You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu,Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
merupakan suatu proses rutin yang diterapkan dalam bidang pendidikan pelajar.Pelaksanaan
proses pembelajaran ini hendaklah diteruskan dalam apa jua keadaan bagi membina generasi
yang komprehensif pada masa hadapan.Ketika seluruh negara sedang mengalami kesan
pandemik Covid-19,proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan kaedah
pendekatan melalui dalam talian.Dengan ini,kajian ini bertujuan untuk meneroka perspektif
pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Perintah Kawalan Pergerakan
Covid-19 di Sandakan,Sabah.Selain itu,kajian ini juga akan mengindetifikasi cabaran dan
kekangan yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian semasa fenomena Covid-19 di Sandakan,Sabah.Seterusnya, kajian
ini juga akan membuktikan kepentingan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian
bagi pelajar yang terpaksa tinggal di rumah kerana menurut Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) yang disyorkan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kaedah pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) biasanya berlaku di dalam bilik darjah, kaedah PdPc diubah selaras
dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) untuk menangani masalah virus.Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah meyarankan walaupun dalam tempoh PKP, proses PfP untuk
pelajar perlu diteruskan dengan bantuan teknologi maklumat. Pengumpulan data lapangan
dilakukan dengan kaedah kualitatif iaitu temu bual.Melalui hasil kajian ini,proses pengajaran
dan pembelajaran bagi semua pelajar dapat diteruskan kerana KPM mampu mencari solusi
terbaik walaupun Negara mengalami pandemik covid 19 atau sebarang pandemik yang lain
akan datang.

You might also like