You are on page 1of 6

SEJARAH (TING 2)

Sejarah
Tingkatan 2
Cikgu Jhothi

1 CIKGU JHOTHI
SEJARAH (TING 2)

Kerajaan Alam Melayu

•Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik


Abdul Rahman

Geografi •Tan Sri Profesor Emeritus Dato'


Pendita Dr Ismail Hussein
•Abdul Hadi Haji Hassan
•Alfred Russel Wallace
•Profesor Dr. Ding Choo Ming

Bahasa
• Profesor Emeritus Dato'
Dr. Asmah Haji Omar
• Sutan Takdir Alisjahbana

Budaya • Dato ' A.Aziz Deraman

2 CIKGU JHOTHI
SEJARAH (TING 2)

Kewujudan Kerajaan Di Alam Melayu

Kerajaan Lokasi Masa Pusat kerajaan

Kerajaan Gangga Pantai barat Abad ke-6 Pangkalan


Negara bahagian tengah
Tanah Melayu
Kerajaan Majapahit Lembah Sungai Abad ke-13 Kota Trowulan
Brantas, Jawa
Timur
Kerajaan Srivijaya Lembah Sungai Abad ke-7 Palembang
Musi, Sumatera
Kerajaan Angkor Lembah sungai Abad ke-9 Hariharalaya
Mekong
Kerajaan Funan Lembah Sungai Abad ke-1 Vyadhapura
Mekong
Kerajaan Champa Selatan dan Abad ke-2 Indrapura
Tengah Vietnam

Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur


1) Funan
▪ berpusat di Vyadhapura diasaskan oleh seorang Brahmin bernama
Kaundhinya. Beliau berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di
sungai Mekong dan membentuk kerajaan Funan
▪ Masyhur ketika pemerintahan Fan Shih-man.
▪ Meluaskan empayar Funan ke sungai Mekong hingga Telok
camranh di sebelah timur. Kemudian ke Selatan Myanmar dan
Segenting Kra.
▪ Menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat

3 CIKGU JHOTHI
SEJARAH (TING 2)

▪ Abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam


Melayu
▪ Raja Funan terakhir ialah Rudravarman

2) Champa
▪ Kerajaan Champa diasaskan oleh Chu – Lien pada tahun 192 M.
▪ Berpusat di Indrapura dan sering berhadapan dengan serangan dari
Dai Viet. Chu -Lien berjaya membebaskan Champa daripada
pengaruh China.
▪ Masyhur ketika pemerintahan Che Bong Nga. Meluaskan emapayar
Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah.
▪ Berjaya membunuh pemerintah Dai Viet bernama Raja Tran Due
Tong dan mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun
1369.

3) Srivijaya
▪ Kerajaan Srivijaya Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa
pada tahun 683M di Palembang.
▪ Mengukuhkan Kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasan
sekitarnya
▪ Masyhur ketika pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad ke-
8.
▪ Berjaya menakluk Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting
Kra.
▪ Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa , iaitu Selat Melaka dan
Selat Sunda. Seterusnya menjadi kuasa perdagangan utama di Alam
melayu dan pusat pengajian agama Buddha

4) Angkor

4 CIKGU JHOTHI
SEJARAH (TING 2)

▪ Kerajaan Angkor berpusat di Hariharalaya


▪ Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla
▪ Masyhur dibawah pemerintahan Suryavarman II dengan
meluaskan
▪ Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan
Myanmar.
▪ Berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai viet.
▪ Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dan
pedagang luar
▪ Diteruskan oleh Jayavarman VII dengan meluaskan Angkor hingga
sempadan Annam.
▪ Membina Angkot Thom dan mendirikan 102 buah hospital

5) Majapahit
▪ Kerajaan Majapahit diasaskan oleh raden Vijaya dengan bantuan
tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294
▪ Berpusat di Kota Trowulan
▪ Kemasyuhran bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada
sebagai Perdana Menteri (Majapahit) oleh pemerintahan Tribuana
Tunggadewi.
▪ Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan
keselamatan kerajaan Majapahit.
▪ Meluaskan tanah jajahan ke timur Pulau Jawa ,pesisir pantai timur
Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan
dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku
▪ Pada abad ke-14 Majapahit sebagai pusat perdagangan

6) Kedah Tua

5 CIKGU JHOTHI
SEJARAH (TING 2)

▪ Bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang


menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di
Sungai Mas.
▪ Berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
▪ Dikukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari
China, India dan Arab Parsi
▪ Kemasyuhran kerajaan kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan
kegiatan perdagangan di Lembah Bujang
▪ Menjadi pusat keagamaan agama Buddha
▪ Kemasyuhran Kerajaan Kedah Tua ini menyebabkanKerajaan
Srivijaya menguasai Kedah Tua.
▪ Kerajaan Kedah Tua mengalami perubahan pemerintahan pada
abad ke-7 ketika munculnya pengasasan kesultanan Kedah yang
memulakan kerajaan baharu.

7) Gangga Nagara
▪ Kerajaan Gangga Nagara muncul abad ke-6.
▪ Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5.
▪ Diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna.
▪ Berpusat di Pangkalan
▪ Masyhur pada abad ke-9
▪ Mempunyai kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
▪ Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan
Srivijaya pada tahun 850M
▪ Kerajaan Gangga Nagara lemah diserang oleh tentera Chola dari
India pada tahun 1025
▪ Memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara

6 CIKGU JHOTHI

You might also like