You are on page 1of 1

1.11.

7 Kesediaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kesediaan membawa maksdu perihal sedia,
kesanggupan atau kerelaan. Definisi yang dikeluarkan oleh Transform dalam laman web rasminya
menyatakan bahawa kesediaan bermakdud sanggup melakukan sesuatu kerja atau tugas. Menurut
proses kesediaan ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama ialah menyedari apa yang perlu diubah.
Setelah seseorng menyedari keperluan ini, mereka akan memulakan proses penilaian sama ada
merancang atau tidak untuk perubahan. Fasa kedua melibatkan menilai kos dan faedah berubah dan
berusaha membayangkan bagaimana kehidupann jika mereka berubah. Fasa ketiga ialah, fasa
kemahiran, tenaga, kecekapan dan sokongan yang diperlukan untuk membawa perubahan yang
diinginkan. Perspektif kesediaan dalam konteks pembelajaran ialah kemmapuan seseorang untuk
menerima pengajaran dan mengembangkan kemahiran atau sikap baru. Dalam konteks kajian ini,
kesediaan guru adalah merangkumi sejauh mana seseorang guru bersedia dari aspek pengetahun,
kemahiran dan penerimaam bagi mengadaptasikan pembaharuan dalam pedagogi.

1.12 Rumusan
Bab ini telah menjelaskanm pernyataan masalh, objektif kajian, soalan kajian, hipotesis kajian,
batasan kajian dan definisi maksud secar terperinci bagi kajain yang bertujuan untuk menentukan
kesediaan guru-guru Sekolah Rendah terhadap penggunaan Pem,belajaran mudah alih di daerah
Sungai Siput. Seterusnya, pengkaji akan membincangkan tinjauan literature bagi kajian ini dalam Bab
2.

You might also like