You are on page 1of 10

Prosedur Penyelidikan

Penyelidikan, sama ada penyelidikan kuantitatif mahupun penyelidikan kualitatif, merupakan


disiplin yang sistematik yang dilaksanakan untuk mendapatkan jawapan kepada masalah dan
persoalan. Oleh itu, sebelum sesuatu kajian dilakukan, masalah kajian perlu dinyatakan
dengan jelas dan tepat, supaya reka bentuk kajian dapat dirancang dan seterusnya kajian
dilaksanakan untuk memperoleh jawapan yang tepat.

1. Masalah kajian

Masalah kajian merupakan isu yang timbul yang menarik perhatian atau menjadi penggerak
serta dorongan untuk melakukan kajian. Dalam penulisan cadangan penyelidikan, masalah
kajian amat penting kerana merupakan faktor pertimbangan utama sama ada kajian akan atau
perlu dilakukan atau tidak. Masalah kajian membolehkan penyelidikan itu dilakukan.
Beberapa cara boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah kajian, iaitu melalui tujuan
kajian, penyataan masalah dan soalan kajian.

a) Sumber Masalah Kajian

Masalah kajian biasanya timbul daripada sumber-sumber tertentu:

i. Minat dan pengalaman pengkaji - seorang pengkaji ingin mengetahui dengan lebih
lanjut berhubung sesuatu aspek yang diminatinya.
ii. Teori yang praktis – ketidakpastian timbul dan ingin menguji teori
iii. Replikasi kajian lepas – ingin melakukan kajian yang sama ke atas subjek lain di
lokasi yang berbeza (berdasarkan ramalan bahawa keputusan kajian mungkin
berbeza)
iv. Hasil-hasil kajian lepas yang bercanggahan – terdapat hasil-hasil kajian yang
bercanggah antara satu sama lain berhubung sesuatu topik tertentu.

Dalam laporan penyelidikan, masalah kajian dinyatakan dalam tajuk kajian. Tajuk kajian
terdiri daripada satu ayat ringkas mengenai masalah kajian yang merangkumi tujuan, variabel,
populasi dan jenis kajian. Jadual 1.3 menunjukkan beberapa tajuk kajian
Jadual 1.3 Masalah kajian dinyatakan dalam Tajuk Kajian

Tajuk kajian
Perbandingan tahap penguasaan Bahasa Malaysia antara pelajar sekolah kebangsaan dan
pelajar sekolah jenis kebangsaan
Masalah kajian
Tiada maklumat tentang tahap penguasaan Bahasa Malaysia pelajar-pelajar dalam dua aliran
pendidikan tersebut

Tajuk kajian
Kesan stail pemikiran ke atas pencapaian akademik pelajar universiti
Masalah kajian
Kurang pasti tentang pengaruh stail pemikiran pelajar ke atas pencapaian akademik

Tajuk kajian
Satu kajian deskriptif mengenai latar belakang pendidikan pengurus wanira di badan-badan
bukan kerajaan
Masalah kajian
Tiada maklumat tentang latar belakang pendidikan pengurus wanita di badan-badan kerajaan

b) Aspek-Aspek Penting Dalam Penyataan Masalah Kajian

Masalah kajian merupakan sebab utama kajian dilakukan dan oleh itu harus dinyatakan
dengan jelas dan teliti. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam menyatakan masalah kajian:

i. Masalah kajian haruslah praktikal, iaitu boleh diselidik dan data yang dikumpul dapat
dianalisis.
ii. Masalah kajian haruslah penting, iaitu harus bermakna untuk diselidik dan mempunyai
kepentingan praktika dan teoritikal agar memberi implikasi atau meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman pengkaji. Di samping itu, masalah kajian turut perlu
memberi sumbangan kepada badan pengetahuan (body of knowledge.
iii. Masalah kajian perlu menyatakan sasaran kajian iaitu populasi yang ingin dikaji.
iv. Masalah kajian perlu menyatakan variabel-variabel utama yang akan terlibat dalam
kajian. Sebagai contoh, dalam kajian “kesan stail pemikiran ke atas prestasi akademik
pelajar unversiti”, variabel-variabel utama ialag “stail pemikiran” dan “prestasi
akademik”.
v. Masalah kajian perlu dinyatakan dengan jelas dan tepat supaya pembaca memahami
perkara-perkara yang akan diselidik, di samping memberi fokus kepada pengkaji.
Istilah-istilah yang mengelirukan perlu diganti dengan istilah-istilah yang mudah
difahami umum.

c) Konflik yang Wujud Dalam Masalah Kajian

Pengkaji biasanya melaksanakan kajian kerana kurang pasti mengenai sesuatu isu atau
masalah, dan ingin menyelesaikan masalah kajian yang telah dikenalpasti. Pengkaji harus
menyatakan masalah kajiannya dengan jelas dan tepat. Namun, menurut Kerlinger (1973),
adalah sukar untuk seseorang pengkaji bagi membentuk dan menyatakan masalah
kajiannya secara ringkas, jelas dan lengkap dan tiada cara yang boleh dikatakan paling
sesuai untuk menyatakan masalah kajian.

Sesuatu perkara dikatakan masalah apabila wujud ketidakselarasan, konflik, kekeliruan


ataupun tidak lengkap. Jika apa yang difikir sama dengan apa yang ditemui, maka tidak
wujud masalah. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar mendapat gred A dalam peperiksaan
seperti yang telah dijangkakannya, maka tiada masalah yang timbul. Sebaliknya jika pelajar
tersebut mendapat gred D, maka wujudlah masalah.

Secara amnya, suatu masalah akan timbul jika terdapat ketidakselarasan atau konflik antara
hasil-hasil kajian lepas, antara teori dan amalan atau antara teori dan teori.

Sebagai contoh, jika teori menyatakan bahawa semakin tinggi gaji bulanan seseorang
pegawai, semakin tinggi tahap kepuasan kerjanya, tetapi pemerhatian (amalan)
menunjukkan bahawa terdapat pegawai-pegawai bergaji tinggi yang mempunyai tahap
kepuasan kerja yang rendah, maka percanggahan antara teori dan amalan ini akan
menimbulkan keraguan pengkaji, iaitu masalah kajian. Perlu diingatkan bahawa dalam
penyelidikan masalah kajian merupakan masalah yang dihadapi oleh pengkaji sendiri
berhubung isu yang dikaji dan bukannya masalah yang dihadapi oleh responden kajian.

Pendek kata, masalah kajian timbul apabila wujud ketidakselarasan ataupun konflik antara
hasil kajian, pandangan, teori dan amalan. Ini berlaku apabila :
1. Wujud perbezaan antara pandangan pakar dengan hasil kajian
2. Hasil kajian-kajian lepas bertentangan
3. Wujud pengetahuan yang tidak lengkap sehingga mengakibatkan kekeliruan
4. Pengetahuan dan amalan yang dipraktis berbeza
5. Teori dan amalan bertentangan
6. Teori dan pengetahuan pengkaji bertentangan
7. Wujud konflik antara dua teori
8. Wujud perbezaan antara pengetahuan dan tindakan

d) Kaedah Empat Langkah dalam Menyatakan Masalah Kajian dan Objektif Kajian

Pengkaji boleh menggunakan Kaedah Empat Langkah untuk menyatakan masalah kajian dan
seterusnya mengemukakan objektif kajian.

Kaedah Empat Langkah :

Langkah Pertama : Mengemukakan pernyataan asal – menyatakan pernyataan berkaitan


dengan pengetahuan, teori, amalan, hasil kajian, keadaan dan situasi mengenai sesuatu isu.

Langkah Kedua : Mengemukakan pernyataan tidak selaras atau konflik – menyatakan


pernyataan berkaitan dengan pengetahuan, toeri, amalan, hasil kajian, keadaan atau situasi
mengenai sesuatu isu yang bertentangan atau tidak selaras dengan pernyataan asal dalam
langkah pertama.

Langkah Ketiga : Mengemukakan spekulasi – membuat spekulasi mengenai konflik atau


keadaan tidak selaras, yang memerlukan penyelidikan dilaksanakan.

Langkah Keempat : Mengemukakan objektif kajian – menyatakan objektif kajian


berdasarkan spekulasi yang timbul daripada konflik atau ketidakselarasan.

Berikut ialah dua contoh yang mengemukakan objektif kajian berdasarkan Kaedah Empat
Langkah.

Contoh Kajian 1
Seorang pengkaji mendapati bahawa guru besar sekolah cemerlang mengamalkan kepimpinan
demokratik (memberi kebebasan kepada guru untuk bersuara dalam urusan sekolah). Walau
bagaimanapun, terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa wujud guru besar sekolah
cemerlang yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik (tidak memberi kebebasan
kepada guru untuk bersuara dalam urusan sekolah). Maka, wujud konflik antara pemerhatian
pengkaji (amalan guru besar) dan hasil kajian lepas. Masalah ini membimbing pengkaji untuk
membuat spekulasi dan seterusnya mengemukakan objektif kajian.

Kaedah Empat Langkah Pernyataan Masalah Kajian


LANGKAH 1 Ahmad Banjunik (2010) menyatakan bahawa
Pernyataan asal guru besar sekolah cemerlang mengamalkan
gaya kepimpinan demokratik (memberi
kebebasan kepada guru untuk bersuara dalam
urusan sekolah).
LANGKAH 2 Laporan kajian Husaidi (2011) menunjukkan
Pernyataan yang berkonflik bahawa wujud guru besar sekolah cemerlang
yang mengamalkan gaya kepimpinan
autokratik (tidak memberi kebebasan kepada
guru untuk bersuara dalam urusan sekolah).
LANGKAH 3 Apakah gaya kepimpinan guru besar sekolah
Spekulasi cemerlang dalam daerah Petaling Perdana?
Gaya autokratik atau demokratik?
LANGKAH 4 Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti
Objektif kajian gaya kepimpinan guru besar sekolah
cemerlang dalam daerah Petaling Perdana.

Dengan menyatakan pernyataan-pernyataan yang berkonflik, spekulasi serta mengemukakan


objektif kajian mengikut kaedah empat langkah, pengkaji dapat menulis dengan mudah
objektif kajian secara sistematik dan jelas, bersesuaian dan selaras dengan masalah kajian.

Contoh Kajian 2

xSeorang pengkaji merujuk kepada kajian-kajian lepas dan menemui laporan-laporan yang

berbeza: (1) pemimpin organisasi yang cakap dalam pengurusan memiliki tahap IQ yang tinggi
(pernyataan asal) ; (2) pemimpin organisasi yang cekap dalam pengurusan memiliki tahap IQ
yang sederhana (pernyataan tidak selaras) ; (3) pemimpin organisasi yang cekap dalam
pengurusan tidak semestinya memiliki tahap IQ yang tinggi, tetapi mungkin disebabkan oleh
Langkah 1 : Masalah kajian

Menyatakan Laporan kajian lepas (Quins, 2009) menunjukkan bahawa sekumpulan


pemimpin organisasi yang cekap dalam pengurusan memiliki tahap IQ yang
tinggi.

Masalah kajian dinyatakan


pernyataan
asal

Langkah 2 :

Menyatakan
pernyataan-
pernyataan yang tidak
selaras/berkonflik
dengan pernyataan asal

Langkah 3 :

Pengkaji keliru dengan


Ketidakselarasan
antara
pernyataan, dan
seterusnya
menyatakan
spekulasinya.
Objektif dinyatakan
berdasarkan spekulasi
Langkah 4 :

Berdasarkan Objektif kajian


spekulasi,
pengkaji Kajian ini dilakukan :
menyatakan
1. Untuk menyelidik hubungan antara IQ dan kecekapan pengurusan
objektif kajian.
pemimpin organisasi
2. Untuk menyelidik hubungan antara EQ dan latar belakang pendidikan
dengan kecekapan pengurusan pemimpin organisasi

Rajah 1.6 Penggunaan Kaedah Empat Langkah dalam menyatakan masalah kajian dan objektif kajian
e) Kesilapan Dalam Mengemukakan Masalah Kajian Dan Objektif Kajian
Jadual 1.4 menunjukkan contoh pernyataan masalah dan objektif kajian yang kurang sesuai.

Jadual 1.4 Contoh Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian yang Kurang Sesuai

Pernyataan masalah dan objektif kajian Penerangan


Sperry (1975) melaksanakan eksperimen Pernyataan asal dikemukakan.
pemisahan otak (split brain experiment) dan (Terdapat perhubungan antara gaya
melaporkan bahawa otak manusia terdiri pemikiran otak kanan dengan kreativiti)
daripada dua hemisfera, iaitu hemisfera kiri
dan hemisfera kanan. Hemisfera kiri
berfungsi untuk pemikiran logik, sistematik
dan analitik, manakala hemisfera kanan pula
berhubung kait dengan pemikiran kreatif dan
intuitif.
Dapatan kajian Sperry disokong oleh hasil Pernyataan-pernyataan yang selaras dengan
kajian Hart (2007), Ahmad Husaisi (2005) pernyataan asal dikemukakan. Tiada konflik
dan Norizan Baba (2004), iaitu pelajar antara pernyataan, maka masalah kajian
universiti yang kreatif memiliki gaya tidak timbul.
pemikiran otak kanan. Selain itu, Tajuddin (Semua pernyataan dan dapatan kajian lepas
(2010) berpendapat bahawa kurikulum di menunjukkan bahawa terdapat perhubungan
universiti harus dibentuk berasaskan antara gaya pemikiran otak kanan dengan
pemikiran otak kanan untuk menjana kreativiti).
pemikiran kreatif pelajar.
Oleh yang demikian, objektif kajian ini Objektif yang dikemukakan adalah tidak
adalah untuk menyelidik sama ada terdapat sesuai kerana semua pernyataan dan hasil
perhubungan antara gaya pemikiran otak kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat
kanan dengan kreativiti pelajar universiti. perhubungan antara gaya pemikiran otak
kanan dengan kreativiti pelajar universiti.
Jadi kajian tidak perlu dilakukan kerana tidak
wujud ketidakpastian atau keraguan.

Penulisan di atas dapat dibaiki dengan mengemukakan pernyataan-pernyataan yang


berkonflik dengan pernyataan asal dan spekulasi. Jadual 1.5 menunjukkan contoh pernyataan
masalah dan objektif kajian yang telah diubahsuai.
Jadual 1.5 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian yang Telah Diubahsuai

Langka Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian Penerangan


h
1 Sperry (1975) melaksanakan eksperimen Pernyataan asal
pemisahan otak (split brain experiment) dan dikemukakan. (Terdapat
melaporkan bahawa otak manusia terdiri daripada perhubungan antara gaya
dua hemisfera iaitu hemisfera kiri dan hemisfera pemikiran otak kanan dengan
kanan. Hemisfera kiri berhubung kait dengan kreativiti).
pemikiran logik, sistematik dan analitik, manakala
hemisfera kanan berhubung kait dengan
pemikiran kreatif dan intuitif. Dapatan kajian
Sperry disokong oleh hasil kajian Hart (2007),
Ahmad Husaisi (2005) dan Norizan Baba (2004)
yang menyatakan bahawa terdapat pelajar
universiti tempatan yang kreatif yang memiliki
gaya pemikiran otak kanan.
2 Namun, hasil kajian William (2008) dan Pernyataan-pernyataan yang
Arimuddin (2009) melaporkan bahawa pelajar berkonflik dengan pernyataan
yang kreatif di sebuah universiti tempatan asal dikemukakan. Konflik
mengamalkan gaya pemikiran otak kiri. antara pernyataan wujud dan
oleh itu timbul masalah
kajian.
3 Persoalannya : “Apakah gaya pemikiran pelajar Spekulasi dibuat berdasarkan
kreatif? Otak kiri atau otak kanan?” konflik dalam masalah
kajian.
4 Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah Objektif yang dikemukakan
untuk menyelidik hubungan antara gaya adalah sesuai dengan
pemikiran otak dengan kreativiti pelajar universiti masalah kajian.
tempatan.

Contoh dalam jadual 1.5 jelas menunjukkan bahawa konflik yang wujud menimbulkan
keraguan pengkaji, yang membimbingnya untuk mengemukakan spekulasi dan seterusnya
menbawa kepada pembinaan objektif kajian. Proses menyatakan masalah yang berkonflik,
diikuti spekulasi dan seterusnya objektif dibuat secara sistematik dan berkesinambung.

Contoh kajian dalam jadual 1.4 tidak mempunyai masalah kajian kerana tiada konflik
mahupun ketidakselarasan dalam pernyataan-pernyataan tersebut. Oleh kerana tiada spekulasi
dikemukakan, maka objektif yang dibentuk adalah kurang sesuai kerana berdasarkan
pernyataan tersebut, iaitu tanpa melakukan kajian, pengkaji sudah boleh menjangkakan
bahawa terdapat perhubungan yang positif antara gaya pemikiran otak kanan dan pemikiran
kreatif.

You might also like