You are on page 1of 7

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang
kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu,
Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan
dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris
di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan
beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan
pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan
Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan
kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan.
Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan
kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union)
merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia.

Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu.
Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa
ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit
permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi
negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.

Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada


Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Malayan Union – 1946

Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah
Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah
mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada
awal 1942.

Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja
Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan
yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh
mereka.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946

Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu
bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk menyatupadukan
orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika
ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu
sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu
sebagai bumiputera.

Penubuhan UMNO – 1946

Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil
perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan
dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa
memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British.

Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja
bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25
Julai 1946, Dato’ Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk
menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan
Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948
bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan
melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan.

Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam
Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia
mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto
(pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan
Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895
dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948.

Pilihanraya Pertama

Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung
tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan
satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama
diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52
anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Rundingan Kemerdekaan

Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan
kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4
orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di
Tanah Melayu.

Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di
London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan
telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan
sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

Suruhanjaya Reid

Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka
Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai
oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En.
Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan
berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai
Kerajaan Persekutuan yang kuat.

Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di
Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa
orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang
yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah
menggemukakan laporannya pada Disember 1956.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya
juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan
orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-
raja Melayu dan parti Perikatan.

Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan

Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia
telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang
ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi
British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan
tersebut.

Kemerdekaan Tanah Melayu

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan
Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di
negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di
Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan
tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama.
Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih
4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh
persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang
bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum
balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.

Penubuhan Malaysia

Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British
akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan
Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah
Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia
untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Sejarah Bagaimana Yang Kita Mahu?

Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah hari ini.
Kumpulan-kumpulan ekstrem ini asyik bercakap soal sumbangan bukan Melayu dan soal
penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-1945. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah
penentangan terhadap Jepun penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan.

Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam
terhadap Jepun?

Berkali-kali saya telah nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan
kemerdekaan, tetapi lebih kepada dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum
ini. Sila rujuk sejarah Perang China-Jepun 1894-1895 dan 1937.

Jika benar orang bukan Melayu mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu selepas
pengunduran Jepun, kenapa Malayan Union yang cuba diperkenalkan British pada 1946, tidak
ditentang? Kenapa hanya orang Melayu yang bangun menentang? Ini menunjukkan perjuangan
menentang kemerdekaan amat diragui sebelum detik 31 Ogos 1957.

Pada saya, kita serahkan semua sejarah kita kepada ahli sejarah. Janganlah doktor perubatan dan
ahli ekonomi memandai-mandai bercakap banyak dalam isu ini. Walhal ilmu sejarah mereka amat
cetek, hanya berasaskan kepada pandangan dan laporan ibu bapa murid yang tidak puas hati dengan
silibus yang sedia ada.

Mereka yang bukan berlatarbelakangkan sejarah, duduk diam-diam, tidak perlu berkokok
keterlaluan. Bagaimana kita menghormati profesion orang lain, begitu juga orang lain mesti
menghormati profesion kita, barulah itu dinamakan profesional. Janganlah terlalu bertindak ekstrem
dalam hal ini. Banyak masa terbuang dan tidak banyak membawa faedah.

Pada saya, sejarah sistem kenegaraan sesebuah negara mesti diajar. Sama seperti negara China dan
India yang mempunyai sejarah sistem kenegaraan sendiri. Begitu juga dengan sistem kenegaraan
Melayu, mesti ada sejarahnya sendiri. Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau
dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi
asas.

Negara Singapura sedang cuba dan telah pun memadamkan asas sebegini. Saya fikir MCA, DAP dan
Gerakan, tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukannya.
Orang politik, jaga saja kawasan dan kerusi masing-masing, serta tanggungjawab mereka terhadap
rakyat.

Saya bukan bertujuan menjadi jaguh membela orang Melayu, tetapi saya suka berkata benar, sebab
saya adalah seorang pengkaji. Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil daripada cantuman tiga
wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan
atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah Portugis dalam tahun 1511. Perkataan
‘Negeri-Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu’ dan ‘Persekutuan
Tanah Melayu’ masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain- lain perkataan, negara
Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang
hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

Berdasarkan hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun
2009). Sejarah sistem kenegaraan Melayu adalah akar umbi kepada sejarah negara ini. Bermula
dengan perkataan ‘Melayu’ atau ‘Tanah Melayu’ itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan
di rantau ini. Nama-nama ini terkenal di kalangan negeri-negeri China, India dan Barat seperti
Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R
(Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis) (R. Suntharalingam dan Abdul
Rahman Haji Ismail, 1985: 85).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat
dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11, barulah perkataan Melayu
mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu
dan Malaysia serta Malaya jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land
of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu
bangsa yang bernama Melayu (Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985).

Namun, kedatangan penjajah British telah merubah landskap politik Tanah Melayu. Tanah Melayu
yang dahulunya dihuni oleh orang Melayu di Kepulauan Melayu telah menjadi sebuah negara
berbilang bangsa.

Tunku Abdul Rahman pernah berkata pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan
mengiktiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh
dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku meletakkan syarat ini adalah untuk menarik kesedaran pihak MCA
tentang taraf orang Melayu yang sebenar, sambil menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin
MCA dalam perhubungannya dengan UMNO.

Akhirnya pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat itu serta bersetuju rundingan tersebut
berjalan atas dasar yang telah ditetapkan (Mansor et al, 2006). Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh
Chandra Muzaffar dengan menyatakan, sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep
Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada 1957 memberikan
kewarganegaraan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang.
Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin
pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara
automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Ini sesuatu yang luar biasa.

Melalui proses kewarganegaraan yang dikatakan sebagai stroke of a pen ini, demografi negara
berubah serta-merta. Hampir 40 peratus daripada warganegaranya ialah orang bukan Melayu.
Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Ini tidak pernah berlaku dalam
sejarah. Nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi
nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak
melahirkan sebuah negara Melayu. Inilah sifat negara ini yang harus kita fahami - berbilang kaum
tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu.

Perlu juga difahami bahawa Malaysia juga tidak sama dengan negara-negara lain yang menjadi
berbilang kaum kerana tekanan kolonialisme. Ini kerana polity Melayu itu jauh lebih kukuh sebagai
sistem kenegaraan. Kerajaan Melayu Melaka dan selepas itu Johor diiktiraf di peringkat
antarabangsa. Ciri-ciri polity itu diterima sebagai ciri-ciri sebuah negara dan sistem pemerintahan. Ini
adalah sebahagian daripada ingatan kolektif masyarakat Melayu. Perkara ini tidak difahami bukan
saja oleh ahli-ahli politik, malah sebahagian besar cendekiawan serta mereka yang boleh
mempengaruhi pandangan umum termasuk media.

Itu sebabnya dari semasa ke semasa timbul isu-isu yang menjadi kontroversi menyentuh soal
bahasa, agama dan sistem pendidikan. Ini kerana tidak ada kefahaman tentang latar belakang
sejarah dan polity Melayu dan pengaruhnya terhadap sistem kenegaraan Melayu. Malangnya, tidak
ada usaha di kalangan pemimpin masyarakat untuk memahami perkara ini, bahawa kita masyarakat
berbilang kaum yang berakar umbi dalam polity Melayu.

Menurut Chandra lagi, Malaysia lebih mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam konteks
masyarakat berbilang kaum sekiranya memahami sejarah ini. Jika ada yang menafikannya, sengaja
tidak mahu memahami, sukar untuk menjalinkan hubungan kaum yang harmonis. Oleh kerana
wujudnya polity Melayu dalam sejarah, maka bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, agama
Islam sebagai agama rasmi dan raja-raja menjadi ketua negeri dan negara. Sejarah sebegini perlu
difahami.

Oleh kerana adanya polity Melayu dan sebahagian besar masyarakat Melayu dan peribumi begitu
miskin dan mundur pada 1957, dan dalam keadaan begitu, kewarganegaraan dianugerahkan dengan
begitu liberal, masyarakat Melayu dan peribumi itu memerlukan perlindungan. Itu adalah tuntutan
yang sah dalam konteks pembentukan negara. Perlindungan yang dipersetujui itu adalah untuk
memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu dari segi sosioekonomi.

Semua pandangan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada sistem kenegaraan
Melayu. Justeru, tidak hairanlah bagi mereka yang memahami sejarah akan menghormati bukti-bukti
dan seterusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan lunak, berhikmah dan begitu bertoleransi.

Jika benar-benar kita ikhlas dalam memahamkan sejarah, jauhkan penglibatan orang politik, biarkan
ilmuan dan ahli akademik yang berhujah dan menulis fakta. Keadaan hari ini menjadi kelam kabut
kerana kita terlalu banyak berpolitik. Setiap parti politik mahu menjadi jaguh bangsa, bukannya
mahu berkata benar walaupun pahit.

You might also like