You are on page 1of 3

TEORI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1.0 pengenalan:

 Menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut
paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertailan antara etnik atau kaum.
 Malaysia memiliki lebih daripada 70 hubungan etnik dan sekiranya ditambah dengan
kelompok yang mewakili subetnik, kumpulan bahasa, dan dialek, jumlahnya lebih
daripada 200 kumpulan.
 Terdapat empat bentuk perhubungan antara etnik iaitu bekerjasama, penyesuaian,
persaingan dan konflik.
 Namun begitu, kita perlu memahami makna hubungan etnik dari segi masyarakat,
kebudayaan, ras, etnik, integrasi, asimilasi dan sebagainya.
 Sejarah hubungan etnik di negara ini selepas tamat perang dunia kedua pada tahun
1945 sehingga sekarang memaparkan tiga era penting jika diukur berdasarkan pola
konflik, keamanan, dan kestabilan dalam masyarakat.
 Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan etnik lain
seperti Brunei, Bajau, Kedayan, Murut dan lain lain. Kepelbagaian ini menuntut
masyarakat untuk berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan
tidak selamat.
 Menjelang tahun 1969, kira- kira 40 nyawa terkorban dari tragedi rusuhan kaum yang
berlaku diantara kaum Melayu dan Cina.
 Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan ketegangan kaum
ini antaranya ialah dgn mewujudkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Jabatan
perpaduan Negara.
 Hubungan etnik di Malaysia mestilah diperbaiki agar negara dapat berkembang
dengan lebih pesat disebabkan keharmonian yang berlaku dalam perhubungan
tersebut.
Kesimpulan

Jelaslah menunjukan bahawa Malaysia memiliki kepelbagaian etnik yang terdiri daripada
Melayu, cina, India dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat pola turun naik dan putaran antara
keadaan konflik dan putaran. Hal ini, akan menyebabkan perpaduan itu sukar untuk dicapai
dan ianya sekadar harapan serta bersifat utopia. Proses perpaduan memerlukan semua pihak
di negara kita bekerjasama untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dikekalkan
dan dipertahankan, biarpun perpaduan yang sebenar belum lagi dapat dilihat. Oleh itu, kita
perlu memikirkan strategi jangka panjang yang lebih kekal sifatnya, bukan sahaja menangani
‘ api api kecil’ bahkan juga menghindarinya daripada berlaku atau merebak dengan lebih
parah lagi.
Rujukan

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hubungan&d=10.

http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/61487/KIPPSBab9.pdf

http://eprints.utm.my/14559/1/HamidahAbdulRahman2009_Konsep-
konsepAsasHubunganEtnik.pdf

http://web.usm.my/km/29(1)2011/km%20art%201(1-28).pdf

You might also like