluan tenaga kerja dalam sektor pembinaan dan
perladangan.
Urusan pengeluaran permit kerja yang lebih mudah
iv) Faktor politik
Keadaan politik yang stabil di Malaysia menggalakkan
kemasukan warga asing ke Malaysia.
Kehidupan yang lebih selamat dan terjamin yang terdapat di
Malaysia.
v) Bencana alam
Malaysia bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi,
letusan gunung berapi dan ribut taufan.
Gempa bumi dan ribut taufan di negara seperti Bangladesh,
Filipina dan Indonisia mendorong penduduknya berhijrah ke
Malaysia.
vi) Ketersampaian.
Negara-negara seperti Thailand, Myanmar dan
Indonisia hampir dan bersempadan memudahkan lagi
pergerakan masuk ke Malaysia.
vii) Faktor budaya
Persamaan adat resam dan budaya, contohnya Malaysia
dengan Indonisia.
Keturunan dan persaudaraan
Perkahwinan

Kesan-kesan Migrasi Antarabangsa


Kesan Positif
i) Pembangunan ekonomi negara.
Kemasukan migran menyebabkan berlakunya pembangunan
ekonomi negara seperti sektor pertanian, pembinaan dan
pembuatan.
Kemasukan golongan profesional dalam sektor perkhidmatan
seperti doktor dan pensyarah membawa kemajuan dalam
sektor perkhidmatan.
Perkembangan ekonomi dalam pelbagai sektor menyebabkan
KDNK negara meningkat.
ii) Perluasan pasaran domestik
Pertambahan penduduk akibat kemasukan warga asing akan
meningkatkan pasaran dalam negara.
Kuasa beli domestik bertambah
Ekonomi berkembang disebabkan oleh perbelanjaan warga
asing.
iii) Pemindahan teknologi
Pemindahan teknologi berlaku akibat kemasukan tenaga kerja
mahir ke Malaysia.
Contoh teknologi yang dibawa seperti elektronik, automotif,
aeroangkasa dan sebagainya.
Menjimatkan kos penghantaran pekerja ke luar negara.
Kesan Negatif
i) Peningkatan masalah sosial
Pertambahan masalah jenayah
Penyebaran wabak penyakit seperti AIDS dan pelacuran
Kewujudan multi racial
ii) Kewujudan setinggan
Tidak mampu menyewa disebabkan kadar sewa yang tinggi
Membina rumah secara haram di atas tanah rezab
Pencemaran air dan bau di kawasan setinggan
Kualiti hidup yang rendah
iii) Persaingan dengan buruh tempatan
Persaingan berlaku dalam sektor perniagaan, pertanian,
pembinaan dan perkhidmatan.
Kos tenaga kerja asing murah
Pengangguran penduduk tempatan.
iv) Pengaliran keluar wang negara
Pengaliran keluar wang negara apabila pendatang asing
menghantar wang ke negara asal.
v) Kekurangan kemudahan asas
Pertambahan pendatang asing meningkatkan permintaan
terhadap kemudahan kesihatan dan perumahan.
Permintaan yang tinggi menyebabkan kemudahan asas yang
tidak mencukupi.
1.4.1 Kemahiran Amali ( a ) Mengira, melukis dan mempersembahkan data migrasi dalaman
serta migrasi antarabangsa dalam bentuk jadual, gambar rajah dan
peta aliran.

( b ) Mentafsirkan jadual, gambar rajah dan peta aliran migrasi.

1.5 Penduduk dan sumber


alam ( a ) Menghuraikan konsep dan jenis sumber alam
Sumber alam merupakan sumber asli yang terdapat di dalam
1.5.1 Pengenalan umum alam sekitar fizikal yang dihargai dan bermanfaat bagi
komponan alam sekitar manusia.
fizikal Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan seperti
air, udara, makanan, pakaian, perkakas dan tempat kediaman.
Jenis-jenis sumber alam
Sumber alam terbahagi kepada dua iaitu sumber alam boleh
dibaharui dan sumber alam yang tidak boleh dibaharui.
Sumber alam yang tidak boleh dibaharui akan pupus apabila
digunakan dan tidak boleh diganti semula.Contohnya
petroleum, gas asli dan arang batu.
Sumber alam yang boleh dibaharui terbahagi kepada dua iaitu
i. Sumber alam yang berterusan dan tidak akan pupus seperti
udara, air, angim, ombak dan solar.
ii. Sumber alam yang boleh diganti setelah digunakan seperti
hutan, padang rumput, tanah pertanian, sumber perikanan dan
sumber biomas.
1.5.2 Alam Sekitar
Fizikal sebagai sumber ( b ) Mengenalpasti komponan alam sekitar yang meliputi empat
Alam sistem, iaitu

i) biosfera ( sistem ekologi )


Biosfera terdiri daripada semua organisma hidup di bumi.
Sistem biosfera bergantung kepada sistem yang lain seperti
atmosfera, litosfera dan hidrosfera bagi membentuk
persekitarannya.
Biosfera terdiri daripada beberapa buah ekosistem. Ekosistem
ialah hubungan di natara organisma hidup dengan alam
sekitarnya. Contoh ekosistem seperti hutan, tasik, kolam,
hutan bakau dan laut.
ii) litosfera
Litosfera merupakan kerak bumi yang terdiri daripada batuan,
mineral dan tanah.
Beberapa proses geomorfologi berlaku di dalam sistem
litosfera seperti hakisan, luluhawa, tanah runtuh,
pengangkutan dan pemendapan.
iii) hidrosfera
Hidrosfera merupakan semua air yang terdapat di bumi
seperti lautan, tasik, kolam , sungai , paya dan air bawah
tanah.
Air di bumi boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair,
pepejal dan gas.
iv) atmosfera
Lapisan udara bumi yang terdiri daripada pelbagai jenis gas
dan zarah-zarah bukan gas.
Lapisan atmosfera melekat pada permukaan bumi dan
bergerak bersama-sama dengan bumi disebabkan tarikan
graviti.
Lapisan atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan seperti
troposfera, stratosfera, mesosfera dan termosfera.
Contoh gas yang terdapat di dalam atmosfera seperti nitrojen
78%, oksigen 21% , gas argon 0.9%, karbon dioksida 0.03%
dan gas-gas lain 0.07%.
Zarah bukan gas seperti wap air, debu dan asap.

( c ) menghuraikan hubungkait antara manusia dengan sumber alam


dari segi kepentingan sumber alam kepada manusia.
- manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan dan
kemajuan sosioekonomi.
- penerokaan sumber bagi memenuhi keperluan kehidupan dan
pembangunan berterusan.

Kepentingan alam sekitar fizikal kepada manusia.


i) Atmosfera
Unsur –unsur yang terkandung di dalam atmosfera seperti
suhu, cahaya matahari dan kelembapan udara.
Tenaga suria penting untuk aktiviti manusia seperti
pengeringan produk IKS, aktiviti pertanian, perikanan dan
pelancongan.
Hujan penting bagi aktiviti pertanian seperti penanaman dan
pengairan.
Tiupan angin penting bagi aktiviti pelancongan dan
pengangkutan.

ii) Hidrosfera
Unsur penting hidrosfera ialah lautan, sungai tasik, paya dan
air bawah tanah.
Sungai, laut dan tasik penting sebagai kawasan perikanan
kerana kaya dengan pelbagai spesis ikan
Lautan, sungai dan air bawah tanah sebagai sumber bekalan
air kepada manusia, industri dan akuakultur.
iii) Biosfera
Terdiri daripada pelbagai jenis spesis flora dan fauna.
Biosfera penting bagi manusia untuk pembalakan, makanan,
hasil hutan, perubatan, pelancongan dan sebagainya.
iv) Litosfera
Contoh unsur yang terdapat di dalam litosfera seperti mineral
dan tanah.
Litosfera penting bagi manusia untuk kegiatan seperti
perlombongan, pertanian, pelancongan , petempatan dan
sebagainya.
1.5.3 Daya Tampung
Persekitaran Fizikal ( d ) Menghuraikan konsep daya tampung sumber alam dalam
konteks keseimbangan ekosistem

Keupayaan persekitaran fizikal di sesebuah negara dalam


menampung sumber alam yang diperlukan oleh penduduk di
sesebuah kawasan seperti air permukaan bersih, udara bersih,
tanah pertanian, mineral dan hutan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber


alam.
i. Kuantiti sumber alam
Negara yang mempunyai sumber alam yang banyak dapat
menampung keperluan penduduknya untuk tempoh yang
lama. Contohnya sumber tanah, hutan dan mineral yang
banyak
ii) Teknologi
Penggunaan teknologi moden membolehkan pengeluaran
sumber dengan cepat dan dalam kuantiti yang
banyak.Contohnya sumber hutan dan sumber mineral.
Penggunaan teknologi yang rendah menyebabkan daya
tampung sumber alam yang rendah.
iii) Pengurusan sumber
Pengurusan sumber yang cekap penting bagi mengelakkan
pembaziran sumber dan daya tampung sumber sentiasa
berterusan. Contohnya penanaman semula hutan.
iii) Jumlah penduduk
Jumlah penduduk yang ramai menyebabkan daya tampung
sumber alam semakin rendah.Contohnya sumber tanah.
Pengawalan pertumbuhan penduduk perlu dilakukan bagi
memastikan sumber alam dapat menampung keperluan
penduduk.

( e ) Menjelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem dapat


menjamin daya tampung sumber alam yang berterusan (kelestarian
Sumber)
- keseimbangan ekosistem dapat dicapai melalui usaha
pembangunan berterusan, pemeliharaan dan pemuliharaan
sumber alam, penerokaan dan penggunaan sumber alam
yang berhemah, serta pengurusan sumber yang berkesan.
Usaha-usaha bagi mewujudkan keseimbangan di antara
ekosistem dengan daya tampung sumber alam melalui;
i) pemeliharaan
Memelihara alam sekitar dari kerosakan dan kemusnahan dan
tidak menunggu proses baik pulih.Contohnya mengadakan
hutan simpan kekal.
ii) Pengurusan yang sistematik
Pengurusan merupakan proses melindungi, mengawal selia
dan memelihara sumber.
Pengurusan ekosistem yang sistematik dan berhemah bagi
mengekalkan ekosistem. Contohnya menghadkan
pengeluaran sumber yang tidak boleh dibaharui seperti
petroleum , bijih timah, bijih besi daan sebagainya.
iii) Penggunaan sumber tenaga gantian
Membangunkan sumber tenaga gantian kepada tenaga fosil
seperti tenaga solar, tenaga biomas, tenaga angin dan tenaga
ombak.
Penggunaan sumber tenaga gantian bagi memastikan daya
tampung tenaga fosil yang berterusan.
iv) Pembangunan lestari
Pembangunan yang digabungkan dengan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
Pembangunan yang disertai dengan usaha membaik pulih
sumber seperti air, hutan,tenaga,udara,mineral dan
sebagainya.

Kesan Pertumbuhan Penduduk Terhadap Alam Sekitar


i) Pencemaran udara
Pertambahan gas karbon monoksida dan partikel terampai (
pm10 )kesan daripada pertambahan kenderaan bermotor dan
kilang.
ii) Pencemaran air
Pencemaran air berlaku kesan pembuangan sisa kumbahan,
sisa-sisa industri, baja kimia, racun serangga dan sampah
sarap.
iii) Pencemaran bunyi dan bau
Pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah
Pencemaran bunyi dari kenderaan dan kilang
iv) Peningkatan suhu setempat
Penebangan hutan menyebabkan berlakunya peningkatan
suhu setempat disebabkan pertambahan gas karbon dioksida
dalam udara.
v) Banjir kilat
Penurapan permukaan bumi mengurangkan proses resapan air
ke dalam tanah.
vi) Hakisan tanah dan tanah runtuh
Penebangan hutan melonggarkan struktur tanah dan
mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada hujan
Pemotongan bukit untuk pembinaan lebuh raya meningkatkan
sudut cerun dan mempercepatkan tanah runtuh.
vii) Gangguan sistem hidrologi
Penyahutanan mengurangkan proses resapaan dan
mengurangkan simpanan air bawah tanah
Kekurangan air bawah tanah menyebaabkan air di empangan
dan sungai semakin berkurangan.
viii) kemusnahan ekosistem
Penyahutanan menyebabkan berlakunya kemusnahan habitat
haiwan.
Berlaku kepupusan spesis
Penghijrahan spesis
( f ) mencadangkan pelbagai langkah perundangan dan bukan
perundangan bagi mengurangkan masalah lebihan dan kurangan
penduduk serta kekurangaan sumber alam.

Langkah Perundangan
i) Akta Alam Sekitar 1974
Menghalang kemerosotan alam sekitar dan meningkatkan
kualiti alam sekitar
Agensi yang bertanggungjawab ialah Jabatan Alam Sekitar
yang berkuasa menyaman, mengenakan denda, menyita
premis dan mengenakan tindakan mahkamah.
ii) Lain-lain akta
Akta Perhutanan Negara 1984 untuk mengawal kegiatan
pembalakan
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
Akta Pemuliharaan Tanah 1960 untuk mencegah hakisan
tanah.
iii) Tindakan undang cemaran udara
Memasang alat penapis asap pada cerobong asap kilang dan
ekzos kenderaan
Mengurangkan penggunaan bahan api fosil
Membangunkan sumber tenaga gantian
Berkongsi kenderaan
Menggunakaan pengangkutan awam
Menggunakan kaedah tebang reput bagi mengelakkan
pembakaran secara terbuka.
ii) Mengawal tanah runtuh dan hakisan
Menanam tanaman tutup bumi
Membuat sungkupan
Membina tembok konkrit
Mewujudkan sistem perparitan di cerun
Membina teres bertangga
Membina gabion ( batu dalam sangkar dawai )
iii) Mengawal pencemaran air
Merawat sisa kumbahan sebelum dilepaskan ke dalam sistem
saliran
Memasang perangkap sampah di dalam sungai
Merawat air yang telah tercemar
Mewujudkan hutan simpan
iv) Mengawal flora dan fauna
Penanaman semula hutan yang telah ditebang
Mengadakan rawatan sivilkultur
Mengadakan penebangan terpilih
v) Mengurangkan peningkatan suhu
Penanaman semula hutan
Membangunkan tenaga mesra alam seperti tenaga solar,
hidroelektrik, angin dan biomas.
Megurangkan pembebasan gas CFC
Menggunakan pengangkutan awam
vi) Kempen dan pendidikan
Pendidikan di peringkat sekolah dan IPTA
Diterapkan melalui mata pelajaran sains dan geografi.
Kursus berkenaan dengan alam sekitar di IPTA
Kempen oleh kerajaan dan NGO
Melalui media cetak dan media elektronik

2 Transformasi desa Calon seharusnya dapat:


a. Mentakrifkan konsep transformasi desa:
Transformasi desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa
melalui permodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan,
komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
b. Menghuraikan strategi pembangunan desa yang meliputi :
i. Pembangunan insitu :
Proses pembangunan desa in situ ialah pembangunan
fizikal desa. Desa dibangunkan dari segi kemudahan
asas, program perumahan rumah termiskin dan
menyediakan pusat pertumbuhan ekonomi desa.
ii. Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP):
Pembangunan yang menyepadukan /menggabungkan
segala tenaga, sumber berpotensi dan agensi kerajaan.
Kawasan-kawasan pertanianyang kecil/saiz tidak
ekonomik disepadukan, ditambah dengan pelbagai
prasarana bagi meningkatkan produktiviti dan
mempelbagi tanaman.
iii. Pembangunan Wilayah:
Membangunkan kawasan yang dikenalpasti secara
khusus bagi menjana sumber alam yang berpotensi
terutama sumber tanah.
iv. Perindustrian Desa:
Menyelerakkan pusat-pusat industri ke kawasan luar
bandar berdasarkan potensi sumber yang ada pada
kawasan itu. Melalui program ini desa akan menjadi
pusat perindustrian yang baru.

( Mengikut Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ada 7


teras pembangunan desa;
i. Pembangunan modal insan dan pengupayaan
masyarakat):
-Memperkasa keupayaan dan harga diri.
ii. Pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya
saing dan berdaya tahan:
iii. Pengintegrasian program pembangunan luar bandar
dengan perancangan fizikal:
iv. Pembangunan Infrastruktur dan penyediaan
kemudahan awam yang menyeluruh:
v. Peningkatan kualiti hidup dan pendapatan isi rumah
di dalam kumpulan berpendapatan 40% terendah:
vi. Pengurusan pembangunan secara bersepadu:
vii. Pengurusan sumber alam secara mapan:

c. Menjelaskan proses perubahan desa melalui


i. Saling kebergantungan desa-bandar - Hubungan dua
hala:
- Pusat pembauran Inovasi- Bandar berperanan sebagai
pusat pembauran inovasi baru kepada penduduk desa
dengan melalui sistem telekomunikasi dan pusat-
pusat penerangan kerajaan.
- Pusat Pengumpulan, pengedaran dan pemasaran
hasil-hasil desa.
- Pusat pentadbiran kawasan- Melicinkan pentadbiran
penyaluran polisi kerajaan, peningkatan penyelidikan
dan pembangunan.
- Pusat pasaran- kewujudan pasar tanih/pasar malam
memudahkan penduduk desa memasarkan hasil
keluaran desa.
- Pusat perindustrian (IKS)- Mengubah struktur
ekonomi desa daripada pertanian kepada
perindustrian.
- Pusat perkhidmatan sosial – Pelbagai kemudahan
sosial termasuk sekolah dan kesihatan.
- Pusat Pekerjaan- Menyediakan pelbagai sektor
ekonomi yang mewujudkan peluang pekerjaan.
- Pusat Permodenan- gaya hidup moden

ii. Pembandaran desa


- Kawasan desa dilengkapkan dengan segala
kemudahan serta perkhidmatan asas yang terdapat di
bandar.
- Peningkatan jumlah penduduk, perubahan fungsi dan
kemudahan desa secara in- situ dan rebakan bandar
yang berhampiran
- Kawasan desa dibekalkan dengan pelbagai
kemudahan air, elektrik, telekomunikasi dan
pengangkutan perhubungan, pendidikan dan
kesihatan.
- Strategi yang digunakan adalah mewujudkan bandar
baru di kawasan pembangunan wilayah,
membandarkan pekan yang berpotensi, mewujudkan
bandar industri sesuai dengan penyelerakkan industri
desa.
iii. Perancangan desa (pusat pertumbuhan desa);
- Meningkatkan peranan bandar kecil untuk memusat
dan meningkatkan fungsi dan peranan petempatan
desa.
- Peningkatan fungsi dan saiz
- Pemangkin kepada pembangunan dan permodenan
desa
- Penduduk yang tinggal di sekitar pusat pertumbuhan
desa akan bertumpu untuk menjalankan aktiviti
ekonomi dan mendapatkan perkhidmatan dan
maklumat untuk meningkatkan ekonomi mereka.
iv. Permodenan sosioekonomi desa.
- Penyediaan kemudahan asas dan pelbagai
kemudahan sosial mewujudkan gaya hidup moden di
kalangan penduduk desa.
- Peningkatan pendidikan membolehkan penduduk
desa bekerja dalam pelbagai bidang tradisi dan
moden.
- Penggunaan jentera, baka baru hasil penyelidikan
dan pembangunan mencetus permodenan di
kalangan penduduk desa.

2.2 Bandar dan a) Mendefinasikan maksud bandar dan proses pembandaran :


Pembandaran i. Bandar
Bandar adalah kawasan petempatan yang
2.2.1 Pengertian bandar mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang
dan pembandaran dan telah diwartakan . Ia mempunyai ciri-ciri sosio
ekonomi , kemudahan asas pembandaran dan gaya
hidup.
Klasiifikasi bandar berdasarkan saiz di Malaysia :
- Bandar Kecil (≤30,000)
- Bandar Sedarhana (30,000 – 500, 000)
- Bandar besar (500,000 – 1,000,000)
- Bandar raya metropolitan (≥ 1,000,000)
ii. Proses pembandaran : Pembandaran/urbanisasi ialah
proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar
bandar kepada bandar. Ia berlaku apabila
petempatan bandar berkembang menjadi bandr yang
lebih besar dan kompleks sifatnya (daripada bandar
kecil ke bandar sedarhana dan akhirnya menjadi
bandar raya).

b) Menghuraikan jenis dan ciri bandar (bandar raya global,


metropolis, bandar primat dan bandar raya mega)
i. Bandar raya global :
Di kenali sebagai bandaraya dunia/bandar raya
alfa)
menempatkan pelbagai aktiviti yang bertaraf
antarabangsa/dunia.
Ia ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam
sistem ekonomi, budaya,sosial, politik, teknologi
dan kemudahan bandar.
Memiliki sifat khusus dan unggul bertaraf dunia
Aktiviti ekonomi pada tahap kuartener dan kuiner.
Pelbagai fungsi mega bersifat kuartener dan kuiner
termasuk pusat kewangan, pusat pasaran kewangan
dunia, ibu pejabat korporat perdagangan berbilang
negara (MNC)
Pelbagai institusi bertaraf antarabangsa
Pusat pertumbuhan sektor perkhidmatan dan
perniagaan
Pusat perindustrian utama
Pusat jaringan pengangkutan dan telekomunikasi
antarabangsa
Kekerapan mengendalikan seminar dan
persidangan antarabangsa
Pusat membeli belah bertaraf antarabangsa

ii. Bandar Metropolis:


Bandar raya gabungan bandaraya dengan beberapa
buah bandar sehingga kawasan suburban (kumpulan
beberapa buah bandar yang bersambungan). Ia
berpenduduk melebihi satu juta orang.
Hierarki paling tinggi dan lingkungan pengaruh luas
Mempunyai pelbagai fungsi pusat- pemusatan
(aglomerasi) dan berteknologi tinggi, fungsi bandar
pentadbiran, perniagaan , perdagangan, perinsudtrian.
Ciri fizikal - Padat dan tepu bina dengan bangunan.
Rebakan bandar ke kawasan sekitar. Perkembangan
bangunan secara vertikal untuk jimatkan ruang.
Ciri sosial – kualiti hidup yang tinggi- pendapatan
tinggi dengan gaya hidup moden. Sangat bergantung
kepada penggunaan teknologi.
Pelbagai kemudahan /infrastruktur bertaraf dunia-
pengangkutan moden, pusat kewangan , pusat
membeli belah, pusat ICT moden (hub komunikasi),
banyak hotel lima bintang.
Tumpuan pengangkutan wilayah- hub pengangkutan
wilayah /serantau/dunia

iii. Bandar primat :


Bandar yang terbesar/dominan dalam sesebuah
negara/peneraju bagi pelbagai segi politik, media,
ekonomi, kebudayaan dan pendidikan bagi
negaranya.
Jumlah penduduknya adalah melebihi 5 kali ganda
berbanding dengan bandar kedua terbesar bagi
negaranya
Bandar primat hanya wujud apabila terdapat sebuah
bandar utama yang menjadi tumpuan penduduk ,
menjadi beberapa kali lebih besar berbanding dengan
bandar rank kedua (Jefferson , 1939).
Menempatkan lebih daripada 70% penduduk bandar
di sesebuah negara.
Pusat aktiviti politik dan pentadbiran.
Pusat kegiatan sosial- pendidikan, kesihatan dan
kebudayaan sesebuah negara.

iv. Bandaraya Mega (mega City) :


Proses pembandaran yang berterusan membolehkan
bandar-bandar metropolis bercantum membentuk saiz
bandar yang lebih besar dan luas dengan jumlah
penduduk melebihi 10 juta akan membentuk bandar
Mega.

Pola pembandaran a. Memperihalkan pola pembandaran:


Pola pembandaran merujuk kepada :
perubahan saiz dan bilangan bandar,
pertumbuhan penduduk bandar
perubahan sosioekonomi bandar.
Faktor mempengaruhi b. Menilai faktor yang mempengaruhi proses pembandaran;
pembandarab Faktor Sejarah : Faktor penjajahan yang membawa
kepada kedatangan migran, perkembangan
petempatan desa kepada bandar, ibu negeri , bandar
pelabuhan dan beberapa buah bandar di kawasan
pedalaman. Ia berkait rapat dengan
pengeksploitasian sumber alam dan penguasaan
politik.
Faktor perkembangan ekonomi: Kepesatan
pembandaran adalah berkait rapat dengan kemajuan
perindustrian . Kepesatan industri akan memesatkan
kadar pembandaran kerana peluang pekerjaan yang
banyak menarik ramai migrasi ke kawasan tersebut.
Faktor Dasar kerajaan : Dasar dan rancangan
kerajaan mempengaruhi perkembangan bandar sedia
ada dan perkembangan bandar baru. Bandar-bandar
satelite muncul untuk menampung limpahan
penduduk dan pembandaran bandar yang lebih besar
seperti Kuala Lumpur.
Faktor Perkembangan kemudahan asas dan sosial:
Perkembangan kemudahan utiliti (air dan elektrik),
kemudahan sosial termasuk pendidikan,
pengangkutan dan kesihatan membawa kepada
kewujudan bandar dan berkembang. Kemunculan
pusat pendidikan tinggi (IPTS dan IPTA)
mempercepatkan pembudayaan masyarakat bandar
kepada kehidupan lebih moden, penyebaran inovasi
baru dan mempergiat R&D.
Faktor Demografi: Faktor kedatang migrasi dan
pertumbuhan semulajadi juga pemangkin kepada
perkembangan bandar. Pertambahan jumlah
penduduk daripada migrasi luar bandar
melipatgandakan jumlah penduduk bandar, satu
elemen penting dalam perkembangan bandar.

2.2 2.2.2 Peranan bandar (e) mengenal pasti peranan bandar dalam pembangunan
dalam pembangunan sesebuah negara, iaitu :
Bandar memainkan peranan penting dalam pembangunan
sesebuah negara.
1.Peranan bandar telah membawa unsur-unsur pemodenan
kepada pembangunan negara. Unsur-unsur pemodenan ini
boleh dilihat dari segi ruang fizikal, ekonomi, sosial,
budaya dan politik.
2.Peranan yang dimainkan itu bergantung kepada jenis dan saiz
sesebuah bandar
.
Antara peranan yang dimainkan oleh bandar ialah:

i) pusat pemasaran;
membantu memasarkan produk-produk pertanian
dari luar bandar seperti sayur-sayuran, daging, ikan,
susu segar .
Kegiatan perniagaan dan perdagangan dalam bandar boleh
memberi sumbangan kepada pembangunan bandar
dan negeri dari segi pendapatan per kapita bandar dan
negeri.Misalnya, bandaraya besar seperti Kuala
Lumpur,Geogetown,pada musim perayaan dan cuti panjang
sekolah dengan mengadakan Jualan Karnival telah
memungut cukai daripada hotel, pusat hiburanpusat
perniagaan untuk memperoleh sumber pendapatan
yangpaling tinggi bagi bandar tersebut. Dengan itu, status
bandar raya Kuala Lumpur akan berkembang dengan lebih
maju.

(ii) pusat pekerjaan;

Akibat daripada kegiatan ekonomi dan sosial bertumpu


di bandar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan
kepada penduduknya, khasnya dalam bidang perindustrian
dan perkhidmatan.
kadar pengangguran boleh

(iii) pusat pemodenan;

berlaku melalui pendidikan yang menggalakkanperubahan


sosial dan mental. Oleh itu penduduk bandar dari segi
pemikiran adalah lebih terbuka
penduduk bandar mempunyai kadar celik huruf yang tinggi.
Bandar merupakan tempat bermulanya proses perubahan
dan proses pemodenan seperti idealogi, maklumat baru,
teknologi dan inovasif baru.
Terdapat banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta
dibandar seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur,
Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Universiti
Teknologi Malaysia di Skudai dan sebagainya.
Pusat pemodenan ini dapat membantu dalam hasil
pengeluaran ekonomi dan perkhidmatan yang lebih baik
ICT) serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan
negara.

(iv) kemudahan kesihatan;

Kemudahan perkhidmatan kesihatan yang lebih lengkap


dibandar akan menggambarkan kualiti hidup penduduk
yang lebih tinggi.
Peningkatan teknologi perubatan juga membantu
peningkatan taraf kesihatan rakyat dan memanjangkan usia
orang tua.
Penyediaan kemudahan perkhidmatan perubatan membawa
perubahan landskap atau ruang fizikal yang moden kerana
pembinaan bangunan dan pengangkutan serta prasanaan di
bandar telah menepubinakan kawasannya . Contohya
Hospital Besar, Hospital Pakar , i Insitut Jantung Negara
serta Hospital Swasta
v) pembentukan golongan menengah;

Golongan menengah merupakan kumpulan penduduk yang


mempunyai :
- pendapatan yang tinggi dan stabil,
- cara hidup moden,
- pemikiran terbuka
- berpendidikan tinggi.
- mengamalkan cara hidup yang berbeza dengan
kumpulan penduduk luar bandar.
Golongan ini terdiri daripada profesional, pemimpin, dan
korporat. Pembentukan golongan menengah dan atas lebih
ramai di bandar berbanding dengan di luar bandar.
kawasan perumahan atau tempat kediaman oleh
golongan ini adalah lebih moden dan mempunyai kos sara
hidup yang tinggi.

(vi) pembauran inovasi;

Pembauran inovasi dari bandar ke kawasan sekitar berlaku


melalui penyebaran idea baru, teknik moden, peralatan,
maklumat, kaedah mengurus dan pengagihan barangan
pengguna moden yang datang dari petempatan bandar .
Bandar merupakan tempat membaurkan idea inovasi kepada
kawasan sekitarnya dan dapat mempengarhi penyebaran ini
ke arah pemodenan kawasan sekitarnya.
Pembauran inovasi adalah lebih mudah bermula dan berlaku
di bandar dengan bantuan ICT,

2.2 (f) membandingkan peranan bandar besar, bandar sederhana, dan


bandar kecil di Malaysia
Bandingkan Peranan bandar besar, bandar sederhana, dan bandar
kecil di Malaysia :

Saiz bandar Bandar besar Bandar Sederhana Bandar Kecil


berdasarkan jumlah (500,000 – 1000,000 orang) (30,000 - 500,000 orang) 10,000 -29,999 orang)
penduduk (< 30,000 orang)
Peranan Ibu negeri / wilayah Ibu Daerah/wilayah yang terletak di wilayah luar
Dari aspek mempunyai lingkungan pengaruhnya meliputi bandar
lingkungan pengaruh yang lebih luas. sebuah wilayah Contohnya
pengaruhnya Contohnya Kota Bharu, Contohnya Pasir Mas, Bandar Jengka, Pahang
Kelantan; Kuantan, Pahang; Kelantan; Temerloh, Kanowit, Sarawak.
Kuching, Sarawak. Pahang.
Peranan dari aspek Dominasi ekonomi Pusat Pertumbuhan Pusat Pertumbuhan
Ekonomi sekunder, tertier ekonomi daerah dan ekonomi daerah kecil
sampai ke tahap sektor mempengauhi Pusat pengumpulan
kaunterner dan kuiner. ekonomi bandar hasil daripada
Pusat Pertumbuhan bandar kecil dan pekan penduduk sekitar
ekonomi wilayah. di dalam daerahnya.
diisytiharkan sebagai
bandaraya atas faktor
politik, sejarah dan
fungsi pembandaran
bandar w/pun belum
mencapai jumlah
penduduk 1 juta orang
penduduk. Contohnya
Bandaraya Alor Setar,
Ipoh, Melaka
Peranan dari aspek Perkhidmatan sosial Perkhidmatan sosial Pusat Perkhidmatan
Sosial lebih lengkap penduduk daerah dan penduduk setempat /
kadar celik huruf tinggi bandar bandar kecil memberi perkhidmatan
pembentukan serta pekan pekan di kepada penduduk
golongan menengah . kawasan daerahnya. kampung.
Penumpuan aktiviti
sosial seperti
pendidikan tinggi dan
perubatan moden

Peranan dari aspek Pusat Pembangunan Pusat Pembangunan Pusat


Fizikal makro / wilayah / korior daerah. Pembangunan
pembangunan mikro
Tepubina sesak Tepubina
dengan bangunan sederhan dan binaan bangunan
tinggi dan kurangnya masih ada jarang dan masih
ruang lapang. kawasan ada kawasan
Guna tanah bandar kehijauan. hutan semulajadi.
seperti bangunan, Guna tanah Guna tanah
rumah kediaman bandar ini masih bercampur
moden, premis terdapat kawasan dengan guna
perniagaan, ruang yang belum tanah desa
pejabat, jln raya dan dimajukan. seperti kawasan
lain-lain yang pertanian, tanah
diselang-seli dengan lapang yang
kawasan hijau yang belum dimajukan
terancang. dan kawasan liar
Guna tanah seperti hutan,
menganjur ke pinggir belukar dan paya.
bandar sehingga ke
zon tepu bina, iaitu zon
luar sesebuah bandar
yang telah
dibangunkan

2.2.3 Kesan transformasi g) menghuraikan kesan transformasi desa dan pembandaran


desa dan pembandaran terhadap guna tanah, penduduk, dan sosioekonomi dari segi
terhadap penduduk dan
alam sekitar

(i) kepadatan penduduk;


Perpindahan penduduk ke bandar kecil menyebabkan
penduduk bertambah dan kepadatan penduduknya menjadi
padat.
Migrasi desa-bandar berlaku akibat perkembangan ekonomi
moden seperti pembuatan dan perkhidmatan bandar telah
menarik penduduk desa berpindah ke bandar.
Misalnya, perpindahan penduduk ke kampung tersusun atau
ke bandar kecil menyebabkan penambahan penduduk
setempat, seterusnya meningkatkan kepadatan penduduk.
(ii) perubahan pekerjaan;
Kegiatan ekonomi di desa telah berubah dari sektor pertanian
kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Jenis pekerjaan berubah kepada sektor perkhidmatan seperti
kerani, guru, jururawat pengawai dalam pejabat-pejabat
kerajaan
Jenis pekerjaan berubah kepada bekerja di kilang kerana
perluasan industri ke luar bandar

(iii) peningkatan taraf hidup;


Taraf hidup penduduk semakin meningkat dengan adanya
kemudahan infrastruktur, kemudahan sosial, perhubungan,
pekerjaan dan peningkatan pendapatan isi rumah.
Perubahan ini dapat dilihat melalui peningkatan taraf
pendidikan, kesihatan, pemakanan, pemilikan harta, corak
membeli belah, dan mobiliti penduduk.

(iv) perumahan;
Kualiti rumah kian meningkat. Ini dapat diukur melalui bahan
binaan yang digunakan seperti batu bata, kaca, besi, keluli ,
Kemudahan asas yang dibekalkan (air dan elektrik), bilangan
bilik tidur dan kelengkapan rumah serta perabot yang moden.
Keselesaan hidup yang diamalkan oleh penduduk bandar.
Harga rumah semakin meningkat akibat daripada permintaan
yang tinggi disebabkan proses pertumbuhan penduduk yang
pesat.

(v) kemiskinan bandar;


Pembandaran yang pesat khususnya melalui migrasi penduduk
yang kurang kemahiran boleh menyebabkan berlakunya
pengangguran atau guna tenaga tak penuh dan secara tidak
langsung membawa kepada kemiskinan.
Kedatangan penduduk desa yang miskin dan pekerja asing
juga menambah keadaan kemiskinan penduduk bandar.
kadar pengangguran relatif dan mutlak berlaku akibat daripada
persaingan peluang pekerjaan yang terhad.
Akibat jumlah penduduk yang terlalu ramai dan tidak
seimbang dengan kadar pertumbuhan ekonomi bandar, maka
ramai penghuni bandar yang menganggur. Justeru itu, ia
menggalakkan kemiskinan di bandar. (vi) migrasi desa-
bandar;

(vii) kesesakan lalu lintas;


Proses pembandaran yang berlaku tanpa perancangan akan
membawa kepada masalah kesesakan sama ada kesesakan
bandar mahupun kesesakan lalu-lintas.
Kesesakan bandar berlaku akibat pertambahan penduduk yang
berlebihan berbanding dengan pertumbuhan ekonomi dan
sosial di bandar.
Kesesakan lalu lintas akibat pertambahan bilangan kenderaan
dan penduduk bandar
(viii) masalah sosial;
Masalah kejatuhan moral (kemasukan budaya kuning) dan
jenayah semakin meningkat.
Masalah remaja kian serius seperti lari dari rumah, ponteng
sekolah, menagih dadah, makan pil-pil, menculik, peras ungut
dan sebagainya.
Keruntuhan akhlak dan disiplin pelajar turut berlaku. Tingkah
laku sesetengah penghuni yang sengaja merosakkan
kemudahan awam terutamanya kemudahan telefon turut
dirosakkan atau dicuri.
Kewujudan kumpulan samsaeng, kongsi gelap dan keganasan
di kawasan sekolah telah menganggu proses pelajaran di
sekolah.
Penyebaran penyakit akibat oleh aktiviti pelacuran dan
perkongsian jarum oleh penagih dadah.
Proses pembandaran yang negatif ini menunjukkan proses
pembandaran palsu berlaku di sesuatu bandar.

(h) menjelaskan kesan transformasi desa dan pembandaran


terhadap alam sekitar yang meliputi

(i) kemerosotan kualiti alam sekitar;


Peningkatan suhu setempat,
hakisan,
tanah runtuh
tanah tandus,
banjir dan banjir kilat,
ancaman kepupusan kepelbagaian biologi,
kemusnahan habitat, dan rantaian makanan

Proses pembandaran yang pesat berlaku ke atas bandar-bandar


di Malaysia membawa kepada perubahan iklim mikro
bandar.Ia disebabkan proses pembandaran yang pesat telah
mengubah banyak guna tanah di bandar dari diliputi oleh
tumbuhan, kepada bangunan, tar, bersimen dan batu bata.
Semua bentuk permukaan baru ini dapat menyimpan haba
ketika waktu siang dan membebaskannya di waktu malam
akibat daripada kesan rumah hijau.

Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan kadar


penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di kawasan
bandar.
Penurapan permukaan bumi dan bahan binaan bandar yang
terdiri daripada simen dan konkrit mempunyai daya serap
haba yang tinggi.
Pembinaan bangunan yang sangat rapat antara satu sama lain
menyebabkan haba terperangkap di celah-celah bangunan dan
seterusnya memanaskan permukaan bandar.
Kewujudan fenomena pulau haba berlaku pada waktu siang
petang dan fenomena pulau sejuk berlakunya pada waktu
malam.
Proses hakisan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan
tanah tandus di kawasan tarahan lereng bukit yang tidak
diurus. Keadaan ini berlaku disebabkan pembangunan yang
pesat berlaku di bandar atau desa .
pembangunan pertanian secara besar-besaran untuk
perladangan , menyebabkan proses hakisan giat
pembinaan bangunan kediaman, perdagangan , perkhidmatan
dan perindustrian di bandar menyebabkan proses hakisan
berlaku di permukaan bumi. Keadaan ini menjadi lebih teruk
jika proses pembinaan ini dilakukan di kawasan lereng-lereng
bukit kerana kadar hakisan akan menjadi lebih giat.
Seterusnya, profil dan struktur tanah diganggu akan
menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Banjir dan banjir kilat berlaku akibat :


- pembersihan kawasan bertumbuh-tumbuhan
- pertambahan kawasan berturap /bersimen di bandar atau
desa dan pinggir bandar meningkatkan isi padu luahan dan
kadar larian air.
- Penurapan muka bumi yg berlebihan di bandar
menyebabkan berlakunya banjir kilat. Lebih daripada 50%
permukaan bumi di bandar ditutupi oleh bitumen, konkrit,
dan aspalt. Keadaan sedemikian menghalang proses
susupan (infiltrasi) air hujan ke dalam tanah, sebaliknya
lebih cepat mengalir sebagai air larian permukaan
- Longkang dan anak sungai tidak mampu menampung isi
padu air yang banyak ketika hujan lebat dan melimpah
menyebabkan banjir kilat. Hujan yang turun di bandar
akan mengalir terus menerus melalui sistem parit dan
longkang sebelum sampai ke sistem saliran. Ini terjadi
keranan permukaan bandar diliputi oleh simen, tar dan
batu-bata.
- pergerakan air secara larian permukaan melebihi dari
kadar peresapan ke dalam bumi. Ini menyebabkan isipadu
air bertambah dengan segera dalam masa yang singkat.
Akibatnya isipadu air yang semakin bertambah akan
melimpah dan menyebabkan banjir kilat.
- Fenomena banjir kilat juga disebabkan penghapusan
tumbuh-tumbuhan hijau dalam bandar untuk digantikan
dengan bangunan konkrit.

- Penghapusan tumbuhan hijau mengakibatkan masa


penangguhan air ke dalam sistem saliran berkurang.
Ketiadaan tumbuhan menyebabkan cegatan silara ysng
memintas dan memperlahankan titisan air hujan daripada
menimpa tanah tidak berlaku. Kesannya, kuantiti larian air
permukaan bertambah dengan cepat hinggan
menyebabkan daya tampung sistem saliran dalam bandar
menjadi lemah

Kemusnahan habitat flora dan fauna serta kepupusan


sumber pelbagai biologi :.

- Penerokaan hutan dan kawasan baru bagi tujuan


pembangunan pertanian dan petempatan seperti
pelaksanaan projek pembangunan wilayah dalam bentuk
perladangan telah merosakan ekosistem hutan.
- Pembersihan hutan secara besar-besaran boleh
menyebabkan kepupusan kepelbagaian biologi,
kemusnahan habitat dan rantaian makanan mereka.
- Penyahutanan berlaku akibat proses pembangunan dan
pembandaran boleh menyebabkan kawasan habitat flora
dan fauna, kawasan tadahan air dimusnahkan dan
keancaman ekosistem hutan akan membawa kesan negatif
kepada semua sistem alam sekitar dan manusia. Misalnya
kemusnahan ekosistem akuatik seperti ekosistem laut:
kemusnahan sumber-sumber maritim, terumbu karang,
plankton dan lain-lain organisma. Contohnya Sungai
Gombak, Sungai Pinang dan Sungai Klang.

(ii) pencemaran alam sekitar;


Pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan
pencemaran sisa toksik

Pencemaran udara berlaku akibat :


- udara di bandar mengandungi banyak partikal
ampaian, habuk, debu,berasap, serta gas karbon
dioksida, karbon monosida, sulfur dioksida
- Keadaan ini berlaku kerana pertumbuhan yang pesat
dari segi bilangan industri, kenderaan bermotor yang
melalui jalan raya, stesen janakuasa dan alat hawa
dingin.
- Seterusnya menyebabkan peningkatan IPU (indek
pencemaran udara) yang lebih 300 indeks -
berlakunya Jerebu yang serius

Pencemaran air sungai seperti Sungai Kelang dan Gombak di


Kuala Lumpur tercemar berpunca dari :
- buangan effluen atau sisa-sisa toksid industri atau kilang
pembuatan seperti zink, kadmium, plumbum, timah hitam
- buangan sampah sarap oleh penghuni yang tidak
bertanggungjawab, sisa –sisa bandaran, aktiviti
perlombongan timah dari kawasan sekitarnya dan hakisan
tanah di tapak projek perumahan.

Pencemaran tanih dan tanah berlaku apabila :


- pembuangan sisa-sisa toksid, sisa domestik bahan kimia,
dibuang merata-rata tempat menyebabkan pencemaran
tanih
- Proses larut resap berlaku selepas selepas hujan lebat.
Keadaan ini boleh juga menyebabkan air di bawah tanah
juga dicemar.
- Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran
air) diukur berdasarkan indikator:
i. kandungan permintaan oksigen biologikal (BOD)
ii. kandungan bakteria escherichia coli (E-Coli)
iii. kandungan amoniakal nitrogen (NH3-N) –
iv. kandungan pepejal terampai (SS) –
v. nilai keasidan (Ph) –
vi. perubahan warna dan bau

Pencemaran Bau
- Kegiatan perindustrian seperti kilang getah, kelapa sawit,
kawasan ternakan, kawasan pelupusan sampah dan
kawasan rawatan kumbahan telah menyebabkan
pencemaran bau.
Pencemaran bunyi :
- akibat daripada bunyi bising dari kilang , jentera dan
kenderaan bermotor.
- Tempat yang mengalami bunyi bising melebihi 55
dBA dianggap sebagai diganggu oleh pencemaran
bunyi. Kilang memproses bahan mentah seperti
kelapa sawit mengeluarkan bunyi bising setakat 85
dBA, boleh menyebabkan pekak.

Pencemaran sampah sarap:


- jumlah pembuangan sampah sarap meningkat dengan
pertambahan penduduk bandar yang semakin pesat.
- Pemilihan kawasan yang sesuai untuk tapak
pelupusan sampah sarap

Pencemaran sisa toksik:


Kilang-kilang mengalirkan sisa kimia melalui
longkang – mengalir masuk ke sungai
Longgokkan bahan buangan kilang sebelum diangkut
akan menyebabkan sisa kima meresap ke dalam tanah
lalu mencemarkan tanah..

2.2.4 Kemahiran amali (i) mengira dan mempersembahkan data transformasi desa
dan pembandaran dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan
peta;
(a) Data .

Jadual 1: Pertumbuhan penduduk Bandar di Malaysia antara


tahun banci, 1970-2000

Tahun banci Penduduk (000) Kadar purata Aras/ kadar Jumlah


pertumbuhan penduduk Bandar
pembandaran tahunan (%) (%)
Bandar Desa Bandar Desa

1970 10,439.4 2,750.8 - - 28.4


1980 13,136.1 5,007.3 2.30 6.5 34.2
1991 17,563.4 8,862.6 2.90 5.2 50.7
2000 22,202.6 13,759 2.26 4.9 61.8

Sumber: Ghani Salleh (2000)

Kemahiran Pembinaan Graf bar, graf garis, graf gabungan garis


dan bar, carta pai mudah dan carta pai bandingan
Graf garis menujukkan titik-titik sambungan menjadi satu garisan
pada pemidang. Ia digunakan untuk menunjukkan pola
perubahannya.
Langkah pembinaan graf garis /Graf bar
i. Menentukan nilai terendah dan tertinggi.
ii. Pilih satu skala optimum. Langkah mencari skala
optimum adalah nilai yang tertinggi bahagi dengan
20cm. Kemudian cari nilai optimum yang terdekat
dan sesuai. Contohnya: 61.8 % / 20cm = 3.09%
Maka, 1 cm mewakili 5 % bagi graf garis ; 22,202,600
orang dibahagikan oleh 20 cm adalah 11,101,300
orang , 1 cm mewakili 2,000,000 orang (Jadual 1)
iii. Sediakan paksi tegak dan paksi mendatar di atas
kertas graf. Paksi tegak mewakili nilai peratusan
KDNK dan paksi mendatar mewakili tahun.
iv. Plotkan setiap nilai yang terdapat dalam soalan dalam
graf . Sambungkan semua titik menjadi satu garisan.
v. Terdapat 2 garisan yang berlainan bagi mewakili 2
kawasan ( bandar dan desa)
vi. Lengkapkan graf ini dengan tajuk, skala dan petunjuk.

Tajuk: Jumlah penduduk Bandar dan Desa di Malaysia antara


tahun banci, 1970-2000
orang
25,000,000
Bandar
20,000,000
Desa
15,000,000

10,000,000

5,000,000

0
1970 1980 1991 2000
Tahun
Petunjuk:

Bandar Luar Bandar

Skala:

1cm : 2,500,000 orang

Carta Pai Biasanya ia digunakan bagi menunjukkkan data


penduduk dan ekonomi dalam bentuk peratusan

Langkah pembinaan carta pai mudah / carta pai bandingan


i. Punca ganda jumlah nilai diberi (2 set data bagi carta pai
bandingan)
ii. Kemudiaan dibahagi dengan 5cm
iii. Cariskala yang optimum yang sesuai
iv. Gunakan nilai puncagan data dibahagi dengan skala
optimum, ia adalah nilai jejari bulatan yang anda perlu
lukis
v. Sudut Sektor bulatan adalah jumlah nilai sektor itu bahagi
dengan jumlah besar fenomena darab 360 darjah.
vi. Peratusan Sektor bulatan adalah jumlah nilai sektor itu
bahagi dengan jumlah besar fenomena darab 100%
vii. Sediakan tajuk dan petunjuk

Nota: Carta pai mudah tentukan jejari bulatan 5-6 cm tetapi carta
pai bandingan ada 2 set data untuk membandingkan data-data
perlu mengira jejari bulatannya.
Mempersembahkan gambar rajah dan peta

Penduduk Bandar (000 orang ) di


Malaysia Pada 1970 - 2000

1970
2000
1980 1970
20.74% 1980
1991
1990 2000

(j) mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta; Gambar rajah


termasuklah carta, graf, dan rajah
(a) Pentafsiran jadual data transformasi desa dan pembandaran
(b) Pentafsiran gambar rajah seperti graf bar, graf garis dan carta
pai termasuk fenomena pulau haba dan pulau sejuk
(c) Pentafsiran peta topografi tentang ciri-ciri fizikal dan budaya.

(k) mentafsir peta topografi dari aspek landskap budaya:


Ciri-ciri geografi dalam peta dibahagikan kepada ciri-ciri
fizikal dan ciri-ciri budaya.
Ciri-ciri fizikal seperti bentuk muka bumi, saliran dan hutan.
Ciri-ciri budaya seperti petempatan, pertanian, perlombongan,
perindustrian, pengangkutan dan kemudahan infrastruktur
yang lain.
Ciri Budaya :
Petempatan

Ciri Fizikal :
Saliran

Daerah Sibu

(i) guna tanah pertanian;


Mentafsir peta topografi dari aspek landskap budaya iaitu guna
tanah Pertanian

Guna tanah
Penanaman
pertanian - padi
padi

Kemudahan
sosial : Sekolah
(sek); jalanr
aya
;

Petempatan
kampung –
polanya
berkelompok

Contoh: Nyatakan gunatanah di kawasan Kampung Lubok


Dalam.
Guna tanah
i. guna tanah pertanian – penanaman padi, getah
ii. Petempatan kampung – polanya berkelompok

Kemudahan sosial - jalanraya, sekolah


Bagi kegiatan pertanian mengenal pasti jenis tanaman
dipengaruhi oleh ciri-ciri fizikal iaitu
(a) bentuk muka bumi (tanah tinggi, tanah beralun,
tanah pamah)
(b) Saliran (Sungai, tasik )
(c) Tumbuhan semulajadi (Hutan – padi huma)

Misalnya, tafsirkan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan


pertanian pada cabutan peta diberi.
Selain daripada mengenalpasti faktor fizikal seperti bentuk muka
bumi mempengaruhi jenis tanaman yang ditanam, bekalan air
perlu dibekalkan dari saliran semulajadi dan kawasan hutan sesuai
dengan tanaman padi huma dibincang

Faktor kemanusiaan juga perlu dibincangkan kerana faktor tenaga


buruh mempengaruhi skala operasi sistem pertanian dan
kemudahan-kemudahan pengairan dan pengangkutan juga
mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan-kawasan.

(ii) pola petempatan;

4 pola petempatan

(a) Pola berjajar


(b) Pola Berkelompok
(c) Pola berselerak
(d) Pola berpusat
(iii) pengangkutan;
Peranan pengangkutan adalah menghubungi / menjalinkan
suatu petempatan dengan petempatan yang lain. (lokasi)

Ciri-ciri pengangkutan merujuk kepada jalinan pengangkutan


dipengaruhi oleh landskap petempatan dengan kawasan
persekitaran dan gunatanah petempatan/persekitaran.

Dibina/dirancang dengan gradien, jenis- bentuk muka bumi,


pertimbangan-pertimbangan, keselamatan dan kos, susun-arah,
dan mutu yang sesuai.

Jenis Pengangkutan:- Gunatanah ditunjukkan


(a) Jalan raya – (8 jenis)
(b) Jalan keretapi – (3 jenis)
(c) Jalan Udara – lapangan terbang
(d) Jalan Air – Jeti/dermaga/feri

(iv) kemudahan sosial;

Kemudahan sosial yang ditunjukkan dalam peta topografi sepeti


sistem pengangkutan dan perhubungan, sekolah, hospital, klinik,
rumah rehat, balai polis dan sebagainya.
Sistem Perhubungan merujuk kepada kemudahan perhubungan
seperti telefon, pejabat pos/ telegraf.
Jalan raya
tidak
berturap

Peta 1
Pentafsiran mencakupi menentukan kedudukan tempat
berdasarkan grid dan mata angin, mengenal pasti simbol untuk
menentukan aras ketinggian, pola, dan jenis
Misalnya :-
Nyatakan lokasi penanaman dengan panduan grid 6 angka,
rujukan grid 4 angka atau arah kompas untuk menunjukkan lokasi
penanaman. Contoh PG/RG/arah kompas)
Organisasi pengeluaran dipengaruhi saiz tanah dan sistem
pertanian (Pertanian pindah, kebun kecil ( 2-4 hektar), Ladang (>
40 hektar/ 100 ekar), Rancangan tanah)

(l) menjelaskan sebab dan kesan, pola, trend, dan arah alir
daripada jadual, gambar rajah, dan peta yang dihasilkan.

Calon digalakkan melayari Internet seperti Google Earth


sebagai pendedahan kepada konsep asas Sistem Maklumat
Geografi (GIS) dan penderiaan jauh

Maklumat yang dikendalikan dengan menggunakan sistem


maklumat Geografi (GIS) merupakan satu gabungan operasi
yang melibatkan perancangan, pemerhatian, pengumpulan,
penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi
menghasilkan maklumat yang boleh digunakan dalam proses
pembuat keputusan. Oleh itu, sistem maklumat adalah
berasaskan satu pengubahan data bagi menyediakan bantuan
analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan. Ahli
sains mengambil ukuran dan mencatatkan ukuran ke dalam
sistem yang dapat membantu menganalisis data. Sistem
maklumat geografi mengolah data tentang titik, garisan dan
kawasan ini untuk mendapatkan semula data untuk pertanyaan
dan analisis secara ad hoc."
Secara ringkasnya GIS boleh dikatakan sebagai sebuah
pangkalan data, sebuah maklumat, dan cara menghubungkan
kedua-dua pangkalan data dan maklumat.
Contoh soalan dan jawapan

Soalan :1

a) Apakah yang dimaksudkan konsep penduduk sebagai sumber ?


b) Bagaimanakah aspek umur dan jantina mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk
sesebuah negara?
c) Terangkan bagaimana untuk menghasilkan modal insan berkualiti.

Jawapan Soalan (1):


ISI HURAIAN

a) ai. sumber manusia, tenaga buruh, penduduk


aii. memiliki kesihatan fizikal yang baik
aiii. tahap pendidikan dan kemahiran, keterbukaan, mobiliti
dan kemenjadian
b) b1 : golongan muda ramai tidak produktif dari segi ekonomi, masih belajar,
ditanggung
aset, pelapis, tenaga buruh , kepakaran, masa hadapan
tenaga buruh, anggota keselamatan dan ketenteraan
b2 : golongan dewasa ramai tenaga kerja produktif, tenaga, buah fikiran, kemahiran,
pelbagai bidang ekonomi
b3 :golongaan tua ramai tidak produktif dari segi ekonomi/ bersara
lanjutan kontrak kerja, kepakaran dan kemahiran masih
diguna pakai
b4 : jantina lelaki keperluan sektor ekonomi tenaga fizikal yang kuat dan
tahan lasak,pertanian, perlombongan, pembinaan
b5 : jantina perempuan keperluan sektor ekonomi yang tidak mengunakan kudrat
fizikal, seperti sektor perkhidmatan.
c) c1: Pembangunan institusi pra sekolah, sekolah menengah rendah dan atas,
pendidikan pendidikan tinggi, melahirkan kadar literasi masyarakat
c2: Perkasakan pendidikan Pelajar cemerlang diberi kemahiran teknik dan
teknik dan vokasional vakasional, pendidikan tinggi dan lanjutan
bagi megelak keciciran, pelajar kurang cemerlang, diberi
kemahiran bengkel dan vokasional.
c3:Dasar Kerajaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, pendidikan abad
ke-21, pelajar inovatif dan kreatif sesuai dengan pasaran
kerja semasa
c4:Literasi dan kemahiran era globalisasi mernerlukan tenaga buruh,bemahiran dan
teknologi maklumat kepakaran ICT, penguasaan Bahasa Inggeris,
c5: Latihan berterusan kursus dalaman, program, pertukaran tenaga buruh ke luar
negara, pemindahan ilmu teknologi, melahirkan tenaga
buruh berpengetahuan (k-workers)
c6: Perkembangan Institusi memudahkan rakyat mendapat akses penjagaan kesihat
kesihatan daripada klinik dan hospital berhampiran
c7 : R&D perubatan penyelidikan ubatan, kawalan penyakit berjangkit, dan
rawatan penyakit kronik
C8: Teknologi perubatan vaksin baru, ubatan, teknologi pembedahan, rawatan
moden kanser, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit
C9:Kempen Kempen melalui media massa, amalan, gaya hidup sihat,
pemakanan seimbang, aktiviti senaman, sukan, riadah dan
reakreasi
Soalan : 2

a) Terangkan bagaimana penduduk bertindak sebagai agen perubahan alam sekitar fizikal
di sesuatu kawasan?

b) Huraikan impak positif pembangunan sesuatu kawasan terhadap persekitaran manusia.

Jawapan Soalan (2):

ISI HURAIAN

(a) peneresan bukit, air larian permukaan laju, hakisan, galir-


i. Pertanian galur, tanah runtuh
ii. Perlombongan pancutan air ke tanah tinggi, perlombongan bibih timah dan
tembaga, air sungai keruh, berkelodak dan berwarna
Iii Pembalakan Kepupusan biodiversiti, ekosistem, habitat hutan terjejas
iv. Perikanan Penggunaan bom, racun, pukat tunda di pinggir pantai,
kepupusan hidupan marin
v. Perkilangan bebas asap, debu, habuk, gas berbahaya, CFC, karbon
dioksida, pencemaran udara, jerebu, pulau haba
Vi Pembangunan tanah dan peneresan bukit, kawasan tadahan hujan musnah, isipadu
pembinaan akuifer kurang, mata air terjejas
Vii Pengangkutan Pembebasan asap dan gas berbahaya, karbon dioksida,
korbon monoksida, sulfur, menjejaskan keseimbangan gas
di atmosfera
Viii Pelancongan pembuangan sisa kumbahan hotel, resort, sampah sarap
pelancong mencemarkan pantai dan perairan pantai dan
sungai
Xi Penternakan penyaluran sisa kumbahan ladang ternakan babi, sungai,
tasik tercemar, berkelodak, berminyak, warna hitam dan
kurang oksigen dalam air
(b) Kegiatan ekonomi ektor pertanian beralih kepada sektor perindustrian,
i. dipelbagaikan perkhidmatan dan perniagaan dll.
Ii Peluang pekerjaan Peluang pekerjaan terbuka, mudah dan banyak dalam
pelbagai sektor ekonomi
Iii Peningkatan kemudahan Institusi pendidikan, institusi kesihatan, sukan dan reakreasi
sosial Peningkatan kemudahan perkhidmatan kerajaan , balai
polis, bomba, Rela, JPAM dll.-
Iv Kemudahan jaringan Kemajuan jaringan sistem pengangkutan darat, udara dan
pengangkutan/komunikasi air.
Pembinaan menara telekomunikasi, liputan telefon dan
internet berkelajuan tinggi dan meluas liputan
v Pertambahan kawasan Kawasan perumahan baru, persekitaran bersih, selesa dan
petempatan aman
Vi Peningkatan kualiti hidup Tahap pendidikan dan kesihatan meningkat, berpendapatan
tetap, lumayan dan kuasa beli tinggi.
Vii Peningkatan teknologi Pembauran inovasi, maklumat,ICT, R&D meningkat
Viii Peningkatan infrastruktur peningkatan bekalan air bersih mencukupi, bekalan elektrik
asas 24 jam dan bahan bakar mencukupi.
ix Keterbukaan pemikiran mudah menerima idea dan pandangan, terbuka, kreatif dan
inovatif
Soalan : 3

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pertumbuhan penduduk.


(b) Terangkan bagaimana kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden mempengaruhi
kadar pertumbuhan penduduk?
(c) Huraikan tiga kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah
negara

Jawapan Soalan (3) :

ISI HURAIAN

a) perubahan jumlah penduduk ( pertambahan atau


pengurangan) jumlah penduduk sesebuah Negara bagi
satu tempoh tertentu.
b)i Kemudahan sosial hospital, klinik, balai polis, bomba- kemudahtersampaian
ii. Ubatan moden vaksinasi, ubat cegah penyakit dan rawat penyakit,
vitamin
iii. Teknologi dan peralatan peralatan kelahiran pembedahan, memudah kelahiran
songsang
iv Kajian perubatan peluang dan alternatif, penyakit, kurangkan risiko
kematian bayi
v. Kawalan penyakit mengurangkan kematian bayi dalam kandungan, penyakit
kuning bayi, cacar,
vi Kempen amalan baik penjagaan kesihatan kepada ibu
mengandung, penjagaan bayi, penyusuan ibu
vii. Penyebaran maklumat maklumat tentang kesihatan, penjagaan bayi, penyusuan
ibu, gejala penyakit bayi, melalui risalah, media massa
c) Pengangguran golongan muda yang terlalu ramai sebagai pelapis/aset
i. untuk mengantikan golongan bersara, mati
ii. Kemiskinan anak ramai, kos hidup meningkat, bandar
iii Kekurangan kemudahan asas kemudahan elektrik, air bersih dan bahan bakar tidak
mencukupi-kawasan setinggan-bandar, luar bandar
iv Masalah sosial, jenayah peningkatan kes-kes juvana, gejala penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas, ragut, mencuri, zina, sumbang
mahram, pelacuran bawah umur
v Persaingan guna tanah petempatan, premis kedai, pejabat, infrastuktur asas dan
sosial
vi Pencemaran alam sekitar pencemaran air, sisa kumbahan najis , kediaman, kedai ke
dalam sungai.
Soalan : 4

a) Huraikan faktor yang mempengaruhi berlakunya proses penuaan di sesebuah negara


b) Bincangkan kesan proses penuaan penduduk terhadap pembangunan sosioekonomi Malaysia.

Jawapan Soalan (4):

ISI HURAIAN

a)i Kadar kematian menurun jangka hayat meningkat, taraf kesihatan meningat, ramai
orang tua
ii Kemajuan perubatan moden program vaksinasi, kawalan penyakit berjangkit, rawatan
penyakit kritikal, menggunakan peralatan dan ubatan
moden
iii Pemakanan berzat dan amalan pemakanan seimbang mengikut nutrisi piramid
seimbang makanan
iv Kesedaran penjagaan kesihatan amalan gaya hidup sihat, tidak merokok, bersenam,
makanan seimbang
v Peningkatan kualiti hidup pendapatan tetap dan lumayan, kuasa beli meningkat,
khasnya dalam penjagaan kesihatan, insuran hayat dan
penyakat, rawatan pakar
vi Pesekitaran kondusif dan selesa persekitaran bersih, bebas penjagaan, udara segar, kurang,
kurang risiko penyakit kritikal, jantung, darah tinggi dan
kanser
b) Peluang pekerjaan terjejas tawaran jawatan baru kurang, peluang kenaikan pangkat
i terjejas
ii Nisbah tanggungan meningkat orang dewasa dan kerajaan , menanggung kos penjagaan,
rawatan, kebajikan
iii Kos rawatan meningkat semakin tuasemakin banyak penyakit
iv Bajet kerajaan meningkat kos penjagaan, pengurusan, kebajikan dan pencen
v Keruntuhan nilai akhlak pengabaian tanggung jawab jaga ibu bapa tua, hantar ke
rumah kebajikan
vi Bekalan tenaga pakar Ramai golongan profesional dan pakar, pensyarah, doktor
masih berkhidmat
vii Institusi keluarga dieratkan dengan nasihat dan pandangan orang tua / ibu
bapa
viii Kesimpulan.
Soalan 5

a) Bagaimanakah pertumbuhan penduduk yang tinggi menyebabkan berlakunya kemerosotan


daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah kawasan?
b) Jelaskan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah
kekurangan sumber alam.

ISI HURAIAN
a) i. Kemerosotan Eksploitasi sumber mineral secara berlebihan untuk memenuhi
sumber-sumber keperluan penduduk menyebabkan berlakunya kepupusan
mineral sumber mineral. Contohnya petroleum dan arang batu.
ii. Kemerosotan Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan kawasan
sumber hutan hutan dimusnahkan bagi pembinaan petempatan. Kawasan
hutan semakin sempit dan berlakunya kemerosotan sumber
hutan
iii. Kemerosotan Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan penggunaan
sumber tanah tanah pertanian secara intensif bagi memenuhi keperluan
bekalan makanan. Penggunaan tanah pertanian secara intensif
menyebabkan tanah kehilangan nutrien dan berlakunya
kemerosotan kesuburan tanah.
iv. Kemerosotan Kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian
sumber-sumber dan perikanan terjejas. Eksploitasi terpaksa dibuat bagi
makanan menampung pertambahan penduduk yang ramai.
v. Kemerosotan Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan,
sumber udara industri dan pembakaran terbuka. Pertambahan kenderaan
membebaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida dan
bahan terampai pm10.
vi. Kemerosotan berlaku disebabkan eksploitasi /kegiatan sumber perikanan
sumber marin secara berlebihan tanpa kawalan , tumpahan minyak,
pencemaran sisa-sisa industri, sisa domestik dan sisa kumbahan
yang dialirkan ke laut.
vii. Mengawal Pencemaran udara dapat dikawal melalui pemasangan alat
pencemaran penapis asap pada cerobong asap kilang dan ekzos kenderaan
udara bagi mengurangkan pembebasan asap.Mengurangkan
penggunaan bahan api fosil bagi mengurangkan pembebasan
gas karbon monoksida dengan membangunkan sumber tenaga
gantian.
b) i. Mengawal tanah dapat dikurangkan melalui penanaman tanaman tutup bumi
runtuh dan untuk mengukuhkan tanah.Membuat sungkupan di cerun bagi
hakisan melindungi tanah daripada hujan dan membina tembok konkrit
di cerun untuk mengelakkan tanah runtuh.
ii. Mengawal dikurangkan melalui kaedah merawat sisa kumbahan sebelum
pencemaran air dilepaskan ke dalam sistem saliran .Di samping itu langkah
memasang perangkap sampah di dalam sungai membolehkan
sampah dikutip dengan mudah.
iii. Mengawal flora Melalui aktiviti penanaman semula hutan di kawasan
dan fauna pembalakan, mengadakan rawatan sivilkultur bagi merawat
anak pokok tang tercedera dan mengadakan penebangan terpilih
bagi memastikan pokok yang matang sahaja ditebang.
iv. Mengurangkan melalui penanaman semula hutan untuk menyerap gas karbon
peningkatan dioksida. Pembangunan tenaga mesra alam seperti tenaga solar,
suhu tenaga elektrik dan tenaga angin dapat mengurangkan
peningkatan suhu kerana tenaga ini tidak mengeluarkan gas
yang boleh meningkatkan suhu dunia.
Soalan 6:
a) Soalan: Apakah yang dimaksudkan Transformasi Desa
b) Soalan: Jelaskan petunjuk yang menunjukkan transformasi desa berlaku pada sesuatu
kawasan.
c) Soalan : Terangkan kesan negatif proses pembangunan desa terhadap alam sekitar fizikal

Jawapan Soalan 6:
a) Sebuah kawasan luar bandar yang mengalami perubahan
sosio-ekonomi dan fizikal menjadi kawasan yang maju dan
moden
b) isi huraian
i. Pendapatan penduduk Pendapatan meningkat, taraf hidup meningkat
ii. Kualiti pendidikan Peratusan celik huruf meningkat, sekolah rendah,
menengah dan pengajian tinggi
iii. Kemudahan asas Bertambah
iv. Darjah ketersampaian Meningkat dan makin padat
v. Kemudahan sosial Pendidikan, kesihatan, pusat kemahiran
vi. Kuasa beli Tabungan, pemilikan harta
vii. Perubahan jenis pekerjaan Primer- sekunder- tertier
viii. Perumahan Taman perumahan bertambah
ix. Perubahan gaya hidup Lebih moden
x. Peningkatan peluang Peluang pekerjaan dalam pelbagai sekotor ekonomi
pekerjaan
xi. Peningkatan penggunaan Penggunaan alatan elektronik/ gajet semakin meningkat
teknologi
C) isi Huraian
i. Pertambahan lot Pencemaran air, bau
perniagaan/kedai
ii. Pertambahan kawasan IKS Pencemaran Udara
iii. Pertanian berkolompok Pencemaran air, udara
iv. Pertambahan perkhidmatan Kesesakan , pencemaran udara
v. Pertambahan akuakultur Perubahan landskap
vi. Pertambahan petempatan Pencemaran sisa domestik
vii. Perikanan Pencemaran laut
Soalan 7:
a) Soalan Analisakan masalah pembandaran yang pesat dihadapi oleh penduduk Bandar
dan alam sekitar Bandar. [12]

b) Soalan Cadangkan langkah penyelesaian masalah pembandaran yang pesat dihadapi


oleh penduduk bandar dan alam sekitar bandar. [10]

Jawapan Soalan 7:
a) Isi Huraian
i. Masalah pengangguran dan persaingan mencari pekerjaan antara buruh asing / migran
kemiskinan bandar. dengan penduduk tempatan akan meningkat dan
sesetengah penduduk akan menganggur serta
mengakibatkan kemiskinan berlaku.
ii. Masalah rumah setinggan tidak berkemampuan menbeli rumah atau menyewa
rumah terpaksa mendirikan rumah setinggan di merata-
rata tempat
iii. Masalah sosial masalah sosial yang selaku dilakukan ialah kes jenayah
seperti merompak, meragut, mencuri, menculik dan lain-
lain.
iv. Keseakan lalulintas bilangan kenderaan di atas lalu lintas akan bertambah
kerana pertumbuhan penduduk bandar.
v. Masalah pencemaran alam Pencemaran udara akibat daripada pelepasan karbon
sekitar monoskida dari kenderaan bermotor; Pencemaran air
akibat daripada sisa makanan domestik bandar dan sisa
kilang.
vi. Pencemaran sampah sarap Bahan pembuangan sampah sarap semakin bertambah
akibat daripada sikap penduduk bandar dan kelemahan
pengurusan sampah.
vii. Banjir Kilat Permukaan bumi bandar ditar, dikonkrit dan disimenkan.
Hal ini akan mengurangkan susupan air hujan dan
menyebabkan kuantiti air semakin banyak dan tidak
sempat mengalir ke dalam parit / longkang.
b) Isi Huraian
i. Pertumbuhan ekonomi Pertambahan peluang pekerjaan untuk mengurangkan
bandar kadar pengangguran dan kemiskinan bandar
ii. Pembangunan desa Pengurangan migran dari desa. Program pembangunan
wilayah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH,
DARA, JENGKA dan lain-lain telah menawarkan banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk setampat dan buruh
asing.
iii. Rumah kos rendah Pembinaan rumah kos rendah seperti PR1MA (rumahku,
komunitiku); perumahan rakyat 1 Malaysia untuk
menampung masalah ketidakmampuan membeli rumah di
bandar.
iv. Keselamatan Penduduk Rondaan dan pemantauan oleh polis untuk mengurangkan
kes kes jenayah.
v. Peningkatan kemajuan Penyediaan sistem pengangkutan yang cekap dan maju
pengangkutan yang cekap seperti LRT, Monorel dan penambahan sistem
pengangkutan awam untuk mengurangkan masalah
kesesakan lalulintas.
vi. Pengurusan alam sekitar Majlis Daerah Tempatan perlu mengawal selia dan
yang cekap di bandar memantau aktiviti penduduk dalam pembuangan sampah
sarap.
vii. Penguatkuasaan undang- PBT harus menguatkuasakan undang-undang yang lebih
undang ketat agar penduduk dapay mematuhi undang-undang
yang telah ditetapkan. Hukuman akan diberikan kepada
sesiapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan
lesen operasi kepada sesiapa yang melanggar peraturan.
viii. Pengurusan sampah sarap sistem pungutan sampah dan pelupusan sisa
yang lebih sistematik pepejal/sampah secara sistematik dan berjadual di tapak
pelupusan yang khas dan jauh dari kawasan petempatan.
Pihak kerajaan juga boleh menyediakan tong-tong
sampah dan pusat pungutan bahan di kawasan
penempatan untuk kitar semula
ix. Sistem pembentungan yang Pembinaan rawatan loji kumbahan dengan teknologi yang
cekap di bandar. terkini Sistem pelupusan sisa kumbahan dan sistem
pembetungan yang cekap dapat mengurangkan masalah
penyumpatan sistem peparitan dan longkang. Keadaan
ini boleh mengurangkan masalah banjir kilat.

Soalan 8 : Jelaskan cadangan-cadangan bagi memajukan kegiatan ekonomi di kawasan peta 1.

8.
Isi Huraian
i. Pengurusan pertanian – Tanaman diushakan secara / ala mini estet
pertanian bersepadu Tanah-tanah kebun kecil disatukan.
ii. Kemudahan infrastuktur Sistem pengairan,pengangkutan, pusat-pusat
pertanian dibangun dan pengumpulan,penyimpanan, pengedaran, dan pemasaran
diperlengkapkan hasil di bangunkan diperlengkap bagi setiap kampung.
iii. Dana dan kemudahan kredit Menyediakan dana dan kemudahan kredit kepada peta
petani oleh Agro Bank dengan tujuan membantu petani
miskin di samping mewujudkan usahawan tani yang
berdaya maju di seluruh kampung dalam peta
iv. Memberi kemudahan subsidi Memberi kemudahan subsidi kepada para petani dan
untuk para petani dan usahawan.
pengusaha Contoh; subsidi baja kimia, racun serangga dan subsidi
harga oleh LPP
v. Sistem pemasaran yang lebih Sistem pemasaran yang cekap oleh FAMA, MARDEC dan
cekap BERNAS diwujudkan bagi mengawal harga hasil pertanian
melalui mekanisme kawalan harga yang stabil
vi. Penyelidikan dan R & D diwujudkan untuk menghasilkan benih-benih baru
pembangunan yang bermutu tinggi, tahan perosak, dan penyakit.
Cotoh; hasil R & D oleh MARDI, RRIM
942/2
GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL
( BAHAGIAN A)

TEMA : ATMOSFERA

Konsep/Tajuk Huraian
3.1 Struktur c) Menyatakan struktur dan kandungan atmosfera:
dan kandungan i) Struktur atmosfera
atmosfera Lapisan troposfera
Lapisan stratosfera
Lapisan mesosfera
Lapisan termosfera
ii) Kandungan atmosfera :
Gas kekal (Nitrogen, Oksigen dan Argon)
Gas berubah (wap air, karbon dioksida, ozon, gas metana, nitrus
oksida, CFC, nitrogen dioksida, nitrit oksida, sulfur dioksida)
Juzuk bukan gas (asap, jelaga, habuk dan debu halus)
b) Menghuraikan ciri struktur dan kandungan atmosfera.
i) Ciri lapisan troposfera :
Mengandungi 75 peratus daripada jumlah jisim udara
Mengandungi paling banyak kandungan wap air dan aerosol.
Ketebalan lapisan berbeza mengikut kawasan.Paling tebal di
garisan Khatulistiwa iaitu 8 km
Berlaku proses tukaran adiabatik dengan kadar suhu turun
0.6°C-0.7°C bagi setiap pertambahan ketinggian 100m
Zon turbulens atmosfera paling aktif (berlaku ketakstabilan
atmosfera/ribut)
Kepentingan :
- Mempengaruhi unsur cuaca.
- Ruang hidupan di bumi (manusia,haiwan dan tumbuhan)
ii) Ciri lapisan stratosfera:
Ketinggian lapisan antara 10-50 km
Suhu meningkat mengikut ketinggian.
Terdapat lapisan ozon yang berperanan menapis bahangan
matahari/UV.
Kepentingan :
- Mengurangkan suhu permukaan bumi.
- Melindungi hidupan daripada kesan sinar UV yang
berlebihan.
iii) Ciri lapisan mesosfera
Ketinggian lapisan antara 50-80 km
Suhu menurun mengikut ketinggian
Suhu paling rendah sehingga - 90°C
Terdapat awan noktilusen ( awan nipis) terutamanya di antara
garis lintang 50° dengan 70° pada musim panas.
Zon pemusnahan dan pemecahan meteorit
Kepentingan:
- Meteorit akan terbakar di lapisan ini dan lapisan ini
melindungi bumi daripada kesan jatuhan meteorit.
iv) Ciri lapisan termosfera
Ketinggian lapisan antara 80-100km
Suhu meningkat mengikut ketinggian, suhu meningkat
melebihi 1 000°C
Mengandungi oksigen dan nitrogen.
Terdapat aurora borealis terutama dizon garis lintang 20° hingga
25° dari kutub magnet bumi.
Kepentingan:
- Zon satelit komunikasi.
- Menyerap sinar UV.
- Pancaran gelombang radio.
- Zon penerbangan jet supersonik.
3.2 Cuaca dan iklim a) Menyatakan konsep cuaca dan iklim
i) Cuaca adalah keadaan atmosfera di sesuatu tempat terhad dalam
tempoh tertentu.
ii) Iklim adalah purata keadaan atmosfera meliputi kawasan yang luas
dalam tempuh yang masa yang panjang ( 35 tahun)
b) Menghuraikan unsur cuaca dan iklim
i) Bahangan suria/ bahangan matahari: Bahangan matahari adalah
haba matahari yang dihantar ke bumi melalui gelombang pendek .
ii) Bahangan bumi/ bahangan terestrial: Bahangan bumi adalah
bahangan yang dibebaskan oleh bumi ke angkasa melalui
gelombang panjang.
iii) Suhu: Suhu adalah darjah kepanasan udara yang diukur dalam unit
calcius atau fahrenhit.
iv) Kerpasan: Kerpasan adalah semua bentuk air hasil proses
pemeluwapan yang jatuh ke permukaan bumi, dalam bentuk cecair
atau pepejal.
v) Kelembapan udara: kelembapan udara adalah jumlah wap air yang
terdapat dalam atmosfera pada masa dan suhu tertentu
vi) Tekanan udara: Tekanan udara adalah berat udara yang menekan
sesuatu ruang di permukaan bumi.
vii) Angin: Udara yang bergerak dari pusat tekanan udara tinggi ke
pusat tekanan udara rendah.
x) Awan : Bintik-bintik air atau hablur ais yang halus terapung-apung
di atmosfera .
c) Menyatakan konsep imbangan bahangan.
Imbangan bahangan bermaksud jumlah bahangan matahari yang
diterima oleh bumi sama dengan jumlah bahangan bumi yang
dibebaskan ke ruang atmosfera
d) Menghuraikan proses pemindahan haba yang berlaku melalui :
i) Pengaliran – pemindahan haba antara jisim
ii) Perolakan – pemindahan haba secara menegak di ruang
atmosfera.
iii) Sinaran/bahangan – pemindahan haba matahari secara terus (
pancaran matahari)
iv) Alir lintang – pemindahan haba secara mendatar dari kawasan
sejuk ke kawasan panas.
v) Serapan – apabila sesuatu jasad menyerap haba.
e) Menghuraikan taburan suhu secara menegak dan mendatar :
Taburan suhu secara menegak
Perubahan suhu mengikut ketinggian sama ada suhu meningkat
atau menurun iaitu:
- Kadar Tukaran Adiabatik Kering (KTAK) iaitu Penurunan
suhu sebanyak 10°C bagi setiap 1000 meter ketinggian
- Kadar Tukaran Adiabatik Basah (KTAB): Penurunan suhu
antara 5-6°C setiap ketinggian 1000 meter
- Kadar tukaran suhu sekitaran ialah pengurangan suhu
mengikut ketinggian. Suhu sekitaran akan turun sebanyak 1°C
setiap ketinggian 165 meter.
- Olak suhu (songsangan suhu) bermaksud keadaan dimana
suhu semakin menurun apabila ketinggian berkurangan .
- Terdapat dua jenis olak suhu iaitu :
i. Olak suhu permukaan adalah jenis olak suhu yang
paling kerap berlaku pada ketinggian hampir dengan
permukaan daratan. Berlaku pada waktu malam dan
sejuk.
ii. Olak suhu di atas permukaan adalah terjadi di lapisan
udara yang jauh dari permukaan bumi. Berlaku
disebabkan oleh bahangan bumi dan pertembungan
antara dua jisim udara yang mempunyai ciri-ciri suhu
dan ketumpatan suhu yang berbeza.

Taburan suhu secara mendatar adalah sebaran haba


mengikut lokasi disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Perbezaan kedudukan mengikut garis lintang (kawasan
Khatulistiwa menerima suhu sepanjang tahun)
Sudut zenith matahari
Perbezaan litupan awan
Perbezaan ciri/sifat permukaan bumi
Jarak dari laut/kebenuaan
Arus lautan
Kehadiran bahan pencemar.
Kesan aktiviti manusia (pembalakan, pertanian,
perindustrian, pembinaan, perlombongan, aktiviti harian )
(f) Menyatakan konsep kelembapan udara adalah jumalah wap air yang
terdapat dalam udara pada masa dan suhu tertentu
(g) Menghuraikan konsep kestabilan udara
Kestabilan udara ialah bungkusan udara yang cenderung menetap di
kedudukan asalnya atau kembali ke tempat asal apabila terdapat
gangguan atmosfera..
- Kestabilan udara adalah bergantung kepada Kadar tukaran
adiabatik iaitu Kadar Tukaran Adiabatik Kering (KTAK) dan
Kadar Tukaran Adiabatik Basah (KTAB)

(h) Menghuraikan proses sejatan, pemeluwapan, pembentukan awan, dan


kerpasan;
i) Proses sejatan
Proses sejatan ialah pertukaran bentuk cecair (air) kepada bentuk gas (
wap air) akibat bahangan matahari suhu dan naik ke atmosfera akibat
perbezaan tekanan udara.
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses sejatan ialah:
- Perbezaan antara tekanan udara pada permukaan air dan tekanan
wap udara di ruang atmosfera
- Wujud bahangan matahari yang berterusan ke permukaan bumi
- Kelajuan angin
- Luas permukaan air
- Kelembapan udara
- Kemasinan air laut.
- Kesan aktiviti manusia

ii) Proses Pemeluwapan


(i) Proses pemeluwapan ialah proses perubahan awap air
menjadi cecair ( air) akibat penurunan suhu.
Tiga keadaan mesti wujud untuk membolehkan proses pemeluwapan
berlaku iaitu:
- Suhu mencapai takat embun 0°C.
- Terdapat nukleus pemeluwapan/nukleus higroskopik
- Kandungan wap air yang mencukupi di atmosfera
iii) Proses Pembentukan Awan
Awan adalah kumpulan bintik-bintik air atau hablur ais halus yang
terbentuk akibat proses pemeluwapan di ruang
Terdapat 3 jenis awan secara umum iaitu awan tinggi, sederhana dan
rendah.
iv) Proses Kerpasan
Kerpasan adalah semua bentuk air hasil proses pemeluwapan yang
jatuh ke permukaan bumi, dalam bentuk cecair atau pepejal.
Teori kejadian kerpasan dibahagikan kepada 2 iaitu:
- Teori Bergeron-Fendeisen
- Teori Perlanggaran
Bentuk-bentuk kerpasan
- Hujan
- Salji
- Hujan beku (sleet)
- Hujan batu (Hail)
- Embun (Rime)
(i) Menghuraikan jenis hujan.
Hujan Perolakan – adalah hujan yang terbentuk akibat proses
pemeluwapan wap air di zon takat embun.
- Berlaku sejatan
- wap air naik secara olakan
- Berlaku proses pemeluwapan akibat perubahan adiabatik
- Membentuk awan komulunimbus, bintik-bintik air bercantum dan
menjadi lebih berat melebihi daya tampung udara dan jatuh ke
bumi sebagai hujan.
- Turun pada lewat petang atau awal pagi
- Disertai kilat dan petir
Hujan Orografik (Bukit) – adalah hujan terbentuk di kawasan tanah
tinggi akibat proses pemeluwapan wap air di zon takat embun.
- Berlaku sejatan
- wap air di paksa naik ( oleh tiupan angin) akibat halangan kawasan
banjaran atau tanah tinggi yang menghadap badan air ( laut/tasik)
- Berlaku proses pemeluwapan akibat perubahan adiabatik
- Membentuk awan komulunimbus, bintik-bintik air bercantum dan
menjadi lebih berat melebihi daya tampung udara dan jatuh ke
bumi sebagai hujan.
- Turun di kawasan cerun yang menghadap badan air.
- Cerun di belakang menjadi kawasan lindungan hujan.

(j) Menghuraikan tekanan udara dan edaran umum atmosfera;

a) Tekanan udara adalah berat udara yang menekan sesuatu ruang di


permukaan bumi

Edaran Umum Atmosfera – adalah pergerakan udara yang


membentuk sistem angin dunia dan angin tempatan.
- Terdapat tiga unit utama pola edaran umum atmosfera iaitu sel
kutub, gelombang sederhana dunia dan sel hadley (terletak di
jaluran tekanan rendah yang dipanggil “doldrum”.
- Terdapat 4 daya yang mempengaruhi pergerakan angin iaitu:
Daya Koriolis – daya putaran bumi.
Daya Putaran Memusat – merujuk kepada siklon dan anti siklon
Daya Geseran – merujuk kepada keadaan permukaan bumi yang
gondol atau berhalangan.
Daya Cerun Tekanan –perbezaan TUT dan TUR
Sistem Angin Dunia
- Terdapat 2 jenis angin dunia iaitu:
i. Angin Timuran berlaku di sekitar 5°-30° Utara dan
Selatan, bertiup dari kawasan sejuk (Pusat Tekanan Udara
Tinggi) ke kawasan panas (Pusat Tekanan Rendah).
ii. Angin Baratan berlaku di garis lintang 35°-60° Utara dan
Selatan. Angin bertiup dari Pusat Tekanan Udara Tinggi
hampir tropika ke kawasan Pusat Tekanan Udara Rendah di
Kutub. Angin ribut selalu berlaku di dalam jaluran tiupan
angin baratan.

b) Angin Wilayah
- Terdapat 4 jenis angin wilayah iaitu:
i. Angin Monsun Timur Laut
ii. Angin Monsun Barat Daya.
iii. Angin Monsun Tenggara
iv. Angin Monsun Barat Laut

Sistem Angin Tempatan

Terdapat beberapa jenis angin tempatan iaitu:


i. Angin Gunung iaitu:
- Angin Katabatik: Berlaku pada waktu malam, angin
bertiup dari puncak gunung ke lurah.
- Angin Anabatik: Berlaku pada waktu siang, angin
bertiup dari lurah gunung ke puncak gunung.
ii. Bayu Laut- - berlaku pada waktu siang, angin bertiup dari
laut ke darat.
iii. Bayu Darat -berlaku pada waktu malam, angin bertiup dari
darat ke laut.
iv. Badai Selari/Angin Sumatera – bertiup dari sumatera ke
Selat Malaka.
v. Angin Lintang – angin yang bertiup secara mendatar antara
dua kawasan tanah tinggi

(k) Menghuraikan gangguan atmosfera.

c) Gangguan atmosfera – keadaan atmosfera yang luar biasa atau


tidak tenang akibat perubahan suhu yang mewujudkan siklon
tropika dan puting beliung ( tornado)

3.3 Kaitan Sistem a. Menjelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti
Atmosfera dengan manusia.
Manusia : i. Pengaruh positif:
Pengaruh positif dan • Industri pelancongan (Monsoon Cup di Terengganu)
negatif • Industri kecil dan sederhana/PKS (berasaskan pengeringan- jemur
Perbincangan pada ikan, batik, keropok )
skala dunia dan • Kegiatan pertanian ( hujan -dijalankan sepanjang tahun)
penekanan skala • Aktiviti pengangkutan laut / kapal layar ( kehadiran angin)
tempatan ii. Pengaruh negatif:
d) Kegiatan pertanian – banjir/kemarau /El Nino/La Nina.
• Penternakan haiwan – banjir /kemarau
• Kegiatan perikanan (akuakultur/ laut dalam )- banjir/ kemarau
• Kegiatan pelancongan – hujan lebat/banjir
• Perkhidmatan pengangkutan- banjir kilat/banjirr/kemarau/bersalji
• Industri kecil dan sederhana- hujan lebat
• Aktiviti harian – banjir/bersalji/banjir kilat//el nino.

b. Menghuraikan fenomena iklim (banjir, kemarau, siklon tropika,


tornado,dan El Niño dan La Niña)
i. Banjir
e) Kesan banjir terhadap alam sekitar manusia/kehidupan manusia:
- Aktiviti pertanian
- Aktiviti ternakan
- Aktiviti pengangkutan
- Aktiviti harian
- Aktiviti pelancongan
- Aktiviti perindustrian
- Kemusnahan infastriktur.
- Mengorbankan nyawa.
- Penyebaran penyakit.

f) Kesan Banjir terhadap alam sekitar fizikal/sistem fizikal


i. Biosfera :
 kemusnahan flora dan fauna
 kemusnahan habitat.
 rantaian makan terganggu
ii. Litosfera.
 hakisan tanih.
 pemendapan tanah/lumpur.
iii. Hidrosfera
 sumber air terjejas.
iv. Atmosfera.
 Kelembapan udara meningkat.
 Pencemaran bau

ii. Kemarau
a) Kesan Kemarau terhadap alam sekitar manusia/kehidupan manusia
- Aktiviti pertanian
- Aktiviti perindustrian
- Aktiviti penternakan
- Aktiviti akuakultur
- Aktiviti pengangkutan
- Aktiviti pelancongan
- Aktiviti harian.
b) Kesan Kemarau terhadap Alam Sekitar Fizikal/sistem fizikal
- Gangguan ke atas sistem atmosfera (peningkatan suhu, pencemaran
udara dan jerebu dll ).
- Gangguan ke atas kitar hidrologi (peningkatan kadar sejatan)
- Kemusnahan biosfera (kemusnahan habitat, rantaian makanan
musnah, kepupusan, penghijrahan spesis).
- Gangguan ke atas sistem geomorfologi/litosfera (penggurunan,
peningkatankadar luluhawa, pencairan ais glasier, peningkatan aras
laut .

iii. Siklon Tropika (Taufan dan Hurikan)


a) Kesan terhadap Alam Sekitar Manusia/kehidupan manusia
- Kehilangan nyawa
- Kemusnahan harta benda
- Menjejaskan kemudahan infrastruktur
- Penyebaran penyakit/menjejaskan kesihatan.
- Terjejas aktiviti harian.
- Sumber pendapatan terjejas

b) Kesan terhadap alam sekitar fizikal/sistem fizikal.


1. Biosfera
 kemusnahan flora dan fauna
 kemusnahan habitat.
 rantaian makan terganggu
2. Litosfera.
 hakisan tanih.
 pemendapan tanah/lumpur.
 Tanah runtuh
3. Hidrosfera
 sumber air terjejas.
4. Atmosfera.
 Kelembapan udara meningkat.

vi. El Nino

a) Kesan El Nino terhadap alam sekitar manusia/kehidupan manusia


- Aktiviti pertanian
- Aktiviti perindustrian
- Aktiviti penternakan
- Aktiviti akuakultur
- Aktiviti pengangkutan
- Aktiviti pelancongan
- Aktiviti harian.
- Kemusnahan infastruktur.
- Mengorbankan nyawa.
- Penyebaran penyakit.
b) Kesan El Nino terhadap alam sekitar fizikal/sistem fizikal.
- Gangguan ke atas sistem atmosfera (peningkatan suhu, pencemaran
udara dan jerebu dll ).
- Gangguan ke atas kitar hidrologi (udara kering)
- Kemusnahan biosfera (kemusnahan habitat, rantaian makanan
musnah, kepupusan, penghijrahan spesis).
- Gangguan ke atas sistem geomorfologi/litosfera (penggurunan,
peningkatankadar luluhawa, pencairan ais glasier, peningkatan aras
laut .

v. La Nina
a) Kesan La Nina terhadap alam sekitar manusia/kehidupan manusia:
- Aktiviti pertanian
- Aktiviti ternakan
- Aktiviti pengangkutan
- Aktiviti harian
- Aktiviti pelancongan
- Aktiviti perindustrian
- Kemusnahan infastruktur.
- Mengorbankan nyawa.
- Penyebaran penyakit/menjejaskan kesihatan
- Kemusnahan harta benda.
b) Kesan La Nina terhadap alam sekitar fizikal/sistem fizikal.
i. Biosfera
 kemusnahan flora dan fauna
 kemusnahan habitat.
 rantaian makan terganggu
ii. Litosfera.
 hakisan tanih.
 pemendapan tanah/lumpur.
iii. Hidrosfera
 sumber air terjejas.
iv. Atmosfera.
 Kelembapan udara meningkat.
 Pencemaran bau

(a) Menghuraikan konsep perubahan iklim:


3.4 Perubahan Iklim
Perubahan iklim ialah perubahan unsur-unsur iklim
seperti suhu, kelembapan udara, angin, hujan, awan,
tekanan udara, bahangan bumi dan bahangan suria dalam
jangka masa yang panjang.
Pemanasan global -peningkatan suhu seluruh dunia
akibat kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

(b) Menjelaskan punca kesan rumah hijau yang menyebabkan pemanasan


global.
i. Pembakaran bahan api fosil
ii. Peningkatan aktiviti perindustrian
iii. Pertambahan Penggunaan kenderaan bermotor
iv. Pembakaran terbuka

c) Menjelaskan kesan fenomena kesan rumah hijau terhadap Alam Sekitar


Fizikal (ASF)

i. Perubahan iklim dunia


ii. Kenaikan aras laut
iii. Kemusnahan ekosistem akuatik
iv. Kesan terhadap ekosistem daratan
v. Pencairan ais glasier
vi. Fenomena penggurunan

d) Menjelaskan kesan fenomena kesan rumah hujau terhadap


Alam Sekitar Manusia (ASM)
i. Kemerosotan sistem imun badan
ii. Penyakit kanser kulit
iii. Kesan ke atas aktiviti pertanian
iv. Kesan ke atas aktiviti perikanan
e) Menjelaskan punca penipisan lapisan ozon yang menyebabkan
pemanasan global.
i. Penggunaan bahan CFC(alat penghawa dingin/ aerosol)
ii. Pelepasan gas nitrogen oksida
iii. Penggunaan kapal terbang supersonik.
iv. Ujian dan penggunaan nukleur.
v. Pelepasan gas metana dalam aktiviti pertanian dan ternakan.

f) Menjelaskan kesan fenomena penipisan lapisan ozon terhadap Alam


Sekitar Fizikal (ASF)

i. Perubahan iklim dunia


ii. Kenaikan aras laut
iii. Kemusnahan ekosistem akuatik
iv. Kesan terhadap ekosistem daratan
v. Pencairan ais glasier
vi. Fenomena penggurunan

g) Menjelaskan penipisan lapisan ozon terhadap Alam Sekitar Manusia


(ASM)
i. Kemerosotan sistem imun badan
ii. Penyakit kanser kulit
iii. Kesan ke atas aktiviti pertanian
iv. Kesan ke atas aktiviti perikanan

h) Langkah mengatasi penipisan dan kebocoran lapisan ozon dan kesan


rumah hijau.

Langkah perundangan.
v. Kuat kuasa undang-undang.
vi. Pengubalan akta.
vii. Pemantauan dan kawalan.
viii. EIA.

Langkah bukan undang-undang.


Kempen.
Pendidikan.
R&D.
Penggunaan tenaga mesra alam.
Kerjasama antarabangsa

3.5 Mikro Iklim a. Menghuraikan konsep mikro iklim bandar


Bandar
Mikro Iklim Bandar ialah keadaan iklim yang terbentuk di dalam
Merujuk kepada kajian sesebuah bandar dengan ciri-ciri cuaca yang khusus dan berbeza
kes seperti pulau haba dengan kawasan pinggir bandar atau luar bandar.
bandar, pulau sejuk,
pencemaran udara, b. Kajian Kes :
jerebu dan hujan asid
1. Pulau Haba Bandar
i. Konsep pulau haba bandar
Pulau Haba Bandar merujuk kepada satu pusat dalam bandar yang
mempunyai suhu lebih tinggi berbanding dengan suhu di
kawasan sekitarnya/pinggir bandar
ii. Faktor yang menyebabkan Pulau Haba Bandar
Kepadatan binaan atau tepu bina.
Susun atur bangunan
Penambahan /peluasan permukaan berturap
Penggunaan bahan binaan yang banyak menyerap dan
memantulkan haba
Pengurangan kawasan hijau di bandar
Pembakaran bahan api fosil
Peningkatan bahan pencemar dalam udara
Peningkatan jumlah penduduk bandar
Pembakaran terbuka.
Aktiviti manusia.
iii. Langkah menyederhanakan suhu bandar.
Langkah perundangan.
Kuat kuasa undang-undang.
Pengubalan akta.
Pemantauan dan kawalan.
EIA.
Langkah bukan undang-undang.
Kempen.
Pendidikan.
R&D.
Menambahkan kawasan hijau-bandar dalam taman
Menambahkan badan air di kawasan bandar-pancutan air,
kolam
Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dalam
aktiviti pengangkutan, industri dan domestik
guna bahan mesra alam, menggunakan perkhidmatan awam,
kongsi kereta, kenderaan guna tenaga elektrik
2. Pulau Sejuk bandar
i. Konsep Pulau Sejuk Bandar- merujuk kepada satu pusat dalam
ii. bandar yang mempunyai suhu lebih rendah berbanding dengan suhu
iii. di kawasan sekitarnya/pinggir bandar

Cadangan mewujudkan Pulau Sejuk bandar


Menambahkan kawasan hijau.
Memperbanyakkan kawasan badan air
Menggunakan bahan api alternatif
Menggunakan bahan binaan yang mesra alam
Hadkan jumlah kenderaan yang memasuki bandar
Memindahkan kawasan industri ke luar bandar

3. Pencemaran udara dan Jerebu


i. Konsep pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara ialah kehadiran bahan pencemar udara seperti
asap ,gas bahan berbau,abu, habuk dan debu di dalam atmosfera
yang boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat semula jadi
atmosfera.
Jerebu ialah kehadiran partikel terampai (PM10) seperti asap, debu,
habuk, jelaga di dalam keadaan udara kering (dry air) dengan
kepekatan yang tinggi sehingga boleh mengurangkan jarak
penglihatan.

ii. Punca berlakunya Jerebu dan pencemaran udara


Kebakaran hutan
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Penggunaan bahan api fosil di stesen janakuasa eletrik dan
industri
Pembakaran terbuka
Aktiviti kuari.
Industri berasaskan kayu.

iii. Kesan pencemaran udara dan Jerebu terhadap Alam Sekitar Fizikal
Kemusnahan ekosistem
Pencemaran air
Gangguan ke atas tumbesaran tumbuhan
Peningkatan suhu

iv. Kesan pencemaran udara dan Jerebu Alam Sekitar Manusia


(ASM)
Menjejaskan aktiviti pertanian (tumbesaran tanaman terbantut,
produktiviti makanan berkurang)
Gangguan terhadap sistem pernafasan manusia
Meningkatkan risiko penyakit kulit dan saraf
Gangguan terhadap aktiviti perikanan (kemusnahan fitoplankton
Kemusnahan harta benda
Mengurangkan jarak penglihatan

4. Hujan asid
Konsep hujan asid
Hujan asid ialah air hujan yang dicemari oleh bahan-bahan pencemar
udara seperti sulfur dioksida dan nitrus dioksida menjadikan nilai ph
kurang dari 5.

i. a) Punca kejadian hujan asid


Pembakaran bahan api fosil
Aktiviti perindustrian
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti peleburan bijih
Pembakaran terbuka
Letusan gunung berapi
Penguraian bahan organik

b) Kesan Hujan Asid ke atas Alam sekitar Fizikal

Peningkatan keasidan tanah


Kemusnahan ekosistem akuatik
Kemusnahan ekosistem hutan
Cat bangunan luntur.
Luluhawa kimia meningkat.
Kesan Hujan Asid ke atas Alam sekitar Fizikal.
Menjejaskan kesihatan manusia.
Menjejaskan aktiviti pertanian.
Menjejaskan aktiviti perikanan.
Menjejaskan aktiviti pelancongan ( menjejas artifak sejarah)

TAJUK: SISTEM HIDROLOGI

Konsep/Tajuk Huraian
4. 4.1 Fasa Air a. Menyatakan tiga fasa perubahan air:
cecair
gas
pepejal
4.2 Kitaran Hidrologi Menghuraikan konsep kitaran hidrologi
proses edaran air yang berterusan dalam pelbagai fasa (cecair,
pepejal dan gas) yang bergerak secara menegak (sejatan,
perpeluhan, sejatpeluhan, pemeluwapan, pemejalwapan, kerpasan
dan resapan) dan secara mendatar (alir lintang atmosfera, larian air
permukaan dan aliran air bawah tanah)

b) Menghuraikan proses mendatar kitaran hidrologi


i. Alir lintang atmosfera: air yang tersejat ke atmosfera dari sumber
air akan membentuk wap air yang akan membentuk awan. Awan
ini akan dialirkan secara lintang oleh angin ke bahagian daratan
atau dari daratan ke lautan
ii. Larian air permukaan: lebihan air hujan dari proses susupan
yang mengalir di atas permukaan bumi.
iii. Aliran air bawah tanah: air yang terkumpul bergerak secara
mendatar dalam lapisan tanah.

d) Menjelaskan proses menegak kitaran hidrologi

i. Sejatan: proses pertukaran sifat air iaitu daripada bentuk cecair


kepada bentuk wap.
ii. Perpeluhan: kehilangan air dari haiwan dan tumbuhan melalui
liang stoma akibat haba matahari.
iii. Sejatpeluhan: kehilangan air dari tumbuhan dan tanah akibat
kesan haba matahari.
iv. Pemeluwapan: pertukaran wap air kepada cecair .
v. Pemejalwapan: penukaran bahan pepejal kepada wap tanpa
melalui keadaan cecair pada suhu dan tekanan tertentu.
vi. Kerpasan: semua bentuk air hasil proses pemeluwapan yang jatuh
ke permukaan bumi, dalam bentuk cecair atau pepejal
vii. Resapan: pergerakan air permukaan masuk secara menegak ke
dalam tanah.
viii. Aliran batang: air hujan yang mengalir turun melalui batang
pokok.
ix. Pintasan silara/ cegatan silara: konopi daun memintas jatuhan
hujan sebelum jatuh ke permukaan tanah.

(c) Menghuraikan konsep keberkesanan kerpasan

Keberkesanan kerpasan adalah jumlah hujan yang diterima oleh


bumi yang boleh diguna oleh tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia
bagi memenuhipelbagai keperluan hidup.
Contoh: aktiviti pertanian, ternakan dan perindustrian.

b. Faktor mempengaruhi keberkesanan kerpasan


i. Ciri keamatan ( intensiti )hujan.
ii. Kekerapan
iii. Jangka masa /tempuh
iv. Musim
v. Liputan kawasan

4.3 Edaran Air Tanih


a. Menyatakan dan menghuraikan proses edaran air tanih
Proses pergerakan air adalah semua bentuk pergerakan air yang
menggunakan tanah sebagai mediam
Proses edaran air tanih:
i. Larian air permukaan
ii. Resapan
iii. Aliran air bawah tanah
iv. Simpanan air tanih
v. Keporosan
vi. Ketelapan
vii. Akuifer

b) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi edaran air tanih

i. Saiz partikel- kasar atau halus


ii. Komposisi tanih- kandungan tanih(mineral)
iii. Struktur tanih- susunan tanih
iv. Kekerasan batuan- keras atau lembut
v. Ketelapan batuan:-keporosan batuan
vi. Tumbuhan-peranan akar
vii. Kecerunan
viii. Kadar hujan
ix. Aktiviti haiwan
x. Pertanian
xi. Pembinaan - bangunan dan petempatan
xii. Pembangunan -urbanisasi (infrastruktur, jalan raya,
lapangan terbang)
Imbangan Air a) Menghuraikan konsep imbangan air, lebihan dan kekurangan air
1.1 Konsep
Imbangan air bermaksud jumlah air yang diterima (kerpasan)
adalah sama dengan jumlah air yang hilang ( sejatan, sejat
peluhan , storan dan air larian permukaan)
Lebihan air bermaksud jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan
Kekurangan air bermaksud jumlah sejatan melebihi jumlah
kerpasan

1.2 Variasi b. Menjelaskan variasi imbangan air mengikut ruang dan masa;
imbangan air
mengikut ruang Mengikut ruang:
dan masa
i. Kedudukan garisan latitud
ii. Topografi.
iii. Aspek/kedudukan.
iv. Kecerunan.
v. Litupan tumbuhan.

Mengikut masa:

i. Musim( musim hujan/musim kemarau)


ii. Siang dan malam ( mempengaruhi sejatan)

c. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air;


i. Ketinggian.
ii. Aspek
iii. Keamatan hujan
iv. Topografi
v. Litupan Tumbuhan
vi. Jenis batuan/ Geologi

4.5 Kaitan sistem a) Menjelaskan kepentingan air kepada manusia;


hidrologi dengan
manusia i. Bekalan air domestik
ii. Pertanian
iii. Industri
iv. Pelancongan.
v. Perlombongan.
vi. Ternakan ikan.
vii. Pengangkutan.

b) Menjelaskan gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia :

1. Kemarau – merujuk kepada keadaan ketiadaan hujan yang dialami


oleh sesuatu kawasan dalam tempuh tertentu.
Faktor-faktor yang menyebabkan kemarau;
i. Fenomena cuaca (El-Nino)
ii. Perubahan unsur-unsur iklim
iii. Aktiviti penyahutanan
iv. Kadar pembandaran

Kesan-kesan kemarau terhadap aktiviti manusia;


i. Menjejaskan kegiatan pertanian
ii. Menjejaskan penternakan ikan
iii. Menganggu aktiviti pembalakan
iv. Menganggu aktiviti penternakan

2. Banjir – merujukan keadaan limpahan air daripada alur sungai akibat


pertambahan isipadu air sungai dan menenggelamkan kawasan
rendah di sekitarnya.

Faktor-faktor yang menyebabkan banjir

i. Perubahan angin mosun


ii. Pengaruh air pasang laut
iii. Peningkatan suhu global menyebabkan perubahan kadar
tiupan angin dan hujan lebat
iv. Hujan berterusan tanpa henti
v. Peningkatan pemendapan dasar sungai
vi. Kemusnahan kawasan tadahan hujan

Kesan-kesan banjir terhadap aktiviti manusia;

i. Menjejaskan sistem pengangkutan dan perhubungan


ii. Menenggelamkan kawasan pertanian
iii. Menjejaskan kegiatan penternakan ikan
iv. Menganggu aktiviti pembalakan
v. Menjejaskan aktiviti penternakan

3. Banjir Kilat- kenaikan air secara tiba-tiba dan surut dalam masa
yang singkat.

Faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat;

i. Kurang litupan tumbuhan


ii. Permukaan tak telap air
iii. Keamatan hujan lebat
iv. Kapisiti isi padu air sungai rendah
v. Sistem perparitan tidak cekap
vi. Sikap penduduk - membuang sampah ke dalam longkang

Kesan-kesan banjir kilat terhadap aktiviti manusia;

i. Menjejaskan sistem pengangkutan dan perhubungan


ii. Menenggelamkan kawasan perniagaan
iii. Aktiviti harian penduduk terjejas
4. Penyesuaian manusia mengatasi kekurangan air/kemarau;

i. Langkah perundangan:

1. Kuat kuasa undang-undang.


2. Penggubalan akta.
3. Pemantauan dan kawalan.
4. EIA.

ii. Langkah bukan undang-undang.


Memajukan sumber air bawah tanah
Pembenihan awan
Memproses sumber air tasik dan kolam
Sistem pengurusan dan pengaihan air yang berkesan
Menjalankan catuan air kepada penduduk
Kempen menjimatkan air.
Pendidikan

iii. Langkah penstrukturan /kejuruteraan ( juga diterima sebagai


langkah bukan undang-undang)

Membina laluan dan terowong air- memindahkan air dari kawasan


lebihan.
Membina empangan
Membina lebih banyak tangki air.

5. Penyesuaian manusia mengatasi lebihan air;

i. Langkah perundangan:

Kuat kuasa undang-undang.


Penggubalan akta.
Pemantauan dan kawalan.
EIA.

ii. Langkah bukan undang-undang:

Mengawal aktiviti pembangunan di kawasan tanah rendah


Kempen
Pendidikan
Mendalamkan dan meluruskan sungai
Menyelenggara parit dan sungai
Mewujudkan / menambah kawasan hijau di bandar

iii. Langkah penstrukturan /kejuruteraan ( juga diterima sebagai


langkah bukan undang-undang :

Membina empangan
Membina benteng/ tetambak
Melencongkan aliran sungai ke tasik
Projek tambatan banjir
Mewujudkan kawasan hijau di bandar

3.0 Kemahiran Amali


3.1 Graf bar Mengira data, melukis dan mentafsir graf bar
3.2 Graf garis Mengira data, melukis dan mentafsir graf garis
3.3 Graf Gabungan Mengira data, melukis dan mentafsir graf gabungan
3.4 Carta Pai Mengira data, melukis dan mentafsir carta pai
942/2
GEOGRAFI
ALAM SEKITAR
MANUSIA
( BAHAGIAN B)

Tajuk: Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

Konsep/Tajuk Huraian

3.1 Sektor-Sektor Ekonomi (a) Mengenal pasti sektor ekonomi yang terbahagi kepada tiga,
iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.

3.1 (a) Primer a) Mengenalpasti sektor ekonomi primer yang terbahagi kepada sektor:

Pertanian,
Perikanan
Perhutanan
perlombongan
(b) Ciri utama setiap sektor ekonomi negara Malaysia
(a) Taburan
(b) Skala operasi
(c) Orientasi pengeluaran
(d) Penggunaan modal
(e) Buruh
(f) Teknologi dan R&D
(g) Pasaran

Pertanian (b) kepentingan atau sumbangan setiap sektor pertanian kepada


i. Saradiri sosio-ekonomi negara :
ii. Kebun a) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) / Pendapatan negara
kecil b) Peluang Pekerjaan,
iii. Ladang c) kesan pengganda/industri hiliran
d) sumber makanan
e) Memajukan infrastruktur dan bandar baru
f) Meningkatkan modal dan pelaburan negara/swasta

(d) Menjelaskan perkembangan semasa sektor pertanian meliputi


kemajuan, inovasi, isu, masalah, dan cabaran

i. Modal
ii. Buruh
iii. Teknologi
iv. Pasaran
v. Tanah
vi. Fizikal (banjir,kemarau, penyakit)

(d) Impak ekonomi pertanian terhadap alam sekitar

a. Pencemaran alam sekitar


i. Pencemaran udara
ii. air,
iii. tanih,
iv. bau,
b. Kemerosotan kualiti alam sekitar
i. Peningkatan suhu setempat,
ii. hakisan,
iii. tanah runtuh dan
iv. tanah tandus,
v. banjir dan
vi. kemarau,
vii. ancaman kepupusan kepelbagaian biologi
viii. kemusnahan habitat, dan rantaian makanan
(e) Rumusan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi
pertanian terhadap alam sekitar dari aspek

a. Perundangan
i. Akta atau ordinan
ii. Hukuman atau denda
iii. Pemantauan
iv. EIA atau SIA

b. Pengurusan
i. Tanaman Berteres
ii. Baja Organik/kompos
iii. Kaedah Biologi
iv. Tanaman tutup bumi
v. Kaedah tanaman bergilir
vi. Kaedah Tebang reput
vii. Kaedah hidroponik

c. Pendidikan dan Kempen kesedaran


Perikanan : b) Ciri utama sektor perikanan pinggir pantai / laut dalam di
i. Perikanan Malaysia:
pinggir (a) Taburan/Lokasi
pantai (b) Skala pengeluaran
ii. Perikanan (c) Tempoh Masa
laut dalam (d) Penggunaan modal
iii. akuakultur (e) Buruh
(f) Teknologi/kelengkapan tangkapan
(g) Jarak

c) kepentingan atau sumbangan perikanan pinggir pantai dan laut


dalam kepada sosio-ekonomi Malaysia:

i. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/Pendapatan negara


ii. Peluang Pekerjaan,
iii. kesan pengganda/industri hiliran
iv. sumber makanan protein
v. Memajukan infrastruktur dan bandar baru
vi. Meningkatkan modal negara/swasta
vii. Teknologi dan R&D
viii. Pasaran

(d) Masalah masalah sektor perikanan pantai @ laut dalam:

i. Modal
ii. Tekologi
iii. Buruh
iv. Keselamatan Nelayan - Lanun
v. Kepupusan sumber perikanan
vi. Pencemaran laut
vii. Masalah politik antarabangsa
viii. Kemusnahan habitat
ix. Kemusnahan ekosistem paya bakau
(e) Rumusan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi
terhadap alam sekitar dari aspek

Perundangan
i. Akta atau ordinan
ii. Hukuman atau denda
iii. Pemantauan
Pengurusan
i. Tukun Tiruan
ii. Mewartakan kawasan taman laut
iii. Meningkatkan R&D
iv. Mengekalkan kawasan hutan bakau
Pendidikan dan Kempen kesedaran
Perhutanan (b) Ciri utama sektor perhutanan:
i. Taburan
ii. Skala operasi
iii. Orientasi pengeluaran
iv. Penggunaan modal
v. Buruh
vi. Teknologi
(c) kepentingan atau sumbangan sektor perhutanan kepada sosio-
ekonomi negara:

i. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/Pendapatan negara


ii. Pekerjaan,
iii. kesan pengganda/industri hiliran
iv. sumber makanan
v. Memajukan infrastruktur dan bandar baru
vi. Meningkatkan modal negara/swasta
vii. Ekosistem Orang Asli
viii. Pembalakan
ix. Pelancongan
x. Kawasan Tadahan Air
(d) Impak ekonomi perhutanan terhadap alam sekitar

i. Kemerosotan dan kepupusan sumber


ii. Pencemaran alam sekitar
a. Pencemaran udara
b. air
c. tanih
iii. Kemerosotan kualiti alam sekitar
a. Peningkatan suhu setempat,
b. hakisan,
c. tanah runtuh dan
d. tanah tandus,
e. banjir dan
f. kemarau,
g. ancaman kepupusan kepelbagaian biologi
h. kemusnahan habitat, dan rantaian makanan
(e) Rumusan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi
terhadap alam sekitar dari aspek

Perundangan
i. Akta atau ordinan
ii. Hukuman atau denda
iii. Pemantauan
iv. EIA atau SIA
Pengurusan
i. Penanaman semula
ii. Penebangan Terpilih MUS dan SMS
iii. Kaedah Silvikultur
Pendidikan dan Kempen kesedaran
(b) Ciri utama sektor perlombongan:
i. Taburan
Perlombongan: ii. Skala operasi
i. Bijih timah iii. Orientasi pengeluaran
ii. Petroleun iv. Penggunaan modal
iii. Gas asli v. Buruh
iv. Emas vi. Teknologi
v. Bijih besi (c) kepentingan atau sumbangan sektor perlombongan kepada
vi. Kuprum ekonomi negara
vii. Tanah liat
viii. Kuari i.Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/Pendapatan negara
ii.Pekerjaan,
iii.kesan pengganda/industri hiliran
iv.Memajukan infrastruktur dan bandar baru
v.Meningkatkan modal negara/swasta
vi.Bekalan Bahan Mentah
(d) Impak ekonomi terhadap alam sekitar

Pencemaran alam sekitar

i. Pencemaran udara,
ii. Air/sungai/laut
iii. tanih,

Kemerosotan kualiti alam sekitar

i. Peningkatan suhu setempat,


ii. hakisan,
iii. tanah runtuh dan
iv. Pencemaran Sungai - keruh

(e) Rumusan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi


terhadap alam sekitar dari aspek

b. Perundangan
i.Akta atau ordinan
ii.Hukuman atau denda
iii.Pemantauan
iv.EIA/SIA

d. Pengurusan
i. Pembersihan segera – tumpahan petroleum dll
ii. Membina benteng – mengelak hakisan
iii. Sumber alternatif
iv.
e. Pendidikan dan Kempen kesedaran

3.1 a(ii) Sekunder b) Mengenal pasti sektor ekonomi sekunder :


Sektor ekonomi sekunder adalah sektor ekonomi peringkat
kedua iaitu aktiviti yang menambah nilai atau mengubah bahan-
bahan mentah peringkat pertama atau dengan mengadun menjadi
komoditi/barangan yang lebih berguna dan lebih berharga.
Contohnya aktiviti pemprosesan, pembuatan dan pembinaan.

(i) Aktiviti Pemprosesan


Aktiviti pemprosesan melibatkan aktiviti memproses bahan
mentah daripada hasil pertanian, perlombongan, perikanan dan
pembalakan menjadi barangan siap

Contoh :
Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan
bergergaji.
Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.
Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.
Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.
(ii) Aktiviti Pembuatan

Aktiviti pembuatan merupakan proses penukaran bahan mentah menjadi


barangan siap dan separa siap. Aktiviti pembuatan diterajui oleh:
Industri Berasaskan Sumber ( Industri pemprosesan makanan
dan minuman, industri perkayuan, kertas, bahan kimia,
petroleum, getah, mineral bukan logam)
Industri Bukan Berasaskan Sumber (Industri elektrik dan
elektronik, automotif, tekstil, logam, kelengkapan pengangkutan)

(iii) Pembinaan

Industri pembinaan merangkumi sektor merancang, merekabentuk,


memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta
semua jenis kerja kejuruteraan awam mekanikal, elektrikal dan kerja-
kerja berkaitan.

Terdapat 3 jenis industri pembinaan :


i. pembinaan bangunan
ii. pembinaan skala besar
iii. pembinaan industri

(b) menghuraikan ciri utama setiap sektor ekonomi negara


Malaysia (taburan, skala, orientasi pengeluaran, penggunaan
modal, buruh, dan teknologi)
Ciri Sektor Ekonomi Sekunder:

i. Taburan
lebih bertumpu di kawasan-kawasan maju terutama di negeri-
negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia
di Bandar-bandar utama seperti ibu negeri dan daerah
Contohnya industri pembuatan.
di kawasan yang kurang maju, mereka memperolehi
pelaburan apabila kerajaan menubuhkan koridor pembangunan
industri seperti Koridor Pantai Timur dalam sektor petrokimia
ii. Skala Pengeluaran

dijalankan secara besar-besaran, sederhana dan kecil.


Ia ditentukan oleh bilangan pekerja dan jumlah modal yang
dilaburkan. Contohnya terdapat dua kupulan subsektor
pembuatan yang dikenalpasti iaitu:
a) Industri Berskala Besar
b) Industri Kecil dan Sederhana

iii. Orientasi Pengeluaran

Merujuk kepada tujuan pengeluaran aktiviti ekonomi tersebut sama


ada untuk keperluan sendiri , pasaran domestik atau pasaran eksport
sepenuhnya.
Di Malaysia masih terdapat kegiatan ekonomi yang dijalankan
untuk keperluan sendiri tetapi telah ada kecenderungan kegiatan
ekonomi yang dijalankan untuk memenuhi pasaran eksport
sepenuhnya.Contohnya orientasi pengeluaran dijalankan secara
besar- besaran apabila kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk
memenuhi keperluan pasaran eksport.

iv. Penggunaan Modal

Penggunaan modal merujuk kepada intensiti dan sumber modal


untuk menjalankan aktiviti ekonomi tersebut. Contohnya, kegiatan
ekonomi yang berskala besar dan orientasi pengeluaran untuk
pasaran domestik dan eksport biasanya beroperasi dengan modal
yang besar.
Modal biasanya diperolehi melalui kaedah pinjaman ataupun
menarik pelabur asing untuk melabur dalam aktiviti sekunder
dengan melonggarkan syarat serta memberi pelbagai insentif.

v. Tenaga Buruh

Merujuk kepada intensiti (jumlah/bilangan), jenis (mahir, separa


mahir atau kurang mahir) dan sumber buruh (keluarga atau buruh
yang diupah dari dalam atau luar negara).
Terdapat sektor sekunder yang menggunakan tenaga buruh
yang ramai dan terdapat juga sektor sekunder yang
menggunakan tenaga buruh yang sedikit tetapi berkemahiran
tinggi. Contohnya industri pembuatan seperti industri elektrik
dan elektronik, keluaran kayu dan perabut, kimia, baja dan
petroleum merupakan industri yang menggunakan tenaga buruh
paling ramai
vi. Teknologi

Kebanyakan sektor sekunder di Malaysia menggunakan teknologi


moden dalam pengeluaranya. Antara teknologi moden yang
digunakan dalam pengeluaran ialah teknologi submicron dan
rekabentuk komponen dalam industri elektrik dan elektronik,
teknologi robotik dalam industri automatif, bioteknologi dan
industri perubatan dan sebagainya.
Penggunaan teknologi moden dapat mengatasi masalah
kekurangan tenaga buruh.

(c) menghuraikan kepentingan atau sumbangan setiap sektor


kepada ekonomi negara (Keluaran Dalam Negara Kasar
[KDNK], pekerjaan, dan kesan pengganda)
Kepentingan Sektor Sekunder:
i. Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Sektor sekunder menyumbang kepada pendapatan negara melalui


produk yang dihasilkan oleh industri perkilangan. Hasil perkilangan
akan dieksport ke luar negara dan negara akan memperolehi
pendapatan melalui tukaran wang asing.Contohnya pengekspotan
alat penghawa dingin ke negara Timur Tengah, minyak masak dan
produk getah ke Amerika dan Eropah.

ii. Peluang Pekerjaan


Sektor sekunder mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat. Hal ini dapat mengurangkan kadar
pengangguran sekaligus dapat meningkatkan pendapatan perkapita
penduduk.
Antara peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan oleh sektor
sekunder seperti operator pengeluaran, pengurusan kilang,
pengangkutan, unit teknikal dan sebagainya
iii. Kesan Pengganda
Sektor sekunder turut menggalakkan pertumbuhan atau
perkembangan ekonomi berkaitan. Ekonomi huluan seperti sektor
pertanian dan perlombongan berkembang pesat untuk membekalkan
bahan mentah kepada kepada kilang pemprosesan dan pembuatan.
Ekonomi hiliran turut berkembang seperti sektor pengangkutan dan
telekomunikasi, kewangan, perbankan dan sebagainya yang turut
menyokong industri perkilangan.
iv. Perkembangan Teknologi
Sektor sekunder turut menggalakkan perkembangan teknologi
melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). Antaranya yang
berkaitan dengan penghasilan produk kilang yang berkualiti.
Contohnya, melalui teknologi reka bentuk dan kawalan mutu.
v. Menambah Dana Negara
Peningkatan modal negara boleh ditingkatkan melalui
pelaburan asing dalam sektor sekunder. Contohnya,
pelaburan syarikat multinasional dalam industri pembuatan
seperti industri elektrik dan elektronik.
Dana dalam Negara turut ditambah melalui pelaburan
tempatan dalam industri-industri seperti IKS
(d) Menjelaskan perkembangan semasa sektor ekonomi sekunder
(Meliputi kemajuan, inovasi, isu, masalah, dan cabaran)

i. Mengapa Perlunya Penyelerakan Industri Dari Bandar Ke Luar


Bandar

Mengelakkan Kesesakan Di Bandar


Menjimatkan Kos Pengeluaran
Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar
Mengimbangi Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
Membuka Peluang Pekerjaan Kepada Penduduk Luar Bandar
Memajukan Sumber Alam yang Berpotensi
Mempercepat Kemajuan Kawasan
Mewujudkan Kesan Pengganda

ii. Isu Ketidakseimbangan Taburan Sektor Sekunder

Faktor Sejarah
Pembandaran Yang Tidak Seimbang
Taburan Penduduk Yang Tidak Seimbang
Perbezaan Kemajuan Sistem Pengangkutan
iii. Peranan Kerajaan Memajukan Sektor Sekunder

Mengadakan Promosi
Menyediakan Tenaga Mahir dan Separuh Mahir
Menjaga Kestabilan Politik
Mengubah Tumpuan Ekonomi Negara (Pertanian ke Perindustrian
Khidmat Nasihat dan Bimbingan
Menyediakan Kemudahan Asas yang Mencukupi
iv. Kelebihan Malaysia Dalam Menjana Perkembangan Sektor
Sekunder

Keadaan Politik yang Stabil


Penawaran Tenaga Buruh Yang Banyak dan Murah
Kelebihan Pasaran Dalam Negara
Kemudahan Prasarana Yang Baik
Sumber Alam Yang Banyak
Teknologi Tinggi
v. Masalah dan Cabaran Sektor Sekunder

Peningkatan Kos Operasi


Kekurangan Tenaga Mahir
Kekurangan Modal
Kekurangan Bahan Mentah
Kekurangan Teknologi
Masalah Pasaran dan Pemasaran

3.2 Proses (a) mentakrifkan maksud pembangunan dan mengenal pasti


pembangunan penunjuk pembangunan (KDNK per kapita, peratus tenaga kerja
ekonomi dalam sektor ekonomi, ciri demografi, kemudahan asas, dan
pemilikan barangan);

Takrif Pembangunan Ekonomi


Proses Pembangunan ekonomi dan sosial daripada rendah kepada yang
lebih baik sehingga berlaku peningkatan dalam KDNK perkapita
penduduk dan peningkatan taraf hidup penduduk.

Hal ini menyebabkan bilangan penduduk yang terlibat dalam sektor


ekonomi adalah tinggi dan mampu memiliki barangan dengan lebih
banyak
Pertunjuk Pembangunan Ekonomi
1. Peningkatan KDNK Per Kapita
Berlaku perningkatan dalam pendapatan penduduk akibat wujud
peluang pekerjaan yang banyak. Kadar pengangguran berkurangan,
kadar kemiskinan berkurangan dan taraf kehidupan penduduk
meningkat. Keadaan ini dapat digambarkan melalui kemampuan isi
rumah mendapat lebih banyak barangan seperti pakaian, perabot dan
kenderaan
2. Peningkatan Peratus Tenaga Kerja Mengikut Sektor Ekonomi
Berlaku peningkatan penduduk yang berkerja dalam pelbagai sektor
ekonomi seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini
sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
penduduk
3. Ciri Demografi
Kadar kematian bayi semakin berkurangan, jangka hayat penduduk
meningkat dan kadar kesuburan penduduk semakin tinggi. Hal ini
berlaku kerana kerana adanya kemajuan teknologi perubatan dan
kesedaran penduduk terhadap penjagaan kesihatan dan pengambilan
makanan seimbang.
4. Kemudahan Asas
Penyediaan kemudahan insfrustruktur dan sosial yang banyak akan
dapat meningkatkan taraf , keselesaan dan kualiti hidup penduduk.
Contohnya jalan raya, tenaga elektrik, bekalan air bersih, kemudahan
kesihatan dan sebagainya.
5. Pemilikan Barangan
Jumlah pemilikan barangan semakin bayak. Hal ini demikian keana
faktor peningkatan pendapatan penduduk yang membolehkan mereka
memiliki dan membeli barangan yang lebih banyak dan lebih
berkualiti. Contohnya peralatan ruman, kenderaan, alat perhubungan,
pakaian dan sebagainya.

(b) membezakan tahap pembangunan semasa antara kawasan


dalam negara Malaysia;
i. Antara Bandar Dengan Luar Bandar
ii. Antara Pantai Barat Dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia
iii. Antara Semenanjung Malaysia Dengan Sabah dan Sarawak
iv. Antara Negeri-Negeri di Malaysia
(c) menjelaskan ketakseimbangan pembangunan antara kawasan
dalam negara Malaysia

Petunjuk ketidakimbangan :
i. Pendapatan Perkapita
ii. Kuasa Beli Penduduk
iii.Tabungan Penduduk
iv. Taraf Kesihatan
v. Taraf Pendidikan
(d) Strategi Mengatasi Ketidakseimbangan Antara Wilayah

Antaranya adalah melalui lima buah koridor yang telah diwujudkan di


Malaysia antaranya:

i. Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER)

Merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.


Tumpuan kepada bidang pertanian moden, industri makanan,
pelancongan, pembuatan dan reka bentuk, logistik industri dan
pendidikan.
ii. Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER)

Merangkumi kawasan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan serta


Mersing di Johor. Tumpuan kepada sektor pelancongan, minyak dan
gas, pertanian dan pendidikan

iii. ISKANDAR Malaysia

Merangkumi Selatan Johor. Tumpuan kepada industri kreatif,


perkhidmatan kewangan, pendidikan kesihatan, perkhidmatan elektrik
dan elektronik serta logistik.

iv. Wilayah Pembanguan Ekonomi Sabah (SDC)

Merangkumi seluruh negeri Sabah. Tumpuan kepada mengatasi isu


kemiskinan tegar dalam kalangan penduduk luar Bandar. Antara
projek yang dilaksanakan projek pelancongan Hutan Simpan Ulu
Segama, Projek Berkelompok Sawit (POIC) Lahat Datu.

v. Karidor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)

Bermatlamat untuk membangunkan ekonomi wilayah tengah Sarawak


dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Bahagian Kapit akan menjadi penjana kuasa utama dengan projek


pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun. Projek ini akan
membekalkan tenaga elektrik kepada Semenanjung melalui kabel
dasar laut.
3.3 Impak (a) menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap
pembangunan ekonomi alam sekitar, iaitu
terhadap alam sekitar

i. kemerosotan dan kepupusan sumber;


Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh:
Aktiviti penyahutanan untuk pembangunan ekonomi seperti
penerokaan kawasan sebagai kawasan pertanian akan
mengurangkan tumbuhan sebagai pemegang partikel tanih akan
menyebabkan kejadian tanah runtuh
Kepupusan Sumber Hutan :
Penebangan hutan untuk mendapat sumber kayu berharga telah
menyebabkan kepupusan sumber hutan.
Kemerosotan Sumber Air Bersih:
Kualiti air akan merosot akibat penerokaan sumber hutan. Bahan
cemar yang dihasilkan oleh aktiviti manusia akan mengurangkan
bekalan air bersih.
Kemusnahan Fauna :
Habitat haiwan akan musnah dan menyabakan haiwan akan
berhijrah ke tempat lain untuk mencari habitat yang lebih sesuai

ii. pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau,


bunyi, sampah sarap, dan sisa toksik);
Pencemaran Udara
Berlaku disebabkan oleh gas pencemar seperti karbon dioksida,
karbon monoksida, sulfur dioksida disebabkan oleh aktiviti
perkilangan dan penggunaan kenderaan bermotor.
Pencemaran Air
Akibat pembuangan sisa toksik industri ke sungai, tasik dan laut.
Kandungan sisa toksik akan menyebabkan kadar BOD meningkat
Pembuangan oleh sisa kumbahan akan meningkatkan bakteria E coli
dan menyebabkan hidupan akuatik mati.
Pencemaran Tanih
Industri memproses dan industri pembuatan yang membuang sisa
toksik secara haram di kawasan terpencil akan menyebabkan tanah
menjadi berasid dan tidak sesuai untuk aktiviti pertanian dan
berbahaya kepada kehidupan haiwan dan manusia.
Pencemaran Bau dan Bunyi
Bunyi bising daripada kawasan perindustrian kenderaan dan tapak
pembinaan akan mengganggu ketenteraman penduduk.
Bau busuk daripada ladang ternakan dan kilang-kilang memproses
baja dan getah turut menyebabkan ketidakselesaan kehidupan
penduduk.
Sampah Sarap
Sisa Toksik

iii. kemerosotan kualiti alam sekitar (peningkatan suhu setempat,


hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir dan kemarau,
ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat,
dan rantaian makanan);

(b) merumuskan langkah mengurangkan impak pembangunan


ekonomi terhadap alam sekitar dari aspek perundangan dan bukan
perundangan.

3 (iii) tertier (a) Mengenalpasti sektor ekonomi tertier

Industri peringkat ke tiga yang tidak melibatkan pengeluaran barangan


tetapi menyediakan perkhidmatan kepada pengguna

- Pelancongan
- Pengangkutan dan perhubungan
- Perdagangan dan perniagaan
- Kewangan
- Perkhidmatan awam dan swasta
- utiliti (elektrik, air dan gas)
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Penyelidikan dan pembangunan
(b) menghuraikan ciri utama setiap sektor ekonomi tertier di Malaysia

- Taburan
- Skala
- Orientasi pengeluaran
- Penggunaan modal
- Buruh
- teknologi
(c) Menghuraikan kepentingan atau sumbangan sektor tertier kepada
ekonomi negara
i. meningkatkan KDNK, pendapatan negara dan tukaran
wang asing
ii. pasaran baru – perundingan/ kepakaran, pendidikan /
meneroka peluang baharu di luar negara
iii. peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan
perkapita penduduk – mengurangkan pengangguran,
meningkatakan taraf hidup penduduk dan mengurangkan
kemiskinan
iv. kesan pengganda – memajukan kegiatan ekonomi yang berkaitan
contoh : pelancongan – industri kraf tangan, perniagaan makanan,
pengangkutan, telekomunikasi, perhotelan
v. menggalakkan pembangunan insfrastruktur
vi. membangunkan kawasan / yang berpotensi – contoh: aktiviti
pelancongan
vii. menggalakkan proses pembandaran –pemodenan pembandaran
setempat contoh : Bangi, Putrajaya, Cyberjaya
viii. menggalakkan perkembangan teknologi R & D dan
sumber manusia .Contoh : latihan dan kemahiran lanjutan, pengurusan
dan insaniah (soft skills) aktiviti untuk membina produk baharu
ix. menarik pelaburan baru – pelaburan asing meningkat

Sektor Pelancongan: Jenis-jenis pelancongan di Malaysia :


1. ekopelancongan
2. pelancongan pertanian
3. pelancongan kesihatan
4. pelancongan pendidikan
5. pelancongan budaya dan warisan sejarah
6. pelancongan MICE (persidangan konvesyen dan
persidangan)
7. pelancongan kapal mewah
8. pelancongan sukan dan rekreasi

Faktor semula jadi yang menggalakkan pelancongan:

Tarikan fizikal :
1. keindahan pantai
2. laut yang cetek, jernih
3. keindahan pulau
4. bentuk muka bumi khusus
5. tarikan cuaca
6. tanah tinggi – tarikan suhu / pemandangan yang cantik
7. hutan lipur/ hutan bakau
8. pandang darat karst

Tarikan manusia:
1. kemudahan asas/ insfrastruktur
2. kemudahan penginapan
3. kemudahan rekreasi
4. kewujudan taman tema
5. kewujudan agro pelancongan
6. kewujudan arkeopelancongan
7. tarikan sistem pengangkutan
8. kewujudan kepelbagaian budaya
9. kemudahan membeli belah
10. kemudahan teknologi terkini
11. perkhidmatan cekap / layanan mesra

Sumbangan sektor pelancongan:


1. meningkatkan pendapatan negara
2. membuka peluang pekerjaan
3. kesan pengganda
4. pembangunan kawasan / kemajuan kawasan
5. meningkatan pelaburan
6. meningkatkan kemudahan insfrastruktur
7. pengekalan dan pemuliharan sumber
8. peningkatan kualiti hidup

Langkah memajukan kawasan pelancongan:


1. promosi / kempen
2. menaik taraf kemudahan asas pelancong
3. mewujudkn pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik
4. mewujudkan landskap fizikal yang menarik / bersih
5. pakej pelancongan yang menarik
6. meningkatkan kualiti perkhidmatan

Masalah pelancongan:

Fizikal:
1. hakisan / tanah runtuh di cerun bukit
2. pencemaran air
3.pencemaran sampah sarap / persekitaran
4. gangguan ekosistem daratan
5. kesan perubahan iklim mikro
6. perubahn landskap

Manusia:
1. pencemaran budaya
2. kesesakan di pusat pelancongan popular
3. masalah penyakit

PENGANGKUTAN

1. pengangkutan darat – jalan raya, jalan kereta api, sistem


aliran ringan (LRT. Monorel)
2. pengangkutan air – sungai, pesisir pantai
3. pengangkutan udara

Sumbangan pengangkutan:
1. meningkatkan pendapatan negara
2. mempengaruhi pola dan taburan penduduk
3. membuka peluang pekerjaan
4. meningkatkan ketersampaian
5. meningkatkan aliran barangan
6. menjimatkan masa perjalanan
7. mengatasi halangan fizikal bentuk muka bumi

Kesan perkembangan sistem pengangkutan:


1. pencemaran udara / jerebu – asap kenderaan
2. pencemaran air – tumpahan minyak
3. pencemaran bau bunyi – bau asap dan bunyi enjin
4. hakisan tanah dan tanah runtuh- aktiviti menebuk,
memotong bukit
5. banjir kilat – aliran air tersekat
6. perubahan landskap fizikal- penggondolan hutan
7. peningkatan suhu mikro – pembebasan haba terma
8. gangguan ekosistem – kemusnahan sepsis flora dan fauna

TAJUK: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

Tema Konsep/Tajuk Huraian


4 4.2.2 (c) Menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari
Kepentingan segi;
dan Halangan (i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi
sedunia;
- Kerjasama ekonomi serantau seperti ASEAN, APEC
dan EACE boleh membantu mengurangkan kesan
negatif globalisasi ekonomi dunia.
- kerjasama dan semangat saling bantu membantu
membolehkan negara kurang maju mampu
menghadapi cabaran globalisasi dunia.
- pertukaran bahan mentah, modal, teknologi, buruh
dan mempunyai pasaran bersama boleh
merancakkan lagi perdagangan antarabangsa negara-
negara anggota
(ii) Pasaran bersama;
- saiz penduduk dan pasaran yang besar, memberi
kuasa beli dan pasaran yang lebih baik dan boleh
menguntungkan negara anggota.
(iii) Meningkatkan daya saing serantau;
- kualiti produk dapat ditingkatkan dengan kerjasama
negara anggota bagi bersaing di pasaran global.
- R & D, boleh ditingkatkan dengan kerjasama
serantau, terutamanya pembangunan sumber manusia
(modal insan) dan inovasi.
(iv) Menjaga kepentingan bersama serantau;
- dapat membantu antara negara anggota untuk
menjadi wilayah selamat dan mesra berdagang demi
kepentingan serantau.
(v) Keperluan guna tenaga buruh;
- negara anggota boleh menyalurkan tenaga buruh
untuk membantu pembangunan.
- Tenaga buruh ini, sama ada mahir, separuh mahir
dan tidak mahir, dengan kos yang berpatutan.
(vi) Tekonolgi penyelididkan dan pembangunan;
- Hasil kerjasama ini, pelabagi inovasi dan teknologi
tinggi dapat diuasahakan bersama. Penyelidikan di
kalangan universiti dapat membantu negara anggota.
(d) Menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau
meliputi;
(i) perbezaan ekonomi antara negara anggota;
- Tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi antara
negara anggota ASEAN tidak sama. Cth,
Pembangunan ekonomi Malaysia dan Singapura
jauh berbeza dengan Myanmar dan Laos.
- perbezaan ini menghambat pelaksanaan AFTA.
Penghapusan cukai dan tarif diambil bagi mengatasi
masalah ini.
(ii) Konflik poliitik wilayah dalam negara anggota;
- masalah tuntutan wilayah dan sempadan yang
bertindih atau bersama, cthnya tuntutan Pulau Batu
Putih antara Malaysia dan Singapura, Pulau Ligitan
antara Malaysia dan Indonesia.
- ancaman lanun dan keselamatan sempadan, cthnya
ancaman lanun di perairan Laut Sulu dan lanun dari
kepulauan Filipina.
(iii) Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau;
- masalah dalaman, kekurangan modal dan bahan
mentah, serta dasar dasar yang berbeza menghalang
kejayaan projek yang telah dipersetujui.
(iv) Persaingan antara kepentingan negara dengan
kepentingan serantau;
- negara-negara anggota masih bergelut untuk
mengatasi masalah dalaman, bagi melaksanakan
beberapa projek yang dipersetujui oleh negara
anggota.
- Persainagan dan perbezaan keadaan geografi fizikal
menyebabkan berlakunya pengkhususan kedaerahan
eknonomi.
- masalah ekonomi dalaman, menghambat pengaliran
modal, teknologi, tenaga buruh, kepakaran, dan kos
faedah bandingan, iaitu kos pengeluaran barangan
antara negara adalah berbeza.
(v) Pencemaran rentas sempadan;
- Jerebu yang melanda rantau ini, akibat pembakaran
terbuka, menyebabkan negara anggota menghadapi
masalah ini dan saling menyalahkan antara satu sama
lain.
- pencemaran perairan Selat Melaka, akibat
perlanggaran kapal, dan tumpahan minyak.
(vi) Keselamatan serantau;
- Negara-negara anggota telah sepakat untuk
menghadapi ancaman pengganas, yang mengancam
keselamatan serantau.
- ancaman blok perdagangan dunia. Kerjasama serantau
masih menghadapi tentangan dan halangan dari blok
blok perdagangan dunia.
4.2.3 Kemahiran Amali (e) mengira, melukis dan mempersembahkan data ekonomi
dalam bentuk jadual, gambar rajah dan peta.

(f) mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta berkenaan.

4.3 Segitiga (a) Mendefinisikan konsep kawasan segi tiga pertumbuhan


- kawasan segi tiga pertumbuhan merujuk kerjasama
Pertumbuhan
memajukan subwilayah yang berjiran di dalam ASEAN.

(b) Mengenal pasti kawasan segitiga pertumbuhan di dalam


ASEAN, iaitu

(i) Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura


(IMS-GT);
- mengkhusus kepada perindustrian
- melibatkan Pulau Bintan, Pulau Karimun dan Selatan
Sumatera Indonesia, manakala Batu Pahat, Muar,
Mersing, Gelang Patah dan Melaka di Malaysia dan
Singapura.
- Kerjasama dalam bidang perindustrian, banyak
bergantung kepada Singapura yang memiliki modal,
teknologi dan kepakaran. Negara lain memilik bahan
mentah.
- infrastruktur yang baik dan maju membolehkan usaha
sama ini berjaya, terutamanya pelabuhan enterport
Singapura yang terbaik di rantau ASEAN.
- Konsep pelaburan silang membolehkan kelebihan di
negara lain disalurkan kepada negara yang
kekurangan. Contohnya, Singapura yang memiliki
kepakaran, modal dan teknologi di salurkan ke negara
anggota. Manakala Johor dan Indonesia dapat
menyalurkan bahan mentah dan tenaga buruh.

(ii) Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand


(IMT-GT);
- tertumpu di bidang pertanian dan pelancongan.
- melibatkan kawasan Sumatera Utara, Aceh, Jambi,
Sumatera Selatan dan Bangkahulu di Indonesia,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Selangor di
Malaysia. Narathiwat, songkhla, Satun dan Yala di
Thailand.
- Objektifnya:
- merupakan mekanisme untuk membantu rakyat
tempatan mengusahakan kekayaan semulajadi
melalui perbezaan ekonomi dan kelebihan bandingn
antara wilayah.
- berasaskan pertumbuhan dan pengeluar untuk
eksport.
- menjalin hubungan sejarah,bangsa dan budaya antara
wilayah yang terlibat.
- Pemansuhan cukai. Cara ini meluaskan lagi pasaran
dan perdagangan antara wilayah.
- Pemanjangan waktu penyeberangan sempadan antara
Thailand dan Malaysia. Peniaga mempunyai lebih masa
untuk menjalankan perniagaan.
- Penambahan perkhidmatan feri antara wilayah
menggalakan pergerakan pelancongan dan
penghantaran barang dagangan.
- Penambahan jumlah penerbangan. MAS, Air Asia dan
syraikat penerbangan antara wilayah ditambah untuk
mobiliti pelancong dan barangan antara wilayah.
- Penambahan bilangan hotel, chalet dan homestay.
- Pembanguna sumber manusia. Sekitar 100 000 orang
telah dilatih dalam pelbagai bidang seperti
kejururawatan,pembinaan, pertanian, perkhidmatan
profesional, dan lain-lain.

(iii) Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei


Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA):
pelbagai aktiviti ekonpmi.
Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi, Maluku,
dan Irian Jaya di Indonesia, Sabah, Sarawak dan WP Labuan
Mindanao dan Palawan di Filipina.
Objektif BIMP-EAGA:
i. Membangunkan kawasan pinggir melalui
pelaburan dalam pelbagai bidang.
ii. Menggalakkan perniagaan dalam kalangan negara
anggota melalui;
- membangunkan infrstruktur
- menlonggarkan peraturan di pelabuhan
- memperkukuh langkah keselamatan
mengadakan perhubungan sistem pengangkutan udara dan
laut.
menjalin semula perhubungan sosial dengan mengenal pasti
budaya masyarakat setempat.
membangunkan sumber alam yang sedia ada dengan
Cekap.
Projek di bawah BIMP-EAGA :
i. Aktiviti pernanaman getah dan kelapa sawit di
Kalimantan Indonesia.
ii. Projek landasan keretapi Trans Borneo
iii. Projek pembalakan dan pemuliharaan hutan di
Kalimantan.
iv. Aktiviti pembangunan infrastruktur
v. Aktiviti pelancongan di pantai, pulau, dan tanah
tinggi.

(c) Menjelaskan Peranan Segitiga Pertumbuhan Dalam


Memajukan Wilayah berkenaan (perdagangan, pelaburan,
pelancongan, penggunaan sumber, pengangkutan dan
perhubungan, dan teknologi).
(i) Perdagangan
- perluasan pasaran, penambahan kuasa beli,
barangan dan perkhidmatan boleh dijual dengan
mudah tanpa karenah birokrasi di kawasan segitiga
terbabit telah memberi kesan yang positif.
- Pertambahan perdagangan antara ASEAN (inta-
ASEAN) telah menambahkan kejayaan kawasan
segitiga pertumbuhan.
(ii) Pelaburan.
- kemasukan modal negara anggota telah mengatasi
masalah kekurangan modal negara lain.
- agihan ekuiti dan prinsip perkongsian bijak telah
diamalkan dan memberi keuntungan kepada kedua
dua pihak.
(iii) Pelancongan
- Pembangunan industri perhotelan dan resort
- memajukan sumber maritim untuk tujuan
Pelancongan
- Kepulauan Riau, Langkawi, Phuket, Acheh
berperanan sebagai pintu masuk ke ASEAN

4.4 Hubungan Malaysia (a) Menyatakan dasar luar negara Malaysia;


dengan negara luar. - Teras dasar luar negara Malaysia - Aman, Bebas dan
Berkecuali.
- Prinsip - memakmurkan jiran menjadi fokus utama
kerjasama serantau.
- mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan
- dasar luar Malaysia ialah suatu matlamat, rancangan, dan
tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam
usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang
lain.
- Objektif
i) - melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa
sekaligus di pentas dunia, iaitu menjaga, mempertahankan
dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia pada peringkat
global.
ii) - menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan,
dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan
prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan
dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.
iii) - menangani perkembangan, dan cabaran politik,
ekonomi, keselamatan, dan sosial di pentas dunia,
seterusnya memupuk hubungan baik serta dapat
mengeratkan kerjasama dengan negara lain.

(b) menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan


kerjasama serantau;
i) - Keutamaan kerjasama negara serantau tanpa menepikan
negara lain. Iltizam Malaysia terhadap kerjasama
serantau yang terbuka, dan kemakmuran bersama
ditunjukkan menerusi penglibatan aktif dalam ASEAN.
ii)- Malaysia telah terlibat dalam membentuk Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), yang telah
mewujukan Skim Keistimewaan Tarif Berkesan dan
Seragam (CEPT) utk mengurangkan tarif antara 0%
hingga 5%.
iii) Bagi mengiatkan lagi kerancakan perdagangan dan
pelaburan, Malaysia terlibat dalam Usaha Sama
Perindustrian ASEAN (AIJV), skim Brand to Brand
Complementation (BBC), dan Projek Perindustrian
ASEAN (AIP)
- Malaysia anggota aktif dalam pertumbuhan melintasi
sempadan iaitu;
(a) Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
(IMT-GT)
(b) Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-
Singapura (IMS-GT)
(c) Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei
Darussalm-Indonesia-Malaysia-Filipina (IMT-GT)
- Malaysia komited terhadap regionalisme terbuka, maka
penyertaan aktif dalam ASEAN, APEC, dan Mesyuarat
Asia-Eropah (ASEM), untuk mengukuhkan sektor
perdagangan dan ekonomi.

(c) Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam


menjaga alam sekitar.
- Masalah alam sekitar bergerak selaras dengan
perkembangan pelbagai sektor ekonomi, sehingga
menimbulkan pelbagai fenomena seperti;
i) pemanasan global
ii) penipisan lapisan ozon
iii) pencemaran udara dan air
iv) kehilangan biodiversiti
v) kepupusan sumber alam seperti tanih, mineral, hutan,
dan marin.
- Kerjasama dalam melindungi alam sekitar amat penting
kerana;
i) menjamin sumber alam agar sentiasa ada dan
berterusan
ii) mengurangkan risiko alam sekitar
iii) menjamin keberterusan pembangunan
iv) memperkukuhkan hubungan antara negara
Tema Konsep/Tajuk Huraian
4.2 Kerjasama serantau Calon seharusnya dapat:

4.2.1 Konsep (a) mengenal pasti pakatan ekonomi serantau, iaitu


kerjasama (i) Pertubuhan Negara- Negara Asia Tenggara
(ASEAN);

1. ASEAN telah ditubuhkan pada tahun 1967 hasil Deklarasi


Bangkok pada tahun yang sama. Pada awal penubuhannya ia hanya
dianggotai oleh lima negara iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia,
Singapura, dan Thailand.

2. Pada masa kini keanggotaan ASEAN telah menjadi sebelas buah


negara. Negara-negara tersebut ialah Brunei D.S, Filipina, Indonesia,
Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam,
dan yang terakhir Timur Leste.

Objektif Penubuhan ASEAN

Antara ojektif penubuhan ASEAN ialah:

1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan


pembangunan seni dan kebudayaan di kalangan negara anggota
ASEAN.

2. Memberikan kerjasama dan bantuan antara negara anggota


dalam pelbagai bidang termasuk latihan, pendidikan dan teknikal.

3. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia


Tenggara melalui pematuhan prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu.

4. Meningkatkan taraf hidup penduduk di kalangan negara anggota


ASEAN. Ia boleh dicapai melalui kerjasama pembangunan ekonomi,
perindustrian, pertanian, perdagangan dan kewangan.

5. Meningkatkan kerjasama menghadapi ancaman luar di kawasan


perairan bersama seperti ancaman lanun, pengganas, dan
pencemaran merentasi sempadan. Mewujudkan sistem amaran awal
untuk menghadapi ancaman jerebu dan tsunami.

Faedah-Faedah sosio-ekonomi yang diperolehi Malaysia


menyertai ASEAN

1. Pasaran

Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia mudah


menembusi pasaran negara-negara anggota ASEAN lain.
Persetujuan persefahaman berkaitan regim cukai dan halangan
tariff dapat dikurangkan tanpa sekatan dan halangan. Sebaliknya,
Malaysia juga dapat menikmati barangan atau produk lebih murah
jika dikeluarkan di negara anggota ASEAN lain.

2. Bekalan buruh

Kekurangan buruh terutama dalam sektor pertanian, perindustrian,


pembinaan, dan perkhidmatan akan ditampung melalui import
buruh asing dari negara anggota. Ia menjamin sektor ekonomi
berjalan lancar. Malahan Malaysia menikmati kemasukan tenaga
mahir dan kepakaran dari negara anggota lain terutama dalam
bidang perubatan, pendidikan tinggi, dan teknologi maklumat.

3.Aliran Modal

Kekurangan modal tempatan akan ditampung oleh kemasukan


modal asing dari negara anggota. Pelaburan langsung (FDI) dari
negara ASEAN yang lebih maju seperti Singapura akan
meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Malaysia juga
menyediakan koridor pembangunan seperti di Koridor
Pembangunan Wilayah Iskandar, Johor bagi memudahkan pelabur
menanam modal.
4. Peningkatan KDNK

Pertambahan eksport barangan dan perkhidmatan ke negara-negara


anggota ASEAN akan menambah kutipan cukai eksport dan cukai
perkhidmatan. Malaysia akan memperolehi keuntungan dari regim
pertukaran mata wang asing. Ia akan meningkatkan KDNK
negara.

5. Pertambahan Peluang Pekerjaan

Pertambahan aliran FDI dan aktiviti industri akan meningkatkan


permintaan ke atas buruh. Banyak peluang pekerjaan baru akan
muncul. Kadar pengangguran dalam negara akan berkurang.
Taraf hidup penduduk turut meningkat, sekaligus akan
mengukuhkan kuasa beli penduduk tempatan.

6. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan

Peningkatan kegiatan ekonomi turut memberi kesan limpahan ke


atas kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Pembinaan
lapangan terbang antarabangsa baru, pelabuhan, lebuhraya, dan
landasan kereta api yang cekap. Sistem perhubungan juga
dinaiktaraf bagi memudahkan capaian maklumat seperti akses
internet.

ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Faktor-Faktor penubuhan AFTA

1. Aliran Perdagangan antara negara Asean

AFTA ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan sesama


negara anggota Asean. Halangan perdagangan antara negara cuba
dihapuskan melalui penghapusan tariff perdagangan, dasar
perlindungan dan kerenah birokrasi. Imbangan perdagangan lebih
seimbang antara negara anggota.

2. Pasaran

Barangan sesebuah negara anggota boleh dipasarkan disemua


negara anggota Asean yang mengamalkan pasaran bebas. Saiz
pasaran barangan dan perkhidmatan lebih besar kerana penduduk
Asean melebihi 500 juta berbanding penduduk, misalnya Malaysia
cuma 28 juta.

3. Ancaman Globalisasi

Amalan pasaran bebas dalam era globalisasi ekonomi memberi


kelebihan kepada negara kaya dan maju. Lambakan barangan akan
berlaku dalam pasaran ASEAN. AFTA membolehkan monopoli
pasaran dikurangkan. Pasaran akan turut dipenuhi dengan
barangan dikalangan negara ASEAN.

4. Persaingan

Kerjasama pasaran akan lebih mantap. Setiap negara anggota yang


mengeluarkan barangan yang sama akan mengelak untuk bersaing
sesama sendiri. Pengusaha dikalangan negara anggota akan
mewujudkan satu mekanisma pasaran yang mencakupi
perkongsian teknologi, bahan mentah, kepakaran dan rangkaina
pemasaran.

5. Faedah Kos Berbanding

Setiap negara anggota akan mengkhusus dalam pengeluaran


barangan atau perkhidmatan yang mereka memiliki kelebihan.
Faedah kos berbanding ini akan membawa keuntungan kerana harga
produk yang dikeluarkan akan berkurangan. Ia lebih menjimatkan
kos, penggunaan bahan mentah dan memperolehi perkongsian
teknologi dan kemahiran.

6. Menjamin bekalan berterusan

Setiap negara akan menikmati jaminan bekalan barangan yang


berterusan. Sebarangan gangguan pasaran yang boleh
menyebabkan kekurangan bekalan akan ditampung melalui import
dari negara anggota sendiri. Contohnya kekurangan bekalan beras di
Malaysia ditampung melalui persetujuan perbekalan dari negara
jiran seperti Thailand dan Vietnam.

Faedah-Faedah yang diterima Malaysia daripada AFTA

1. Faedah yang diterima penduduk

i. Harga barangan dan perkhidmatan lebih murah –


disebabkan perlaksanaan cukai rendah atau penghapusan dasar
perlindungan, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan menjadi
lebih murah. Ia boleh merangsang ekonomi kerana pendapatan
bolehguna penduduk meningkat. Barangan dan perkhidmatan juga
lebih berkualiti.

ii. Pilihan pengguna yang lebih banyak – kemasukan barangan


dan perkhidmatan luar akan mempelbagaikan produk di pasaran.
Monopoli pasaran sebelumnya akan berkurangan. Pengguna lebih
banyak pilihan di pasaran untuk membeli barangan.

iii. Menjana peluang pekerjaan – aktiviti pengeluaran sama ada


industri atau pertanian akan meningkat bagi memenuhi permintaan
pasaran AFTA. Kesannya, peluang pekerjaan akan bertambah
sekaligus mengurangkan kadar penggangguran.

2. Faedah kepada pengilang dan pengusaha

i. Pengkhususan aktiviti pengeluaran – kerjasama antara


pengusaha dikalangan negara AFTA akan menjimatkan kos dan
meningkatkan kecekapan pengeluar. Ia mendatangkan keuntungan
pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi seperti
penjimatan kos buruh, kos bahan mentah, dan kos pengangkutan.

ii. Pembangunan Teknologi dan Kepakaran – untuk mencapai


daya saing kompetatif dalam pasaran AFTA, kebanyakkan syarikat
akan berusaha meningkatkan teknologi dan R & D. Ia bertujuan
memenuhi kepelbagaian citarasa pengguna dari segi kualiti dan
harga yang mampu beli.

3. Faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia

i. Meningkatkan aliran perdagangan – penghapusan halangan


tariff dan cukai akan meningkatkan aliran perdagangan Malaysia
dengan rakan dagangan ASEAN. Pendapatan eksport negara akan
meningkat dan defisit imbangan perdagangan akan diperbaiki.

ii. Perluasan pasaran – pembentukan AFTA akan meluaskan saiz


pasaran. Jumlah penduduk ASEAN melebihi 530 juta akan memberi
perluasan barangan dan perkhidmatan. Produk Malaysia akan
dipasarkan di setiap negara anggota. Malahan pasaran Malaysia juga
menerima lambakan produk luar. Bekalan barangan di pasaran akan
bertambah.

iii. Mengurangkan tekanan globalisasi – disebabkan pembukaan


pasaran ASEAN, barangan dari negara maju seperti Jepun, Amerika
Syarikat dan lain-lain akan turut berada di pasaran. Melalui AFTA
barangan dikalangan negara ASEAN akan bersaing dan
mengurangkan kebergantungan produk negara maju. Ancaman
lambakan barangan tidak berkualiti dapat dikurangkan.

iv. Kemasukan pelabur asing – Pasaran modal dalam negara juga


berkembang. Pelaburan asing dari ASEAN akan bertambah. Ia
dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi khususnya perindustrian.

iii) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) :


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec)

1. APEC ditubuhkan pada tahun 1989 dan dianggotai oleh negara-


negara yang berada dalam lingkungan Lautan Pasifik. Ini bermakna
keanggotaannya terdiri daripada negara-negara di benua Amerika,
Asia dan Kepulauan Asia-Oceania.

2. Ini bermakna keanggotaan APEC terdiri daripada negara maju


seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Singapura,
Kanada, Australia dan New Zealand dan negara-negara sedang
membangun seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Mexico.

3. Apec bukanlah sebuah pertubuhan kerangka ekonomi yang


memerlukan setiap negara anggota melaksanakan objektif
penubuhannya secara total (paksa) tetapi perlaksanaannya adalah
secara sukarela berdasarkan keperluan sesebuah negara.

4. Bagi setiap pertubuhan kerjasama ekonomi, APEC juga tidak


ketinggalan mengutamakan pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi setiap negara anggota. Faedah pertumbuhan dan
pembangunan ini akan memberi keuntungan kepada setiap penduduk
dikalangan negara anggota.

5. Bagi merealisasikan matlamat tercapai, setiap negara anggota


akan membuka pasaran mereka dan menghapuskan halangan-
halangan pasaran selaras dengan prinsip WTO dan GATT.
Melaluinya sistem pasaran bebas akan menjamin perdagangan yang
lebih adil sesama negara anggota dan negara dalam blok
perdagangan lain seperti EU.

6. Bentuk kerjasama APEC hanya tertumpu kepada bidang


ekonomi sahaja. Strategi baru dirangka untuk memudahkan
pergerakan barangan dan perkhidmatan dikalangan negara anggota.
Ia turut melibatkan aliran keluar-masuk FDI, teknologi pengeluaran,
sumber tenaga, pembangunan modal insan dan infrastruktur. Ia
selaras dengan Deklarasi Bogor yang menuntut setiap negara
anggota bersetuju mengamalkan sistem pasaran bebas dalam aktiviti
perdagangan.

7. Deklarasi ini juga bersetuju untuk mewujudkan lebih banyak


peluang kepada FDI melabur dikalangan negara anggota. Ia akan
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Taraf hidup akan meningkat dan akan memberi kesan
limpahan ekonomi dalam jangka panjang.

(iv)Kerjasama ekonomi antara negara Asia Timur;


Perundingan Ekonomi Asia Timur (Eaec)

1. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) ditubuhkan hasil


ilham bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad
pada tahun 1990. Ia timbul kesan daripada pembentukkan blok-blok
perdagangan di kawasan lain seperti NAFTA dan EU. Namun EAEC
bukanlah sebuah blok perdagangan seperti yang lain tetapi hanyalah
sebuah kumpulan perunding yang melibatkan negara-negara Asia
Timur.

2. Keanggotaan EAEC terdiri daripada semua negara-negara


ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.

3. Matlamat utama EAEC ialah:

i. meningkatkan kerjasama politik antara negara anggota untuk


menyelesaikan isu-isu berkaitan perdagangan antara negara anggota
dan blok perdagangan lain.

ii. mempromosi dan mengukuhkan perdagangan bebas yang


menjadi amalan perdagangan pada masa kini,

iii. mempertingkatkan pesefahaman negara anggota bagi


memastikan aliran perdagangan pelbagai hala sentiasa harmoni dan
membawa keuntungan kepada setiap negara anggota,

iv. memastikan hal-hal berkaitan perdagangan antara negara dan


blok perdagangan dapat dirundingkan dengan adil dan tidak
hanya memihak negara maju.

4. Walau bagaimanapun EAEC ditubuhkan bukan bertujuan menjadi


blok perdagangan tetapi hanya sebuah forum perundingan
perdagangan. Ia akan menjadi pemangkin kepada penubuhan
sebuah blok perdagangan yang lebih kuat dan berpengaruh
di masa depan.
(v) Kesatuan Eropah (EU)

Kesatuan Eropah (Eu)

1. Kesatuan Eropah (EU) adalah satu entity politik dan ekonomi


yang melibatkan 27 buah negara di benua Eropah. Pembentukannya
telah dipersetujui semua negara anggota pada tahun 2009 melalui
perjanjian Lisbon.

2. Matlamat utama pembentukkan EU adalah:

i. menghapuskan halangan ekonomi, perdagangan, politik dan


pergerakkan penduduk untuk membentuk satu entiti ekonomi-
politik,

ii. penduduk setiap negara anggota EU juga dikenali sebagai


penduduk Eropah yang bebas bergerak dari satu negara ke negara
lain tanpa sekatan,

iii. menyatukan politik dan ekonomi negara-negara Eropah,

iv. menentukan keselamatan dan keamanan Eropah sentiasa dari


ancaman luar, dan

v. mempromosi kecekapan ekonomi dan sosial yang dikecapi


oleh setiap negara Eropah melalui mekanisma penggunaan
matawang tunggal Euro bagi semua negara Eropah kecuali Britain.

3. Pembentukkan blok perdagangan EU telah menjadikannya kuasa


perdagangan terkuat, pengeluar barangan industri yang kompetatif
dan negara anggota mudah memperolehi sumber pengeluaran.

4. Kesatuan Eropah juga merupakan organisasi politik yang kuat.


Semua negara anggota bersetuju membentuk institusi Suruhanjaya
Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah, Parlimen Eropah dan Bank
Pusat Eropah.

5. Sebagai sebuah pasaran tunggal, EU bertindak mengekalkan


pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dalam sektor utama seperti
pengangkutan, tenaga dan penyelidikan. Di samping itu ia cuba
meminimumkan kesan pembangunan ekonomi ke atas alam sekitar.

6. Penduduk EU hanya berjumlah 7% daripada penduduk dunia


tetapi menyumbang 20% ekspot dan impot dunia. Kira-kira dua
pertiga jumlah dagangannya dilakukan di antara negara anggota.

7. Strategi utama EU untuk bersaing menyaingi Jepu n dan blok


NAFTA ialah melalui pelaburan dalam penyelidikan dan
pembangunan.

(vi) Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara


(NAFTA)
Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara
(NAFTA)

1. NAFTA telah dibentuk secara rasmi pada 1 Januari 1994 melalui


penandatangani ketua negara terlibat, Amerika Syarikat, Kanada dan
Mexico. Ia membentuk blok perdagangan di antara tiga negara
berkenaan yang memiliki Keluaran Negara Kasar antara terbesar di
dunia.

2. Ia membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar dunia


dengan diterajui Amerika Syarikat dengan jumlah dagangan
barangan dan perkhidmatan bernilai USD 1.6 trillion pada tahun
2009. Nilai pelaburan langsung (FDI) pula berjumlah USD 357.7
billion pada tahun yang sama melibatkan sektor insuran, perbankan,
perkilangan dan perlombongan.

3. Matlamat utama NAFTA ialah menghapuskan halangan pasaran


yang boleh menyekat pasaran bebas di ketiga-tiga negara. Ia melibat
semua barangan dan perkhidmatan dan semua sektor ekonomi
termasuklah pertanian, penternakan, perlombongan, perindustrian
dan perkhidmatan. Di samping itu ia juga bertujuan meningkatkan
nilai perdagangan antara negara anggota.

4. Pembentukan blok NAFTA telah memberi impak besar kepada


nilai perdagangan antara negara anggota. Saiz penduduk di ketiga-
tiga negara berjumlah 450 juta orang dengan USD 17 trillion nilai
barangan dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan menjadikannya
kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.

5. Nilai dagangan telah bertambah dari USD 297 billion pada tahun
1993, sebelum pembentukan NAFTA kepada USD 1.6 trillion pada
tahun 2009. Pertambahan ini diterajui oleh ekspot perkhidmatan
kewangan, kesihatan, produk pertanian dan ternakan, serta hasil
petroleum dan gas asli yang lebih murah.

6. Taraf hidup di Mexico telah meningkat. Upah buruh di Mexico


secara relatifnya meningkat berbanding sebelumnya. Penduduk
Mexico juga dapat memiliki barangan dan perkhidmatan negara AS
san Kanada dengan lebih murah kerana cukai telah direndahkan
walaupun belum dihapuskan sepenuhnya.

7. Namun terdapat kesan negatif disebalik pembentukannya.


Banyak syarikat di Amerika Syarikat telah memindahkan operasinya
ke Mexico yang menawarkan upah buruh murah. Buruh di AS
kehilangan pekerjaan manakala buruh di Mexico masih menerima
upah rendah.

8. Kesan ini juga melibatkan sektor pertanian Mexico yang tidak


dapat bersaing dengan firma AS dan Kanada yang lebih maju dan
memiliki dana besar. Terdapat ladang pengusaha Mexico yang telah
berpindah tangan kepada pelabur AS.

4.2.2 Kepentingan dan (c) menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari
Halangan segi
1. Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia

Globalisasi ekonomi memberi kelebihan kepada syarikat besar dari


negara maju untuk menguasai pasaran. Syarikat kecil dari negara
sedang membangun sukar bersaing kerana kekurangan modal,
tingkat teknologi pengeluaran rendah dan tidak memiliki rangkaian
pemasaran cekap. Melalui pakatan ekonomi serantau tekanan
persaingan dapat dikurangkan. Persaingan menjadi lebih adil
kepada setiap peserta pasaran.

2. Pasaran Bersama

Saiz pasaran tidak lagi bergantung kepada pasaran domestik


semata-mata. Setiap negara anggota akan mengurangkan atau
menghapuskan cukai dan tariff barangan import. Contohnya
Malaysia boleh menyasarkan pasaran bersama ASEAN yang
berjumlah 500 juta penduduk berbanding jumlah penduduknya
sekitar 28 juta orang. Sebaliknya Malaysia, juga menerima
lambakan barangan dari negara luar pada harga yang lebih
kompetatif.

3. Meningkatkan daya saing serantau

Ketahanan daya saing lebih berkesan kerana tindakan ke atas


pasaran lebih bersifat kolektif. Barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan lebih berkualiti dan harga lebih kompetatif. Ia mampu
bersaing dengan barangan kawasan ekonomi lain seperti dari EU
dan NAFTA.

4. Menjaga kepentingan bersama serantau

Kepentingan bersama sentiasa diutamakan selaras dengan semangat


persefahaman ASEAN. Ini disebabkan negara jiran yang lebih kaya
akan memberi limpahan ekonomi kepada jirannya. Tambahan lagi
kebanyakkan negara ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang
hampir sama seperti kelapa sawit. Bagi menjaga kepentingan
bersama, Malaysia, Indonesia dan Thailand telah membentuk satu
jawatankuasa menyelaras usaha mempertahankan kebaikan
penggunaan minyak sawit dalam produk makanan.

5.Keperluan gunatenaga buruh

Persefahaman telah dibentuk untuk membekalkan buruh dari


negara yang berlebihan seperti Indonesia, Filipina dan Thailand ke
negara yang kurang buruh seperti Malaysia dan Singapura. Bagi
Malaysia gunatenaga asing telah membantu menggerakkan sektor
perladangan, pembinaan dan perkhidmatan amah. Malaysia juga
menerima kemasukkan pakar asing terutama dalam bidang IT dari
India.

6. Teknologi Penyelidikan dan Pembangunan

Kerjasama serantau juga memberi faedah peningkatan teknologi


kepada negara sedang membangun. Ia berdasarkan perkongsian
pintar dan kerjasama menang-menang. Teknologi ini dapat dipelajari
oleh pekerja tempatan. Malahan syarikat asing yang memindahkan
hub pengeluaran mereka akan berusaha meningkatkan kualiti
barangan agar dapat diterima dipasaran. Pemindahan teknologi akan
berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.

(d) menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau


yang meliputi
1. Perbezaan ekonomi antara negara anggota

Tahap pembangunan ekonomi yang berbeza telah menjuadi


penghalang utama kerjasama serantau. Dikalangan negara ASEAN,
negara yang baru dalam sektor industri akan mempertahankan tariff
dan dasar perlindungan masing-masing. Ada juga yang sengaja
meminta pengecualian penghapusan cukai dan tariff bagi
memelihara sektor pengeluaran dalam negara. Ia berlaku kerana
negara mundur dikatakan tidak dapat bersaing secara adil di pasaran
yang memberi kelebihan kepada negara anggota yang lebih maju.

2.Konflik politik wilayah dalam negara anggota

Sebahagian negara anggota mempunyai masalah politik dalaman.


Selatan Thailand sentiasa bergolak menuntut kemerdekaan dari
kerajaan pusat Thailand, sama seperti selatan Filipina. Terdapat juga
perbalahan sesama negara anggota berkaitan sempadan dan perairan
seperti dalam isu pertindihan kepulauan Spratly. Malahan Thailand
pernah berperang dengan Kemboja hanya berkaitan pemilikan Candi
lama di sempadan.

3. Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan


serantau

Konflik kepentingan negara dengan kepentingan serantau menjadi


duri dalam daging dalam kerjasama serantau. Malaysia sentiasa
melindungi industri automotifnya dari lambakan kenderaan luar
terutama dari Thailand. Indonesia pula sedang mencari jalan
menguasai pasaran minyak kelapa sawit dunia dengan langkah
terbarunya menurunkan cukai eksport kepada 18% berbanding
Malaysia 33%. Ini bermakna persaingan sesama negara anggota
hampir tidak dapat dielakkan kerana mengeluarkan barangan yang
homogenus.

4. Keupayaan melaksanakan projek kerjsama serantau

Akibat perbezaan ekonomi antara negara, keupayaan melaksanakan


projek bersama lebih bergantung kepada keupayaan modal dari
negara yang lebih maju. Batasan modal bagi negara yang lebih
mundur perlu ditampung oleh modal negara lebih maju. Kejayaan
projek pengeluaran baja urea ASEAN bukti kerjasama boleh terjalin
melalui pengkhususan antara negara.

5. Pencemaran merentasi sempadan

Kedudukan geografi sesebuah kawasan yang berkepulauan dan


terletak di kawasan pertumbuhan ekonomi dunia sering menhadapi
masalah pencemaran merentasi sempadan. Asia Tenggara misalnya
sering menghadapi masalah pencemaran udara (jerebu) dan laut.
Satu Jawatankuasa Bertindak dan Sistem Amaran Awal Jerebu telah
dibentuk bagi menyelaras tindakan bersama menghadapi jerebu.
Bagi pencemaran laut akibat tumpahan minyak kapal dagang pula
sistem navigator mengesan kedudukan tumpahan dan kapal yang
terlibat dikongsi bersama untuk mengawal tumpahan.

6. Keselamatan serantau

Negara-negara perdagangan seperti Malaysia dan rakan dagangan


ASEAN telah melakukan rondaan bersama di perairan Selat Melaka
untuk mengawal ancaman lanun. Serangan pengganas juga
dikuathiri boleh berlaku merentasi sempadan seperti serangan hotel
di Jakarta dan cubaan melumpuhkan ekonomi Singapura. Malahan
sistem amaran awal mengesan tsunami telah dipasang di kawasan
berisiko untuk memberi peluang membuat pesediaan menghadapi
tsunami.

4.2.3 Kemahiran Amali (e) mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi
dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;
(f) mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta berkenaan.

4.3 Segi tiga Calon seharusnya dapat:


pertumbuhan
mendefinisikan konsep kawasan segitiga pertumbuhan;

mengenal pasti kawasan segitiga pertumbuhan di dalam


ASEAN, iaitu
i. Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia– Singapura
(IMS–GT);
ii. Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia– Thailand
(IMT–GT);
iii.Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur BruneiDarussalam–
Indonesia– Malaysia–Filipina (BIMP–EAGA);

iii. menjelaskan peranan segitiga pertumbuhan dalam


memajukan wilayah berkenaan (perdagangan, pelaburan,
pelancongan, pengaliran buruh, penggunaan sumber,
pengangkutan dan perhubungan, dan teknologi).

4.4 Hubungan Malaysia Calon seharusnya dapat:


dengan negara luar (a) menyatakan dasar luar negara Malaysia;

(b) menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan


kerjasama serantau
Peranan Malaysia dalam Pakatan Kerjasama Serantau

1. Malaysia memainkan peranan yang sangat aktif dalam pakatan


kerjasama serantau. Malaysia sentiasa memupuk perkongsian pintar
untuk melihat kemakmuran bersama sesame jiran.

2. Di peringkat rantau ASEAN Malaysia sentiasa cuba


memaksimumkan dan mengimbangi manfaat untuk negara anggota
tanpa mengambilkira sumbangan sesebuah negara. Hasilnya
penubuhan segitiga pertumbuhan BIMP-EAGA, IMT-GT dan IMS-
GT.

3. Malaysia sentiasa menyokong sebarang projek pembangunan


yang melibatkan kepentingan negara anggota seperti Pembangunan
Lembah Mekong. Malaysia juga tidak banyak membantah
perlaksanaan AFTA dikalangan angoota ASEAN.

4. Dalam memperjuangkan suara negara kecil agar didengar di


peringkat antarabangsa Malaysia sentiasa lantang mempertahankan
hak negara kecil dalam era globalisasi kini. Hak bersaing secara adil
dan sihat dengan negara blok Eropah dan Amerika Utara agar masa
depan aman damai dan makmur.

5. Malaysia juga menganggotai pertubuhan APEC yang diterajui


oleh Amerika Syarikat dan dianggotai negara maju lain di rantau
Asia Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan dan Kanada.

6. Bagi menghadapi ancaman pengganas global dan lanun Malaysia


sanggup berkongsi rondaan perairan Selat Melaka dengan Indonesia
dan Singapura. Ia bagi memastikan laluan perdagangan antarabangsa
sentiasa selamat kepada syarikat perkapalan.

(c) menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi


alam sekitar

Kepentingan Kerjasama Serantau dalam Melindungi Alam


Sekitar

1. Usaha setiap negara mengejar kemajuan pembangunan telah


memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Kini telah timbul isu-isu
alam sekitar sejagat yang merentasi sempadan politik sesebuah
negara.

2. Antara isu alam sekitar yang sering dibincangkan di peringkat


serantau ialah:

i. pemanasan global,
ii. pencairan salji di kutub utara dan selatan,
iii. penipisan lapisan ozon,
iv. perlepasan gas karbon secara berlebihan,
v. kepupusan sumber hutan semulajadi, dan
vi. jerebu.
3. Malaysia sentiasa proaktif dalam usahanya melindungi alam
sekitar. Di peringkat Badan Dunia (PBB), Malaysia telah bersetuju
dan menandatangani beberapa perjanjian dan pengisythiharan
melindungi alam sekitar, antaranya:

i. Protokol Kyoto – usaha mengurangkan perlepasan gas hijau ke


atmosfera. Ia diikuti pula dengan persidangan Rio De Janerio.

ii. Protokol Montreal – usaha mengurangkan perlepasan gas CFC


ke udara,

iii. Konvensyen Perubahan Iklim dan Cuaca – melindungi alam


sekitar bagi mengurangkan kesan perubahan cuaca,

iv. Konvensyen Kepelbagaian Biodiversiti – mengekalkan


kepelbagaian biodiversity di kawasan persekitaran daratan dan
lautan, dan

v. Deklarasi Langkawi – persetujuan dikalangan negara-negara


Komanwel untuk mengurus alam sekitar secara lestari.

4. Di peringkat rantau Asia Tenggara pula, Malaysia sentiasa


komited melindungi alam sekitar. Isu di peringkat ini lebih
melibatkan pencemaran laut akibat tumpahan minyak dan jerebu
akibat pembakaran hutan di Indonesia.

5. Pada tahun 2002, Malaysia dan semua negara ASEAN bersetuju


menandatangani Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan. Mengikut
perjanjian ini negara anggota akan membantu Indonesia
menghentikan pembakaran hutan.

6. Asap kebakaran hutan akan dibawa oleh tiupan angin siklon


tropika dan bergerak ke Malaysia, Singpura, Brunei DS dan
Thailand. Bahan kandungan jerebu akan jelas kelihatan seperti
partikel nhitam karbon dan asap.

7. Keadaan akan lebih serius apabila kejadian jerebu sering berlaku


semasa tiupan angin monsun barat daya dari bulan Mac hingga
September setiap tahun. Pada waktu ini kawasan pantai barat
Semenanjung Malaysia mengalami musim kering.

8. Jerebu akan mengurangkan jarak penglihatan, menyebabkan


sesak nafas dan merencatkan kesuburan tumbuhan. Kadar pancaran
matahari telah berkurang semasa kemuncak jerebu dan mengganggu
fotosentesis.

9. Bantuan kepada Indonesia lebih bersifat kewangan dan teknikal.


Negara lebih kaya akan menyalurkan dana dan menghantar peralatan
memadam kebakaran. Malaysia juga pernah menghantar anggota
bomba memadamkan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

10. Malaysia juga sentiasa bersedia mengawal tumpahan minyak di


Selat Melaka dan Laut China Selatan akibat perlanggaran kapal,
kebocoran atau pun pembuangan minyak secara sengaja oleh kapal
dagang. Kapal terbabit akan dikesan melalui satelit dan imejnya
akan dihantar kesemua negara anggota untuk tindakan penahanan.
Contoh soalan dan jawapan

1. a) Mengapakah industri pembuatan perlu diselerakkan dari bandar ke luar bandar?. [8]

b) Bincangkan sumbangan sektor industri pembuatan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial
sesebuah egara negara. [9]
c) Jelaskan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam sekitar fizikal. [8]

Jawapan Soalan 1:
a) Mengelakkan kesesakan Mengelakkan saingan guna tanah – lebih untung untuk guna
dan tepu bina di bandar tanah petempatan dan perniagaan berbanding dengan
perindustrian Nilai hartanah di bandar mahal.
Menjimatkan kos Apabila industri pembuatan berdekatan dengan industri
pengeluaran memproses. Kos pengangkutan bahan mentah ke kilang
pembuatan boleh dijimatkan. Kos buruh dan kos tapak lebih
murah di kawasan luar bandar.
Mengurangkan Pencemaran di bandar boleh dikurangkan apabila sebahagian
pencemaran kilang dilokasikan di luar bandar.
Pencemaran air,udara, bunyi dan bau khususnya kilang
petrokimia.
Mengimbangi Industri sebagai pemangkin pembangunan setempat.
pembangunan bandar Kawasan bandar yang sudah maju diperlahankan manakala
dengan luar bandar kawasan luar bandar yang masih mundur dipercepatkan.

Membuka peluang Industri pembuatan berintensif buruh diperlukan diluar bandar


pekerjaan kepada untuk mencipta banyak peluang pekerjaan.
penduduk desa. Kadar pengganguran luar bandar boleh dikurangkan –
pendapatan perkapita penduduk meningkat, taraf hidup dan
kualiti hidup bertambah baik
Mengelakkan migrasi ke bandar.
Memajukan sumber Sumber bahan mentah setempat boleh dimajukan kerana industri
berpotensi pembuatan memerlukan bahan mentah tersebut.
Contoh industri pembuatan tayar memerlukan getah manakala
industri pembuatan minyak masak memerlukan minyak kelapa
sawit mentah.
Sektor ekonomi huluan boleh berkembang maju.
Kesan pengganda - Kesan pengganda – industri yang berkaitan dengan pembuatan
Memajukan Rantaian berkembang maju seperti industri memproses, pembungkusan,
industri/ekonomi yang pengangkutan dll.
berkaitan Menggalakkan lahirnya usahawan muda melalui PKS yang
menjadi vendoor kepada industri pembuatan berskala besar.
Mempercepatkan Industri pembuatan mempercepatkan pembangunan infrastruktur
kemajuan kawasan – khususnya rangkaian pengangkutan, bekalan air,elektrik dan
sistem telekomunikasi.
Mempercepatkan pembangunan bandar – kewujudan bandar
baru di kawasan luar bandar yang berasaskan industri –
Kemudahan perbandaran disediakan dengan lengkap.

b) Meningkatkan KDNK dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat. Ini
pendapatan negara. menyumbang kepada pendapatan negara melalui eksport produk
industri pembuatan.
Eksport ke negara maju seperti Jepun, USA dan Eropah
menguntungkan negara melalui tukaran mata wang asing.
Menyediakan peluang Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan
pekerjaan kepada secara tidak langsung dapat mengurangkan pengganguran,
penduduk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.
Peluang pekerjaan wujud dalam bidang pengurusan industri,
teknikal dan operator pengeluaran.
Ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk
setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hidup mereka.
Kesan Kesan Pengganda. Menggalakkan pertumbuhan atau
Pengganda/Rantaian perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti industri
ekonomi yang berkaitan pemprosesan, pertanian, pengangkutan, telekomunikasi,
perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang berkait secara
langsung dengan industri pembuatan.
Ekonomi huluan dan hiliran boleh berkembang pesat sejajar
dengan perkembangan sektor pembuatan.
Menggalakkan Membangunkan kawasan mundur: Pembangunan infrastruktur
pembangunan kawasan. dan pembangunan sumber alam berlaku dengan lebih cepat.
Sektor pembuatan berupaya menukarkan struktur ekonomi
setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden.
Pembagunan bandar lebih cepat melalui perkhidmatan
pembandaran yang disediakan. Industri dan bandar bergerak
seiringan.
Menggalakkan Menggalakkan perkembangan teknologi, penyelidikan dan
perkembangan teknologi, pembangunan (R&D) dalam negara khususnya yang berkaitan
R&D dan kepakaran. dengan teknologi rekabentuk dan kawalan mutu.
Import teknologi dari luar negara.
Perkongsian pintar antara tenaga pakar dalam dan luar negara.
Menambahkan Menerusi pelaburan asing dalam industri pembuatan seperti –
dana/pelaburan dalam Automotif, barangan elektrik dan elektronik, tekstil, komputer
negara Menerusi usahasama dengan pelabur tempatan.
Pelaburan asing dalam sektor pembuatan datangnya dari syarikat
Multinasional (MNCs) – JVC, Samsung, Nokia, IBM, ACER,
SONY dll.
c) Pencemaran udara, jerebu Perlepasan bahan-bahan pencemar udara (air pollutions) seperti
dan hujan asid karbon dioksida, karbon monoksida. hidrokarbon, gas sulfur dll.
Pembebasan partikel terampai – PM10. seperti asap, debu dan
habuk boleh menyebabkan jerebu.
Proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara
menyebabkan hujan asid.
c)
Pemanasan setempat. Kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap
bahangan bumi – dikaitkan dengan kesan rumah hijau (Green
House Effect).
Haba yang dikeluarkan oleh generator kilang juga menyebabkan
pemanasan setempat.

Pencemaran air Perlepasan sisa toksid/enfluen ke dalam sumber-sumber air


seperti sungai, tasik,kolam dan laut.
Kualiti air bersih terjejas – kadar BOD meningkat, keasidan air
bertambah.
Kemusnahan ekosistem Pelbagai spesis hidupan air mati dan pupus seperti ikan dan
akuatik udang.
Rantaian makanannya terjejas, habitat dll elemen ekosistem
akuatik mengalami kerosakan akibat pencemaran air.
Pencemaran bunyi dan Bunyi bising datangnya dari generator kilang yang beroperasi
bau yang mengeluarkan getaran antara ( 60 – 70 dBA).
Pencemaran bau datangnya daripada hasil/sisa kilang yang
berbau busuk seperti sisa getah dan kelapa sawit.
Pencemaran sisa toksid Perlupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram menyebabkan
yangberbahaya tanih berasid.
/Pencemaran tanih. Amat merbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses
larut resap.
Pencemaran persekitaran Pembuangan sisa pepejal dari kilang menyebabkan pencemaran
/sampah sarap. sampah sarap.
Contohnya pembuangan plastik, kotak, sisa kayu, tandan kelapa
sawit dll.
942/3
GEOGRAFI FIZIKAL
( BAHAGIAN A)
BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
Tajuk 5 : Sistem Ekologi

Konsep/Tajuk Huraian

5 Sistem Ekologi

5.1 Ekologi dan a) Menghurai konsep ekologi dan ekosistem:


Ekosistem
i. Ekologi : Merupakan cabang sains yang mengkaji
hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan
persekitarannya.

ii. Ekosistem : Merupakan satu sistem di mana dua


komponen, iaitu benda hidup dan bukan hidup saling
bertindak balas dan bergantungan antara satu sama lain
dalam satu unit ruang untuk mencapai keseimbangan.

Ekosistem meliputi konsep habitat, populasi, komuniti,


koloni dan spesies.

Habitat: Merujuk kepada tempat tinggal bagi suatu


makhluk hidup di samping menjadi tempat membiak,
perlindungan, mencari makanan dan air.
Spesies: Merujuk kepada satu jenis organisma yang
mempunyai ciri, rupa bentuk,keturunan, cara membiak
serta pemakanan yang sama dalam sesebuah ekosistem
Populasi: Merujuk kepada kumpulan organisma hidup
daripada spesies sama yang mendiami sesebuah ekosistem
yang sama.
Komuniti: Pelbagai jenis populasi yang saling berinteraksi
dan mempengaruhi satu sama lain dalam satu unit ruang
untuk mencapai keseimbangan. Komuniti tidak melibatkan
komponen abiotik
Koloni: Merupakan organisma hidup yang tinggal secara
berkumpulan dan saling bekerjasama antara satu sama lain
dalam mencari makanan, membina kawasan perlindungan
dan sama-sama mempertahankan keselamatan bagi
kelangsungan hidup kumpulan tersebut.

b) Menjelaskan komponen asas ekosistem :


Terdapat dua komponan asas dalam ekosistem, iaitu biotik dan
abiotik)

i. Biotik : Merujuk kepada komponen benda-benda hidup dalam


sebuah ekosistem. Boleh dibahagikan kepada kumpulan
autotrof dan kumpulan heterotrof :
Kumpulan Autotrof: dapat membuat makanan sendiri.
Terdiri daripada kumpulan tumbuh-tumbuhan.
Kumpulan Heterotrof: tidak dapat membuat makanan
sendiri dan memakan hidupan lain untuk mendapatkan
tenaga.
ii. Abiotik: Merujuk kepada benda bukan hidup iaitu, cahaya
matahari, air, udara dan nutrien tanah.

Cahaya matahari: Komponen asas untuk membekalkan


tenaga kepada sesebuah ekosistem. Digunakan oleh
tumbuhan untuk menghasilkan makanan sendiri melalui
proses fotosintesis.
Air: Komponen asas dalam sesebuah ekosistem yang
menjadi sumber minuman kepada hidupan, bekalan air
untuk tumbuhan, menjadi habitat pelbagai jenis hidupan
akuatik. Juga menjadi pelarut yang berkesan untuk
menukar bahan organik yang larut dalam air menjadi
nutrien tanah.
Udara: Terdiri daripada pelbagai jenis gas dan wap air
untuk kegunaan hidupan dan tumbuhan dalam sesebuah
ekosistem.
Tanah: Terdiri daripada pemendapan sisa hakisan dan
luluhawa yang menyediakan bahan-bahan galian yang
diperlukan oleh sesuatu ekosistem. Kesuburan tanih
penting untuk tumbuhan membesar, berbunga dan
berbuah.

c) Menghuraikan fungsi ekosistem :

Fungsi sesebuah ekosistem terbahagi kepada dua fungsi


iaitu :

i. Aliran tenaga : merupakan proses pemindahan tenaga dari


satu komponen biotik kepada satu komponen biotik lain
dalam sesebuah ekosistem.

ii. Kitar Nutrien : merupakan proses kitaran bahan kimia


dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan
melalui tiga fasa (atmosfera, biosfera dan dalam tanah )
dalam edaran yang lengkap.

d) Menyatakan jenis dan menghurai ekosistem daratan dan akuatik :

i) Ekosistem Daratan : Merupakan interaksi yang berlaku


antara komponen biotik dan abiotik di kawasan darat seperti
hutan tanah pamah dan hutan tanah tinggi, padang pasir,
dalam tanah, dalam batuan dan gua.

ii) Ekosistem Akuatik : Merupakan interaksi yang berlaku


antara komponen biotik dan abiotik di kawasan berair
seperti hutan paya bakau, tasik, sungai, laut dan kolam
5.2 Konsep rantaian a) Menghuraikan konsep rantaian dan siratan makanan:
dan
siratan makanan i) Rantaian makanan :
Proses pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan
beberapa jenis sebatian daripada satu organisma hidup
kepada organisma hidup yang lain di sepanjang satu aliran.
Organisma hidup boleh disusun sebagai pengeluar,
pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier
supaya membentuk rantai makanan.

ii) Siratan makanan :


Proses pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan
beberapa jenis sebatian daripada satu organisma hidup
kepada organisma hidup yang lain dalam pelbagai aliran
Gabungan beberapa rantaian makanan kerana sesuatu
sumber makanan lazimnya dimakan oleh pelbagai jenis
hidupan dalam sesebuah ekosistem

b) Menjelaskan proses rantaian dan siratan makanan :

i) Proses Rantaian Makanan

Terdapat lima peringkat utama:

Peringkat 1
Tenaga matahari dipindahkan secara terus daripada matahari
kepada pengeluar ( tumbuhan ) melalui proses fotosintesis.

Peringkat 2
Tenaga kimia dan sebatian-sebatian lain dipindahkan
kepada pengguna primer (contoh : ulat) apabila memakan
pengeluar (daun pokok).

Peringkat 3
Tenaga kimia dan sebatian-sebatian lain dipindahkan
kepada pengguna sekunder (contoh : burung pipit) apabila
memakan pengguna primer (ulat).

Peringkat 4
Tenaga kimia dan sebatian-sebatian lain dipindahkan
kepada pengguna tertier (contoh : Ular) apabila memakan
pengguna sekunder (burung pipit).

Peringkat 5
Akhirnya apabila pengeluar dan pengguna di atas mati akan
direput dan diurai oleh organisma pengurai dan pereput.
Pereputan ini akan menghasilkan nutrien-nutrien tanah yang
akan digunakan kembali oleh pengeluar.
ii) Proses Siratan Makanan :

Peringkat dalam rantaian makanan juga terdapat dalam


siratan makanan.

c) Menghuraikan konsep aras trofik dan piramid tenaga:

i) Konsep Aras Trofik:


Merupakan aras makanan dalam rantaian makanan yang
terdapat dalam ekosistem secara berturutan (pengeluar 
pengguna primer pengguna sekunder  pengguna tertier ).

ii) Piramid Tenaga:


Piramid tenaga merujuk kepada aras-aras makanan dan
pemakanan di dalam sesebuah ekosistem yang disusun
secara hierarki dari bawah ke atas dalam bentuk piramid.

Aras pertama – tumbuhan yang merupakan pengeluar


Aras kedua – Pengguna primer yang makan tumbuhan
Aras ketiga – Pengguna sekunder yang makan
pengguna primer
Aras keempat(puncak) – Pengguna tertier yang makan
tumbuhan dan pengguna lain.

d) Menjelaskan proses pemindahan tenaga dan kehilangan


tenaga dalam aras trofik.

i) Proses pemindahan tenaga dalam aras trofik:


Merupakan satu proses pemindahan tenaga dari satu
organisma kepada organisma yang lain. Melibatkan proses
makan dan dimakan antara pengeluar kepada pengguna
primer, sekunder dan tertier.

ii) Proses kehilangan tenaga dalam aras trofik:


Kehilangan tenaga merujuk kepada penurunan sejumlah
tenaga secara berturut-turut di setiap aras trofik disebabkan
terdapat pembebasan tenaga dalam bentuk tenaga haba
dalam setiap trofik.

Punca berlakunya kehilangan tenaga:


1) Proses perpeluhan
2) Perkumuhan
3) Pembesaran
4) Pergerakan
5) Pembiakan organisma

e) Menjelaskan persaingan antara spesies dan sesama spesies


mengikut peringkat penggunaan tenaga.

i) Persaingan Antara Spesies (inter-spesies) :


Merujuk kepada persaingan antara spesies yang berlainan
jenis untuk mendapatkan makanan, air, cahaya dan tempat
tinggal.

ii) Persaingan Sesama Spesies (intra-spesies) :


Merujuk kepada persaingan antara individu yang sama
spesies untuk mendapatkan makanan, air, cahaya, tempat
tinggal, pasangan hidup atau kuasa memimpin.

5.3 Kitar Nutrien a) Menerangkan Jenis Kitar Nutrien:


Dalam Ekosistem
Kitar Nutrien merujuk kepada kitaran bahan-bahan kimia
yang terdiri daripada kitaran zat makanan dan gas serta
kitaran makanan enapan.
Kitaran ini berlaku dalam organisma hidup dan unsur
abiotik dalam sesebuah ekosistem.
Terdapat tiga jenis kitaran nutrien iaitu kitar oksigen,
kitar karbon dan kitar nitrogen.

i) Kitar Oksigen:
Satu proses kitaran oksigen dalam sesebuah ekosistem secara
berterusan sehingga mengimbangi kembali kandungan gas
oksigen dalam atmosfera.
Melibatkan proses pengambilan dan pengembalian oksigen
dalam sesebuah ekosistem.

ii) Kitar Karbon:


Satu proses kitaran karbon dalam bentuk gas dan bahan
dalam tumbuhan dan haiwan secara berterusan.
Melibatkan proses pengambilan dan pengembalian karbon
dalam sesebuah ekosistem.

iii) Kitar Nitrogen:


Merujuk kepada proses pengambilan dan pengembalian
semula nitrogen dalam atmosfera dan tanah untuk mencapai
keseimbangan. Kitar Nitrogen melibatkan tiga fasa :

1) Fasa Atmosfera:
Nitrogen di atmosfera terhasil daripada pancaran kilat
serta pembakaran hutan menghasilkan gas nitrogen

2) Fasa Biosfera (manusia / tumbuhan / haiwan)


Tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam
bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada
molekul organik (asid amino, protein dan sebagainya).
Tumbuhan kekacang melalui aktiviti bakteria pengikat
nitrogen.
Bahan kumuhan haiwan/manusia mengandungi
ammonia.

3) Fasa dalam tanih:


Organisma reput menyebabkan pemecahan protein dan
sel mati dalam sisa organisma bertukar kepada bentuk
ammonia dan nitrat.Baja nitrat yang digunakan dalam
sektor pertanian diserap oleh tumbuhan.

b) Menghurai kepentingan kitar nutrien dalam ekosistem


daratan dan akuatik:

Menghasilkan keseimbangan ekosistem : rantaian


makanan tidak terjejas dan semua aras trofik berfungsi
dalam rantaian makanan.
Mengekalkan kesuburan tanah : penting untuk tumbuhan
(pengeluar ) membesar dan membiak serta
mengeluarkan hasil untuk faedah semua pengguna.
Memastikan tumbesaran pengeluar (tumbuhan) tidak
terbantut dan aliran tenaga dalam siratan makanan stabil.

5.4 Kaitan sistem a) Menghurai kepentingan sistem ekologi kepada manusia:


ekologi
Dengan manusia i) Kepentingan Ekosistem Daratan

Pembalakan.
Hutan hujan tropika yang padat dengan pokok berkayu
keras menggalakkan aktiviti pembalakan.

Hasil hutan.
Kepelbagaian spesies flora dan fauna ekosistem
menyediakan pelbagai hasil hutan seperti rotan, buluh,
madu lebah dan sarang burung layang-layang.

Perubatan.
Kepelbagaian spesies flora ekosistem juga mempunyai
pelbagai tumbuhan herba untuk tujuan perubatan seperti
mas cotek, tongkat ali dan kacip fatimah.

Kepelbagaian biologi.
Kepelbagaian biologi ekosistem menggalakkan pelbagai
bentuk penyelidikan, dokumentari dan perfileman.

Perburuan.
Kepelbagaian spesies hidupan liar juga menggalakkan
aktiviti memburu rusa, babi hutan dan ayam hutan untuk
tujuan makanan.

Pelancongan dan rekreasi.


Keunikan kepelbagaian flora dan fauna menjadi tarikan
pelancong ke kawasan taman negara, gua-gua batu kapur
serta aktiviti melihat burung dan safari.

Pertanian pindah.
Tanah yang subur yang disediakan oleh ekosistem tanah
tinggi melaui kitar nitrogen dimanfaatkan oleh
masyarakat orang asli untuk menjalankan aktiviti
pertanian pindah.

ii) Kepentingan Ekosistem Akuatik

Perikanan
Kekayaan dan kepelbagaian spesies akuatik
menggalakkan aktiviti perikanan di sungai, tasik, paya
bakau dan laut.
Hasil marin.
Kepelbagaian biotik dan abiotik ekosistem marin
menyediakan pelbagai hasil marin seperti rumpair laut,
garam laut dan pelbagai krustasia yang boleh dimakan.

Perubatan.
Kepelbagaian biotik dan abiotik ekosistem akuatik juga
mempunyai sumber untuk tujuan perubatan seperti
gamat, kuda laut, ikan haruan, belut, lintah dan pelbagai
mineral laut yang penting dalam perubatan.

Kepelbagaian biologi.
Kepelbagaian biologi ekosistem akuatik menggalakkan
pelbagai bentuk penyelidikan, dokumentari dan
perfileman.

Pelancongan dan rekreasi.


Keunikan biotik dan abiotik ekosistem akuatik menjadi
tarikan pelancong ke kawasan terumbu karang, hutan
paya bakau, tasik serta aktiviti rekreasi seperti melihat
kelip-kelip dan sukan air.

Akuakultur.
Ekosistem akuatik menyediakan sumber air, plankton
dan mineral yang penting untuk aktiviti menternak ikan
dalam sangkar di sungai, tasik, paya bakau dan laut.

b) Mengenalpasti gangguan ekosistem (fizikal dan manusia) :

Gangguan ekosistem bermaksud sesebuah ekosistem


itu gagal mencapai keseimbangan dalam hubungan
saling bergantung antara komponan biotik dan
abiotiknya
Gangguan biasanya berlaku terhadap :
1) habitat
2) rantaian makanan
3) kepelbagaian spesies (kepupusan spesies)
Gangguan ini boleh berlaku dalam ekosistem daratan
dan ekosistem akuatik.
Gangguan berlaku akibat fenomena fizikal atau aktiviti
manusia.
Gangguan fizikal berlaku akibat fenomena semulajadi
merosakkan ekosiatem. .
Gangguan manusia berlaku akibat aktiviti manusia yang
merosakkan ekosistem.
c) Menghurai gangguan ekosistem (fizikal dan manusia) :

i) Gangguan fizikal (semulajadi)

Letusan gunung berapi / gempa bumi


Kenaikan aras laut
Tsunami
Jerebu berpanjangan
Ribut tropika
Kebakaran hutan
Hujan lebat dan kilat petir
Hakisan dan Tanah runtuh
Peningkatan suhu
Banjir
Pencairan ais di kutub
Kemarau

ii) Gangguan akibat aktiviti manusia

Pertanian
Perindustrian dan IKS
Penternakan
Pembinaan
Perikanan
Pelancongan
Perhutanan
Aktiviti domestik
Perlombongan
Pemburuan

d) Menghuraikan ekosistem buatan manusia:

Ekosistem Buatan Manusia merujuk kepada ekosistem


semulajadi yang telah diubahsuai oleh manusia untuk
kepentingan yang tertentu. Ekosistem ini antaranya:

i. ekosistem tasik buatan


empangan
taman tasik
bekas lombong

ii. kawasan pertanian


sawah padi
ladang getah dan kelapa sawit

iii. kawasan penghutanan semula


ladang hutan
penanaman semula
e) Mencadangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharan
ekosistem:

i. Ekosistem daratan (hutan)


Pemeliharaan
1) Perundangan-akta perhutanan,mengekalkan
hutan
2) Penguatkuasaan dan pemantauan
3) Penebangan terpilih
4) R&D sebelum penebangan
5) Penebangan berpusing/polikitar
6) Pendidikan formal dan tidak formal
7) Kempen kesedaran melalui media massa
Pemuliharaan
1) Penanaman semula
2) Rawatan silvikultur
3) Ladang Hutan
4) R&D – mencari baka/spesies baru

ii. Ekosistem Akuatik (Paya/tasik)


Pemeliharaan
1) Kuatkuasa undang-undang/pemantauan JPS
2) Wartakan kawasan tasik/paya
3) Pengurusan strategik- sediakan loji rawatan sisa
kilang Kempen-media massa
4) Pendidikan formal/tidak formal

Pemuliharaan
1) Tanam semula pokok/spesies dalam tasik/paya
2) Rawatan air yang tercemar
3) Membiak semula ikan/hidupan air
Contoh soalan dan jawapan:

(a) Terangkan perbezaan antara pengeluar dengan pengguna?


[4M]

(b) Bagaimanakah peningkatan suhu mempengaruhi ekosistem hutan.


[6M]

Jawapan Soalan 1a

ISI HURAIAN
a1 Pengeluar Menghasilkan makanan sendiri
a2 Pengguna Mendapatkan makanan daripada pengguna lain

Jawapan Soalan 1b

ISI HURAIAN
b1 Bahangan melampau Sejatan meningkat –kelembapan/air kurang
b2 Kemusnahan habitat Tiada tempat untuk mencari makanan/membiak
b3 Spesies flora dan fauna Hilang atau pupus
b4 Rantaian makanan Terganggu atau musnah jejas ekosistem

Soalan 2

a) Nyatakan dua bioderversiti utama dalam hutan.


[2M]
b) Jelaskan dua kesan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem hutan.
[4M]
c) Huraikan kesan penyahutanan terhadap kitaran hidrologi.
[4M]

Jawapan soalan 2a

ISI HURAIAN
a1 Flora Kumpulan tumbuh-tumbuhan
a2 Fauna Kumpulan hidupan/haiwan

Jawapan Soalan 2b

ISI HURAIAN
b1 Habitat Tempat tinggal haiwan/hidupan dalam hutan
b2 Fotosintesis Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen
b3 Sumber makanan Untuk semua pengguna
b4 Menyerderhanakan suhu Membebaskan wap air semasa proses respirasi
Jawapan Soalan 2c

ISI HURAIAN
c1 Kerpasan kurang Sumber air dari proses perpeluhan tidak berlaku
c2 Larian air permukaan meningkat Resapan tidak berlaku-rongga-rongga tanah tertutup
c3 Kurang proses pintasan Hujan tidak melalui kanopi pokok
c4 Peningkatan kadar sejatan Haba matahari terus sampai ke permukaan tanah

Soalan 3

a) Huraikan dua komponen asas dalam ekosistem paya air tawar.


[4M]
b) Huraikan bagaimana aktiviti manusia menyebabkan keseimbangan ekosistem paya air tawar
terganggu.
[6M]
Jawapan soalan 3a

ISI HURAIAN
a1 Biotik Benda-benda hidup seperti ikan, berudu, tumbuhan
a2 Abiotik Benda bukan hidup seperti air, udara, tanih, tenaga suria
Jawapan soalan 3b

ISI HURAIAN
b1 Pembalakan Habitat musnah
b2 Perikanan Ancam spesies- kurang atau pupus
b3 Pertanian Racun dan baja –larutan mengalir masuk ke paya
b4 Perumahan Buangan sisa domestik
b5 Perindustrian Sisa-sisa toksid dibuang ke dalam paya

Tajuk 6 : Saling Kebergantungan Sistem

Konsep/Tajuk Huraian

6 6.1 Interaksi antara sistem a) Menjelaskan saling kebergantungan antara sistem fizikal :

Saling kebergantungan antara sistem fizikal merujuk


kepada interaksi antara keempat-empat sistem fizikal iaitu
geomorfologi (litosfera), atmosfera, hidrologi (hidrosfera)
dan ekologi (biosfera) untuk mencapai keseimbangan atau
untuk membolehkan keseluruhan sistem itu berfungsi.

i. Sistem Geomorfologi (Litosfera):


Sistem Atmosfera
o Proses-proses geomorfologi yang berinteraksi
dengan atmosfera.

Sistem Hidrologi (Hidrosfera)


o Proses-proses geomorfologi yang berinteraksi
dengan hidrosfera.

Sistem Ekologi (Biosfera)


o Proses-proses geomorfologi yang berinteraksi
dengan biosfera.

ii. Sistem atmosfera :


Sistem Geomorfologi (Litosfera)
o unsur-unsur cuaca dan iklim yang berinteraksi
dengan litosfera.

Sistem Hidrologi (Hidrosfera)


o unsur-unsur cuaca dan iklim yang berinteraksi
dengan hidrosfera.

Sistem Ekologi (Biosfera)


o unsur-unsur cuaca dan iklim yang berinteraksi
dengan biosfera.

iii. Sistem hidrologi (hidrosfera): Sistem hidrologi


Sistem Atmosfera
o Proses-proses hidrologi yang berinteraksi
dengan atmosfera.

Sistem Geomorfologi (Litosfera)


o Proses-proses hidrologi yang berinteraksi
dengan litosfera.

Sistem Ekologi (Biosfera)


o Proses-proses hidrologi yang berinteraksi
dengan biosfera.

iv. Sistem ekologi (biosfera):


Sistem Atmosfera
o Proses-proses ekologi yang berinteraksi
dengan atmosfera.

Sistem Geomorfologi (Litosfera)


o Proses-proses ekologi yang berinteraksi
dengan litosfera.

Sistem Hidrologi (Hidrosfera)


o Proses-proses ekologi yang berinteraksi
dengan hidrosfera.

b) Menjelaskan bagaimana gangguan dan perubahan pada


sesuatu sistem mempengaruhi sistem alam sekitar fizikal
yang lain;
i. Kesan Gangguan Sistem Geomorfologi (Litosfera)
Letusan gunung berapi (geomorfologi/litosfera)
yang mengeluarkan gas pencemar, asap, habuk
dan debu yang banyak menyebabkan pencemaran
udara (atmosfera) yang teruk.
Tanah runtuh/ gerakan jisim
Hakisan tanah

ii. Kesan Gangguan Sistem Hidrologi (hidrosfera) :


Lebihan air (hidrosfera) menyebabkan banjir,
seterusnya banjir memusnahkan hidupan di
kawasan tanah rendah (biosfera)
Kemarau

iii. Kesan Gangguan Sistem Atmosfera:


Peningkatan suhu dan El Nino (atmosfera) boleh
menyebabkan berlaku kebakaran hutan secara
semulajadi menyebabkan kemusnahan flora dan
fauna (biosfera).

iv. Kesan Gangguan Sistem Ekologi (Biosfera):


Penyahutanan akan menyebabkan kejadian
pemanasan setempat dan seterusnya
menyebabkan pemanasan global (atmosfera).
Kekurangan tumbuh – tumbuhan telah
mengurangkan kelembapan udara persekitaran.
Kebakaran semulajadi hutan

c) Menjelaskan bagaimana perubahan pada sesuatu sistem


mempengaruhi sistem yang lain dan impaknya terhadap
manusia.
i. Kejadian banjir besar menyebabkan kerosakan dan
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa
kepada manusia.
ii. Kejadian gempa bumi di dasar laut menghasilkan
ombak laut yang besar/tsunami yang menyebabkan
kerosakan dan kemusnahan harta benda, kecederaan
dan kehilangan nyawa manusia.
iii. Letusan gunung berapi menyebabkan pencemaran
udara/jerebu yang akan menjejaskan kesihatan
manusia terutama sistem pernafasan dan
mengurangkan jarak penglihatan sehingga
menyebabkan risiko kemalangan.
iv. Kemarau menyebabkan manusia menghadapi masalah
kebuluran dan masalah sumber air bersih.
v. Fenomena El Nino menyebabkan suhu persekitaran
akan bertambah panas menjadikan manusia kurang
selesa kerana kerap berpeluh dan masalah
kekurangan air di dalam badan dan risiko strok haba
vi. Fenomena pemanasan global, kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon meningkatkan suhu dunia,
menyebabkan berlaku pencairan ais di kutub serta
kawasan pergunungan. Ini kan meningkatkan aras
laut dan peningkatan kadar hakisan di pinggir pantai.
Kenaikan aras laut menyebabkan banyak kawasan
ditenggelami air dan seterusnya akan memusnahkan
harta benda dan mengganggu aktiviti ekonomi
penduduk.

6.2 Interaksi sistem fizikal a) Menjelaskan saling kebergantungan antara sistem


dengan sistem gunaan fizikal dengan sistem gunaan manusia yang
manusia menyebabkan kesan positif dan negatif.

Sistem gunaan manusia merujuk kepada penggunaan sistem


fizikal untuk keperluan kehidupan manusia.

(i) Kesan Positif:


Sistem atmosfera
1) Hujan lebat dan suhu yang panas
menggalakkan aktiviti penanaman tanaman
tropika.
2) Suhu sejuk di tanah tinggi, suhu panas dan
bersalji menggalakkan pelancongan.

Sistem Geomorfologi:
1) Proses luluhawa - membentuk bahan
regolith yang tebal dan menggalakkan
aktiviti pertanian
2) Proses hakisan - hakisan sungai
membentuk air terjun dan jeram
menggalakkan pelancongan dan penjanaan
kuasa hidro elektrik

Sistem ekologi:
1) Ekosistem hutan hujan tropika menyediakan
bekalan kayu untuk pembalakan dan industri
perabot.
2) Tumbuhan herba untuk industri perubatan
tradisional.
3) Biodiversiti menggalakkan pelancongan

Sistem hidrologi:
1) Lebihan air dan air bawah tanah
mempengaruhi bekalan air, dan
menggalakkan aktiviti pertanian, perikanan,
penternakan, pelancongan, dan perindustrian

(ii) Kesan negatif


Kitaran hidrologi
1) Banjir dan kemarau menjejaskan aktiviti
pertanian, perikanan, penternakan,
pelancongan, dan perindustrian
Proses Geomorfologi
1) Gelongsoran tanah merosakkan kawasan
pertanian dan pelancongan
2) Aliran lumpur merosakkan kawasan
petempatan dan pertanian
Unsur Cuaca dan Iklim
1) Ribut tropika, angin kencang dan hujan lebat
mengganggu aktiviti pertanian, perikanan
dan pelancongan.
2) Jerebu mengganggu aktiviti pertanian dan
pelancongan.

6.3 Pemeliharaan dan a) Menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam


pemuliharaan alam sekitar. sekitar fizikal;

i. Pemeliharaan merujuk kepada langkah/ usaha


menjaga dan menyelamatkan alam semula jadi
sebelum rosak/tercemar/pupus.

ii. Pemuliharaan merujuk kepada langkah/ usaha


membaikpulih/ memperbaiki/ mengembalikan alam
semula jadi yang telah rosak/tercemar.

b) menilai langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam


sekitar fizikal (kaedah perundangan dan kaedah bukan
perundangan)

i. Langkah perundangan :
Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974, Akta Parit dan Saliran, Akta Sumber dan
Galian serta akta-akta yang yang berkaitan dengan
alam sekitar.
Pemantauan dan laporan agensi penguatkuasa
seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan lain – lain agensi yang terlibat
.
Penguatkuasaan denda, kompaun, penjara, tarik
balik lesen dan penyitaan terhadap individu atau
pengusaha yang mencemarkan alam sekitar.
Mengekalkan kawasan hutan/warta hutan sebagai
hutan simpan dan kawasan tadahan air.
Laporan EIA bagi menilai sejauh mana perlaksaan
sesuatu projek akan memberi impak kepada lama
sekitar.

ii. Langkah bukan perundangan :

Membina benteng, gabion, tembok dan


penyimenan.
Menggunakan sungkupan plastik.
Membina sistem parit dan longkang di cerun.
Membina teres.
Menanam tanaman tutup bumi.
Penanaman semula hutan.
Rawatan sisa industri.
Penggunaan teknologi mesra alam
Kempen kesedaran melalui slogan dan aktiviti
kemasyarakatan oleh pihak berkuasa tempatan,
NGO dan individu yang prihatin.
Pendidikan dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah, seolah menengah dan IPT menerusi
kurikulum khusus.
Peranan orang awam iaitu memantau dan
melaporkan aktiviti yang merosakkan alam
kepada JAS atau PBT.

Contoh soalan dan jawapan:

Soalan 1

Berdasarkan gambar di atas,

(a) Apakah kesimpulan anda berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam gambar tersebut?
[2M]
(b) Jelaskan dua kesan fenomena (a) terhadap sistem geomorfologi.
[4M]
(c) Huraikan dua amalan pemeliharaan hutan di Malaysia.
[4M]

Jawapan soalan 1a

ISI HURAIAN
a1 Fenomena penyahutanan/ Menyebabkan gangguan/ kerosakan ekosistem/
kemusnahan hutan secara besar- kemusnahan habitat/ siratan makanan/ peningkatan
besaran/ pembalakan besar – besaran suhu/merosakkan kepalbagaian biologi.
Jawapan soalan 1b

ISI HURAIAN
b1 Peningkatan kadar luluhawa Pendedahan tanah kepada unsur cuaca
b2 Peningkatan kadar hakisan tanah Kesan larian air pemukaan dan percikan air hujan
menyebabkan peningkatan sedimentasi dan kehilangan
kesuburan tanah.

b3 Peningkatan kadar pergerakan jisim Kurang cengkaman akar menyebabkan kegagalan cerun.

Jawapan soalan 1c

ISI HURAIAN
c1 Kaedah perundangan/akta perhutanan Mengekalkan hutan/warta hutan sebagai hutan simpan/
denda/ kompaun.

c2 Penebangan terpilih Pokok yang sudah matang sahaja.


c3 Penebangan pusingan/polikitar Tempoh tertentu contohnya 30 tahun atau ikut lot.
c4 R&D Teknologi, inovasi atau teknik baru untuk tujuan
pencegahan/ pemeliharaan sumber hutan.
c5 Kempen kesedaran Melalui media massa – pengekalan hutan.

Soalan 2

(a) Apakah perbezaan antara biosfera dengan hidrosfera?


[2M]
(b) Huraikan dua impak kemusnahan hutan terhadap sistem hidrologi.
[4M]
(c) Bagaimanakah peningkatan suhu mempengaruhi ekosistem hutan?
[4M]

Jawapan soalan 2a

ISI HURAIAN
a1 Definsi Biosfera merujuk kepada hidupan iaitu tumbuhan,
haiwan, manusia dan mikroorganisma di bumi.
Manakala, hidrosfera merujuk kepada sumber air yang
terdapat di bumi seperti air di bawah tanah, di
permukaan bumi (tasik, sungai, laut) dan atmosfera.
Jawapan soalan 2b

ISI HURAIAN
b1 Proses transpirasi kurang berlaku Kelembapan udara rendah.
b2 Sejatan tinggi Mengurangkan simpanan air tanih.
b3 Kadar pintasan tumbuhan rendah Air larian permukaan meningkat.
b4 Sejat peluhan kurang Udara kering dan mengurangkan hujan.

Jawapan soalan 2c

ISI HURAIAN
c1 Bahangan melampau Kemusnahan habitat dan sumber makanan.
c2 Kelembapan kurang Kepupusan spesies flora dan fauna.
c3 Sejatan meningkat Kemusnahan/gangguan rantaian makanan.

Soalan 3

a) Bagaimanakah kitaran hidrologi mempengaruhi proses pengukiran bentuk muka bumi?


[3M]
b) Terangkan bagaimana angin monsun timur laut mempengaruhi kejadian banjir di Malaysia.
[3M]
c) Jelaskan dua kesan banjir terhadap persekitaran fizikal.
[4M]

Jawapan soalan 3a

ISI HURAIAN
a1 Air hujan dan air larian permukaan Akan menjalankan proses hakisan percikan/hakisan
hakisan. permukaan tanah seperti hakisan beralur dan tidak
beralur yang menyebabkan berlakunya proses
pengukiran dan penggondolan tanah di permukaan
bumi.

Jawapan soalan 3b

ISI HURAIAN
a2 Angin dari laut-kelembapan tinggi. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dari Laut
China Selatan membawa tiupan angin yang kuat dan
kadar kelembapan yang tinggi menghasilkan hujan
lebat berterusan dan menyebabkan banjir berlaku.
Jawapan soalan 3c

ISI HURAIAN
c1 Pencemaran air Kekurangan air bersih
c2 Gangguan/kemusnahan habitat Kemusnahan tempat tinggal haiwan.
c3 Kemusnahan flora dan fauna Rantaian makanan terganggu.
c4 Permukaan yang terhakis Ketidakstabilan cerun.
c5 Pemendapan tanah Berlaku di kawasan pertanian.

Soalan 4

a) Huraikan tiga kesan letusan gunung berapi terhadap sistem fizikal.


[6M]
b) Jelaskan dua kesan positif letusan gunung berapi terhadap kehidupan manusia.
[4M]
Jawapan soalan 4a

ISI HURAIAN
a1 Atmosfera Debu gunung berapi menyebabkan udara akan
tercemar.
a2 Biosfera Aliran lava memusnahkan flora dan fauna dan
menyuburkan tanah.
a3 Litosfera Aliran lava dan debu gunung berapi akan mengubah
landskap permukaan bumi.
a4 Hidrosfera Sumber air akan tercemar oleh aliran lava dan debu
gunung berapi.

Jawapan soalan 4b

ISI HURAIAN
b1 Pertanian Tanah yang subur untuk aktiviti pertanian seperti lava
bes
b2 Pelancongan Kawasan pelancongan yang unik dengan pelbagai
bentuk muka bumi seperti kawah gunung berapi.
b3 Perindustrian Membekalkan sulfur
b4 Tenaga Penjanaan tenaga geoterma di kawasan gunung berapi.
Soalan 5

a) Jelaskan peranan sistem hidrologi dalam membangunkan keperluan kehidupan manusia.


[4M]
b) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan kegagalan cerun berlaku?
[6M]

Jawapan soalan 5a

ISI HURAIAN
a1 Sumber bekalan air Bekalan air domestik dan
industri/pertanian/perlombongan.
a2 Sumber tenaga Penjanaan kuasa elektrik hidro.
a3 Sumber protein Hasil ikan dan hidupan akuatik yang lain.
a4 Riadah Aktiviti sukan air/berkelah/pelancongan.
a5 Pengangkutan Mengangkut barangan dan penumpang.

Jawapan soalan 5b

ISI HURAIAN
b1 Pembinaan Penarahan dan pemotongan lereng bukit menyebabkan
struktur tanah longgar dan tidak stabil.
b2 Pertanian Pertanian di tanah tinggi menyebabkan lereng bukit
akan diratakan dan digondolkan untuk pertanian dan
boleh menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.
b3 Perlombongan kuari Proses letupan akan menyebabkan gegaran yang
menyebabkan struktur cerun bukit longgar dan lemah.
Akhirnya berlaku tanah runtuh.
b4 Pembalakan Penebangan hutan di lereng bukit menyebabkan tanah
gondol. Struktur tanah menjadi longgar menyebabkan
tanah runtuh.
942/3
GEOGRAFI ALAM
SEKITAR MANUSIA
( BAHAGIAN B)
BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
Tajuk : 5.0 : Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya.

Konsep/Tajuk Huraian

5.0 5.1 Impak aktiviti a) Mengenal pasti impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar
manusia terhadap alam iaitu:
sekitar
i. Kemerosotan kualiti alam sekitar
Kemerosotan kualiti alam sekitar merujuk kepada unsur air,
udara, tanih yang telah dicemari oleh unsur-unsur
pencemaran dan tidak selamat untuk digunakan oleh
manusia mengikut piawaian antarabangsa.
Contoh air sungai atau tasik atau laut yang telah
dicemari oleh sisa kumbahan, minyak, bangkai
binatang, virus, racun, pH air yang berasid (1-6),
kandungan BOD yang tinggi, berwarna atau keruh dan
berbau busuk.
Contoh udara yang tercemar ialah kandungan PM10 dan
PM2.5 yang tinggi, meningkatnya gas-gas rumah hijau
dalam udara, kandungan asap dan jarak penglihatan
yang rendah.

ii. Kemerosotan dan kepupusan sumber


Kemerosotan dan kepupusan sumber merujuk kepada
sumber-sumber alam semulajadi yang semakin berkurangan
dan mengalami kepupusan atau kemusnahan akibat aktiviti
manusia atau bencana alam.
Contohnya kepupusan hutan - kehabisan sumber kayu
berkualiti seperti cengal, meranti, keruing .
Kehabisan sumber galian/ mineral seperti bijih timah,
petroleum dan gas asli, bijih besi .
Kemerosotan kualiti tanih dan kawasan tanih yang
sesuai untuk pertanian.
Kemerosotan bilangan haiwan seperti tapir, harimau dan
gajah.

b) Menghuraikan impak aktiviti manusia terhadap persekitaran


fizikal

i. Kemerosotan kualiti alam sekitar:


Hakisan tanah / tanah runtuh dan kegagalan cerun
meningkat disebabkan aktiviti manusia seperti potongan
bukit untuk pembinaan jalan raya dan kawasan pembinaan
perumahan dan komersil.
Banjir berlaku apabila hutan ditebang secara berleluasa
untuk mendapatkan bekalan kayu dan untuk membuka
ladang pertanian baru . Ini menyebabkan proses resapan air
ke dalam tanih semakin rendah dan larian air permukaan
tinggi dan kelodak memenuhi sungai dan menjadikan sungai
semakin cetek. Apabila hujan turun dengan lebat, sungai
yang cetek tidak mampu untuk menampung isipadu air
sungai dan akan melimpah serta membanjiri tebing sungai
di peringkat hilir.
Kemarau berlaku banyak disumbangkan oleh pemusnahan
hutan oleh aktiviti perhutanan dan pertanian. Kehilangan
hutan menyebabkan kandungan wap air dalam udara
menjadi rendah, udara semakin kering dan seterusnya
menjejaskan proses pemeluwapan dan pembentukan awan.
Kekurangan awan menyebabkan hujan tidak turun dan
meningkatan kejadian kemarau.
Ketandusan tanih merujuk kepada tanih yang telah
kehilangan kesuburan, sangat poros, kering dan tidak sesuai
untuk aktiviti pertanian. Ini berpunca daripada aktiviti
pennggondolan kawasan hutan dan mendedahkan tanih
kepada larian air permukaan yang menghakis dan
memindahkan tanah subur ke dalam sungai atau ke kaki
bukit.
Pemanasan setempat dan global disebabkan oleh
penggondolan kawasan hutan dan binaan konkrit yang
banyak. Kadar sejat peluhan yang rendah menyebabkan
udara setempat menjadi lebih panas dan kering.
Pencemaran air berpunca daripada pelbagai aktiviti
manusia seperti amalan pertanian yang menggunakan baja
kimia menyebabkan tanah menjadi berasid dan apabila air
yang larut dengan baja kimia akan masuk ke dalam sungai
dan menyebabkan PH air sungai menjadi rendah/ berasid.
Pencemaran udara berpunca daripada pelbagai aktiviti
manusia seperti pembakaran terbuka di tapak-tapak
pelupusan sampah, pembakaran kawasan hutan untuk
pembukaan kawasan pertanian, pembakaran jerami padi
secara terbuka, peningkatan penggunaan bahan api fosil
oleh kenderaan persendirian akan meningkatkan pelepasan
asap, habuk dan gas karbon dioksida dan karbon monoksida
ke udara menyebabkan udara menjadi tercemar.
Pencemaran bunyi berpunca daripada penggunaan jentera
dan mesin berat dalam aktiviti perindustrian, pembinaan,
perlombongan dan pembalakan serta penggunaan kenderaan
berat dalam perkhidmatan pengangkutan.
Pencemaran bau berpunca daripada pelepasan sisa dan
najis dari ladang ternakan, industri memproses hasil
pertanian dan perikanan dan kilang kejuruteraan kimia,
tapak pelupusan sampah yang tidak terurus, kolam oksidasi
dan pembuangan sampah yang tidak terurus di kawasan
perumahan dan setinggan
Pencemaran sampah sarap berpunca daripada
pembuangan sampah yang tidak terurus dari industri
pemprosesan dan pembuatan, sektor pembinaan, sisa
pertanian, pembalakan dan perikanan, aktiviti perniagaan
serta kawasan perumahan.
Pencemaran sisa toksik berpunca daripada pembuangan
sisa toksid industri pembuatan, perlombongan dan aktiviti
meracun dan penggunaan baja kimia dalam pertanian.
ii. Impak kemerosotan dan kepupusan sumber

Kepupusan sumber kepelbagaian biologi: Eksploitasi


sumber biologi seperti sumber hutan dan sumber marin
telah menyebabkan ada di antara spesies mengalami
kepupusan dan lenyap. Ini menyebabkan kepelbagaian
spesies semakin kurang.

Kehabisan sumber: Penggunaan dan eksploitasi yang


berterusan sumber semula jadi secara berterusan akan
menyebabkan stok sumber semakin berkurangan, habis
dan kepupusan. Kepupusan itu bergantung kepada
sebanyak mana sumber itu dieksploitasi dan berapa
banyak stok sumber yang dimiliki. Jika sumber
diekspoitasi secara skala besar dan amaun stok yang
terhad maka jangka masa kehabisan sumber akan
menjadi lebih cepat.

c) Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar:

i. Aktiviti perhutanan:
Penebangan hutan menyebabkan kemusnahan habitat flora
dan fauna. Banyak speises orkid dan herba musnah akibat
penggondolan hutan untuk sumber kayu kayan. Haiwan
kehilangan habitatnya dan terpaksa berhijrah ke kawasan
baru dan kadang-kadang memasuki wilayah yang didiami
manusia. Perhutanan juga menyebabkan lantai hutan
didedahkan kepada unsur cuaca seperti hujan. Ini
meningkatkan larian air permukaan dan menyebabkan
hakisan tanah berlaku dengan giat dan di kawasan bercerun
memungkinkan kejadian tanah runtuh. Kejadian ini mampu
menjejaskan alam sekitar.

ii. Aktiviti perindustrian:


aktiviti perindustrian seperti industri menapis petroleum
yang melibat proses yang membebaskan banyak gas karbon
dioksida akan mencemarkan udara dan meningkatkan suhu
setempat. Industri pemprosesan kelapa sawit juga
membebaskan asap dan karbon dioksida yang banyak turut
meningkatkan kadar pencemaran. Industri tekstil yang
membuang sisa bahan pewarna dan peluntur ke longkang dan
sungai akan menjejaskan air dan meningkatkan kandungan
bahan kimia berbahaya di dalam air sungai. Ini
peningkatkan pencemaran air dan menjejaskan alam sekitar.

iii. Aktiviti pengangkutan dan perhubungan: pertambahan


kenderaan yang menggunakan jalan raya akan meningkatkan
penggunaan bahan api fosil yang akan meningkatkan
pelepasan gas karbon monoksida ke udara. Kandungan
karbon monoksida dan karbon dioksida yang dilepaskan oleh
kereta, bas dan lori akan menyebabkan udara di kawasan
yang banyak penggunaan kenderaan tercemar. Pencemaran
udara yang tinggi terutamanya di kawasan pusat bandar akan
menyebabkan suhu di kawasan bandaraya meningkat. Ini
akan menjejaskan alam sekitar.

iv. Aktiviti pertanian dan penternakan: pembukaan kawasan


pertanian baru dengan penggondolan kawasan hutan dan di
kawasan bercerun berisiko untuk meningkatkan kejadian
hakisan dan tanah runtuh terutamnya ketika musim hujan.
Pembakaran jerami padi dan amalan tebang bakar dalam
amalan tanam semula kelapa sawit dan getah akan
meningkatkan jumlah bahan terampai dan PM10 di udara
dan akan mencemarkan udara. Amalan tanaman sejenis akan
menyebabkan tanah hilang kesuburan dan akan
meningkatkan penggunaan baja kimia . Penternakan haiwan
secara skala kecil atau besar turut meningkatkan pencemaran
bau terutama bau daripada najis ternakan seperti ayam, itik,
kinzir dan lembu. Pembuangan sisa najis haiwan terutamnya
kinzir ke sungai akan menyebabkan kadar BOD tinggi dan
sukar untuk dipulihkan. Ini akan menjejaskan alam sekitar.

v. Aktiviti perikanan dan akuakultur: Berlaku kepupusan


sumber perikanan dan marin termasuk pemusnahan kawasan
pembiakan ikan akibat penggunaan bot-bot besar dan pukat
harimau, pukat tunda atau pukat apollo yang boleh
memusnahkan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan.
Pukat ini juga mampu menangkap anak-anak ikan yang
belum cukup besar dan matang yang akhirnya menyebabkan
bekalan sumber perikanan pada masa hadapan berkurangan.
Berlaku juga peningkatan kadar pencemaran air laut akibat
tumpahan minyak dan pembuangan enap cemar dari bot-bot
ikan menyebabkan minyak kotor menutupi permukaan laut,
mematikan plankton dan zooplankton. Ini akan
mengurangkan sumber makanan kepada ikan.

vi. Aktiviti pembinaan: Berlaku pencemaran udara dan


jerebu. Berlaku apabila debu tanah yang berterbangan
semasa proses meratakan tanah dijalankan untuk aktiviti
pembinaan. Debu yang berterbangan ini akan
memburukkan lagi keadaan jerebu khususnya di
bandar-bandar besar.

vii. Aktiviti perlombongan dan kuari: Berlaku pencemaran


sumber laut dan kerosakan ekosistem akuatik khususnya di
kawasan pelantar cari gali petroleum. Berlaku kemusnahan
kepada kepelbagaian spesies tumbuhan dan hidupan laut,
karang laut dan lain-lain serta menjadi gangguan kepada
keseimbangan ekologi lautan. Aktiviti kuari akan
mencemarkan udara oleh debu batu hasil proses meletupkan
batuan granit.

viii. Aktiviti pelancongan dan rekreasi: Kesan pencemaran


terhadap sumber air berlaku disebabkan oleh penyaliran sisa-
sisa kumbahan daripada hotel dan resort ke laut. Air akan
tercemar dengan bakteria e-coli dan menyebabkan
peningkatan terhadap kadar BOD yang akhirnya boleh
memusnahkan hidupan akuatik seperti ikan, udang dan
tumbuhan air serta menganggu kesihatan manusia yang
menggunakan air tersebut. Pelancong juga akan membawa
makanan bersama-sama mereka sewaktu berhibur di tepi
pantai, hutan lipur, kawasan air terjun dan sebagainya.
Biasanya pelancong akan membuang sisa makanan dan
sampah sarap merata-rata dan ini akan mencemarkan
persekitaran pantai, hutan lipur dan tempat perkhelahan dan
sisa makanan yang busuk akan menyebabkan pencemaran
bau.

5.2 Impak Sosial a) menilai impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia,

Impak sosial merujuk kepada kesan negatif yang


dialami oleh manusia akibat perubahan yang berlaku ke
atas alam sekitar fizikal.
Apa yang dialami oleh alam sekitar fizikal akibat tindak
tanduk manusia akan mengimpak manusia kembali.
Antara impak sosial ialah :
i. Kesihatan
Kesihatan manusia terjejas akibat penyakit bawaan
air tercemar dan penyakit yang berkaitan dengan
udara yang tercemar.

ii. Keselamatan
Keselamatan manusia terjejas akibat bencana seperti
tanah runtuh, banjir dan jerebu.

iii. Kerosakan Dan Kemusnahan Harta Benda


Kerosakan harta benda seperti bangunan rumah,
perabot, peralatan elektrik dan kenderaan berlaku
akibat fenomena seperti tanah runtuh dan banjir.

iv. Aktiviti Ekonomi


Gangguan aktiviti ekonomi seperti tanaman musnah
ditenggelami air banjir dan pelancongan terganggu
akibat jerebu.

v. Aktiviti Sosial.
Gangguan aktiviti sosial seperti persekolahan akibat
banjir, aktiviti riadah akibat jerebu dan aktiviti
membasuh terganggu akibat pencemaran air.

5.3 Pengurusan Alam Sekitar

5.3.1 Pemeliharaan dan a) Membezakan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam


pemuliharaan sekitar.

Pemeliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk


menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam yang
belum diteroka dan dirosak.

Pemuliharaan sumber alam pula bererti usaha-usaha untuk


melestarikan bekalan sumber alam melalui usaha-usaha pulihara
atau baik pulih sumber-sumber yang telah rosak setelah diteroka
oleh manusia.

b) Mencadangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam


sekitar

(i) Langkah perundangan


Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Akta ini digubal sebagai perundangan yang komprehensif
yang memberikan asas undang-undang yang sama bagi
mengkordinasikan kesemua aktiviti berkaitan dengan
pengawalan alam sekitar di seluruh negara.
Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
pihak berkuasa tempatan(PBT). JAS adalah badan yang
bertanggungjawab menilai, memantau dan mengawal
segala aspek yang berkaitan dengan alam sekitar dan
dibantu oleh PBT.
Denda, kompaun dan penjara. Penguatkusaan denda,
hukuman, kompaun, penyitaan, dan penjara perlulah
dilaksanakan terhadap mereka telah mencemarkan alam
sekitar.
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Penilaian impak
alam sekitar (EIA) adalah satu proses pencegahan
daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar.

(ii) Langkah bukan perundangan

Langkah mengawal hakisan tanah


1) Penggunaan gabion (sangkar dawai yang diisi batu)
yang diletakkan di kaki cerun yang telah dipotong bagi
tujuan menstabilkan cerun berkenaan.
2) Membina benteng atau tembok penahan yang diperbuat
daripada batu
3) Menyimen keseluruhan permukaan cerun bukit bagi
mengurangkan proses susupan air dan mengelakkan
ketepuan air tanih. Permukaan cerun yang dikonkrit
diletakkan juga paip-paip untuk air tanih keluar.
4) Pembinaan longkang bertingkat mengikut teres-teres
yang dibina di permukaan dan seterusnya
Langkah mengawal pencemaran udara
1) Menempatkan industri mengikut zon.
2) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam
3) Mengalakkan penggunaan kenderaan mesra alam
(kereta hibrid)
4) Mengelakkan pembakaran terbuka
5) Mengawal penggunaan CFC
6) Menghijaukan kawasan

Langkah mengawal kualiti air


1) Merawat semula air yang tercemar
2) Mengawal aktiviti pembangunan
3) Mengawal selia aktiviti pengangkutan air
4) Pemantauan yang lebih kerap oleh pihak yang
dipertanggungjawab.

Langkah mengawal sumber kepelbagaian biologi hutan


1) Menjalankan program penghutanan semula
2) Pembalakan secara penebangan terpilih
3) Amalan rawatan sivikultur
4) Meningkatkan usaha R & D perhutanan.

(iii) Kempen dan pendidikan


Pendidikan secara formal di peringkat sekolah rendah,
menengah dan IPT.
Kempen kepada masyarakat melalui media massa

5.3.2 Pembangunan c) Mendefinisikan konsep pembangunan berterusan (lestari)


berterusan (lestari)
Pembangunan lestari – Pembangunan berterusan yang
memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan
kepentingan generasi akan datang.

d) Menghuraikan lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)

Lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)

1) Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan


ekonomi – berasaskan sumber alam.
2) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi
menjamin kesejahteraan hidup – agihan ekonomi
yang lebih adil.
3) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber –
memanjangkan keupayaan sumber alam.
4) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung
– jumlah penduduk sama dengan daya tampung sumber
alam.
5) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah
pengurusan risiko – penggunaan teknologi mesra
alam
6) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam
membuat keputusan – tidak mementingkan
keuntungan sahaja.
7) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa –
negara kaya bantu negara miskin.
8) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa -
memastikan kelestarian secara global.

e) Menghuraikan pelbagai bentuk kerjasama antarabangsa dalam


konteks pembangunan bertereusan (lestari)

i. Persidangan stockholm
Berkenaan manusia dan alam sekitar serta menjadi asas
kepada pembangunan lestari.
ii. Persidangan Rio
Melindungi Biodiversiti melalui pemuliharaan alam
sekitar.
iii. Persidangan Johannesburg
Pembangunan lestari melalui pengagihan sumber alam
yang cekap dalam mengawal dan membasmi
kemiskinan penduduk.
iv. Protokol Montreal
Menangani masalah penipisan lapisan ozon
pengurangan pelepasan gas cfc.
v. Protokol Kyoto
Menangani masalah pemanasan global melalui
pengurangan gas-gas rumah hijau.
vi. Deklarasi Langkawi
Menjaga, melindungi dan mengurus alam sekitar secara
mapan.

f) Menjelaskan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk


menangani isu alam sekitar.

i. Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar: Perkongsian


teknologi, kepakaran, kewangan dalam mengatasi
ii. Penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar secara global.
iii. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya
mengamalkan pembangunan berterusan.
iv. Merupakan platform untuk menangani isu alam sekitar
seperti pemanasan global merentas sempadan
Contoh soalan dan jawapan:

Soalan 1

(a) Bagaimanakah pemanasan global berlaku? [4M]


(b) Kenal pasti dua fenomena yang berlaku akibat pemanasan global. [2M]
(c) Jelaskan dua kesan pemanasan global ke atas alam sekitar manusia. [4M]

Jawapan soalan 1a
ISI HURAIAN
a1 Aktiviti perindustrian Membebaskan gas karbon dioksida, karbon
monoksida dan sulfur dioksida.
a2 Aktiviti pennyahutanan Meningkatkan bahangan, pelepasan asap dan
habuk yang tebal
a3 Aktiviti pengangkutan Membebaskan gas karbon dioksida
Proses - Gas pencemar akan memerangkap haba
dan tidak membenarkan haba keluar. Gas
pencemar juga menipiskan lapisan atmosfera
membenarkan sinar ultra violet masuk ke
atmosfera dengan lebih banyak

Jawapan soalan 1b
ISI HURAIAN
b1 Kepanasan melampau Strok haba
b2 Penggurunan Kawasan gurun menjadi luas
b3 El Nino (kemarau) atau La Nina
(banjir)
b4 Perubahan tekanan udara Merangsang kejadian ribut / taufan

Jawapan soalan 1c
ISI HURAIAN
c1 Kegiatan ekonomi terjejas Aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan
akan terjejas dan menjejaskan pengeluaran
makanan
c2 Menyebabkan penyakit Heat strok, asma dan demam panas meningkat
c3 Aktiviti domestik terjejas Bekalan air terputus/ terjejas, aktiviti riadah
tergendala dan mengehadkan pergerakan
manusia.
c4 Kegiatan ekonomi terjejas Aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan
akan terjejas dan menjejaskan pengeluaran
makanan
Soalan 2

a) Jelaskan bagaimana tiga sektor ekonomi tertier menjadi punca kemerosotan kualiti air
laut.
[6M]

b) Huraikan dua langkah perdagangan untuk mengatasi masalah kemerosotan kualiti air.

[4M]

Jawapan soalan 2a
ISI HURAIAN
a1 Aktiviti Pelancongan Pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort,
chalet dan lain-lain
a2 Aktiviti Pengangkutan Pembuangan enap cemar dan pelanggaran dan
tumpahan minyak oleh kapal tangki/ kewujudan
ketulan tar/ minyak mentah di permukaan.
a3 Aktiviti Perniagaan Pembuangan sisa makanan dari kedai makanan-
kemerosotan kualiti air laut-bacteria e-coli
mencemarkan air laut
a4 Aktiviti IKS Bengkel kereta / Membuang sisa minyak dan kotoran ke pantai
bot tunda

Jawapan soalan 2b
ISI HURAIAN
b1 Akta Kualiti Alam Sekeliling Penguatkuasaan akta, enakmen, peraturan dan
1974. ordinan
b2 Pemantauan agensi Dilaksanakan oleh JAS dan PBT
penguatkuasa
b3 Penguatkuasaan dan hukuman Denda/ kompoun/ penjara/ sita

b4 Langkah pencegahan EIA Projek berisiko dan projek mega

Soalan 3

a) Nyatakan dua aktiviti manusia yang menyumbang peningkatan sisa pepejal di dalam
sungai.
[2M]

b) Mengapakah kadar pembuangan sisa pepejal semakin meningkat di bandar?


[4M]

c) Cadangkan dua langkah bukan perundangan bagi mengurus pembuangan sisa pepejal
yang lebih berkesan di Malaysia.
[4M]
Jawapan soalan 3a

ISI HURAIAN
a1 Aktiviti perniagaan Gerai makan di tepi sungai
a2 Aktiviti periindustrian Pengusaha kilang di kawasan perindustrian yang
membuang sampah sarap
a3 Aktiviti domestik Mermbuang sisa makanan dan sampah sarap
a4 Aktiviti pelancongan Mermbuang sisa makanan dan sampah sarap
a5 Aktiviti pembinaan Membuang sisa bangunan

Jawapan soalan 3b

ISI HURAIAN
b1 Ketidakberkesanan kempen Kempen kitar semula tidak berjaya
b2 Pertambahan penduduk bandar Menyebabkan pertambahan pembuangan sisa
pepejal di kawasan petempatan .
b3 Ketidakberkesanan penguatkuasaan Pemantauan dan tindakan pihak berkuasa tidak
berkesan
b4 Sikap pengguna Pengguna kurang bertanggungjawab dan sambil lewa
dalam menjaga kebersihan alam sekitar

Jawapan soalan 3c

ISI HURAIAN
c1 Mengadakan kempen Peranan kerajaan, swasta dan NGO serta individu
c2 Pendidikan formal dan tidak formal Dilaksanakan di peringkat sekolah rendah,
menengah dan IPT.
c3 Pengasingan sampah domestik Sampah basah dan sampah kering
c4 Menyediakan perangkap sampah di Diperbanyakan dan perlu lebih berkesan
sungai
c5 Perbanyakan tong sampah Akan memudahkan orang ramai membuang sampah

Soalan 4

Berdasarkan gambar rajah di atas,

a) Jelaskan dua aktiviti manusia yang telah mempercepatkan kejadian tersebut.[4M]

b) Jelaskan tiga langkah kestrukturan yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan
bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku.
[6M]
Jawapan soalan 4a
ISI HURAIAN
a1 Aktiviti pemotongan dan Proses pemotongan / penarahan cerun untuk
penarahan bukit pembinaan lebuhraya menyebabkan gangguan
kepada struktur tanah
a2 Aktiviti pembuangan tumbuhan Aktiviti pembinaan menyebabkan tiada akar
asal / penebangan tumbuhan untuk mengikat struktur tanah.
Pembuangan tanaman tutup bumi menyebabkan
infiltrasi meningkat / serapan air dalam tanah
meningkat – tanah runtuh

Jawapan soalan 4b
ISI HURAIAN
b1 Membina benteng dan tembok
penahan (retaining wall)
b2 Membina gabion / sangkar Dapat menahan struktur tanah daripada runtuh
berdawai yang diisi dengan batu
b3 Membina cerucuk kayu/ besi/
konkrit
b4 Memasang jaring dawai
b5 Menyimen permukaan cerun Mengurangkan kadar resapan air hujan
b6 Membina sistem longkang/ parit Mengurangkan hakisan larian air permukaan
di permukaan cerun

Soalan 5
a) Bagaimanakah aktiviti pertanian boleh menjejaskan alam sekitar fizikal setempat?
[6M]
b) Jelaskan dua langkah bukan perundangan untuk mengurangkan kesan aktiviti pertanian
terhadap alam sekitar fizikal.
[4M]

Jawapan soalan 5a
ISI HURAIAN
a1 Aktiviti penebangan pokok Pembukaan kawasan pertanian baru. Hakisan tanah
meningkat kerana permukaan bumi digondolkan.
a2 Aktiviti pembajaan Penggunaan baja kimia untuk pertanian. Apabila
hujan bahan kimia akan mengalir masuk ke dalam
sistem saliran melalui larian air permukaan atau
meresap masuk ke dalam tanah
a3 Aktiviti meracun makhluk Racun perosak meresap ke dalam tanah menyebabkan
perosak pencemaran tanah
a4 Aktiviti pembakaran sisa Menghasilkan asap dan habuk menyebab udara tercemar
pertanian
ISI HURAIAN
b1 Penggunaan baja organik Menggantikan baja kimia
b2 Membina teres Teres yang dibina di kawasan cerun ladang pertanian
dapat mengurangkan hakisan
b3 Menanam tanaman tutup bumi Penananam tanaman tutup bumi di kawasan
pertanian yang baru dapat mengurangkan kejadian
hakisan tanah

Soalan 6
a) Huraikan dua prinsip pembangunan lestari.
[4M]
b) Berikan perbezaan antara konsep pemeliharaan dengan pemuliharaan alam sekitar.
[2M]
c) Mengapakah kerjasama antarabangsa penting dalam menangani isu alam sekitar. [4M]

Jawapan Soalan 6a

ISI HURAIAN
a1 Menjana atau menggalakkan semula Berteraskan sumber alam
pertumbuhan ekonomi
a2 Mengubah kualiti pertumbuhan Mengagihkan ekonomi secara adil kepada rakyat
ekonomi bagi menjamin kesejahteraan
hidup
a3 Memulihara dan mempertingkatkan asas Memanjangkan jangka ahyat sumber alam
sumber
a4 Memastikan aras penduduk yang boleh Pengekalkan daya tampung dan mengawal kadar
ditampung kelahiran
a5 Mengorientasikan semula teknologi dan Penggunaan teknologi yang lebih mesra alam
kaedah pengurusan risiko.
a6 Mengintegrasikan alam sekitar dan Pembangunan bukan mementingkan keuntungan
ekonomi dalam membuat keputusan. semata-mata
a7 Memperbaharui hubungan ekonomi Negara kaya membantu negara yang miskin dan
antarabangsa. persaingan yang adil
a8 Memperkukuhkan kerjasama Kelestrian sumber alam secara global
antarabangsa

Soalan 6b
ISI HURAIAN
b1 Pemeliharaan Usaha-usaha untuk menjaga, memelihara dan
melindungi sumber-sumber alam yang belum
diteroka dan dirosak.
b2 Pemuliharaan Usaha-usaha untuk melestarikan bekalan
sumber alam melalui usaha-usaha pulihara atau
baik pulih sumber-sumber yang telah diteroka
setelah digunakan oleh manusia

Soalan 6c
ISI HURAIAN
c1 Perkongsian teknologi dan kepakaran Antara negara maju dengan negara miskin
c2 Meningkatkan kesedaran sejagat Pentingnya menjaga alam sekitar kepada semua
negara anggota
c3 Menjamin sumber global Sember alam yang ada dapat digunakan oleh
generasi akan datang
c4 Sebagai platform untuk menangani isu Mengadakan persidangan sebagai platform untuk
alam sekitar mengatasi masalah seperti pemanasan global.

Soalan 7
(a) Huraikan dua strategi pelaksanaan agenda pembangunan lestari di peringkat pihak berkuasa
tempatan (PBT). [4M]
(b) Jelaskan tiga cabaran dalam melaksanakan prinsip pembangunan lestari [6M]

Jawapan soalan 7a

ISI HURAIAN
a1 Kawalan pembangunan Pembentukan zon penampan atau tidak membangunan
kawasan yang mudah berlaku pencemaran alam sekitar
a2 Penguatkuasaan undang-undang Mengekalkan kawasan hijau atau melaksanakan konsep
PBT bangunan hijau
a3 Kempen Masyarakat dan orang awan membersihkan kawasan
sekitar
a4 Rancangan pembangunan PBT Pembangunan setempat yang mesera alam dan lebih
sistematik yang mementingkan alam sekitar

Jawapan Soalan 7b

ISI HURAIAN
b1 Ekonomi Sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan
keuntungan
b2 Teknologi Tiada atau kekurangan teknologi moden
b3 Politik Dasar politik sesebuah negara yang tidak stabil dan
berubah-ubah/ rasuan yang berleluasa
b4 Sosial dan budaya Sikap masyarakat yang tidak mudah menerima
perubahan
b5 Modal Kekurangan modal dan tidak mampu dari segi
kewangan
b6 Kerjasama antarabangsa Sesebuah negara lebih mementingkan ekonomi negara
sendiri

Soalan 8

a) Takrifkan maksud memastikan aras penduduk yang boleh ditampung dalam prinsip pembangunan
berterusan (lestari). [2M]

b) Huraikan fokus pakatan kerjasama antara bangsa yang berikut:

i. Protokol Montreal [2M]


ii. Persidangan Rio [2M]

c) Bagaimanakah konsep pembangunan berterusan (lestari) boleh diterapkan dalam konteks


pengurusan hutan di Malaysia? [4M]

Jawapan soalan 8a

ISI HURAIAN
b1 Memastikan aras penduduk yang Merujuk kepada jumlah penduduk adalah seimbang
boleh ditampung dengan daya tampung sumber alam yang ada.

Jawaban soalan 8b

ISI HURAIAN
b2 Protokol Montreal Memelihara lapisan ozon dengan menggurangkan
penggunaan CFC yang menyebabkan penipisan lapisan
ozon.
b3 Persidangan Rio Membantu negara dunia memikir kembali tentang
pembangunan ekonomi dan memelihara sumber alam
dunia daripada tercemar

Jawapan soalan 8C

ISI HURAIAN
c1 Langkah perundangan Melalui akta, pemantauan, hukuman dan EIA
c2 Pemuliharaan hutan Penanaman semula pokok, ladang hutan dan rawatan
sivilkultur
c3 Penggunaan sumber hutar secara Melakukan penebangan secara terpilih
berhemah
c4 Penggunaan sumber alternatif Plastik, kayu getah, besi dll.
c5 R&D Melakukan pengurusan hutan yang lebih sistematik

You might also like