You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDAYAN

71950 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KETIGA, TAHUN 2021

Tarikh : 4 Oktober 2021


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sk Sendayan

Kehadiran:
1. Pn Nor Faizah bt Abu - Penolong Kanan Kurikulum
2. Pn Fakhriah bt Abd Fatah - Ketua Panitia
3. Pn Wan Muni Aida bt Wan Nazulan - Setiausaha
4. Pn Norita bt Hashim - AJK
5. Pn Juliati bt Yusoff - AJK

1.0 UCAPAN ALUAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

1.1 Pn Nor Faizah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir
pada mesyuarat panitia kali ketiga
1.2 Beliau meminta untuk mesyuarat kali ini dapat membincangkan hal-hal yang
telah dibangkitkan dalam mesyuarat kurikulum yang lepas
1.3 Semua perkara berkaitan dengan panitia sejarah haruslah diambil tindakan oleh
semua sebelum 31 November 2021.

2.0 UCAPAN KETUA PANITIA

2.1 Pn Fakhriah membentangkan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan


diambil tindakan oleh semua ahli panitia
2.2 Post Mortem kepada sambutan bulan kemerdekaan akan dibentangkan oleh
beliau.

Tindakan: Makluman semua ahli

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

3.1 Pn. Fakhriah mencadangkan minit mesyuarat bilangan 2 , 2021 disahkan. Pn


Norita menyokong.

1
4.0 PDPC BERSEMUKA

4.1 Pengerusi, Pn Fakhriah memaklumkan pdpc bersemuka akan bermula pada 2


November bagi murid tahap 2.
4.2 Apabila pdpc bersemuka dilaksanakan kelak,semua guru Sejarah dikehendaki
mengenalpasti kelemahan setiap murid dalam kelas yang diajar sepanjang tahun
2021 dalam mata pelajaran Sejarah.
4.3 Guru boleh membuat perancangan serta intervensi yang bersesuai dengan
kelemahan murid yang telah dikenalpasti.

Tindakan : Semua guru Sejarah

5.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MURID

5.1 Semua guru diminta untuk mengenalpasti Tahap Penguasaan (TP) murid
masing-masing dan memasukkan data tersebut dalam tapak PBD akhir tahun
yang telah diberikan
5.2 Penetapan TP murid haruslah bersesuaian dengan tahap pencapaian murid
beserta eviden yang ada.
5.3 Pengisian haruslah dibuat selewatnya 15 November 2021

Tindakan : Semua guru Sejarah

6.0 REKOD PENGAJARAN HARIAN

6.1 Penolong Kanan Kurikulum,Pn Faizah mengingatkan kepada semua guru untuk
menyiapkan semua rekod rancangan mengajar Pdpr yang bermula dari Julai
hingga Oktober
6.2 Kesemua rekod mengajar hendaklah dihantar kepada penilai masing-masing
sebaik sahaja pdp bersemuka nanti.
6.3 Guru haruslah menyertakan bersama semua kehadiran,rekod transit serta bahan
mengajar yang digunakan sepanjang Pdpr.

7.0 PENCERAPAN

7.1 Pn Faizah memaklumkan pencerapan akan dijalankan oleh Ketua Panita


bermula bulan November. Justeru itu, semua guru sejarah diminta bersedia
untuk di cerap pada bila-bila masa sepanjang bulan November.
7.2 Pencerapan dijalankan bagi membantu guru dalam penilaian Standard 4 dan
SKPMg2 iaitu guru sebagai perancang,pengawal dan pembimbing

8.0 PENYEMAKAN BUKU TULIS MURID

8.1 Pn Fakhriah selaku ketua panitia memohon untuk semua guru sejarah
menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku tulis daripada setiap kelas untuk
semakan ketua panitia.

2
9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Pn Wan Muni Aida memohon kepada semua penyelaras bagi setiap aktiviti
kemerdekaan yang telah dijalankan untuk memberi laporan pemenang kepadanya
untuk rekod dan pembahagian hadiah.
9.2 Pn Fakhriah mengucapkan terima kasiha atas kerjasama semua dalam menjayakan
program dibawah bulan kemerdekaan serta penglibatan semua dalam penyertaan
sekolah dibawah pertandingan semarak kemerdekaan yang telah memberi kejayaan
kepada SK Sendayan iaitu menjadi Johon bagi kategori Sekolah Rendah daerah
Seremban.

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua guru komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dan komited dalam bekerja bersama ke arah mencapai prestasi murid yang
lebih baik.

9.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………. ………………………………………………. ……………………………………………….


(Pn Wan Muni Aida Wan Nazulan) (Pn Fakhriah Abd Fatah) (Pn Nor Faizah Bt Abu)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah Penolong Kanan Kurikulum
SK Sendayan SK Sendayan SK Sendayan

You might also like