You are on page 1of 3

Bab

11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara

Nota Ekstra

11.1 Taburan penduduk Asia Tenggara

1 Taburan penduduk di Asia Tenggara adalah berbeza-beza mengikut kawasan.


2 Anggaran penduduk Asia Tenggara ialah 640 juta orang (sehingga tahun 2016).
U

Lautan Pasifik

Naypyidaw Hanoi

Vientiane
Petunjuk
Padat
Manila Sederhana
Bangkok
14oU
Jarang
Ibu Negara
Phnom Penh Sempadan
Antarabangsa

Laut China Selatan Laut Sulu

Bandar Seri
Begawan

Kuala Lumpur

Singapura
0o

Jakarta

Lautan Hindi

Dili

104oT 122oT

Taburan penduduk di Asia Tenggara

1
Taburan Penduduk Asia Tenggara

Padat Sederhana Jarang

• Ibu negara dan bandar utama • Kawasan pinggir bandar • K awasan pedalaman yang
• Sungai sebagai jalan • Kawasan bandar baharu mempunyai perhubungan yang
perhubungan • Kawasan pertanian terhad
• Delta dan lembah sungai yang • Sebagai contoh, pantai timur • Kawasan pergunungan dan
subur Semenanjung Malaysia, pantai banjaran
• Dataran pantai untuk perikanan barat Sumatera (Indonesia), • Kawasan berpaya dan berhutan
• Sebagai contoh, pantai barat pantai Arakan Yoma (Myanmar) tebal
Semenanjung Malaysia, Pulau dan pinggir Sungai Mekong • Sebagai contoh, kawasan
Jawa (Indonesia) dan Bangkok (Vietnam) pedalaman Sarawak dan Sabah
(Thailand) (Malaysia), kawasan paya
Sumatera Timur (Indonesia)
dan kawasan Banjaran Annam
(Vietnam)

11.2 Fungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama di Asia Tenggara

1 Antara fungsi bandar utama di Asia Tenggara ialah :


(a) Ibu negara
(b) Pusat perdagangan
(c) Pusat pelancongan
(d) Pusat perindustrian
(e) Pusat pengangkutan dan perhubungan
2 Lima buah bandar utama di Asia Tenggara ialah Jakarta (Indonesia), Kuala Lumpur (Malaysia), Bangkok
(Thailand), Manila (Filipina) dan Singapura.
(a) Jakarta (Indonesia)
(i) Jumlah penduduk: 10.4 juta orang (pada tahun 2016).
(ii) Ibu negara Indonesia dan bandar metropolitan terbesar di Indonesia.
(iii) Lokasi: Di muara Sungai Tjiliwung yang menjadi pusat persinggahan kapal (pelabuhan antarabangsa).
(iv) Pusat pelancongan, pusat perdagangan dan pusat kegiatan ekonomi.
(b) Kuala Lumpur (Malaysia)
(i) Jumlah penduduk: 1.76 juta orang (pada tahun 2016).
(ii) Ibu negara Malaysia.
(iii) Lokasi: Di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang.
(iv) Pusat perdagangan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.
(v) Bandar metropolitan terbesar di Malaysia.
(c) Bangkok (Thailand)
(i) Jumlah penduduk: 9.44 juta orang (pada tahun 2016).
(ii) Ibu negara Thailand.
(iii) Lokasi: Di sebelah timur tebing Menam Chao Phraya.
(iv) Pusat kegiatan ekonomi dan pelabuhan.
(v) Diberi jolokan ‘Venice Timur’ kerana memiliki pasar apung.

2
(d) Manila (Filipina)
(i) Jumlah penduduk: 13.1 juta orang (pada tahun 2016).
(ii) Ibu negara Filipina.
(iii) Lokasi: Terletak di timur Teluk Manila di Pulau Luzon.
(iv) Pusat kegiatan ekonomi utama Filipina.
(v) Merupakan bandar raya kosmopolitan.
(e) Singapura.
(i) Jumlah penduduk: 5.70 juta orang (pada tahun 2016).
(ii) Lokasi: Di selatan Semenanjung Malaysia dipisahkan oleh Selat Tebrau.
(iii) Pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa.
(iv) Antara pelabuhan terpenting di dunia.
(v) Bandar raya metropolitan.

You might also like