You are on page 1of 1

SKRIP VIDEO TUGASAN 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Puan Noor Marlina Binti Mohamed
Nor selaku Pensyarah bagi matapelajaran PJMS2063R (Kurikulum Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan untuk Sekolah Rendah). Terlebih dahulu, saya akan memperkenalkan
diri saya. Nama saya Anis Afifah Binti Hamzah dari kelas D1.3.

Dalam tugasan ini, saya memilih pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 iaitu Unit
6: Olahraga Asas. Dalam unit ini, saya memilih pengajaran bagi larian iaitu Pecut dan Laju
pada muka surat 34 dan 35 di dalam buku teks Pendidikan Jasmani Tahun 5.

Mengikut Rancangan pengajaran Tahunan (RPT) bagi matapelajaran Pendidikan


Jasmani Tahun 5, Standard Kandungannya ialah 1.9 Melakukan kemahiran asas berlari
dengan lakuan yang betul 2.9 Mengaplikasikan konsep pergerakan dan prinsip mekanik
dalam kemahiran asas berlari. dan 5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
dan keselamatan.

Bagi Standard Pembelajarannya pula ialah 1.9.2 Berlari dan melakukan pertukaran
baton dalam zon pertukaran. 2.9.2 Memerihal ayunan tangan dan kaki yang betul semasa
berlari pecut dan 5.1.1 Mematuhi etika berpakaian Pendidikan Jasmani ketika menjalankan
aktiviti fizikal.

Objektif Pembelajaran bagi pengajaran ini ialah murid berupaya mengenalpasti


teknik lari pecut dengan lakuan yang betul dan cara melakukan pertukaran baton dalam zon
pertukaran. Bagi Kriteria Kejayaan pula, di akhir sesi pembelajaran ini, murid sekurang-
kurangnya boleh mengaplikasi teknik larian pecut dan melakukan pertukaran baton dalam
zon pertukaran serta murid juga boleh mengenal pasti tempat penerima baton mula berlari
dalam zon pertukaran.

Ini merupakan Rancangan Pengajaran Harian yang saya telah sediakan sebelum
memulakan pengajaran. Dalam pengajaran ini, saya menggunakan aktiviti PAK-21 iaitu I
See, I Think, I Wonder (Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya). Dalam pembelajaran ini
juga, murid akan menganalisis setiap kemahiran yang dipelajari. Pengajaran ini akan
membangkitkan sifat berdaya dan Kerjasama antara murid.

Di akhir pengajaran, saya menyediakan beberapa soalan melalui Quizziz sebagai


Digital Learning kepada murid. Ia menekankan tentang domain kognitif murid. Mari kita lihat
soalan yang perlu dijawab oleh murid.

Baiklah, itu sahaja perkongsian dari saya, sekian, terima kasih! Bye!

You might also like