You are on page 1of 4

SK CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEDUA TAHUN 2021

BIL : 2
HARI : Isnin
TARIKH : 5 Julai 2021
MASA : 8.00pm
TEMPAT : Google Meet (Kediaman Masing-Masing)

KEHADIRAN :

1. Pn Ong Kwee Bee (GURU BESAR)


2. Pn Sakinah bt Ibrahim( Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn Robiah bt Said (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Pn Vatsala a/p Palmanaphan (GPK Kokurikulum)
5. Pn Hafizah bt Jaafar
6. Pn. Azalia binti Mohamad Wahi
7. Pn. Rasidah binti Abdullah
8. Pn.Zubaidah binti Sulaiman
9. Pn. Normala binti Isa
10. Pn. Low Kai Lin
11. Pn. Munah binti Mahat
12. Pn. Azalia binti Wahi
13. Pn. Zalina binti Hashim
14. Pn. Khatijah binti Mohamad
15. En.Norfaisal bin Md Nor
16. Pn. Esther Tan Mei Choo
17. Pn. Nor Hadijah binti Omar @ Mahmud
18. En. Zairil Azhar bin Ab. Rahman
19. Pn.Elmi bintiChe Mahmood
20. Pn.Halimatun Sa’adiahbinti Zawawi
1
21. En. Sufian Sauri bin Ahmad
22. Pn. Nor Azira binti Ab. Razak
23. En. Zulfaqar bin Shafie
24. Pn. Chandra Mala A/p Velliappan
25. Pn. Siti Azerah binti Mohd Yasin
26. En. Ahmad Saufi bin Mokhtar
27. Pn Nurul Ain
28. Pn. Rosfadzelah binti Jusoh
29. Cik NorBaizura Binti Ismail

1. Ucapan Guru Besar


1.1 Kata-kata aluan dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru yang hadir untuk
mesyuarat kokurikulum kali kedua bagi tahun 2020
Tindakan: Makluman

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum – Pn Vatsala a/p Palmanaphan


2.1 Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat
dan guru-guru yang hadir Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Kali kedua bagi sesi
persekolahan tahun 2020

2.2 Memaklumkan berkenaan kokurikulum berperanan mengugukuhkan pengetahuan dan


pembelajaran murid di dalam kelas melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
Diharap melalui aktiviti ini, pembinaan dalam diri pelajar dapat dilaksanakan.

Tindakan : Makluman
3. Kandungan Mesyuarat

3.1 Laporan Kelab Persatuan dan Badan unit beruniform

3.1.1 Guru-guru penasihat perlu memastikan buku laporan dilengkapkan berdasarkan


kepada tarikh yang telah ditetapkan.

3.1.2 Guru- guru penasihat juga perlu memastikan semua aktiviti dan kehadiran ditulis
dengan betul dan jelas.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian Kokurikulum

2
3.2.1 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa bermula tahun 2021 penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian Kokurikulum (RPH Koku) wajib dituliskan untuk
setiap badan unit beruniform serta kelab dan persatuan.

3.2.2 Guru penasihat disarankan untuk berkumpul bersama AJK masing- masing bagi
penyediaan RPH Koku sebagai persediaan untuk tahun hadapan.

3.2.3 RPH yang disediakan perlu mengikut format yang telah disediakan.

3.3 PAJSK

3.3.1 Guru-guru kelas di minta untuk memasukkan data SEGAK dan PAJSK bagi
kelas masing-masing.

3.3.2 Guru diminta untuk memastikan kehadiran murid mencapai 40%, memastikan
semua penyertaan, sumbangan murid, serta semua aktiviti luar yang disertai oleh
murid dinyatakan kerana ia akan menyumbang kepada markah murid.

3.3.3 Buku –buku PAJSK perlu di tanda tangan oleh guru-guru penasihat dan disimpan
sebagai evidens. Buku tersebut perlu disimpan dengan baik.

3.3.4 Murid-murid perlu memaklumkan kepada guru berkenaan aktiviti yang disertai
dan guru kelas bertanggungjawab untuk mengisi semua maklumat yang telah
diperolehi.

3.3.5 Markah perlu diisi dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang
bakal timbul kelak.

3.3.6 Semua sijil penyertaan dan sebagainya perlu di salin cetak dan diserahkan kepada
unit kokurikulum untuk simpanan fail.

Tindakan : Semua guru penasihat dan guru kelas


4.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10 malam

Di sediakan Oleh: Di semak Oleh:

3
___________________________ _________________________
( Pn Hafizah Binti Jaafar) ( Pn Vatsala a/p Palmanaphan )
Setiausaha Kokurikulum, GPK Kokurikulum
SK Convent Infant Jesus 1 SK Convent Infant Jesus 1

You might also like