You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN

71950 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KEDUA, TAHUN 2021

Tarikh : 21 Julai 2021


Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Google Meet

Kehadiran:
1. Pn Nor Faizah bt Abu - Penolong Kanan Kurikulum
2. Pn Fakhriah bt Abd Fatah - Ketua Panitia
3. Pn Wan Muni Aida bt Wan Nazulan - Setiausaha
4. Pn Norita bt Hashim - AJK
5. Pn Juliati bt Yusoff - AJK

1.0 UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

1.1 Pn Nor Faizah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir
pada mesyuarat panitia kali kedua
1.2 Beliau mengingatkan kepada semua guru untuk memastikan segala
perancangan awal aktiviti panitia dapat dilaksanakan

2.0 UCAPAN KETUA PANITIA

2.1 Mesyuarat kali ini akan menumpukan kepada perancangan sambutan bulan
kemerdekaan peringkat sekolah melalui atas talian
2.2 Pn Fakhriah memohon kerjasama semua ahli untuk merancang sebaiknya pdpr
yang dijalankan

Tindakan: Makluman semua ahli

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

3.1 Pn. Juliati mencadangkan minit mesyuarat bilangan 1, 2021 disahkan. Pn Wan
Muni menyokong.

4.0 PDPR DAN MEDIUM PEMBELAJARAN ONLINE

4.1 Pengerusi memaklumkan urutan daripada PKP disebabkan oleh peningkatan


pendemik covid 19, PdPr murid dijalankan secara online di rumah masing-
masing.

1
4.2 Guru-guru Sejarah perlu mengadakan kelas secara maya sama ada
menggunakan Google Classroom, Whatapps, Telegram atau Google Meet
mengikut jadual PdPr yang telah disediakan Unit Kurikulum.
4.3 Guru-guru boleh berbincang dan berkongsi latihan untuk pembelajaran online
bersama-sama guru-guru Sejarah sealiran.

Tindakan : Semua guru Sejarah

5.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MURID

5.1 Pengerusi memaklumkan PBD murid tetap diteruskan walaupun tidak bersemuka
tetapi dinilai dengan menggunakan medium seperti hasil kerja yang dihantar di
Google Classroom, Whatapps, Telegram atau secara pemerhatian atau lisan di
Google Meet.
5.2 Hasil kerja yang dicetak atau disalin oleh murid lalu ditampal dalam buku nota
Sejarah boleh disemak guru apabila sekolah dibuka.
5.3 Pengisian tahap penguasaan(TP) murid pada tapak PBD akan dibuat secara
online untuk memudahkan guru-guru merekod pentaksiran dari rumah masing-
masing.

Tindakan : Semua guru Sejarah

6.0 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

6.1 Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah dicadangkan untuk


dilaksanakan secara atas talian bermula 16 Ogos 2021 sehingga 16 September
2021 memandangkan semua murid masih lagi melaksanakan PDPR.
6.2 Antara cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

Bil. Aktiviti Penglibatan Tanggungjawab Cadangan


Tarikh
Pelaksanaan
1 Majlis Pelancaran Semua Warga Sks Semua Ajk 20 Ogos 2021

2 Fesyen Cilik Pra Sekolah Dan Panitia Sej 18-27 Ogos


Tahap 1 2021
3 Mewarna Poster Pra Dan Tahap 1 Panitia Seni 23-27 Ogos
Kemerdekaan 2021
4 Pertandingan Swafoto Pra Sek-T6 Panitia Sej 25 Ogos-6
(Selfie) Hari Sept 2021
Kemerdekaan
5 Nyanyian Solo Tahap 2 Panitia Muzik 30 Ogos-19
Lagu Patriotik Sept 2021

6 Doodle Bertemakan Tahap 2 Panitia Seni 1-10 Sept


Kemerdekaan 2021
7 Menghasilkan sudut Pra Sek-T6 Panitia Rbt 1 -10 Sept
kemerdekaan di 2021
rumah
8 Hias makanan Guru Panitia Sej 6-13 Sept

2
bertemakan 2021
kemerdekan

6.3 Pengerusi meminta Setiausaha Panitia iaitu Puan Wan Muni Aida untuk
menyiapkan kertas kerja bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi mendapatkan
peruntukan untuk setiap aktiviti yang dirancang.

7.0 HAL-HAL LAIN

Tiada hal-hal lain

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi berharap semua guru komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dan komited dalam bekerja bersama ke arah mencapai prestasi murid
yang lebih baik.

9.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………. ………………………………………………. ……………………………………………….


(Pn Wan Muni Aida Wan Nazulan) (Pn Fakhriah Abd Fatah) (Pn Nor Faizah Bt Abu)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah Penolong Kanan Kurikulum
SK Sendayan SK Sendayan SK Sendayan

You might also like