You are on page 1of 6

Tutorial Topik 1

Nama : ANIS AFIFAH BINTI HAMZAH


Kelas : D2.3

Hasil Pembelajaran Kursus:


HPK1 Menjelaskan konsep, matlamat dan dasar pendidikan inklusif serta kurikulum pendidikan
jasmani suaian. (C2, HPP1)
Topik 1 Pengenalan Program Pendidikan Inklusif
● Asas dan sejarah program Pendidikan Inklusif
● Matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif
● Dasar Pendidikan inklusif
● Program Pendidikan Khas KPM
● -  Sekolah khas
● -  Program integrasi
● -  Program pendidikan inklusif
● Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
● -  Pendekatan pendidikan inklusif
( Inklusif separa & Inklusif penuh )
● -  Proses pemilihan murid Pendidikan Inklusif
(Kriteria pemilihan & Penempatan)

1. Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI)?

 Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan yang


disediakan kepada murid yang berkeperluan pendidikan khas.
 Program ini dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama dengan murid lain
dalam kelas yang sama, sama ada di sekolah kerajaan ataupun sekolah
bantuan kerajaan.
 PPI ini terbahagi kepada dua iaitu inklusif separa dan inklusif penuh.
 Inklusif separa bermaksud mereka belajar bersama dengan pelajar arus
perdana dalam subjek tertentu sahaja.
 Inklusif penuh pula bermaksud mereka belajar secara penuh bersama dengan
pelajar arus perdana.

2. Apakah definisi, matlamat & objektif PPI?

A. Definisi PPI
Program Pendidikan Inklusif (PPI) bermaksud suatu program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan
pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

B. Matlamat PPI
Matlamat PPI adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bagi
Murid Berkeperluan Khas (MBK) belajar bersama-sama murid arus perdana
dalam persekitaran tanpa halangan. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK untuk cemerlang dalam
bidang akademik mahupun bukan akademik.

C. Objektif PPI
I. memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar
dalam persekitaran tanpa halangan
II. membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum
III. memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus
perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka
IV. meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta
komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.

3. Apakah model holistik pelaksanaan PPI?

 PPI dilaksanakan secara holistik dengan penglibatan semua pihak pada


peringkat sekolah hingga ke peringkat komuniti.
 Pendidikan inklusif yang bersifat holistik atau menyeluruh tidak menekankan
kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi
perkembangan dan pencapaian potensi lain dalam diri setiap MBK.
 Model holistik yang diguna pakai merangkumi pelaksanaan pendekatan
inklusif separa dan inklusif penuh.
 Inklusif separa mengambil kira penglibatan MBK dalam bidang akademik dan
bukan akademik.
 MBK mengikuti PPI sama ada dengan bantuan khidmat sokongan atau tanpa
sokongan bergantung kepada keperluan individu murid.

Rajah 1: Pelaksanan Program Pendidikan Inklusif (model holistic) secara


berperingkat
4. Perbezaan antara inklusif penuh & inklusif separa.

INKLUSIF PENUH INKLUSIF SEPARA


 MBK belajar sepenuh  MBK belajar bersama-sama murid arus
masa bersama-sama perdana bagi mata pelajaran akademik
murid arus perdana. atau aktiviti kokurikulum tertentu
 MBK mengikuti sahaja.
pembelajaran bagi  Berasaskan kurikulum kebangsaan atau
semua mata pelajaran kurikulum kebangsaan yang diubahsuai
berasaskan kurikulum dengan sedikit atau tanpa bantuan
kebangsaan atau perkhidmatan sokongan.
kurikulum kebangsaan  Berdasarkan potensi, bakat dan
yang diubahsuaikan keupayaan mereka.
dengan bantuan atau Inklusif Separa Akademik
tanpa bantuan - MBK belajar di dalam kelas arus perdana
perkhidmatan bagi sekurang-kurangnya satu mata
sokongan. pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa
 MBK turut terlibat dalam Melayu, Matematik atau mana-mana mata
aktiviti kokurikulum pelajaran lain.
sebagaimana murid Inklusif Separa Bukan Akademik
arus perdana yang lain. - Inklusif separa bukan akademik
mengambil kira pelibatan MBK dalam
aktiviti kokurikulum dan sosialisasi.

a) Kokurikulum: MBK yang mengikuti aktiviti


kokurikulum berjadual diambil kira sebagai
penglibatan dalam inklusif separa bukan
akademik dan data boleh direkodkan
dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data
Murid (APDM).
b) Sosialisasi: Merujuk kepada pelibatan
MBK dalam aktiviti semasa waktu rehat
sekolah,sambutan Hari Guru, Hari Sukan
Sekolah, Hari Kantin atau sebarang
aktivitiekstra kurikulum yang memberikan
peluang MBK berinteraksi dan
bersosialdengan murid arus perdana.
Walau bagaimanapun, MBK yang terlibat
dalam inklusif separa sosialisasi tidak
direkodkan dalam sistem Aplikasi
Pengurusan Data Murid (APDM).

5. Senaraikan SK dan SM Pendidikan Khas di Malaysia.


BIL SK SM
.
1. SKPK Kuantan SMPKV Indahpura
2. SKPK Muar SMPKV Kuantan
3. SKPK Alma SMPKV Merbok
4. SKPK Perlis SMPKV Shah Alam
5. SKPK Sg. Petani SMPK Pulau Pinang
6. SKPK Besut SMPK Setapak
7. SKPK Kg. Baharu
8. SKPK Batu Pahat
9. SKPK Kuching
10. SKPK Kota Samarahan
11. SKPK Taiping
12. SKPK Jalan Peel
13. SKPK Sibu
14. SKPK Melaka
15. SKPK Jalan Batu
16. SKPK Johor Bahru
17. SKPK Ipoh
18. SKPK Kota Kinabalu
19. SKPK Tuaran
20. SKPK Seremban
21. SKPK Alor Setar
22. SKPK Jalan Hutton
23. SKPK Selangor
24. SKPK Kelantan
25. SKPK Pulau Pinang
26. SKPK Princess Elizabeth
27. SKPK Miri
28. SKPK Kuala Terengganu

6. Maksud untuk MBK, PPKI, 3PK, PDK, JPKS dan EFA.

A. MBK:
 MBK merupakan Murid Berkeperluan Khas.
 Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid
berkeperluan pendidikan khas bermaksud kanak-kanak yang diperakukan
oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi
mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan
kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan
penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan,
ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana
kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.
 Dalam konteks pendidikan khas, dihuraikan beberapa kategori MBK
sebagai panduan untuk masyarakat lebih mengenali rupa bentuk fizikal,
memahami tingkah laku dan mengetahui keperluan mereka.
B. PPKI:
 PPKI bermaksud Program Pendidikan Khas Integrasi.
 PPKI ialah Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan
khas.
 Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar
cerdas.

C. 3PK:
 3PK ialah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.
 3PK merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan
sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus
iaitu Audiologi, Psikologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan
Peripatetik.
 Sokongan 3PK bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan Murid
Berkeperluan Khas (MBK) bagi membolehkan MBK menjalani proses
pembelajaran dengan lebih baik selain membimbing MBK ke arah hidup berdikari
serta bermakna.

D. PDK:
 PDK ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
 PDK adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk Orang Kurang Upaya
(OKU) di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh
dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat
supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam
masyarakat.
 Ianya ditubuhkan atas inisiatif penduduk setempat dengan kerjasama Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
 PDK adalah satu program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk program pemulihan untuk anak-anak istimewa seperti down sindrom,
celeberal Palsy, lembab pembelajaran, masalah akal dan sebagainya.

E. JPKS:
 JPKS merupakan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah.
 Jawatankuasa ini ditubuhkan di semua sekolah yang melaksanakan
Pendidikan Khas.
 Fungsi Jawatankuasa ini dalam pelaksanaan PPI di sekolah adalah:
I. Merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI.
II. Memperakui dan meluluskan kemasukan murid ke PPI.
III. Mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap pencapaian murid.
IV. Melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat.
V. Bertindak sebagai panel rayuan.

F. EFA:
 EFA merujuk kepada Eduction For All.
 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut seruan prinsip Education
For All (EFA) yang dilaksankan oleh The United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
 Prinsip EFA adalah satu mandat global yang berjuang dalam memastikan
semua rakyat di seluruh dunia mendapat hak pendidikan. Melalui Pendidikan
Untuk Semua KPM berhasrat untuk membangunkan modal insan yang
holistik dan seimbang dari pelbagai aspek bagi membentuk masa depan
negara yang cemerlang.
 Selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua, KPM memperkasakan lagi
dasar sedia ada iaitu Dasar Sifar Penolakan bagi memastikan Penempatan
Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah-sekolah KPM tanpa menafikan
hak MBK untuk menerima hak pendidikan.

You might also like