You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN

71950 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA, TAHUN 2021

Tarikh : 12 Januari 2021


Hari : Selasa
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Sendayan

Kehadiran:
1. Pn Nor Faizah bt Abu - Penolong Kanan Kurikulum
2. Pn Fakhriah bt Abd Fatah - Ketua Panitia
3. Pn Wan Muni Aida bt Wan Nazulan - Setiausaha
4. Pn Norita bt Hashim - AJK
5. Pn Juliati bt Yusoff - AJK

1.0 UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

1.1 Pn Nor Faizah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir
pada mesyuarat panitia yang pertama
1.2 Beliau menyatakan hasrat agar semua ahli panitia dapat memberikan kerjasama
yang baik dibawah pimpinan beliau sebagai guru penolong kanan kurikulum yang
baru
1.3 Beliau juga meminta untuk panitia menyediakan satu format penulisan RPH yang
selaras dalam semua kalangan ahli panitia dan dapat membincangkan perancangan
aktiviti panitia sepanjang tahun 2021.

2.0 UCAPAN KETUA PANITIA

2.1 Pn Fakhriah selaku ketua panitia mengucapkan selamat datang kepada semua ahli
panitia yang telah diberi tanggungjawab dalam mengajar mata pelajaran sejarah
pada tahun ini.
2.2 Pn Fakhriah memohon kerjasama semua ahli panitia dalam membantunya
melaksanakan semua perancangan panitia yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
2.3 Pn Fakhriah meminta untuk semua ahli mendapatkan RPT dan DSKP sejarah setiap
tahun bagi memudahkan proses penghasilan rancangan pengajaran harian setiap
guru

Tindakan: Makluman semua ahli

1
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

3.1 Pn. Norita mencadangkan minit mesyuarat bilangan 2, 2020 disahkan. Pn Juliati
menyokong.

4.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA


4.1 Ketua panitia sejarah bagi tahun ini masih dikekalkan iaitu diterajui oleh Pn Fakhriah
bt Abd Fatah
4.2 Setiausaha panitia bagi tahun ini juga masih dikekalkan iaitu Pn Wan Muni Aida bt
Wan Nazulan
4.3 Diharapkan dengan pelantikan ini,panitia sejarah akan melangkah lebih jauh dengan
pelbagai perancangan serta perubahan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

5.0 AGIHAN PERBELANJAAN PENGURUSAN PANITIA TAHUN 2021

5.1 Puan Faizah iaitu GPK Kurikulum memaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan
bagi panitia sejarah pada tahun ini adalah sebanyak RM 2270.00.
5.2 Panitia haruslah merancang aktiviti serta anggaran perbelanjaan yang akan
digunakan pada tahun ini samada untuk pembelian bahan bantu mengajar bagi
murid mahupun untuk kegunaan perancangan aktiviti tahunan terutamanya bagi
sambutan bulan kemerdekaan
5.3 Perbincangan dalam mesyuarat telah memutuskan untuk mengagihkan perbelanjaan
panitia seperti berikut :
 Pembelian Bahan Bantu Mengajar : RM1200
 Program Panitia : RM 800
5.4 Ketua Panitia berharap agar kegunaan perbelanjaan ini digunakan sebaik mungkin
untuk setiap perkara yang dirancang

6.0 PENGGUBALAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT


6.1 Panitia telah bersetuju untuk menggubal rancangan pengajaran tahunan mengikut
penjajaran kurikulum yang telah diberikan oleh kementerian pendidikan malaysia
6.2 Setiap penyelaras bagi tahun 4,5 dan 6 haruslah menyiapkan RPT mengikut tahun
yang diajar.

7.0 FAIL REKOD MENGAJAR / PENULISAN RPH/ BUKU LATIHAN


7.1 Penulisan rph bagi subjek sejarah hendaklah diselaraskan bagi semua tahun
mengikut perbincangan bersama ahli-ahli panitia
7.2 Pn Fakhriah selaku ketua panitia memaklumkan akan memasukkan contoh format
rph yang akan digunakan didalam telegram panitia sejarah
7.3 Mesyuarat panitia telah menetapkan untuk setiap murid bagi tahun 4 hingga tahun 6
hendaklah mempunyai satu buku tulis yang ditanda dengan tag subjek berwarna
ungu dan satu buku kerja yang telah diputuskan bersama oleh ketua panitia dan ahli
panitia.

2
8.0 PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

8.1 Mesyuarat pada hari ini telah memutuskan untuk menetapkan penggubal bagi
soalan sejarah untuk peperiksaan pertengahan dan akhir tahun adalah seperti
berikut :

TAHUN PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR


PERTENGAHAN TAHUN TAHUN
4 Pn. Juliati Pn Fakhriah
5 Pn. Wan Muni Aida Pn Norita
6 Pn. Norita Pn Juliati

9.0 PENCERAPAN / PLC DALAM PANITIA

9.1 Setiap ahli panitia dikehendaki memberi tarikh untuk pencerapan pertama yang akan
dilaksanakan oleh ketua panitia
9.2 GPK Kurikulum memaklumkan untuk panitia merancang PLC dalam kalangan ahli
panitia sekurang-kurangnya 2 kali setahun
9.3 Panitia dikehendaki memaklumkan kepada pihak pentadbir setiap PLC yang hendak
dijalankan

10.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


10.1 Cadangan aktiviti yang akan dijalankan:

BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN


Semua J/K panitia
1 Januari Mensyuarat Panitia kali pertama
Sejarah
Semua guru panitia
2 Sepanjang Jan-Nov Semakan nota dan buku latihan murid
Sejarah
Bulan Ogos dan Semua J/K panitia
3 Sambutan Bulan Kebangsaan
September Sejarah
Semua guru
4 Bulan Julai-September Pelaksanaan projek sejarah
matapelajaran sejarah
5 Mac/Ogos PLC Semua ahli panitia

11.0 HAL-HAL LAIN

11.1 Pn.Fakhriah memaklumkan bahawa setiap pembelian bahan bantu mengajar


hendaklah dimaklumkan kepada beliau.
11.2 Memaklumkan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran sejarah ada didalam
bilik BBM dan boleh digunakan sepenuhnya mengikut kesesuaian tajuk yang
diajar
11.3 Semua guru perlu menggunakan sepenuhnya buku kerja yang telah diwajibkan
kepada setiap murid di setiap tahun. Pastikan semua murid memiliki buku kerja yang
telah ditetapkan
.

3
12.0 UCAPAN PENANGGUHAN

12.1 Ketua panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama
semua ahli-ahli AJK Panitia yang hadir ke Mesyuarat AJK kali pertama. Beliau
mengharapkan agar kerjasama dapat diteruskan demi kecemerlangan Sk Sendayan

9.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………. ………………………………………………. ……………………………………………….


(Pn Wan Muni Aida Wan Nazulan) (Pn Fakhriah Abd Fatah) (Pn Nor Faizah Bt Abu)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah Penolong Kanan Kurikulum
SK Sendayan SK Sendayan SK Sendayan

You might also like