You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/298793978

Transformasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Aktiviti


Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan
Guru UniSZA

Conference Paper · October 2015

CITATIONS READS
0 3,158

3 authors, including:

Abdul Hakim Abdullah


Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA
84 PUBLICATIONS   66 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Islamic Integrated Curriculum View project

Kajian Solat Jumaat Dalam Satu Mukim Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Grant (Kuala Terengganu, Malaysia) 2012-03 to 2012-04 | View project

All content following this page was uploaded by Abdul Hakim Abdullah on 25 July 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

65. TRANSFORMASI TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
UNISZA

Wan Ismail Wan Abdullah


Abdul Hakim Abdullah
Nur Iyliani Kamaruzaman

Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam


Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam
Program Pensiswazahan Guru UniSZA. Responden kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan
Islam yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di UniSZ dan sampel kajian yang
terlibat dengan kajian ialah seramai 230 orang responden. Pengumpulan data menggunakan borang
soal selidik telah dibina untuk menguji tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran responden yang terlibat. Data yang
diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science v.22 for Windows
(SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan kekerapan. Kebolehpercayaan item soal selidik
telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum kajian sebenar. Hasil kajian
rintis kebolehpercayaan bagi item tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah
.87. Hasil analisis secara statistik deskriptif telah menunjukkan tahap kepenggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi yang TINGGI dalam kalangan responden yang terbabit dengan kajian
ini.
KATA KUNCI: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran, Guru
Pendidikan Islam, Program Pensiswazahan Guru.

Pengenalan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa mengira kekangan tempat dan
masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan
serta dapat mempercepatkan proses pendidikan itu sendiri.Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga bertujuan untuk mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bersifat interaktif dan koperatif.

839
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

Pernyataan Masalah

Pada era globalisasi sekarang, pelbagai alat media elektronik dan kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi seperti komputer, aplikasi multimedia dan internet telah diintergrasi di sekolah-
sekolah bagi tujuan menjadikan pengajaran para guru lebih berkesan (Jamalludin & Zaidatun, 2003).
Namun, kajian-kajian lampau yang telah dijalankan oleh Ashinida et al, 2004; Nor Azilah & Mona,
2004; Robiah et al, 2003; Mohd. Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd. Rahman, 2000
berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan guru di sekolah
menunjukkan tahap yang rendah dan cabaran paling besar ialah memastikan semua guru
mengaplikasiakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian mereka (Lee &
Winzenreid, 2009).
Selain itu, latihan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang diterima oleh para
guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah
(Soon Yin & Kooi Guan, 2002). Pernyataan ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa
kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, melalui beberapa kajian lepas
yang telah dilakukan oleh Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan (1997), Adenan (1999), Krishnan
et al, (2007) telah menunjukkan bahawa tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga berkait rapat dengan sikap para guru itu sendiri.
Justeru, penyelidik berpendapat langkah awal perlu dilakukan bagi mengetahui dan mengenal pasti
sejauh mana tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi para guru dalam memberi dan
mempengaruhi impak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu apabila
diaplikasikan dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. /
Disebabkan itu juga, penyelidik merasakan perlunya sebuah kajian dilakukan dalam
menyelidik dan mengenal pasti tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada
peringkat awal iaitu dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tentunya melibatkan para guru dan pelajar.

Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG), UniSZA yang
terdiri daripada Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi diaplikasikan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikaji daripada objektif kajian ialah:


i. Sejauh manakah tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang diaplikasikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sorotan Karya

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencapai suatu tahap di mana
pengaruhnya dapat dilihat dalam kehidupan manusia. Ia berkembang dengan sangat

840
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

pesat dan pengaruhnya semakin bertambah bukan sahaja terhad sebagai agen penyebaran maklumat
bahkan dalam semua bidang lain seperti perubatan, perniagaan, pengiklanan dan sebagainya
(Noriatiet. al, 2010). Teknologi maklumat dan komunikasi sebagai agen dan alat penyebaran
maklumat dapat mewujudkan pengalaman sebenar melalui pelbagai cara. Antaranya ialah melalui
simulasi, penganalisisan data dan sebagainya. Ia dapat memperkembangkan kemahiran aras tinggi
seperti kolaborasi di mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah
(Bhattacharya & Sharma, 2007).
Sesungguhnya ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia telah banyak
merubah kehidupan manusia, pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi dalam penggunaan
Internet sememangnya merupakan sumber maklumat dalam menambah dan mengembangkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada.
Ia juga amat penting dari aspek memperkayakan ilmu pengetahuan, kemahiran, perhubungan
dan perkongsian bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendapat dan juga idea dalam kalangan
pendidik. Penggunaan internet sebagai media pengajaran dalam kalangan guru demi melahirkan
pelajar yang celik teknologi maklumat. Selain itu, guru juga berperanan dalam memberikan
pendidikan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet supaya para pelajar dapat
memahami dan mengetahuinya dari peringkat awal lagi (Noriatiet. al, 2010).
Muhammad Hassan (2000) menyatakan bahawa komputer sebagai salah satu peralatan teknologi
maklumat dan komunikasi didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu para guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana komputer berkemampuan dalam menerima dan
memproses data.
Ini kerana, teknologi komputer telah terbukti sebagai sebuah mesin elektronik yang bersifat
anjal, berkeupayaan tinggi dan sangat bagus dan berkesan dalam menjalankan tugas sama ada tugas
tersebut mudah ataupun sukar. Ini menyebabkan, manusia khususnya para guru telah meletakkan
komputer sebagai alat teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin diperlukan dalam
kehidupan seharian.
Penggunaan komputer sebagai salah satu alat dalam teknologi maklumat dan komunikasi bukan
sahaja diaplikasikan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah, malah peranannya telah
berkembang sebagai alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
(Shaari Osman et. al, 2005).
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Jamaluddin et. al, (2008) dalam kajian mereka
yang bertajuk “Tahap Kemahiran Penggunaan ICT Guru Pelatih IPTA” menunjukkan bahawa para
pelatih dapat menguasai kemahiran membuat slaid untuk persembahan dengan baik.
Kemahiran membuat slaid untuk persembahan ini dikuasai dengan baik disebabkan kewajipan setiap
IPTA meminta para pelajaranya mendaftar subjek berkaitan dengan teknologi pendidikan. Di antara
tugasan yang harus diikuti oleh para pelajar ialah menghasilkan slaid dengan menggunakan
kemudahan komputer atau kamera digital.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Tan Soon Yin (2002), penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi terutamanya dari aspek penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah di tahap
yang minimum. Ini terjadi kerana, kebanyakan latihan teknologi maklumat dan komunikasi yang
dikendalikan oleh pihak sekolah hanya tertumpu pada yang umum sahaja. Latihan untuk kemahiran
yang lebih tinggi, berguna dan berkesan secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti pangkalan data dan penggunaan grafik tidak banyak dilaksanakan.

Kepentingan Kajian
Terdapat beberapa kepentingan kajian kepada para guru dan pensyarah dan pelajar yang boleh
didapati daripada kajian yang dijalankan ini. Kepentingan kajian kepada golongan pendidik iaitu para
guru dan pensyarah ialah diharapkan para pendidik dapat mengguna dan mengaplikasikan

841
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan pendekatan yang lebih sesuai, menarik dan meluas seiring dengan golongan yang menerima
ilmu iaitu para pelajar.
Para pendidik dapat menarik minat dan konsentrasi serta fokus pelajar terhadap sesuatu topik
pembelajaran melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran kepada para pelajar. Seterusnya, ia dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih interaktif dan dapat menarik minat dan perhatian pelajar serta dapat
meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih mendalam.
Seterusnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada kedua-dia pihak juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Ini
kerana, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini lebih cepat, mudah dan sesuai dengan
keadaan dan persekitaran diri mereka itu sendiri. Justeru itu, penyelidik berharap bahawa hasil kajian
ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pihak yang terlibat dalam
meningkatkan mutu dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi.
Akhirnya, hasil kajian ini juga diharapkan dapat menjadi panduan bagi penyelidik sendiri
untuk mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru melalui penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dan seterusnya dapat mengemukakan cadangan dan pendapat supaya para
guru masa kini dan akan datang akan dapat mengguna dan mengaplikasikan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih meluas dan
berkesan.

Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk suatu kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian.Pendekatan kuantitatif merupakan kajian di mana penyelidik membuat keputusan tentang apa
yang hendak dikaji, mengemukakan pertanyaan secara spesifik dan terus, mengumpul data daripada
responden, menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah statistik dan membuat keputusan tanpa
berat sebelah (Creswell, 2005).
Bagi mengenal pasti transformasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru, kajian ini
menggunakan soal selidik yang telah diubah dari Cheah Chee Keong et al (2010) dan Nur Iyliani
Kamaruzaman (2013) dan diolah mengikut kesesuaian selaras dengan tujuan dan objektif kajian
ini.Soal selidik ini telah digunakan kerana terdapat perkaitan yang amat sesuai dengan kajian yang
dilakukan. Bagi menguji tahap kebolehpercayaan itemsoal selidik, satu kajian rintis telah dilakukan
dan nilai Alpha Cronbach 0.85 telah diperoleh.
Menurut Majid Konting (1998), nilai Alpha Cronbach yang lebih daripada 0.80 untuk sesuatu
soal selidik menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan nilai alfa yang diperoleh,
dapatlah dirumuskan bahawa soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam
kajian ini, set soal selidik tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada Latar Belakang Responden manakala, Bahagian B
terdiri daripada KonsepTeknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran serta bahagian C pula terdiri daripada Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Skala Likert 5 Mata.
Skala „likert‟ digunakan bagi memudahkan kerja-kerja mentafsir data yang dikumpulkan. Skala
„likert‟ lima mata yang terdiri daripada Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti
(TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS) telah digunakan dalam kajian ini kerana ia dapat
memberikan maklum balas yang lebih jelas daripada responden bagi tujuan kajian ini (Sharmizal
Suhaidal Ahmad Bahsaruddin, 2008).
842
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

Populasi kajian terdiri daripada kesemua Guru Pendidikan Islam (GPI) yang sedang
mengikuti sesi pembelajaran dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) di UniSZA, Terengganu
(N=503). Manakala, sampel kajian pula seramai 230 orang yang terdiri daripada ahli-ahli dari
kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi kajian. Pemilihan responden yang terlibat dengan
penyelidikan ini dibuat secara rawak iaitu melalui kaedah persampelan dengan merujuk kepada
„Table for Determining Sample Size by Krejcie & Morgan (1970)‟.

Analisis Data

Dalam kajian ini, kaedah menganalisis data dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package
for the Social Sciences) versi 22 for Windows digunakan untuk menganalisis data-data yang
diperoleh. Data-data di analisis daripada borang soal selidik bagi memperoleh peratusan kekerapan
dan nilai skor min. Intepretasiskor min yang didapati kemudiannya dikategorikan sebanyak tiga tahap
iaitu 1.00 - 2.50 = Rendah, 2.51 – 3.50 = Sederhana dan 3.51 – 5.00 = Tinggi.

Dapatan Kajian

Analisis Demografi Responden

Responden kajian terdiri daripada 230 orang guru Pendidikan Islam yang berkhidmat di tiga buah
negeri di Pantai Timur. Daripada aspek kategori sekolah, majoriti responden mengajar di sekolah
rendah iaitu n=210 (91.3%) berbanding yang mengajar di sekolah menengah iaitu n=20 (8.7%).
Daripada aspek jantina, majoriti responden merupakan guru perempuan n=184 (80%) berbanding
dengan guru lelaki n=46 (20%). Perkara ini merupakan fenomena biasa di kebanyakan sekolah di
Malaysia di mana bilangan guru perempuan adalah melebihi bilangan guru lelaki.
Seterusnya, melalui aspek umur pula, majoriti responden merupakan guru yang berumur dalam
lingkungan 41-50 tahun iaitu n=210 (91.3%) berbanding dengan guru yang berada dalam lingkungan
umur di antara 31-40 tahun (n=14, 6.1%) dan yang berumur 51 tahun ke atas (n=6, 2.6%). Manakala,
dari aspek taraf pendidikan pula, kebanyakkan responden memiliki diploma pendidikan iaitu n=155
(67.4%) berbanding dengan yang memiliki sijil perguruan iaitu n=75 (32.6%). Melalui aspek negeri
berkhidmat, responden yang paling ramai adalah dari negeri Kelantan iaitu n= 134 (58.3%),
diikuti dengan responden dari negeri Terengganu iaitu n=87 (37.8%) dan akhir sekali ialah dari
negeri Pahang iaitu hanya seramai n=9 (3.9%). Daripada aspek tempoh berkhidmat, data
menunjukkan golongan guru yang berkhidmat di antara11-20 tahun (n=177, 77%) lebih ramai
daripada guru yang berkhidmat di antara 21-30 tahun (n=49, 21.3%), manakala tempoh guru
yang berkhidmat di antara 1-10 tahun hanya ada n=10(1.7%). Demografi lengkap latar belakang
responden sampel kajian dibentangkan seperti dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Demografi Latar Belakang Responden


Demografi Kategori Bil Peratus
Kategori Sekolah Sekolah Rendah 210 91.3
Sekolah Menengah 20 8.7
Jantina Lelaki 46 20
Perempuan 184 80
Umur 21-30 tahun
31-40 tahun 14 6.1

843
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

41-50 tahun 210 91.3


51 tahun ke atas 6 2.6
Taraf Pendidikan Sijil Perguruan 75 32.6
Diploma Pendidikan 155 67.4
Negeri Berkhidmat Pahang 9 3.9
Kelantan 134 58.3
Terengganu 87 37.8
Tempoh Berkhidmat 1-10 tahun 4 1.7
11-20 tahun 177 77
21-30 tahun 49 21.3
31 tahun ke atas

Analisis Taburan Kekerapan, Skor Min dan Sisihan Piawai Responden terhadap Tahap
Penggunaan TMK Guru Pendidikan Islam dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Jadual 2 : Taburan kekerapan, skor min dan sisihan piawai responden terhadap tahap
penggunaan TMK Guru Pendidikan Islam dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pernyataan STS TS TP S SS Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya menggunakan TMK - 18 46 159 7 3.67
dalam aktiviti PdP saya. 7.8% 20.0% 69.1% 3.0%
Saya sentiasa menggunakan - 29 59 125 17 3.57
kemudahan TMK dalam 12.6% 25.7% 54.3% 7.4%
sesuatu aktiviti PdP.
Saya menggunakan TMK 3 24 19 146 38 3.83
untuk mencari bahan 1.3% 10.4% 8.3% 63.5% 16.5%
persediaan aktiviti PdP sahaja.
Saya menggunakan TMK - 38 93 87 12 3.32
secara tetap dan berterusan 16.5% 40.4% 37.8% 5.2%
(consistent) dalam aktiviti PdP.
Saya hanya menggunakan 5 78 62 79 6 3.01
TMK dalam aktiviti PdP 2.2% 33.9% 27.0% 34.3% 2.6%
sahaja.
Saya mengaplikasikan - 11 59 138 22 3.74
penggunaan TMK dalam 4.8% 25.7% 60.0% 9.6%
aktiviti PdP secara kreatif.
Saya menggunakan TMK - 7 17 179 27 3.98
dalam aktiviti PdP begantung 3.0% 7.4% 77.8% 11.7%
kepada masa mengajar yang
bersesuaian.
Purata 3.58

Merujuk kepada Jadual 4 di atas yang menunjukkan taburan peratusan kekerapan tahap
penggunaan TMK Guru Pendidikan Islam dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran,
pernyataan yang memiliki nilai min yang paling tinggi ialah pernyataan “Saya menggunakan

844
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

TMK dalam aktiviti PdP bergantung pada masa mengajar yang bersesuaian” iaitu 3.98. Seramai
179 orang responden (77.8%) berpendapat „setuju‟ dan 27 orang responden (11.7%) pula
berpendapat „sangat setuju‟ dengan pernyataan ini.
Nilai min yang kedua tertinggi mewakili pernyataan “Saya menggunakan TMK untuk
mencari bahan persediaan aktiviti PdP sahaja” iaitu 3.83. Seramai 146 orang responden (63.5%)
berpendapat „setuju‟, 38 orang responden (16.5%) berpendapat „sangat setuju‟, 24 orang
responden (10.4%) berpendapat „tidak setuju‟ dan 3 orang responden (1.3%) pula berpendapat
„sangat tidak setuju‟ dengan pernyataan ini.
Bagi item yang mewakili nilai min yang ketiga tertinggi pula ialah pernyataan “Saya
mengaplikasikan penggunaan TMK dalam aktiviti PdP secara kreatif.” iaitu sebanyak 3.74.
Bilangan responden yang „setuju‟ dengan pernyataan ini ialah seramai 138 orang (60.0%) dan
seramai 22 orang responden (9.6%) pula ‟sangat setuju‟ dengan pernyataan tersebut.
Seterusnya, nilai min 3.67 mewakili pernyataan “Saya menggunakan TMK dalam aktiviti
PdP saya”. Responden yang berpendapat „setuju‟ adalah seramai 159 orang iaitu 69.1%, 7 orang
responden (3.0%) berpendapat „sangat setuju‟, 46 orang responden (20.0%) berpendapat „tidak
pasti‟ dan 18 orang responden (7.8%) yang lainnya berpendapat „tidak setuju‟.
Manakala, pernyataan “Saya sentiasa menggunakan kemudahan TMK dalam sesuatu
aktiviti PdP” pula mempunyai nilai min 3.57. Bilangan responden yang berpendapat „setuju‟
adalah seramai 125 orang iaitu sebanyak 54.3% dan 17 orang responden yang mewakili nilai
peratus sebanyak 7.4% pula berpendapat „sangat setuju‟ dengan pernyataan ini.
Di samping itu, nilai min 3.32 pula diperoleh dari pernyataan “Saya menggunakan TMK
secara tetap dan berterusan (consistent) dalam aktiviti PdP”. Seramai 38 orang responden iaitu
sebanyak 16.5% berpendapat „tidak setuju‟, 93 orang responden (40.4%) berpendapat „tidak
pasti‟, 87 orang responden atau 37.8% berpendapat „setuju‟ dan 12 orang responden (5.2%) pula
berpendapat „sangat setuju‟.
Selain itu, pernyataan “Saya hanya menggunakan TMK dalam aktiviti PdP sahaja”
memperoleh nilai min 3.01. Seramai 6 orang responden atau 2.6% berpendapat „sangat setuju‟,
79 orang responden bersamaan 34.3% berpendapat „setuju‟, 62 orang responden (27.0%)
berpendapat „tidak pasti‟, 78 orang responden atau 33.9% berpendapat „tidak setuju‟ dan 5 orang
responden yang mewakili 2.2% pula berpendapat „sangat tidak setuju‟ dengan pernyataan ini.

Jadual 3 : Taburan kekerapan dan peratusan penggunaan TMK responden dalam seminggu

Pernyataan Bil Peratus


1kali
1 0.4
seminggu
2kali
36 15.7
seminggu
3kali
Saya menggunakan TMK dalam PdP sebanyak 175 76.1
seminggu
4kali
17 7.4
seminggu
5kali
1 0.4
seminggu
Jumlah 230 100

845
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

Sementara itu, pernyataan “Saya menggunakan TMK dalam PdP sebanyak 1,2,3,4 dan 5
kali seminggu” masing-masing memperoleh nilai min 0.00, 0.16, 0.76, 0.07 dan 0.00. Hanya
seorang responden sahaja iaitu 0.04% yang menggunakan TMK sekali seminggu dalam PdP.
Seramai 36 orang responden bersamaan 15.7% menggunakan TMK 2 kali seminggu.
Bagi penggunaan TMK sebanyak 3 kali seminggu pula, seramai 175 orang responden
(76.1%) menggunakannya dalam aktiviti PdP mereka. Manakala, melalui penggunaan TMK
sebanyak 4 kali seminggu, bilangan responden yang menggunakannya ialah seramai 17 orang
iaitu bersamaan dengan 7.4%. Seterusnya, hanya terdapat seorang responden sahaja yang
menggunakan TMK dalam aktiviti PdP sebanyak 5 kali seminggu iaitu bersamaan 0.04%.

Perbincangan

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa skor min bagi
tahap kepenggunaan mereka berada pada tahap tinggi iaitu 3.58.
Dapatan kajian mendapati bahawa Guru Pendidikan Islam ini mengaplikasikan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara tinggi. Antara faktor yang menyumbang kepada tahap kepenggunaan yang tinggi ini ialah
kebanyakan dari para guru ini menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah
bergantung kepada masa pengajaran dan pembelajaran para guru itu sendiri. Nilai skor min yang
diperoleh daripada faktor ini ialah 3.98.
Selain itu, faktor latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran dan
penggunaannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Rosnaini & Mohd Arif, 2010;
Norizan, 2003; Wong, 2002).
Hal ini kerana, kebanyakan peralatan pembelajaran khususnya Teknologi Maklumat dan
Komunikasi digunakan pada sebahagian besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia
tidak merubah aspek lain yang mempengaruhi pembelajaran itu sendiri (Ishak & Dani, 2013).
Walaupun begitu, dapatan yang diperoleh didapati agak berbeza dengan kajian yang
dilakukan oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004) yang menyatakan bahawa
pengintegrasian ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati
pada tahap sederhana.
Namun, berbanding dengan sedekad yang lalu, kebanyakkan guru didapati menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasidalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan
yang lebih tinggi. Justeru, bagi menjadikan penggunaannya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan, tahap penggunaannya perlu lebih
dipertingkatkan agar selari dengan kemahiran teknologi yang ada serta dapat memaksimakan
kelebihan teknologi yang ada.
Oleh itu, pelbagai latihan seperti kursus dan bengkel perlu diberikankepada guru bagi
memberi peluang kepada mereka untuk sentiasa mengembangkan dan mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi agar seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang.

846
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

Penutup

Dalam zaman teknologi maklumat sekarang, menjalankan tugas dengan baik dan cekap amat
dititikberatkan. Produktiviti, kecekapan dan keberkesanan dapat dipertingkatkan melalui
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Harus difahami, hanya melalui penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang betul sahaja segala amanah, tugas dan tanggungjawab
akan dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan. Oleh kerana fenomena teknologi maklumat
dan komunikasi yang semakin berkembang pesat ini, maka ia menarik minat penyelidik untuk
menjalankan satu kajian mengenai Transformasi Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program
Pensiswazahan Guru UniSZA.

Rujukan

Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik darjah.
Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623.
Adenan Husin. (1999). Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer.Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1985). Computer-Based Instruction: Methods and Development.
NJ: Prentice-Hall.
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK
(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies
(GEMA). (dalam talian) http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.htm (26 Januari
2005).
Bhattacharya, I. & Sharma, K. (2007), 'India in the knowledge economy – an electronic
paradigm', International Journal of Educational Management Vol. 21 No. 6, Pp. 543- 568.
Cuban, L., Kirkpatrick, H. & Peck, C. (2001). High access and low use of technologies in high
school classrooms: Explaining an apparent paradox. American EducationalResearch
Journal, 38 (4), 813-834.
Gan, S. L. (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, Issues and Challenges. Kuala
Lumpur: Longman.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publication.
Jamaluddin Ahmad, Tajularipin Sulaiman dan Sidek Mohd Noah. (2008). Tahap Kemahiran
Penggunaan ICT Guru Pelatih IPTA. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru Terhadap
Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah
Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement.
Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan, Noor Azean. (2007). Faktor-
faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Pelajar Tahun Akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching & Learning: Re-
engineering ID, Utilization and Innovation of Technology 1: 6-12.
Ishak Abdulhak dan Dani Parmawan. (2013). Teknologi Pendidikan: Bermula Era Revolusi

847
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

Digital dakam Dunia Persekolahan di Malaysia. Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn.
Bhd.
Lee, M. & Winzenried, A. (2009). The use of instructional technology in schools. Victoria,
Australia: Australian Council for Educational Research Ltd.
Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003). Tahap kesediaan
penggunaan perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen
Teknologi Pendidikan ke 16, 372-380.
Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan. (1997). Penggunaan komputer di kalangan guru-guru
dalam pengurusan kurikulum di sekolah menengah daerah Sik, Kedah. Kertas Projek Fakulti
Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia:
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan pelbagai
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17, 59-64.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A, Majid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norizan Abdul Razak. (2003). Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian
secondaryschools. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Iyliani Kamaruzaman. (2013). Kesan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam Aktiviti Pembelajaran dalam kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Islam) Tahun 4 Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu. Tesis Ijazah
Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Robiah Sidin, Juhana Salim & Nor Sakinah Mohamed. (2003). Pembudayaan teknologi
maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar Melayu dalam arus globalisasi. Laporan Akhir
Penyelidikan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini & Mohd Arif (2010). Impact of training and experience in using ICT on in-service
teachers‟basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational Technology, 10 (2), 5-10.
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail dan Jalalludin Ibrahim. (2011). „Tahap Kemahiran dan
Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari‟ dalam Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia: Jilid 1. Nombor 1, Mac 2011.
Seels, B. dan Richey, R. (1994). Instructional Technology: The Definition and Domains of the
Field. AECT: Washington D. C.
Shaari Osman, Zulkifli Mat Som, Aaharuddin Suhaidi, Zaharuddin Mohamad dan Zainon
Buymin. (2005). „Tahap Kemahiran Penggunaan Komputer dalam Pengurusan Peperiksaan
di Maktab Perguruan Ilmu Khas‟ dalamJurnal Akademik: Jilid 22. Kuala Lumpur: Maktab
Perguruan Ilmu Khas.
Sharifah Nor Puteh dan Kamarul Azman Abd Salam. (2011). „Tahap Kesediaan Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah‟
dalam Jurnal Pendidikan Malaysia: 36(1)(2011): 25-34.
Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari & Hazura Mohamed. (2002). Kajian

848
SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 10 – 11 October 2015
©2015 Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA

perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru sekolah


bandar dan luar bandar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1, 150-158.
Siti Hajar Md. Noh. (2002). Tahap Penggunaan Multimedia di kalangan Guru Sains dalam
Pengajaran Sains KBSM. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-
Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.
Tan, S.Y. (2002). Inovasi Pendidikan: Penggunaan Komputer di Sekolah-sekolah Negeri Pulau
Pinang. Tesis Ph.D. Universiti Sains Malaysia.
Wong Su Luan (2002). Development and validation of an Information Technology (IT) based
instrumentto measure teachers‟ IT preparedness. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra
Malaysia.
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab
Samad. (ed). (2008). Kemahiran ICT di kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor:
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

849

View publication stats

You might also like