You are on page 1of 18

KANDUNGAN

Prakata xiii
Penghargaan xv
Kata Kunci xvii
Matlamat dan Objektif Modul xix
Sinopsis xxi

BAB 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Objektif Bab 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Konsep 3
1.2.1 Teknologi Maklumat 3
1.2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4
1.3 Komputer 5
1.3.1 Perkakasan Komputer 7
1.3.2 Perisian Komputer 15
1.4 Komputer untuk Pengurusan 18
1.4.1 Fungsi Komputer 18
1.4.2 Amalan Komputer dalam Pengurusan 21
1.5 Teknologi Windows 23
1.5.1 Microsoft Windows 3.1 24
1.5.2 Microsoft Windows 95 24
1.5.3 Microsoft Windows 98 24
1.5.4 Microsoft Windows Millenium Edition 25
1.5.5 Microsoft Windows CE 25
1.5.6 Microsoft Windows New Technology 25
1.5.7 Microsoft Windows Experience User 26
1.6 Kesimpulan 27
Soalan Penilaian Kendiri 28
Jawapan Soalan dalam Teks 30

BAB 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Objektif Bab 37
2.1 Pengenalan 37
2.2 Pelbagai Jenis Perisian Pemprosesan Perkataan 38
2.3 Pengenalan kepada Microsoft Word 38
2.3.1 Microsoft Word XP 39
2.3.2 Fungsi Utama Microsoft Word XP 39
2.4 Antara Muka Microsoft Word XP 40
2.5 Membuka Perisian Microsoft Word XP 40
2.6 Elemen-Elemen Utama Antara Muka 40
v
2.7 Pilihan Arahan di Bar Menu 42
2.7.1 Menggunakan Toolbar 43
2.8 Office Assistant 43
2.8.1 Menutup Perisian Microsoft Word XP 44
2.9 Operasi Asas Pembinaan Dokumen 44
2.9.1 Operasi Asas Papan Kekunci dan Tetikus 45
2.9.2 Mengubah suai Saiz Jidar dan Orientasi Dokumen 46
2.9.3 Menyimpan Dokumen 46
2.9.4 Format Save As 47
2.10 Jenis Fon, Stail dan Susun Atur Teks 48
2.10.1 Mengubah Suai Jenis Fon dan Saiz Tulisan 48
2.10.2 Mengubah Suai Warna dan Jarak Langkau Teks 49
2.10.3 Menggunakan Kolum pada Teks 50
2.11 Penyuntingan Dokumen 52
2.11.1 Pencarian Teks 53
2.11.2 Pengubahsuaian Teks 53
2.11.3 Kegunaan Undo dan Redo 54
2.11.4 Membuat Jadual Isi Kandungan (TOC) 54
2.12 Menggunakan Simbol dan Imej 57
2.12.1 Memasukkan Clip Art 58
2.12.2 Arahan Format Picture 59
2.12.3 Arahan Insert Fucture 59
2.13 Pelbagai Jenis Grafik 61
2.13.1 Kemudahan WordArt 62
2.13.2 Carta dan Graf 63
2.13.3 Carta Organisasi 65
2.14 Mail Merge 66
2.15 Bullet and Numbering 73
2.16 Header and Footer 75
2.16.1 Jadual 76
2.17 Proses Mencetak Dokumen 77
2.18 Kesimpulan 80
Soalan Penilaian Kendiri 81
Jawapan Soalan dalam Teks 84

BAB 3 HAMPARAN KERJA

Objektif Bab 87
3.1 Pengenalan 87
3.2 Perisian Microsoft Excel XP 88
3.3 Ciri-ciri Asas Hamparan Kerja 89
3.4 Formula 89
3.5 Fungsi 91
3.6 Antara muka Microsoft Excel XP 91
3.6.1 Pilihan Menu File 92

vi
3.6.2 Pilihan Menu Edit 93
3.6.3 Pilihan Menu View 93
3.6.4 Pilihan Menu Insert 93
3.6.5 Pilihan Menu Format 94
3.6.6 Pilihan Menu Tools 94
3.6.7 Pilihan Menu Data 94
3.6.8 Pilihan Menu Windows 95
3.6.9 Pilihan Menu Help 95
3.7 Menggunakan Toolbar 96
3.8 Operasi Asas Pembinaan Hamparan Kerja 99
3.9 Operasi Menggunakan Papan Kekunci 101
3.10 Operasi Menggunakan Tetikus 102
3.11 Mengubah Suai Saiz, Jidar dan Orientasi 103
3.12 Mengaktifkan Sel 105
3.13 Bina Satu Hamparan Kerja Ringkas 106
3.14 Menentapkan Format dan Data 107
3.15 Menambah Data dalam Bentuk Tarikh 109
3.16 Menambahkan Data dalam Format Ringgit 111
3.17 Operasi Tolak (-) 113
3.18 Operasi Tambah (+) 114
3.19 Operasi Darab (*) 115
3.20 Operasi Gandaan (^) 116
3.21 Operasi Nilai Purata (Average) 117
3.22 Fungsi Kewangan FV (Future Value) 119
3.23 Fungsi Logik 122
3.24 Fungsi IF (AND) 124
3.25 Fungsi LOOKUP 125
3.26 Fungsi VLOOKUP 127
3.27 Membina Carta 130
3.28 Kesimpulan 134
Soalan Penilaian Kendiri 135
Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 138

BAB 4 PANGKALAN DATA

Objektif Bab 141


4.1 Pengenalan 141
4.2 Konsep Asas 142
4.2.1 Data 142
4.2.2 Maklumat 145
4.2.3 Pangkalan Data 149
4.2.4 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 152
4.2.5 Sistem Pangkalan Data 156
4.3 Evolusi Pengurusan Data 159
4.3.1 Sistem Pemprosesan Manual 160

vii
4.3.2 Sistem Pemprosesan Fail 164
4.3.3 Sistem Pangkalan Data 167
4.4 Komposisi Sistem Pangkalan Data 173
4.4.1 Data 173
4.4.2 Perisian 175
4.4.3 Perkakasan 176
4.4.4 Manusia 177
4.4.5 Tatacara 178
4.5 Jenis dan Seni Bina Pangkalan Data 181
4.5.1 Sistem Pangkalan Data Terpusat 181
4.5.2 Sistem Pangkalan Data Teragih 184
4.6 Kelebihan Sistem Pangkalan Data 186
4.7 Kelemahan Sistem Pangkalan Data 190
4.8 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 192
4.9 Microsoft Access 195
4.9.1 Strruktur dan Reka Bentuk Microsoft Access XP 196
4.9.2 Relationships 200
4.10 Kesimpulan 201
Soalan Penilaian Kendiri 202
Jawapan Soalan dalam Teks 204

BAB 5 CARTA DAN RAJAH

Objektif Bab 213


5.1 Pengenalan 213
5.2 Kategori Carta dan Rajah 214
5.2.1 Rajah Struktur Pecahan Kerja 214
5.2.2 Carta Gantt 216
5.2.3 Carta PERT dan CPM 219
5.3 Kaedah Membina Carta dan Rajah 222
5.3.1 Membina Rajah Struktur Pecahan Kerja 222
5.3.2 Membina Carta Gantt 226
5.3.3 Membina Carta PERT 234
5.4 Kesimpulan 236
Soalan Penilaian Kendiri 237
Jawapan Soalan dalam Teks 239

BAB 6 GRAFIK

Objektif Bab 241


6.1 Pengenalan 241
6.2 Definisi Grafik 242
6.3 Evolusi Grafik 244
6.4 Fungsi dan Kepentingan Grafik 248
6.5 Seni Grafik 250

viii
6.5.1 Ciri Seni Grafik 250
6.5.2 Fungsi Seni Grafik 251
6.6 Asas Grafik 252
6.6.1 Gambar Primitif 252
6.6.2 Dimensi 253
6.7 Kreativiti Grafik 255
6.7.1 Bersifat Original 255
6.7.2 Bersifat Berguna dan Praktikal 256
6.8 Media Grafik 256
6.9 Komunikasi Grafik 257
6.10 Kategori Grafik 259
6.11 Jenis-Jenis Grafik 262
6.12 Kualiti Grafik 266
6.13 Grafik Komputer 267
6.14 Kegunaan Grafik 271
6.15 Perbandingan Grafik dengan Animasi 275
6.16 Dimensi Grafik 276
6.17 Grafik dalam Rangkaian Kerja 278
6.18 Kelebihan Grafik 279
6.19 Kelemahan Grafik 280
6.20 Kesimpulan 281
Soalan Penilaian Kendiri 282
Jawapan Soalan dalam Teks 283

BAB 7 APLIKASI PERSEMBAHAN

Objektif Bab 293


7.1 Pengenalan 293
7.2 Konsep Asas Persembahan 294
7.2.1 Plan (Rancang) 295
7.2.2 Prepare (Bersedia) 296
7.2.3 Practice (Latih) 297
7.2.4 Present (Persembahan) 298
7.3 Mengenal Microsoft Power Point 291
7.3.1 Memulakan Power Point 291
7.3.2 Tetingkap Power Point 301
7.3.3 Mod Pandangan Slaid Power Point 304
7.4 Membina Persembahan dengan Microsoft Power Point 304
7.4.1 Bekerja dengan Fail Persembahan Anda 305
7.5 Teknik-teknik Lain di dalam Power Point 309
7.5.1 Pembinaan Jadual 309
7.5.2 Animasi 311
7.6 Kesimpulan 313
Soalan Penilaian Kendiri 314
Jawapan Soalan dalam Teks 316

ix
BAB 8 INTERNET

Objektif Bab 319


8.1 Pengenalan 319
8.2 Definisi 320
8.3 Ciri Internet 322
8.4 Fungsi Internet 324
8.4.1 Pendidikan 324
8.4.2 Ekonomi 326
8.4.3 Komunikasi 328
8.4.4 Kemasyarakatan 328
8.5 Rangkaian Web Sedunia 329
8.6 Protokol Pemindahan Fail 329
8.7 New Group 332
8.8 Telnet 333
8.9 Gopher 335
8.10 Chat 335
8.11 Archie 336
8.12 Veronica 336
8.13 Mailing List 336
8.14 Wide Area Information Server 337
8.15 Mel Elektronik 337
8.16 Enjin Pencari 340
8.16.1 Teknik Boolan 343
8.17 Pelayar Web 344
8.18 Intranet 346
8.18.1 Komunikasi Intranet 350
8.18.2 Kelebihan Intranet 351
8.18.3 Kelemahan Intranet 353
8.18.4 Aplikasi Intranet 354
8.19 Extranet 356
8.20 Kelebihan Internet 359
8.21 Kelemahan Internet 360
8.22 Keselamatan Internet 362
8.23 Isu-Isu Semasa 363
8.24 Kesimpulan 365
Soalan Penilaian Kendiri 366
Jawapan Soalan dalam Teks 368

BAB 9 LAMAN WEB

Objektif Bab 379


9.1 Pengenalan 379
9.2 Definisi 380
9.3 Fungsi Laman Web 381

x
9.3.1 Fungsi Personel 381
9.3.2 Fungsi Komersial 383
9.3.3 Objektif Spesifik 384
9.4 Laman Web dan Penyebaran Maklumat 386
9.5 Kategori Laman Web 386
9.5.1 Laman Web Seni 387
9.5.2 Laman Web Perubatan 388
9.5.3 Laman Web Syarikat Komputer 389
9.5.4 Laman Web Pendidikan 390
9.5.5 Laman Web Permainan 391
9.6 Ciri Umum Laman Web 392
9.7 Ciri Laman Web yang Baik 396
9.8 Struktur Laman Web 399
9.9 Laman Web Interaktif 403
9.10 Mereka Bentuk Antara Muka 405
9.11 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian 409
9.12 Pra Pembangunan Laman Web 415
9.13 Proses Pembangunan Laman Web 416
9.13.1 Konsep dan Kandungan 416
9.13.2 Membina Dokumen HTML 418
9.13.3 Menempatkan Laman Web 418
9.13.4 Promosi Laman Web 419
9.13.5 Analisa Maklum balas 420
9.14 Kesimpulan 424
Soalan Penilaian Kendiri 424
Jawapan Soalan dalam Teks 426

BIBLIOGRAFI 435

LAMPIRAN: Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 439

xi
xii
PRAKATA

Program Pendidikan Jarak Jauh atau ringkasnya PJJ, merupakan kaedah


pembelajaran yang telah membuka ruang kepada individu untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang tertentu ke Institut Pengajian Tinggi
di Malaysia. Peluang ini perlu dimanfaatkan terutamanya di kalangan
individu yang mempunyai kekangan dari aspek lokasi dan masa untuk
meneruskan pengajian di universiti yang diminati. Konsep Pendidikan
Jarak Jauh merupakan alternatif berbentuk pembelajaran secara kendiri.
Dengan cara ini, ia memberi peluang kepada para pelajar untuk
mengimplimentasi teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan situasi
dan kebolehan masing-masing. Obligasi pembelajaran melalui kaedah ini
menekankan aspek komitmen dan disiplin diri kerana ia merupakan salah
satu pra syarat penting kepada kejayaan program Pendidikan Jarak Jauh.

Modul Aplikasi Komputer dalam Pengurusan ini ditulis berdasarkan


silibus kursus Aplikasi Komputer dalam Pengurusan yang merupakan
salah satu kursus bagi kesemua pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Utara Malaysia. Ia menyediakan material pembelajaran kendiri secara
modul di bawah Unit Pendidikan Jarak Jauh, Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan selamat mengikuti kursus Aplikasi


Komputer dalam Pengurusan dan sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan, cadangan membina atau sebarang komen, sila kemukakan
kepada pihak kami.

Abdul Manaf Bohari


(manafdr@e-web.uum.edu.my)
Ezanee Mohamaed Elias
(ezanee@e-web.uum.edu.my)
Salina Ismail
(salina@e-web.uum.edu.my)

xiii
xiv
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah atas limpah dan rahmat-Nya maka kami telahpun


menyiapkan modul ini dengan jayanya.

Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Sekolah Teknologi Maklumat dan Pusat Pendidikan Profesional
dan Lanjutan (PACE) kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada
kami untuk menyediakan modul ini. Terima kasih juga kepada para
pembaca pruf, penyunting dan rakan-rakan seperjuangan atas
sumbangan, bimbingan, kritikan dan idea yang berguna sepanjang
penerbitan modul ini.

Buat keluarga tersayang, terima kasih atas pengorbanan dan dorongan


yang berterusan. Semoga pengalaman tersebut akan menjadikan kita
insan yang benar-benar insaf akan erti nilai dan iktibar di sebalik
pengorbanan. Berkat kesabaran anda semua, Insya-Allah, Al-Falah adalah
milik kita bersama.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Allah tidak akan mengubah nasib yang ada pada sesuatu


kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa
yang ada pada diri mereka.”
(Surah Al-Ra’d : Ayat 11)

Abdul Manaf Bohari


Ezanee Mohamaed Elias
Salina Ismail

xv
xvi
KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini.
Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di
bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan Dalam Teks (SDT) adalah soalan latihan yang


merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari.
Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) adalah soalan ulang kaji


yang berkaitan dengan keseluruhan perbincangan bab.
Cadangan jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


cadangan/skema jawapan yang disediakan di akhir bab
atau modul kursus.

xvii
xviii
MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL

MATLAMAT

Dalam modul ini, para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan


aplikasi-aplikasi komputer yang banyak digunakan oleh organisasi-
organisasi sama ada untuk tujuan pengurusan perakaunan, komunikasi,
dan lain-lain lagi. Pelajar akan diajar kaedah-kaedah yang betul untuk
membina dokumen, memasukkan data untuk tujuan statistik, dan konsep
asas sesuatu pangkalan data.

Pelajar juga akan didedahkan cara bagaimana menterjemahkan data


kepada carta dan rajah, persediaan-persediaan yang sesuai sebelum
sesuatu persembahan, dan strategi mempersembahkan sesuatu maklumat
secara elektronik. Di samping itu, pelajar juga terlibat dalam penggunaan
internet secara meluas termasuklah membina dan menyelenggara sesuatu
laman web.

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran modul ini, anda seharusnya dapat:

1. Memantapkan kemahiran dalam menggunakan pakej-pakej


komputer yang terkenal di kalangan para profesional serta
usahawan.Pakej-pakej tersebut yang terdiri daripada pemprosesan
perkataan, lembaran kerja elektronik, pangkalan data, carta/rajah,
grafik, persembahan dan internet seringkali digunakan oleh
pengurusan untuk berkomunikasi, menganalisis serta
menyelesaikan masalah-masalah dengan bantuan komputer.
2. Mendedahkan diri kepada persekitaran pengurusan di mana
kemahiran penggunaan komputer adalah suatu kelebihan.
3. Membantu melengkapkan diri untuk pekerjaan yang mencabar
dalam dunia perniagaan.

xix
xx
SINOPSIS

Modul Aplikasi Komputer dalam Pengurusan ini merangkumi topik-


topik berkenaan aplikasi komputer. Secara umumnya, para pelajar
didedahkan dengan sembilan topik utama iaitu Pengenalan kepada
Teknologi Maklumat, Pemprosesan Perkataan, Lembaran Kerja,
Pangkalan Data, Carta dan Rajah, Reka Bentuk Grafik, Aplikasi
Persembahan, Internet, dan Pembangunan Laman Web. Bab-bab dalam
modul ini merupakan topik yang berasingan. Namun begitu, setiap topik
merupakan komponen yang saing berkait antara satu dengan lain.

Topik 1 : Pengenalan kepada Teknologi Maklumat membincangkan


tentang perkara asas seperti konsep teknologi maklumat, perkembangan,
struktur komputer (perkakasan dan perisian), penggunaan teknologi
maklumat dan evolusi teknologi Windows. Topik ini menyediakan
kerangka idea dan perbincangan terhadap dunia teknologi maklumat dan
komunikasi. Dalam pada itu, aspek pengurusan juga diselitkan dalam bab
ini dengan mengajar pelajar untuk melihat dunia teknologi maklumat dari
perspektif pengurusan.

Topik 2 : Pemprosesan Perkataan akan mendedahkan kepada konsep


asas pemprosesan perkataan dengan merujuk kepada fungsi asas, proses
dan jenis pemprosesan perkataan. Secara khususnya bahagian ini
menumpukan kepada Microsoft Word XP sebagai contoh pembelajaran.
Antara tajuk yang diliputi ialah teknik dan kemahiran asas membina
dokumen, memformat, membina jadual dan sebagainya. Selain itu,
pelajar juga didedahkan dengan penggunaan alat grafik seperti ClipArt,
WordArt dan tipografi. Penggunaan templat juga dibincangkan untuk
memantapkan lagi kemahiran pengetahuan pelajar.

Topik 3 : Hamparan Kerja pula membolehkan pelajar mempelajari


mengenai lembaran kerja elektronik. Untuk bahagian ini, antara topik
yang dipelajari ialah konsep asas hamparan kerja, komposisi hamparan
kerja, teknik membina dan mengedit hamparan kerja, dan aplikasi
hamparan kerja. Bagi meningkatkan nilai penggunaan hamparan kerja
maka pelajar akan didedahkan dengan penggunaan formula dan fungsi
dalam melaksanakan tugasan rutin yang berkaitan.

Topik 4 : Pangkalan Data akan mendedahkan pelajar dengan konsep


asas pangkalan data, evolusi pangkalan data, komponen sistem pangkalan
data, jenis dan seni bina dan aplikasi pangkalan data. Dalam pada itu,
pelajar juga akan mempelajari aplikasi pangkalan data dan sistem
pangkalan data melalui contoh-contoh berdasarkan rajah dan jadual yang
berkaitan. Akhir sekali, pelajar akan mempelajari mengenai perisian

xxi
pangkalan data iaitu Microsoft Excces XP. Namun ia menumpukan
kepada aspek struktur dan perhubungan sahaja.

Topik 5 : Carta dan Rajah akan mengajak pelajar untuk berbincang


mengenai topik seperti kategori carta dan rajah, kaedah membina carta
dan rajah serta aplikasi carta dan rajah dalam konteks pengurusan. Secara
keseluruhannya contoh-contoh yang diberikan dalam topik ini adalah
berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan carta dan rajah dalam
konteks pengurusan sesuatu projek.

Topik 6 : Grafik mengajak pelajar untuk mengetahui mengenai konsep


asas grafik, kepentingan, kategori grafik, kualiti grafik, piawai grafik dan
kaedah mereka bentuk grafik. Selain itu, jenis-jenis grafik juga dipelajari
dengan tujuan mempertingkatkan lagi kefahaman pelajar mengenai
aplikasi grafik dalam kehidupan seharian. Secara umumnya, topik ini
cuba untuk menyelongkar bagaimana grafik digunakan dalam konteks
organisasi pengurusan.

Topik 7 : Aplikasi Persembahan merupakan topik yang praktikal dan


pelajar akan didedah dengan konsep asas persembahan elektronik. Selain
itu, antara topik lain yang turut diliputi ialah teknik mereka bentuk
persembahan, animasi, pembinaan jadual dan mengedit persembahan.
Malahan pelajar juga didedah dengan beberapa teknik mengenai
persembahan elektronik yang akan membantu pelajar dalam
menghasilkan persembahan yang berkualiti.

Topik 8 : Internet akan mengajak pelajar untuk mendalami dunia


internet dengan mempelajari konsep asas internet. Kemudian pelajar
akan mempelajari konsep atau alatan berkaitan dengan internet seperti
Rangkaian Web Sedunia (WWW), Pelayar Internet, Sistem e-mel, Fail
Transfer Protocol dan sebagainya. Sebagai tambahan, topik intranet dan
extranet turut didedah kerana kedua-dua aplikasi tersebut juga seringkali
digunakan dalam konteks organisasi masa kini. Selain itu, isu sosial
berkaitan dengan internet juga dipelajari dengan tujuan supaya pelajar
dapat mengetahui tentang perkembangan internet masyarakat semasa.

Topik 9 : Laman Web pula menumpukan kepada aspek penting yang


akan membantu pelajar dalam membangunkan laman web masing-
masing. Untuk itu, antara topik yang dipelajari ialah konsep laman web,
fungsi dan kepentingan dan kategori laman web. Selain itu, metodologi
pembangunan laman web berserta dengan perkakasan dan perisian laman
web juga dipelajari sebagai persediaan ke arah pembangunan laman web
personel. Secara keseluruhannya, bab ini cuba mengajak pelajar untuk
melihat aplikasi laman web dari perspektif pengurusan organisasi.

xxii

You might also like