You are on page 1of 1

Teori Penetapan Matlamat

Teori ini diperkenalkan oleh Edwin Locke pada akhir tahun 1960 an. Menurut beliau matlamat ialah
“apa yang individu cuba untuk mencapai, ia merupakan objek atau sasaran kepada sesuatu tindakan.
Matlamat-matlamat yang ingin dicapai seperti pengurangan kos, pengurangan kadar ponteng kerja
ataupun meningkatkan tahap prestasi yang khusus. Bagi En. Sapowan sendiri, dengan menetapkan
matlamat seseorang pekerja ianya membantu mereka untuk mencapai pretasi kerja dan diri sendiri.
Teori ini merupakan satu proses memotivasikan para pekerja yang sangat berkesan.

Contoh yang terdapat di dalam corak kepimpinan En. Sapowan ialah beliau akan membantu
pekerjanya menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dengan memberikan borang
pemantauan pencapaian diri atau ‘appraisal form’. Biasanya pekerja akan meletakkan paras
pencapaian yang mereka ingini iaitu antara 1 hingga 5 mata. Setiap 4 bulan sekali mereka akan
membandingkan paras pencapaian mereka setakat tempoh tersebut samada mencapai apa yang
dimatlamatkan seperti yang dinyatakan dalam borang tersebut. Contoh matlamat seperti ‘Pengurus
di bahagian operasinya’ menyasarkan matlamat untuk meningkatkan jualan sebanyak 20 peratus
dalam tempoh 4 bulan tersebut untuk melayakkan pekerjanya di bahagian operasi Niwan Unggul
Resources menerima imbuhannya. Secara tidak lansung penetapan matlamat oleh pegawai atasan
yang mempunyai kuasa ini akan mudah diterima dan diikuti oleh pekerja-pekerja lain. ‘Penerimaan
matlamat’ merujuk kepada kesediaan penerimaan matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, ia
mempengaruhi motivasi pekerja untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
tersebut.

Di samping matlamat-matlamat di tetapkan, En. Sapowan akan mendapatkan maklum balas pekerja-
pekerja di atas matlamat tersebut. Bagi beliau maklum balas para pekerjanya penting bagi
membolehkan beliau mengetahui sama ada dia telah mencapai matlamat atau tidak atau berada
dalam hala tuju yang betul dalam proses pencapaian matlamat. Maklum balas merupakan cara
beliau memantau setiap matlamat sama ada efektif atau perlukan perubahan. Ini merujuk kepada
ciri-ciri matlamat berkesan iaitu ‘ketepatan matlamat’ iaitu sejauh mana pencapaian boleh dipantau
dan diukur. Sejajar dengan teori penetapan matlamat ini, maklum balas juga adalah penting kepada
motivasi kerana keperluan perkembangan diri tidak dapat dipuaskan sehingga kita menerima
makluman di atas pencapaian matlamat.

Satu lagi gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh En. Sapowan dalam memotivasikan pekerjanya
ialah dengan menggalakkan penglibatan para pekerja dalam proses penetapan matlamat di
organisasinya. Cara ini bertujuan untuk membina dan mengekalkan komitmen di dalam diri mereka.
Contohnya, dalam merancang matlamat dan objektif untuk setiap tahun, suara dan pendapat para
pekerja juga diambil kira. Cadangan matlamat-matlamat mereka akan diguna pakai jika memberikan
kebaikan kepada syarikat. Penyertaan dalam pembentukan matlamat akan meningkatkan komitmen
pencapaian matlamat, ini kerana rasa pemilikan kepada matlamat tersebut berbanding dengan
matlamat yang ditetapkan bersendirian oleh pengurusnya. Oleh itu, dapat dilihat bahawa para
pekerja lebih bermotivasi untuk meningkatkan prestasi kerja mereka seterusnya matlama

You might also like