You are on page 1of 8

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Kompleks Kementerian Kewangan


No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Pusat Panggilan: 03-88801600 Laman Web: http://lppsa.gov.my

PEMBIAYAAN PERTAMA
Ruj. Kami : 00037317/2021/B3
Tarikh : 9 DISEMBER 2021

MOHD AIZUDDIN HAQIM BIN MD YUSOFF


(880510-26-5307)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 SERI MANJONG
PERAK

Tuan/ Puan,

PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM SECARA ISLAMIK (SPPSAi) (AL BAI’ BITHAMAN AJIL)
PEMBIAYAAN JENIS 3 : MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN

Sukacita dimaklumkan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah meluluskan permohonan
pembiayaan di atas kepada pelanggan tertakluk kepada semua terma dan syarat yang terkandung di dalam Surat
Tawaran ini dan Lampiran A yang disertakan dan dokumen pembiayaan di bawah:

Tujuan pembiayaan

Pembiayaan pembelian atau pembinaan satu (1) unit Hartanah ("Hartanah") untuk didiami sendiri seperti
di bawah:

Jenis Hartanah : Rumah Teres

Butirah Hartanah :

No.Hakmilik : GRN 183281 No.Lot/PT : LOT 82517

No. Petak Kediaman : PLOT 8610 Daerah : MANJUNG

Mukim/Bandar : MUKIM SITIAWAN Negeri : PERAK

Alamat Hartanah :

880510-26-5307 Mukasurat 1 | 8
2. Butir-butir kelulusan pembiayaan perumahan adalah seperti berikut:

A. Amaun Pembiayaan yang diluluskan:


(i) Harta
Tanah/Rumah RM 192,000.00
Lot Parkir RM 0.00
Kerja-kerja tambahan RM 0.00
(ii) Yuran Guaman (Dokumentasi) RM 0.00
(iii) Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHT) - Syarikat
RM 2,312.50
Takaful Malaysia Berhad:

(iv) Takaful Gadaijanji (MRTT) - Syarikat Takaful Malaysia Berhad: RM 16,030.74

JUMLAH PEMBIAYAAN / HARGA BELIAN RM 210,343.24


Harga Jualan RM 564,392.29
Tempoh Pembiayaan 420 bulan
Kadar Keuntungan Siling 7% setahun
Kadar Keuntungan Efektif 4% setahun
Kenaan kadar keuntungan effektif akan bermula setelah pengeluaran
wang pembiayaan yang pertama dibuat sehingga bayaran balik
pembiayaan selesai

B. Anggaran ansuran bulanan bayaran balik pembiayaan:


(i) Sebelum Muqasah
Ansuran Bulanan RM 1,343.80
Ansuran Terakhir RM 1,340.09
(ii) Selepas Muqasah
(Anggaran bayaran balik bulanan adalah amaun selepas RM 931.35
muqasah)

3. Bayaran wang beza di antara jumlah tebus hutang hartanah/ jumlah nilaian hartanah/ kelayakan semasa dengan
amaun pembiayaan (tidak termasuk yuran guaman dan takaful) atau dirujuk sebagai Harga Belian LPPSA,
sebanyak RM 30,000.00 hendaklah dijelaskan terlebih dahulu bagi memastikan urusan pengeluaran wang
pembiayaan dapat disempurnakan.

4. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada pelanggan memenuhi Syarat-Syarat Khas Kelulusan
Pembiayaan (Conditions Precedent for Approval) dengan mengemukakan dan menyempurnakan dokumen-
dokumen berikut melalui peguam yang dilantik:

TIADA

5. Pelanggan hendaklah berurusan dengan pihak peguam yang telah dilantik pada kadar segera bagi urusan
penyempurnaan dokumen cagaran hartanah seperti berikut:

i. Perjanjian Pembelian Hartanah (Property Purchase Agreement) (PPA);


ii. Perjanjian Penjualan Hartanah (Property Sale Agreement) (PSA);
iii. Surat Hibah (Letter of Hibah) (1 dan 2) jika perlu;
iv. Borang Gadaian dan Lampiran (Form/Memorandum of Charge and Annexure) ( Hakmilik Individu)
atau Surat Ikatan Penyerahanhak (Deed of Assignment) (Hakmilik Induk); dan
v. Lain-lain dokumen yang dinasihatkan oleh peguam yang dilantik.

880510-26-5307 Mukasurat 2 | 8
Sekian, terima kasih.

(Mohamad Asraf Amir Bin Mohammad Zin)


Seksyen Proses
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

s.k.:

PENGARAH
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 SERI MANJONG
PERAK

Nota:

Surat Tawaran pembiayaan perumahan ini perlu direkodkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan/ Fail Peribadi
Pegawai.

880510-26-5307 Mukasurat 3 | 8
LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT AM PEMBIAYAAN

1. Pelanggan hendaklah membuat pra-penerimaan melalui Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA dalam tempoh
30 hari bekerja daripada tarikh Surat Tawaran ini. Jika pra-persetujuan tidak dibuat oleh pelanggan dalam tempoh
tersebut, tawaran ini adalah dianggap luput dan terbatal.

2. Pematuhan Syarat-Syarat Khas Kelulusan Pembiayaan (Conditions Precedent for Approval)

LPPSA berhak secara mutlak untuk menangguh atau membatalkan pembiayaan, sebelum atau selepas
penerimaan tawaran ini selagi mana jika mendapati pelanggan memberikan maklumat yang tidak benar/ palsu
atau belum/ tidak mematuhi mana-mana Syarat-Syarat Khas Kelulusan Pembiayaan dan peraturan-peraturan
berdasarkan Lampiran A ini serta Pekeliling dan Garis Panduan LPPSA yang berkuat kuasa.

3. Laporan Penilaian Harta

Pelanggan hendaklah membuat permohonan penilaian harta daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
(JPPH). Hartanah tersebut perlu dilawat periksa dan dinilai serta mengemukakan laporan penilaian harta kepada
LPPSA.

4. Bayaran wang beza di antara harga belian hartanah/ jumlah tebus hutang hartanah/ jumlah nilaian hartanah/
kelayakan semasa dengan amaun pembiayaan (tidak termasuk yuran guaman dan takaful) atau dirujuk sebagai
Harga Belian LPPSA, hendaklah dijelaskan terlebih dahulu bagi memastikan urusan pengeluaran wang
pembiayaan dapat disempurnakan.

5. Pelanggan hendaklah memastikan peguam yang dilantik:

i. Mengemukakan kepada LPPSA dokumen-dokumen yang disenaraikan sebagai Syarat-Syarat Khas


Kelulusan Pembiayaan (Conditions Precedent for Approval) (jika ada);
ii. Mengemukakan kepada LPPSA dokumen-dokumen yang dinyatakan di Perkara 2 yang telah
ditandatangani oleh pelanggan pada kadar segera untuk tujuan penurunan tandatangan oleh Wakil Kuasa
LPPSA; dan
iii. Mendaftarkan dokumen berkaitan di Pejabat Tanah/Pejabat Pendaftar atau Mahkamah Tinggi, yang mana
berkenaan, dan kemukakan semula kepada LPPSA beserta Dokumen Asal pada kadar segera.

6. Bayaran Guaman dan Duti Setem

i. Kos bayaran guaman dan bayaran yang bersangkutan dengan penyediaan dokumentasi perundangan
termasuk bayaran duti setem, bayaran pendaftaran gadaian dan surat wakil kuasa dan kos-kos lain yang
terlibat adalah ditanggung oleh pelanggan walaupun dokumen-dokumen di atas tidak dapat
disempurnakan atau didaftarkan atas apa jua sebab. (Sekiranya kos yuran guaman dan duti setem tidak
dimasukkan dalam pembiayaan)

ii. Kos bayaran ke atas duti setem dan yuran guaman yang bersangkutan dengan penyediaan dokumentasi
perundangan pembiayaan adalah dibiayai di bawah pembiayaan ini. Sekiranya terdapat lebihan amaun
pembiayaan dari kos sebenar ke atas duti setem dan yuran guaman yang bersangkutan dengan
penyediaan dokumentasi perundangan pembiayaan, amaun lebihan tersebut akan dikreditkan ke dalam
akaun pembiayaan pelanggan di bawah pembiayaan ini. Sekiranya terdapat bayaran tambahan yang
diperlukan ke atas kos duti setem dan bayaran guaman yang melebihi amaun yang dibiayai, pelanggan
mengakujanji dan bersetuju untuk membuat bayaran tersebut secara tunai. (Sekiranya kos yuran guaman
dan duti setem dimasukkan dalam pembiayaan)

iii. Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberi kerjasama dengan mempercepatkan proses
penyempurnaan dokumen-dokumen perundangan yang berkaitan sama ada kepada LPPSA atau peguam
yang dilantik. Kegagalan pelanggan untuk menyelesaikan bayaran guaman dan kos-kos yang
bersangkutan dengan dokumentasi perundangan dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan
880510-26-5307 Mukasurat 4 | 8
kelewatan ke atas proses pengeluaran wang pembiayaan. LPPSA tidak akan bertanggungjawab ke atas
apa jua caj tambahan yang dikenakan oleh Pemaju/ Penjual/ Kontraktor atau sebarang kerugian yang
dialami oleh pelanggan akibat daripada kelewatan ini.

7. Syarat-Syarat Pengeluaran Wang Pembiayaan

Pengeluaran wang pembiayaan akan dikeluarkan sehingga 100% / berperingkat kepada institusi kewangan/
pemaju/ kontraktor/ penjual/ peguam pemegang pertaruhan berdasarkan Nombor Perserahan Gadaian (untuk kes
gadaian) atau Nombor Perserahan klausa wakil kuasa di Mahkamah (untuk kes penyerahanhak) tertakluk kepada
kriteria mengikut jenis pembiayaan berikut:

JENIS PEMBIAYAAN KRITERIA PENGELUARAN WANG PEMBIAYAAN

Jenis 1, 3 dan 4 Lembaga menerima Surat Aku Janji (LU):


a. daripada pemberi biaya (existing financier) untuk mengembalikan semula bayaran
tebus hutang sekiranya suratcara pelepasan gadaian (Discharge of Charge) atau
suratcara pelepasan atau/ dan penyerahan hak (Deed of Receipt & Reassignment)
tidak dapat didaftarkan dan disempurnakan;
b. daripada pemaju/ penjual/ Kontraktor untuk memulangkan balik semua bayaran jika
Borang Pindahmilik dan Borang Gadaian (kes gadaian)/ Surat Ikatan Penyerahan
Hak (kes assignment) tidak dapat disempurnakan atau/ dan pembinaan bangunan
terbengkalai di atas apa sebab sekali pun.
Jenis 2, 6 dan 7 Lembaga menerima Surat Aku Janji (LU) daripada kontraktor untuk memulangkan balik
semua bayaran jika pembinaan bangunan terbengkalai atas apa sebab sekalipun.
Jenis 1 a. Bagi hartanah di pasaran sekunder yang mempunyai Hakmilik Individu/ Hakmilik
Induk, wang pembiayaan tebusan hutang bank akan dikeluarkan setelah dokumen
prinsipal SPPSA atau SPPSAi diendoskan pengecualian duti setem;
b. Bagi pembelian hartanah dibuat secara terus dari pemaju, proses cagaran hartanah
(Assignment) kepada Lembaga telah disempurnakan bagi hartanah yang
mempunyai hakmilik induk.
Jenis 3 a. Lembaga menerima tuntutan Bayaran Berperingkat dan Sijil Arkitek daripada
pemaju/ kontraktor.
b. Bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu, wang pembiayaan tebus hutang
bank akan dikeluarkan setelah dokumen prinsipal SPPSA atau SPPSAi diendoskan
pengecualian duti setem; atau
c. Bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Induk, wang pembiayaan tebus hutang
bank akan dikeluarkan setelah dokumen prinsipal SPPSA atau SPPSAi diendoskan
pengecualian duti setem dan proses cagaran hartanah disempurnakan.
Jenis 4 Dokumen prinsipal SPPSA atau SPPSAi telah diendorskan pengecualian duti hasil untuk
pembayaran tebus bank.
Jenis 5 a. Lembaga menerima Letter of Undertaking (LU)/ penyata baki hutang daripada
pemberi biaya/ institusi kewangan tersebut; dan
b. Setelah dokumen prinsipal SPPSA atau SPPSAi telah diendoskan pengecualian
duti setem hasil bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik
Induk untuk pembayaran tebusan bank.
Jenis 2, 6 Lembaga menerima laporan kemajuan binaan oleh JPPH secara berperingkat sehingga
mencapai 95% kesiapan binaan rumah;
Jenis 2, 3, 6 Lembaga menerima Sijil Layak Menduduki (CF)/ Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan
(CCC)/ Occupation Permit (Sabah/ Sarawak) atau selepas enam (6) bulan daripada
tarikh bayaran 95% dikeluarkan bagi bayaran 5% terakhir jika pembinaan oleh Kontraktor
(yang mana terdahulu).
Jenis 7 a. Lembaga menerima Laporan Kesiapan Kerja Ubah Suai Rumah oleh JPPH secara
berperingkat sebanyak maksima dua (2) kali sehingga mencapai kesiapan 100%;
dan
880510-26-5307 Mukasurat 5 | 8
b. Wang Pembiayaan yang diluluskan akan dikeluarkan maksima sebanyak dua (2)
kali sahaja kepada kontraktor dan pengeluaran bayaran kali pertama adalah minima
50% mengikut kesiapan kerja ubah suai rumah (berdasarkan harga kontraktor);
Jenis 1, 2, 3, 4, 6 dan 7 Carian Persendirian dibuat ke atas Hakmilik Individu atau Hakmilik Strata sebelum
pendaftaran perserahan gadaian.
Semua Jenis Mengemukakan keputusan carian kebankrapan Jabatan Insolvensi Malaysia ke atas
penjual (bagi kes pembelian bukan dengan pemaju), pembeli dan penggadai yang terlibat
dalam transaksi tersebut.

Pengeluaran wang pembiayaan juga tertakluk kepada syarat-syarat lain di bawah dokumen pembiayaan dan
syarat-syarat lain yang dianggap perlu oleh LPPSA dan/ atau Peguam dokumentasi LPPSA yang dilantik,
melainkan jika diketepikan oleh LPPSA.

8. Jumlah perlindungan Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHT) adalah berdasarkan nilai hartanah pada
tarikh kelulusan pembiayaan. Pelanggan digalakkan membuat penambahan jumlah perlindungan LTHT dengan
panel Takaful yang dilantik untuk menampung kenaikan nilai hartanah dari semasa ke semasa.

9. Bayaran Balik Pembiayaan

i. Bayaran balik bulanan akan bermula setelah pengeluaran wang pembiayaan dilaksanakan oleh LPPSA
atau berlandaskan Pekeliling dan Garis Panduan LPPSA yang berkuat kuasa, dan amaun bayaran balik
adalah tertakluk kepada Surat Arahan Potongan Gaji/ Pencen dan pelarasan bayaran balik bulanan
yang dibuat mengikut budi bicara mutlak LPPSA sehingga penyelesaian penuh pembiayaan.

ii. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan bayaran bulanan diterima oleh LPPSA dalam masa yang
ditetapkan. Kegagalan pelanggan berbuat demikian akan menyebabkan LPPSA berhak secara mutlak
untuk mengambil tindakan sewajarnya.

iii. Pelanggan bertanggungjawab untuk membuat bayaran bulanan sehingga penyelesaian sepenuhnya ke
atas amaun pembiayaan. Pelanggan masih bertanggungjawab untuk memastikan bayaran bulanan dibuat
dalam masa yang ditetapkan walaupun tempoh bayaran balik pembiayaan menjangkaui umur persaraan
pelanggan. Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk membuat penyelesaian sepenuhnya ke atas
amaun pembiayaan pada bila-bila masa sepanjang tempoh bayaran balik pembiayaan.

iv. Bayaran bulanan hendaklah dijelaskan sendiri oleh pelanggan apabila terjadinya salah satu dari perkara-
perkara berikut:

a. Sementara penyempurnaan proses pindahan gaji ke LPPSA oleh majikan pelanggan dan diterima
oleh LPPSA; atau
b. Kegagalan pelaksanaan pemotongan gaji/ pencen ke LPPSA oleh majikan pelanggan di atas apa
jua sebab; atau
c. Terdapat kekurangan pada amaun bayaran bulanan yang dibuat secara pemotongan gaji ke LPPSA
oleh majikan pelanggan dengan amaun bayaran bulanan yang sebenar.

10. Penyelesaian Baki Hutang Pembiayaan/ Tunggakan Bayaran Balik

i. Semua bayaran yang dibuat di bawah pembiayaan ini akan dianggap sebagai penyelesaian terhadap
bayaran untuk amaun yang tertunggak, bayaran bulanan dan caj-caj lain yang dikenakan. Sekiranya
terdapat lebihan bayaran, amaun tersebut akan dianggap sebagai “Amaun Pendahuluan” dan akan
digunakan untuk menampung perbezaan bayaran sekiranya terdapat kekurangan terhadap amaun
bayaran bulanan yang dibuat atau sekiranya terdapat caj-caj lain yang dikenakan di masa hadapan.

ii. Pelanggan bersetuju menyelesaikan apa-apa baki hutang pembiayaan/ tunggakan bayaran balik/
keuntungan yang perlu dibayar melalui potongan gaji/ faedah persaraan/ caruman Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) atau apa-apa terimaan daripada Kerajaan. Walau apa keadaan pun, sekiranya
arahan potongan bayaran balik bulanan tersebut didapati tidak dilaksanakan, adalah menjadi

880510-26-5307 Mukasurat 6 | 8
tanggungjawab pelanggan untuk menjelaskan apa-apa bayaran balik termasuk tunggakan atau
keuntungan yang kena dibayar, terus kepada LPPSA.

11. Pembatalan Pembiayaan

i. Tawaran ini tertakluk kepada budi bicara mutlak LPPSA untuk menarik balik, menggantung atau
menamatkan tawaran ini sebelum atau selepas penerimaan tawaran ini, jika dianggap perlu bagi pihak
LPPSA untuk berbuat demikian untuk melindungi kepentingannya dalam apa jua keadaan, kewangan atau
sebaliknya, yang berkaitan dengan pelanggan yang mana LPPSA mempunyai pengetahuan yang sama.

ii. LPPSA tidak perlu mendedahkan atau menjelaskan kepada pelanggan dari sebarang keadaan dan
pelanggan dianggap telah mengenepikan hak pelanggan untuk menganggap LPPSA bertanggungan
terhadap perlaksanaan budibicara diatas.

iii. Pelanggan perlu menanggung semua kos yang telah dikeluarkan oleh LPPSA seperti kos dokumentasi
Perundangan, duti setem, kos penilaian hartanah berserta kos-kos lain yang terlibat dalam penyediaan
pembiayaan ini sekiranya pelanggan/ LPPSA membatalkan pembiayaan ini atas apa jua sebab. Semua
terma dan syarat yang terkandung di dalam Lampiran A dan dokumen pembiayaan adalah merupakan
sebahagian daripada keseluruhan terma dan syarat bagi Surat Tawaran ini.

12. Kadar keuntungan siling 7% akan dikenakan kepada pelanggan yang memungkiri perjanjian pembiayaan atau
meninggalkan perkhidmatan dan baki hutang perlu dijelaskan secara sekaligus tertakluk kepada peraturan LPPSA
yang berkuatkuasa.

13. LPPSA berhak untuk menghentikan pengeluaran Harga Belian LPPSA/ wang pembiayaan secara sekaligus atau
berperingkat-peringkat sekiranya pelanggan memungkiri perjanjian pembiayaan atau meninggalkan perkhidmatan
atau hartanah tersebut terbengkalai tertakluk pengesahan projek terbengkalai yang dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau pihak berkuasa lain seumpamanya.

14. LPPSA berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas pelanggan dan hartanah cagaran bagi menuntut
keseluruhan baki pembiayaan sekiranya berlaku kemungkiran di dalam syarat-syarat perjanjian dan pelanggan
perlu menanggung segala kos yang berkaitan.

15. Pelanggan bertanggungjawab memaklumkan kepada LPPSA melalui kaedah yang dibenarkan dari semasa ke
semasa sekiranya terdapat pertukaran alamat bertugas, alamat surat menyurat, alamat emel dan/ atau nombor
telefon untuk dihubungi.

16. Cukai Tanah dan Taksiran.

Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan semua bayaran hasil cukai tanah ("Quit Rent") dan cukai
taksiran ("Assessment") serta semua perbelanjaan lain berhubungan dengan atau yang akan dikenakan ke atas
Hartanah tersebut dijelaskan dalam masa yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

880510-26-5307 Mukasurat 7 | 8
MEMORANDUM PENERIMAAN

1. Saya mengaku telah memahami dan bersetuju ke atas keseluruhan terma dan syarat yang dinyatakan dalam
Surat Tawaran dan Lampiran rujukan 00037317/2021/B3 bertarikh 9 DISEMBER 2021 dengan amaun
pembiayaan sebanyak RM 210,343.24 seperti yang diluluskan dan akan mematuhi semua syarat, peraturan dan
prosedur pembiayaan yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling dan Garis Panduan LPPSA yang berkuatkuasa.

2. Saya juga faham dan setuju bahawa:


i. Pra-penerimaan hendaklah dibuat melalui Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA dalam tempoh 30 hari
bekerja daripada tarikh Surat Tawaran ini.
ii. Saya bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik bagi segala pembiayaan yang telah dikeluarkan
termasuk keuntungan yang dikenakan oleh LPPSA.

3. Saya mengakujanji, bersetuju dan secara sukarela tanpa paksaan memberi kebenaran dan keizinan yang tidak boleh
ditarik balik kepada LPPSA untuk menyalurkan maklumat sulit yang berkaitan dengan pembiayaan ini kepada pihak
yang berkaitan termasuk mana-mana pihak berkuasa menurut kepada mana-mana peruntukan perundangan yang
terpakai, peraturan atau arahan untuk apa jua tujuan yang bersesuaian seperti yang ditentukan oleh pihak tersebut.

Sekian, terima kasih.

..........................................................
(Tandatangan Pelanggan)
MOHD AIZUDDIN HAQIM BIN MD YUSOFF
880510-26-5307
Tarikh: ............................

Saya sahkan bahawa surat persetujuan ini telah ditandatangani oleh pelanggan di hadapan saya.

Peguam Yang Dilantik:

...................................................................
(Tandatangan Peguam)
K.H. ONG & NG (Cop Rasmi Peguam berserta alamat)

Tarikh: ............................

Nota:

i. Memorandum Penerimaan ini merupakan sebahagian daripada Surat Tawaran pembiayaan.


ii. Pihak peguam hendaklah mengemukakan Surat Tawaran pembiayaan yang telah ditandatangani kepada
LPPSA berserta dokumen sekuriti pembiayaan.

880510-26-5307 Mukasurat 8 | 8

You might also like