You are on page 1of 1

Bincangkan kepentingan motivasi intrinsik dalam meningkatkan efikasi kendiri pelajar dan jelaskan

strategi pengajaran yang bersesuaian untuk menarik minat pelajar dalam aktiviti secara berkumpulan.

Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku organisma yang berterusan untuk
menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah laku seperti ini
wujud kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi, ( penghargaan) adalah
menuju ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Apabila merasa dahaga iaitu memerlukan
minuman anda bermotivasi (terdorong) untuk berusaha mencari minuman. Tingkah laku anda
( iaitu berusaha mencari minuman) mempunyai suatu matlamat, iaitu untuk memenuhi
keperluan dahaga. Insentif atau kepuasan yang anda peroleh kerana usaha itu ialah minuman.
Setelah pencapaian matlamat motivasi organisma itu akan berkurangan.
Motivasi Intrinsik
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru
perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah motivasi yang timbul dari dalam ataupun
dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi
memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari
dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi
intrinsik’. Motivasi intrinsik (dalaman) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada
proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan
melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi intrinsik lebih terlibat dengan keperluan penghargaan kendiri.
Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu
sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati.
Strategi pengajaran yang bersesuaian untuk menarik minat pelajar dalam aktiviti
secara berkumpulan.Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada
pelajar. Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian
dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar mengarang
sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan
kecil seperti bahagian pengenalan, isi-isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan
sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara individu. Selain itu, berkongsi tugasan ini
hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua-dua pendekatan ini
memerlukan tugasan dibahagikan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih
kecil. Contohnya, dalam aktiviti menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malaysia. Tajuk
ini dapat dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu
membuat satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi
menghasilkan satu dokumen yang lengkap. Guru juga boleh meningkatkan minat murid
dengan memberikan projek-projek kecil.

You might also like