You are on page 1of 12

BAB 2: Ideologi dan wawasan negara

Rukun Negara (13 Mei 1969)


Isu-isu sensitif yg dibangkitkan oleh parti-parti politik dlm Pilihan Raya Umum 1969:

 Kedudukan orang Melayu


 Kedudukan bahasa Melayu
 Hak kewarganegaraan
 Kesetiaan kaum bukan Melayu
 Perbezaan dan kedudukan agama serta budaya
- Mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu.

Majlis Gerakan Negar (MAGERAN)


-dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemerintahan negara mengikut undang-undang
darurat

o Mengembalikan keamanan undang-undang


o Menentukan pemerintahan negara yang licin dan sempurna
o Mewujudkan keadaan hormani dan saling mempercayai antara kaum

Untuk melicinkan pemerintahan negara, MAGERAN telah menubuhkan tiga buah badan:
Majlis Muhibsh Negara, Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Perundingan Negara.

Majlis Perundingan Negara (yg ditubuhkan oleh pada bulan Januari 1970 & dipengerusikan oleh Tun Abdul
Razak, terdiri daripada wakil parti politik, wakil tokoh agama, kakitangan awam dan wartawan)

Menentukan garis-garis panduan yang positif dan praktikal bagi memupuk semangat
kerjasama dan integrasi sosial anatara rakyat berbilang kaum demi membina identiti
nasional.

Melalui Majlis Perundingan Negara, rakyat dapat berdialog semula serta memberikan
sumbangan yg positif dlm usaha mencari penyelesaian yg tetap terhadap masalah-masalah
perkauman utk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

Hasil drpd perbincangan tersebut, lahirlah Rukun Negara yg diisytiharkan oleh Yang-di-
Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970.

Faktor penghalang kepada integrasi kaum:


 Penempatan kaum secara berkelompok mengikut kawasan yg berbeza menjadi penghalang pergaulan dan komunikasi
 Ekonomi iaitu kaum dikenali mengikut jenis pekerjaan dan hal ini mewujudkan jurang perbezaan dari segi status ekonomi
 Pendidikan iaitu kewujudan sekolah vernakular mengasingkan kaum dan menyukarkan perpaduan
Cita-cita Malaysia berdasarkan Rukun Negara:
 Membina masyarakat yang progresif dlm sains dan teknologi
 Mewujudkan masyarakat yg adil
 Membentuk masyarkat yg bersatu padu
 Memelihara satu cara hidup
 Memelihara satu cara hidup demokratik
 Membina satu masyarakat yg liberal.

mencapai
perpaduan yg
lebih erat dlm
kalangan
masyarakat

membina

Objektif
masyarakat
memelihara cara
progresif yg akan
hidup
menggunakan
demokratik
sains dan
teknologi moden

Rukun
Negara
membentuk
sikap lliberal
terhadap tradisi mencipta
kebudayaan yg masyarakat adil
kaya dan
pelbagai corak
Kepentingan penghayatan dan pengamalan prinsip prinsip Rukun
Negara dalam kalangan semua warganegara Malaysia:
 Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum
 Mewujudkan rakyat berjiwa patriotik
 Membentuk warga moral dan beretika
 Menerapkan amalan menghormati Perlembagaan Negara
 Mengukuhkan jati diri
 Membina masyarakat progresif dan saintifik
 Mewujudkan sebuah masyarakat yg adil
 Memelihara cara hidup demokratik
 Membentuk sebuah masyarakat yg liberal

5 prinsip Rukun Negara :


Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan

Mengukuhkan keperinadian seseorang, sesuatu bangsa dan negara


(jika tiada agama akan meruntuhkan keperibadian)

Kepentingan:

o Wujudnya perpaduan kaum


o Wujudnya masyarakat moral
o Wujudnya negara yg aman dan harmoni
o Masalah sosial dan jenayah berkurang
o Menjamin perkembangan ekonomi

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

-menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas

Cara memanifestasikan prinsip :


o Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi melalui pelbagai bidang dan cara
o Mengelakkan penyebaran maklumat yg blh menjejaskan imej negara
o Menghormati institusi raja-raja
o Menghormati lambang-lambang negara spt bendera, jata negara dan sebagainya.
- Dgn mendahului kepentingan negara berbanding dgn kepentingan peribadi
- Menghormati lambang negara
- Menjunjung institusi raja

Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan memperahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Persekutuan yg merupakan perundangan tertinggi negara

Perlembagaan Persekutuan memberikan perlindungan kpd setiap rakyat negara ini drpd segi melindungi
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Perlembagaan ini ialah kontrak sosial rakyat yg tidak blh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-
mana pihak

Perlembagaan Malaysia mmenjadi sumber rujukan kpd semua perkara yg berkaitan dgn sistem
pemerintahan, peruundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat Malaysia.
Kedaulatan Undang-Undang

-mengawal dan mewujudkan masyarakat yg aman, tenteram, stabil dan makmur.

-menjamin kehormanian masyarakat dan keselamatan negara

-kedaulatan undang-undang ialah elemen penting utk memastikan undang-undang berjalan dgn lancar

-kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang
negara tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender, mahupun kedudukan.

Kesopanan dan Kesusilaan


-menekankan pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dlm menggambarkan kebudayaan
rakyat negara ini.
-sifat sopan santun dan tatasusila penting dlm konteks hubungan masyarakat yg berbilang kaum di
Malaysia.

Faktor yg melambatkan pencapaian hasrat utk mewujudkan


masyarakat yg bermoral dan beretika di Malaysia:
 Pengaruh negatif masyarakat
 Sikap masyarakat yg meterialistik
 Pengaruh media massa
 Kurang penghayatan agama
 Penguatkuasaan undang-undang yg tidak ketat
 Pengaruh budaya asing

Strategi utk melahirkan masyarakat saintifik dan progressif di Malaysia:


 Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer
 Meningkatkan bilangan sekolah bestari
 Meningkatkan industri berteknologi tinggi
 Menggiatkan projek Koridor Raya Multimedia
 Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dlm bidang sains dan teknologi
 Menambahkan pusat pendidikan teknikal dan vokasional
 Memanapkan mata pelajaran teknologi maklumat
Wawasan 2020
Pada tahun 1991, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, telah membentangkan kertas kerja bertajuk
“Malaysia: Langkah ke Hadapan” semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia.
-mempunyai pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia utk menjadi negara maju pada
tahun 2020
-pemikiran dan rangka kerja itu kemudiannya dinamakan Wawasan 2020
-matlamat: menjadi Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020

mewujudkan
negara Malaysia
bersatu
mewujudkan mewujudkan
masyarakat masyarakat yg
makmur berjiwa bebas
cabaran
memastikan wawasan mewujudkan
dan
masyarakat yg
adil dlm bidang
ekonomi
2020 membangunkan
masyarakat
demokratik

(cabaran
menjadikan mewujudkan
mewujudkan
masyarakat
penyayng
malaysia negara masyarakat yg
bermoral dan
maju) beretika

mewujudkan mewujudkan
masyarakat masyarakat
saintifik dan liberal dan
progrestif bertolak ansur

Strategi pengisian wawasan 2020:


 meningkatkan kualiti tenaga kerja yg dihasilkan oleh sistem pendidikan negara
 mengubah sikap dan nilai
 memberikan tekanan terhadap bidang sains dan teknologi
 membuat rancangan yg sistematik dan teratur
 menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan yg lebih dinamik

Faktor manghalang yg melambatkan pencapaian hasrat Wawasan 2020:


 pengaruh media massa terutamanya laman web sosial
 sikap materialistik masyarakat
 kurangnya pegangan dan penghayatan agama
mewujudkan negara Malaysia bersatu
yg mempunyai matlamat yg dikongsi bersama, iaitu mesti menjadi negara yg aman, berintegrasi pada
peringkat wilayah dan kaum, hidup dlm harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan terdiri drpd
satu bangsa Malaysia yg mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kpd negara.
Strategi:
o Mewujudkan sekolah wawasan: pelajar belajar bersama-sama di bawah satu bumbung tanpa
mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemuduhan asas.
o Menyertai Program Latihan Khidmat Negara: semua remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
digalakkan menyertai program ini dgn hasrat mewujudkan integrasi antara peserta
o Mempelbagaikan komposisi kaum dlm sektor pekerjaan
o Melaksanakan Program Rancangan Integrasi Murid utk Perpaduan(RIMUP)
o Mengadakan program kemasyarakatan
mewujudkan masyarakat yg berjiwa bebas,tenteram dan maju
dgn keyakinan terhadap keupayaan sendiri, berbangga dgn apa-apa yg ada dan apa-apa yg telah dicapai,
serta cukup gagah utk menghadapi pelbagai masalah

mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yg matang


yg mengamalkan bentuk demokrasi Malaysia yg mempunyai persefahaman berasaskan masyarakat yg
rapat menjadi cth kpd banyak negara membangun

mewujudkan masyarakat yg bermoral dan beretika


dgn warganegaranya teguh dlm nilai agama dan kehormanian dan didukang oleh nilai etika paling tinggi

mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur


dgn rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
mereka dan pada masa yg sama meletakkan kesetiaan mereka kpd sebuah negara

mewujudakan masyarakat saintifik dan progresif


mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke hadapan, yg bukan shj menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kpd tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan
strategi-strateg utk mencapai cabaran ini:
o memantapkan mata pelajaran reka cipta
o menambah pusat pendidikan teknikal dan vokasional
o menggalakkan aktiviti R&D dlm bidang sains dan teknologi
o meningkatkan industri berteknologi tinggi
o meningkatkan kemahiran penguasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
sistem sosial yg mementingkan masyarakat lebih drpd diri sendiri, dgn kebajikan insan tidak berkisar
pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yg kukuh
mewujudkan masyarakat yg adil dlm bidang ekonomi
masyarakat yg melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dgn wujudnya
perkongsian sepenuhnya utk setiap rakyat dlm perkembagaan ekonomi

mewujudkan masyarakat makmur


mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental
Konsep 1Malaysia
Diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, pada tahun 2009
- bertujuan: memupuk perpaduan dlm kalangan rakyat Malaysia yg berbilang kaum dgn
berteraskan beberapa nilai penting yg seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia
-Konsep 1Malaysia bukan dasar baharu yg terpisah drpd dasar-dasar kerajaan sebelum ini, sebaliknya
ialah pelengkap kpd pendekatan yg sedia ada utk memperkukuh perpaduan demi menjamin kestabilan,
pencapaian kemajuan dan pencapaian pembangunan yg lebih tinggi
-Dalam erti kata lain, 1Malaysia digagaskan sebagai fromula yg akan memastikan aspirasi negara, iaitu
Wawasan 2020, tercapai jika diterapkan dlm sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat
-Pengertian ini berdasarkan hujuh bahawa utk mencapai status negara maju spt yg diilhamkan melalui
Wawasan 2020, syarat yg paling utama ialah negara yg kukuh danstabil dan akan hanya dpt dicapai
apabila rakyatnya bersatu padu
-Perpaduan yg digambarkan oleh 1Malaysia amat berbeza drpd konsep asimilasi yg diamalkan di negara-
negara lain, dgn identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dgn identiti nasional yg sama
-Sebaliknya, 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta
identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai aset atau kelebihan yg patut
dibanggakan

Konsep 1Mlaysia akan mewujudkan kerajaan yg mengutamkan pencapaian dgn berpaksikan


keutamaan rakyat spt yg dipamerkan melalui slogon :

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Rakyat Didahulukan: kerajaan akan menumpukan perhatian terhadap bidang yg sangat diperlukan
dan dikehendaki rakyat dan mengagihkan sumber yg terhad kpd bidang-bidang tersebut.

Pencapaian Diutamakan: suatu tahap baharu telah ditetapkan utk ketelusan dan
kepertanggungjawaban kerajaan, dgn keberhasilan yg kerata dpt dilihat dan dirasai oleh rakyat serta
disampaikan secara serta-merta.
budaya
kecemerlangan

integriti ketabahan

nilai-nilai
pendidikan
konsep rendah hati
1Malaysi
a

meritokrasi penerimaan

kesetiaan
budaya kecermalangan

pengamalan budaya cemerlang akan membawa malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yg lebih
tinggi

kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung pada setakat mana budaya kecemerlangan
diamalkan oleh rakyatnya.

Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dgn mementingkan prestasi sebagai
pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan

ketabahan

setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan pemimpin dan rakyat

perjuangan utk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan
rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan

ketabahan dlm menghadapi perubahan wajar dijadikan wadah utk membetulkan kesilapan atau
kegagalan yg terdahulu

rendah hati

rendah diri yg dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah kpd orang lain

rendah diri membawa maksud sentiasa bersopan dan tidak mengutamakan diri sendiri, sebaliknya
mengutamakan kepentingan orang ramai

segala kemampuan dan kebolehan yg dimliki tidak perlu ditunjukkan dan dibanggakan dgn cara yg tidak
digemari masyarkat Malaysia

sikap rendah diri ini perlu bersesuaian dgn masa, keadaan dan tempat kita berada

penerimaan

penerimaan bermaksud menerima sesuatu perkara sepenuhnya dgn hati yg ikhlas tanpa ada unsur-
unsur paksaan

perkara-perkara yg terbaik drpd kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta
mendpt penerimaan drpd masyarakat negara ini

semua program dan peruntukan kewangan drpd kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan
saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman
politik

semua peluang spt pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil
kesetiaan

prinsip kedua Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, wajib dipegang leh setiap rakyat
negara ini secara erat tanpa berbelah lagi

semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri

kesetiaan sepenuhnya kepada Malaysia dan pemimpin ialah teras kepada kewibawaan, keteguhan,
kejayaan dan kecemerlangan.

meritokrasi

meritokrasi ialah hala tuju yg perlu diamalkan dlm negara demokrasi bagi memastikan rakyat yg layak
dan memenuhi kriteria diberi peluang utk memacu pembangunan negara

namun demikian, utk golongan yg kurang bernasib baik atau ketinggalan spt masyarakat yg tinggal di
pedalaman, estet dan perkampungan baharu, adalah menjadi tanggngjawab kerajaan utk membantu
golongan tersebut.

meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kreteria yg ditetapkan dan


sesiapa yg berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak utk dipilih

dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan
memaksimumkan potensi Malaysia dlm semua bidang.

pendidikan

pendidikan dan pengetahuan prasyarat penting utk mana-mana negara dlm mencapai kejayaan

negara perlu memiliki masyarakat yg mengutamakan pendidikan dan pengetahuan drpd segala-galanya

sekolah aliran kebangsaan telah ditaksirkan semula utk memasukkan sekolah vernakular

semua aliran sekolah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil hendaklah sentiasa
mencari peluang utk berinteraksi dgn mengadakan aktiviti bersama

integriti

kerajaan perlu memperoleh kepercayaan dan keyakinan rakyat melalui pengamalan nilai-nilai integriti
spt bersikap jujur, bercakap benar dan menepati janji serta masa

nilai-nilai integriti perlu diamalkan oleh semua pihak, drpd pemimpin hinggalah semua peringkat
masyarakat tanpa mengira kedudukan
kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran
tidak sah.

You might also like