You are on page 1of 18

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap


Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19
(A Survey Study Of Secondary School Students’ Perception Of Online
Learning During The Covid-19 Pandemic)
Nur Akalili Mohd Amin1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: akaliliamin@gmail.com

Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran dalam talian adalah alternatif terbaik untuk memastikan sesi
pembelajaran tidak terhenti semasa pandemik Covid-19 berlaku. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti persepsi murid sekolah menengah di Malaysia terhadap pembelajaran dalam
talian. Dapatan yang diperoleh boleh memberikan amalan dan praktis yang efisien kepada
para guru dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian yang berkesan. Kaedah tinjauan
dengan menggunakan soal selidik telah dijalankan (n= 563) ke atas murid sekolah menengah
di Malaysia untuk mengenal pasti tahap penerimaan mereka terhadap pembelajaran dalam
talian. Dengan menggunakan analisis statistik deskriptif, tahap penerimaan murid sekolah
menengah terhadap pembelajaran dalam talian adalah di tahap ‘Sederhana Setuju’.
Kelebihan utama pembelajaran dalam talian yang didapati daripada kajian ini ialah
kemudahan untuk mengakses pelbagai bahan pembelajaran secara dalam talian dan
kebebasan untuk belajar di rumah manakala kekurangan utama ialah masalah teknikal yang
dihadapi semasa menjalani pembelajaran dalam talian dan kurangnya interaksi dengan
rakan-rakan. Selain daripada itu, tiada perbezaan persepsi antara pembelajaran dalam talian
dan bersemuka untuk daripada segi peningkatan pengetahuan, kemahiran teknologi maklumat
dan kemahiran sosial. Pembelajaran dalam talian adalah norma baru yang harus diterima
oleh semua. Malah, ianya masih akan kekal relevan dan penting walaupun pandemik ini
berakhir suatu hari nanti. Kepentingan dan kelebihan pembelajaran dalam talian ini harus
dipertingkatkan dengan melengkapkan para guru dengan latihan, bimbingan dan amalan yang
sesuai supaya mereka berupaya melaksanakan sebuah pembelajaran dalam talian yang
cemerlang sekaligus memberikan manfaat yang maksimum kepada murid.

Kata kunci: murid sekolah menengah, pembelajaran dalam talian, pandemik covid-19

Abstract: Online learning is the best alternative to ensure that learning sessions do not stop
during the Covid-19 pandemic. This study was conducted to identify the perceptions of
secondary school students in Malaysia towards online learning. The findings obtained can
provide efficient practices to teachers in implementing effective online learning. A survey
method using a questionnaire was conducted (n = 563) on secondary school students in
Malaysia to identify their level of acceptance of online learning. Using descriptive statistical
analysis, the level of acceptance of secondary school students towards online learning is at the
level of ‘Moderately Agree’. The main advantages of online learning found from this study are
ease of accessing various online learning materials and freedom to study at home while the
main disadvantages are technical problems encountered during online learning and lack of
interaction with peers. Moreover, there is no perceptual difference between online and face -
to -face learning for in terms of knowledge enhancement, information technology skills and

344
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

social skills. Online learning is a new norm that should be accepted by all. In fact, it will still
remain relevant and important even if this pandemic ends one day. The importance and
advantages of online learning should be enhanced by equipping teachers with appropriate
training, guidance and practice so that they are able to implement an excellent online learning
while providing maximum benefits to students.

Keywords: secondary school students, online learning, covid-19 pandemic


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pembelajaran dalam talian adalah sebuah pembelajaran elektronik di mana penyampaian


sesebuah pembelajaran itu boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja (Ahmad
Johari Sihes & Norbaizura Sani, 2010). Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
yang pesat telah membolehkan dunia pendidikan turut menerima tempiasnya. Kemajuan ini
telah memberikan perubahan kepada cara pengajaran dan pembelajaran yang selama ini masih
bergantung kepada kandungan daripada buku teks dan penyampaian guru di dalam kelas (Kop,
2011).

Keberkesanan pembelajaran dalam talian ini telah dibincangkan sejak dari peringkat awal
kaedah pembelajaran ini diperkenalkan dalam dunia pendidikan. Seperti yang dilaporkan oleh
Kearsley et al. pada tahun 1995, perbincangan tentang keberkesanan dan impak pembelajaran
dalam talian ke atas pencapaian murid telah membuka mata ramai pihak dan menarik minat
ramai penyelidik lain untuk menjalankan kajian berkenaan ini. Adunan penggunaan teknologi
dalam penyampaian pembelajaran mampu memberikan impak yang positif dalam pengajaran
dan pembelajaran (Muhammad Mazni et al. 2018).

Sekolah pada abad ke-21 seharusnya mempunyai penerapan teknologi dalam proses
pembelajaran (Lisa Nopilda & Muhammad Kristiawan, 2018). Penggunaan teknologi dalam
pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan guru di
zaman kini (Lambert & Cuper 2008; Baek et al. 2008; Yaoran et al. 2019). Arus pembangunan
yang semakin hari semakin pesat memerlukan para pelajar untuk mempunyai literasi teknologi
dan digital yang tinggi untuk membolehkan mereka untuk berdaya saing dengan para pelajar
daripada negara maju yang lain (Wayan, 2019).

Pembelajaran dalam talian adalah salah satu kaedah pembelajaran yang menerapkan
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (Afriyanti et al. 2018). Bahkan,
pembelajaran dalam talian adalah satu-satunya cara untuk memastikan sesebuah pembelajaran
itu masih boleh dilaksanakan tanpa mengira tempat dan masa (Md Noor Salleh, 2019).

Selain daripada itu, pembelajaran dalam talian juga boleh memberi pengaruh yang positif
kepada murid seperti kemampuan untuk meningkatkan sikap dan motivasi murid terhadap
sesebuah mata pelajaran (Nurul Hafizah Maarof et al. 2020).

Pada awal tahun 2020, dunia gempar dengan serangan virus Covid-19 yang melumpuhkan
hampir kesemua industri. Keadaan itu telah memaksa kerajaan Malaysia untuk mengumumkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan pandemik yang berlaku boleh
membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia. Arahan perlaksanaan PKP yang
dikeluarkan oleh kerajaan turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara di mana
kesemua institusi pendidikan di setiap peringkat diarahkan untuk ditutup. Hal ini telah

345
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

menimbulkan kerisauan dan panik dalam kalangan guru memandangkan silibus pembelajaran
masih banyak perlu dihabiskan tambahan lagi, perjumpaan antara guru dan murid adalah
mustahil untuk dilakukan.

Dalam keadaan sebegini, pembelajaran dalam talian adalah satu-satunya cara dan inisiatif
dalam melangsungkan pembelajaran walaupun tanpa perjumpaan fizikal antara guru dan murid
(Mohd Salleh et al. 2020). Malah, pembelajaran dalam talian dilaksanakan hampir di seluruh
dunia semasa pandemik Covid-19 melanda (Dong et al. 2020). Namun, walaupun dapatan
kajian lepas banyak membuktikan sisi yang positif terhadap pembelajaran dalam talian, stigma
‘tahap kualiti pembelajaran dalam talian masih rendah berbanding pembelajaran bersemuka’
masih tidak dapat dihapuskan (Charles Hodges et al. 2020). Tambahan lagi, persepsi dan
kesediaan para ibu bapa dan guru terhadap pembelajaran dalam talian ini masih di tahap yang
rendah (Dong et al. 2020). Masih terdapat ramai guru yang belum bersedia untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian dan
masih ramai murid yang tidak berpeluang untuk menjalani pembelajaran dalam talian. Hal ini
demikian, berkemungkinan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk
turut sama melaksanakan pembelajaran dalam talian (Yahaya et al. 2020).

Kebelakangan ini, terdapat banyak kajian dan perbincangan telah dilakukan berkenaan
pembelajaran dalam talian yang dijalankan semasa pandemik Covid-19 berlaku. Namun, masih
tiada kajian yang khusus untuk mendapatkan persepsi para murid terhadap pembelajaran dalam
talian dijalankan di Malaysia. Maka, pengkaji merasakan suatu kajian berkenaan ini harus
dijalankan untuk memberi rujukan kepada penyelidik lain dan membuka ruang untuk
menjalankan penyelidikan yang lebih menyeluruh dalam meningkatkan kualiti pendidikan di
negara ini.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan persepsi murid sekolah menengah terhadap
pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 berlaku. Objektif kajian adalah seperti
berikut:
1) Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan utama pembelajaran dalam talian
berdasarkan persepsi murid sekolah menengah di Malaysia.
2) Mengenal pasti perbandingan antara pembelajaran dalam talian dan pembelajaran
secara bersemuka berdasarkan persepsi murid sekolah menengah di Malaysia.
3) Mengenal pasti tahap penerimaan pembelajaran dalam talian di kalangan murid
sekolah menengah di Malaysia.

Unit analisis dalam kajian ini adalah individu murid sekolah menengah di Malaysia.
Seterusnya, artikel ini akan menjelaskan dengan terperinci sorotan kajian yang lepas, prosedur
untuk pengumpulan data, pelaporan dapatan kajian dan diakhiri dengan kesimpulan dan
cadangan kajian akan datang.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pembelajaran Dalam Talian


Perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini telah membolehkan pembelajaran dalam
talian menjadi senang dan mudah (Irawan et al. 2020). Pembelajaran dalam talian juga boleh
dikenali dengan pembelajaran terbuka, pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasaskan
laman web, pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran teradun dan lain-lain lagi
(Muhamad Azhar Stapa et al. 2017). Namun, kesemua jenis pembelajaran ini memerlukan

346
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

peranti yang mempunyai sambungan kepada internet yang memberi peluang kepada pelajar
untuk belajar apa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana saja (Cojacariu et al. 2014).

Pembelajaran dalam talian adalah sebuah pengalaman pembelajaran yang dijalankan secara
segerak (synchronous) atau tidak segerak (asynchronous) dengan menggunakan peranti atau
gajet yang mempunyai sambungan kepada internet (Bani, 2020). Selain daripada itu,
pembelajaran dalam talian juga boleh didefinisikan sebagai sebuah kaedah pembelajaran yang
menggunakan teknologi sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran (Norliza A. Rahim,
2013). Malah terdapat juga kajian yang menyatakan, pembelajaran dalam talian adalah sebuah
pembelajaran yang bertindak sebagai pemangkin kepada pembelajaran kendiri yang mampu
melahirkan pelajar yang bersikap kendiri dan berdikari, inovatif dan lebih fleksibel
(Vespanathan, 2015). Dalam keadaan ini, pelajar bebas menentukan apa yang ingin dipelajari,
berada di mana sahaja dan perlu bersedia untuk mencuba aktiviti dalam talian untuk
berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan (Baharuddin et al. 2020). Ini adalah selari dengan
teori pembelajaran dalam talian yang berpendapat bahawa, pelajar dapat mengawal
pembelajaran mereka dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif,
interaktif dan persendirian kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran
berdasarkan prinsip ―just-intime dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone (Talesra
et al. 2003; Karoulis et al. 2004).

Pembelajaran dalam talian yang dijalankan secara segerak, memerlukan untuk pelajar dan guru
untuk ‘hadir’ secara dalam talian pada waktu yang sama. Manakala pembelajaran dalam talian
secara tidak segerak tidak memerlukan guru dan pelajar untuk ‘hadir’ secara dalam talian pada
waktu yang sama. Guru akan menyediakan bahan pengajaran secara atas talian dan pelajar
bebas untuk mengakses pembelajaran mereka mengikut masa dan kesesuaian yang mereka
inginkan (Sujaihah, 2003). Ini membolehkan pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran
kendiri di mana pelajar menentukan pembelajaran mereka dan guru akan bertindak sebagai
pembimbing dan fasilitator (Esah Sulaiman, 2004).

Selain daripada boleh dilaksanakan secara segerak dan tidak segerak, pembelajaran dalam
talian juga adalah sebuah pembelajaran yang mempunyai konteks yang pelbagai. Contohnya,
pembelajaran yang berlaku sepenuhnya dalam talian atau pembelajaran teradun iaitu gabungan
antara pembelajaran dalam talian dan pembelajaran bersemuka (Farah Idayu Mohd Salleh et
al. 2020). Konteks yang pelbagai ini adalah ideal untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pembelajaran pelajar yang pelbagai (Ommi Afrina, 2020). Tiada satu jenis pembelajaran yang
sesuai dengan kesemua pelajar secara ideal. Walau bagaimanapun, untuk merancang dan
mengimplementasi sebuah perubahan bukanlah perkara yang mudah. Mengubah pembelajaran
tradisional kepada pembelajaran dalam talian adalah cabaran terbesar dalam sesebuah sistem
pendidikan. Pelbagai pihak harus memainkan peranan dan pelbagai isu perlu diambil kira dan
dikaji sebelum melakukan perubahan ke atas sesebuah sistem pendidikan.

Di Malaysia, pembelajaran dalam talian masih di peringkat permulaan. Perubahan


pembelajaran tradisional sedang berlaku ke arah pembelajaran yang seiring dengan
perkembangan teknologi namun ianya masih di peringkat awal. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mencadangkan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian pada awal
tahun 2000 melalui penggunaan 1bestari.net (Mohd Salleh et al. 2020). Malah, pada tahun
2014, inisiatif MOOCs (Massive Open Online Courses) telah diperkenalkan di mana pelbagai
kursus ditawarkan secara dalam talian secara percuma. Ini menunjukkan, pembelajaran dalam
talian bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mencadangkan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian, terdapat banyak

347
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sekolah yang masih memilih untuk mengekalkan gaya pembelajaran secara tradisional
berbanding pembelajaran dalam talian (Mohd Salleh et al. 2020).

Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19


Dunia kini sedang menghadapi serangan daripada wabak membunuh yang dikenali sebagai
Covid-19. Wabak yang berasal daripada virus korona ini telah melumpuhkan hampir seluruh
pelusuk dunia. World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan kondisi ini sebagai
pandemik di mana penularan wabak ini menyerang dalam skop yang lebih besar dan tidak
terhad kepada sesuatu daerah atau komuniti semata-mata. Krisis virus Covid-19 yang
dilaporkan berasal dari Wuhan, China juga telah membuatkan hampir keseluruhan populasi
dunia untuk berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP). Pandemik ini memberi kesan
yang besar ke atas dunia dan bidang pendidikan adalah salah satu di antaranya.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dijalankan di 186 buah negara yang mewakili hampir 90%
buah negara daripada jumlah negara di dunia. Pergerakan menjadi terbatas dan aktiviti seharian
hanya boleh dilakukan dalam ruang lingkung kawasan rumah sahaja. Dalam kegusaran akan
penyebaran wabak yang semakin mengganas, keterbatasan untuk melakukan aktiviti
persekolahan dan pembelajaran seperti biasa juga turut menjadi kegusaran kepada ibu bapa dan
pelajar. Silibus pembelajaran harus dihabiskan memandangkan peperiksaan akan berkunjung
tiba di akhir tahun. Namun, penutupan sekolah ini telah menjadi mimpi yang buruk kepada
pelajar-pelajar terutamanya yang akan berdepan dengan peperiksaan awam. Pengumuman
yang dilakukan oleh majoriti negara untuk membatal dan menangguhkan peperiksaan awam
dan negeri sedikit sebanyak melegakan hati ibu bapa dan pelajar. Namun, sampai bilakah
aktiviti pembelajaran akan dihentikan?

Alternatif dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa dunia dilanda
wabak Covid-19 ini adalah dengan menggunakan teknologi (Salsabila et al. 2020). Dalam
bidang pendidikan, penggunaan teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Peralihan
perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dengan menggunakan
teknologi telah mengubah norma kebiasaan masyarakat. Semua lapisan masyarakat termasuk
ibu bapa, pelajar, guru, pihak pentadbir dan kementerian pendidikan harus akur dan menerima
kenyataan bahawa mereka perlu menyuaikan diri dengan persekitaran dan norma baru ini
dalam memastikan aktiviti pembelajaran tidak terhenti disebabkan penyebaran wabak ini.
Namun, yang menjadi kerisauan terbesar masa kini adalah, bersediakah murid kita untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dengan menggunakan
teknologi?

Namun, perlaksanaan ternyata jauh lebih sukar di mana, terdapat beberapa halangan dan
cabaran yang dihadapi para guru dalam menjalankan pembelajaran dalam talian semasa
pandemik ini berlaku. Sebagai contoh, pendedahan yang kurang tentang platform yang boleh
digunakan (seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya) untuk menjalankan
pembelajaran dalam talian dalam kalangan guru (Foon & Sum, 2004). Metod dan cara penilaian
dalam talian yang terhad turut membimbangkan para guru (Zhu, Bonk & Sari, 2018). Selain
daripada itu, guru juga gusar tentang penyertaan para murid terhadap pembelajaran dalam
talian yang dijalankan oleh mereka (Foon & Sum, 2004). Selain daripada cabaran yang
dihadapi oleh para pendidik, persepsi dan cabaran pelajar terhadap pembelajaran dalam talian
semasa pandemik ini juga harus diambil kira dan tidak dipandang enteng (Siti Nurshahidah
Sah Alam et al. 2020). Memandangkan pelajar datangnya daripada pelbagai latar belakang
ekonomi dan sosial, persiapan untuk menjalani pembelajaran dalam talian akan menjadi
cabaran terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar. Kemahiran literasi komputer

348
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dalam kalangan pelajar juga boleh menjadi halangan dalam melaksanakan pembelajaran dalam
talian (Tuncay, 2010). Kesediaan pelajar untuk menerajui pembelajaran kendiri melalui
pembelajaran dalam talian juga perlu diambil perhatian (Ajmal & Ahmad, 2019).
Sementelahan lagi, masalah gangguan internet yang kerap terputus juga menjadi cabaran
terbesar yang dihadapi pelajar semasa menjalani pembelajaran dalam talian (Siti Nurshahidah
Sah Alam et al. 2020). Faktor-faktor yang disebutkan ini boleh memberi kesan terhadap
penerimaan dan kesediaan pelajar untuk menjalani pembelajaran dalam talian (Hung et al.
2010).

Namun, dalam keadaan yang terdesak seperti pandemik yang sedang berlaku kini, kita tidak
mempunyai pilihan yang lain selain daripada dengan mengimplimentasi pembelajaran dalam
talian kepada sistem pendidikan negara kita. Cabaran-cabaran untuk menjalankan
pembelajaran dalam talian perlu dititik beratkan supaya momentum para guru dan pelajar yang
sedang menjalani pembelajaran dalam talian semasa pandemik ini tidak merudum jatuh dan
lebih teruk lagi, membuatkan motivasi mereka untuk mengikuti pembelajaran dalam talian
terus hilang. Pembelajaran dalam talian yang dibina haruslah mempunyai potensi untuk
menjana minat dan motivasi pelajar, menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif, meningkatkan
pengetahuan dan interaktiviti dalam kalangan pelajar (Shafinah Mamat, 2020). Penggunaan
pelbagai platform dalam talian seperti laman media sosial boleh digunakan sebagai pusat
interaksi antara guru dan pelajar (Yusup Hashim, 2012). Tambahan lagi, guru perlu menjadi
kreatif untuk memulakan perbincangan dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar untuk
mengasah kemahiran pemikiran kritis dan sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi
pelajar (Syed Lamsah Syed Chear & Melor Md Yunus, 2019). Kualiti pembelajaran dalam
talian harus diberi keutamaan dalam merangka pembelajaran dalam talian. Ianya bukanlah
kaedah pembelajaran untuk menghabiskan silibus pembelajaran semata bahkan diharapkan
sebagai alternatif berkesan pada pandemik ini dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing,
inovatif dan bercirikan abad ke-21.

3. Metodologi kajian

Kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk deskriptif kuantitatif. Sementara itu, kajian
tinjauan sesuai dijalankan untuk mengukur pendapat dan persepsi (Kariya et al. 2020). Teknik
yang dipilih untuk melakukan kajian tinjauan adalah dengan menggunakan soal selidik. Ini
adalah kerana soal selidik adalah cara yang praktikal dan paling berkesan untuk mendapatkan
maklumat (Najmul Hasan & Bao Yukun, 2020). Reka bentuk tinjauan ini digunakan
bersesuaian untuk meninjau persepsi murid sekolah menengah di seluruh Malaysia terhadap
pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 ini berlaku.

Sampel kajian terdiri daripada 562 orang murid sekolah menengah (n= 562) iaitu seramai 128
orang murid lelaki dan 434 orang murid perempuan. Kajian ini menjadikan murid sekolah
menengah sebagai sampel kajian memandangkan murid adalah golongan yang menerima
manfaat terbesar dalam menjalani pembelajaran dalam talian dan pandangan dan pendapat
mereka haruslah dijadikan rujukan. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan persampelan rawak
di mana kesemua sampel dalam populasi ini mempunyai peluang yang sama untuk terpilih
menjadi responden (Norma Jusof & Mohd Isa Hamzah, 2020). Berdasarkan jadual penentuan
saiz sampel yang telah disediakan oleh Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al.
(2001), saiz sampel ini adalah bersesuaian dengan populasi murid sekolah menengah di
Malaysia iaitu seramai 2,037,433 orang murid sekolah menengah di seluruh Malaysia
manakala unit analisis kajian ini adalah individu murid sekolah menengah.

349
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Instrumen yang digunakan bagi kajian ini adalah satu set soal selidik yang dibentuk untuk
meninjau persepsi murid sekolah menengah terhadap pembelajaran dalam talian. Instrumen
kajian yang digunakan adalah instrumen yang telah digunakan dalam kajian lepas (Michal
Baczek et al. 2020). Memandangkan bahasa pertuturan utama rakyat Malaysia ialah Bahasa
Melayu, instrumen asal daripada kajian lepas yang berbahasa Inggeris telah diterjemah ke
Bahasa Melayu untuk memudahkan responden memahami dan menjawab item instrumen.
Kaedah terjemahan yang dilakukan adalah ‘back translation’ di mana instrumen asal
diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh seorang guru pakar bahasa Melayu. Kemudian,
instrumen berbahasa Melayu tersebut diterjemahkan semula ke Bahasa Inggeris oleh seorang
guru pakar Bahasa Inggeris. Kandungan terjemahan Bahasa Inggeris ini kemudiannya
dibandingkan dengan instrumen yang asal untuk memastikan terjemahan yang dilakukan
menyampaikan maksud dan tujuan yang sama dengan instrumen asal (Behr, 2017).

Soal Selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian
A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden
manakala Bahagian B, C dan D mengumpul data mengenai persepsi murid sekolah menengah
terhadap pembelajaran dalam talian.

Bahagian A (Maklumat diri) adalah soal selidik berkaitan dengan maklumat diri responden.
Pengkaji membina soalan untuk maklumat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar
belakang subjek kajian seperti umur, jantina, negeri bermastautin, tahap penguasaan kemahiran
teknologi maklumat dan juga sejarah pengalaman pembelajaran dalam talian sebelum
pandemik berlaku.

Soalan di Bahagian B mengandungi soalan berhubung dengan kelebihan dan kekurangan


menjalani pembelajaran dalam talian di mana responden diberi 6 pilihan item yang berkaitan
dengan kelebihan dan kekurangan pembelajaran dalam talian dan mereka boleh memilih satu
atau lebih pilihan yang paling hampir dengan pendapat mereka. Untuk Bahagian C pula, soalan
pula menjerumus kepada perbandingan persepsi responden terhadap pembelajaran bersemuka
dan pembelajaran dalam talian. Dan Bahagian D mengandungi soalan berkenaan penerimaan
murid terhadap pembelajaran dalam talian.

Untuk Bahagian C dan D, setiap soalan akan dikira skor dengan menggunakan skala Likert di
mana skala 1 adalah paling tidak setuju, skala 2 mewakili tidak setuju, skala 3 mewakili skor
yang neutral, skala 4 mewakili setuju dan skala 5 mewakili paling setuju. Skor untuk setiap
soalan akan dijumlahkan dan dipersembahkan dalam nilai frekuensi, peratus dan min.
Pengiraan untuk mendapatkan skor min adalah menggunakan perisian Statistic Package for
Social Science (SPSS 12.0).

Kajian rintis telah dijalankan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
yang digunakan (Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei, 2017). Bagi tujuan ini,
seramai 50 responden telah dipilih untuk menguji kebolehpercayaan soalan kajian. Pelajar yang
dipilih adalah pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan populasi kajian.
Data yang diperoleh daripada kajian rintis ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic
Package for Social Science (SPSS 12.0). Nilai pekali Alpha yang diperoleh daripada analisis
kajian rintis ini adalah 0.92 iaitu berada pada tahap kebolehpercayaan yang baik kerana nilai
yang diperoleh adalah hampir dengan 1 (McNeish, 2018).

Instrumen yang dihasilkan dalam bentuk elektronik dengan menggunakan platform Google
Form dan diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti

350
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Whatsapp, Telegram dan emel. Tempoh untuk instrumen diedarkan adalah pada awal bulan
November 2020 sehingga akhir Disember 2020.

4. Dapatan Kajian

Maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden ditunjukkan oleh Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Taburan Demografik Responden


Frekuensi Peratus (%)
Jantina Lelaki 129 22.9
Perempuan 434 77.1
Umur Bawah 13 tahun 3 0.5
13-15 tahun 177 31.4
16-17 tahun 315 56.0
17 tahun ke atas 68 12.1
Tahap Penguasaan Rendah 21 3.7
Kemahiran Teknologi Sederhana 426 75.7
Maklumat yang Dimiliki Tinggi 116 20.6
Pernah menjalani Ya 253 44.9
pembelajaran dalam Tidak pernah 310 55.1
talian sebelum pandemik

Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada responden mempunyai tahap


kemahiran teknologi yang sederhana 426 (75.7%) manakala hanya 21 responden mempunyai
kemahiran di tahap yang rendah. Ini menunjukkan, kemahiran teknologi maklumat yang
berkait rapat dengan literasi komputer dan teknologi bukanlah sesuatu yang baru kepada
responden. Namun, peratusan responden yang pernah menjalani pembelajaran dalam talian
hanyalah 44.9% (253) iaitu kurang daripada separuh daripada jumlah keseluruhan responden
kajian.

Bahagian B
Dapatan analisis yang ditunjukkan melalui Jadual 2 dan 3 adalah untuk menjawab objektif
kajian yang pertama iaitu:
“Mengenal pasti kelebihan dan kurangan utama pembelajaran dalam talian berdasarkan
persepsi responden”.
Jenis ujian statistik yang digunakan untuk mengukur persepsi responden ialah analisis
deskriptif iaitu min, peratus dan frekuensi.

Jadual 2: Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian


Item Peratusan Setuju Frekuensi
(%)
1. Akses kepada pelbagai bahan dalam 68 382
talian
2. Pembelajaran kendiri 64 360
3. Kelebihan untuk belajar di rumah 67 377
4. Aktiviti interaktif dalam talian 3 17
5. Boleh rakam dan tonton semula sesi 23 130
pembelajaran
6. Persekitaran belajar yang selesa dan 51 287
kondusif
Purata Keseluruhan 46

351
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 3: Kekurangan Pembelajaran Dalam Talian


Item Peratusan Setuju Frekuensi
(%)
1. Kurang interaksi dengan guru 47 264
2. Hadapi masalah teknikal 59 332
3. Kurang interaksi dengan rakan-rakan 54 304
4. Persekitaran di rumah yang tidak sesuai 18 101
untuk belajar
5. Kurang berdisiplin untuk mengikuti 49 276
pembelajaran dalam talian
6. Berlaku isolasi sosial 44 247
Purata Keseluruhan 45

Item kelebihan utama pembelajaran dalam talian yang paling banyak dipilih oleh responden
ialah kelebihan untuk mengakses bahan dalam talian (68%), pembelajaran kendiri (64%) dan
kelebihan untuk berada di rumah semasa pembelajaran dalam talian (67%).

Manakala, responden telah memilih masalah teknikal dan kurang interaksi bersama rakan-
rakan sebagai kekurangan utama apabila menjalani pembelajaran dalam talian.

Bahagian C
Untuk bahagian C dan D, data yang diperoleh dianalisis dengan mendapatkan nilai skor min.
Skala likert yang digunakan di dalam instrumen kajian adalah dengan menggunakan aras
persetujuan Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju
(Mohamad Najib 1999).

Kemudian, aras persetujuan skala Likert telah diubahsuai dan digunapakai dengan skor min
1.00 hingga 2.4 adalah Tidak Setuju, 2.41 hingga 3.80 adalah Sederhana Setuju dan skor min
3.81 hingga 5.00 adalah Setuju (Weirsma, 1995).

Dapatan analisis yang ditunjukkan oleh Jadual 4 di bawah adalah untuk menjawab objektif
kajian yang kedua iaitu:
“Mengenal pasti perbandingan antara pembelajaran dalam talian dan pembelajaran secara
bersemuka berdasarkan persepsi murid sekolah menengah di Malaysia”.

Jadual 4: Perbandingan Persepsi Responden terhadap Pembelajaran Bersemuka dan Pembelajaran


Dalam Talian
Domain Skala Likert Frekuensi Peratus Skor min Aras Persetujuan
(%)
Pembelajaran dalam Sangat Tidak 25 4.4 3.23 Sederhana setuju
talian boleh Setuju
meningkatkan Tidak Setuju 84 14.9
pengetahuan saya Tidak Pasti 238 42.3
Setuju 170 30.2
Sangat Setuju 46 8.2
Pembelajaran dalam Sangat Tidak 4 0.7 4.04 Setuju
talian boleh Setuju
meningkatkan Tidak Setuju 24 4.3
kemahiran teknologi Tidak Pasti 104 18.5
maklumat saya Setuju 245 43.5
Sangat Setuju 186 33
Pembelajaran dalam Sangat Tidak 41 7.3 3.30 Sederhana setuju
talian boleh Setuju
Tidak Setuju 93 16.5

352
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

meningkatkan Tidak Pasti 169 30


kemahiran sosial saya Setuju 178 31.6
Sangat Setuju 82 14.6
Pembelajaran Sangat Tidak 3 0.5 3.74 Sederhana setuju
bersemuka boleh Setuju
meningkatkan Tidak Setuju 14 2.5
pengetahuan saya Tidak Pasti 76 13.5
Setuju 164 29.1
Sangat Setuju 306 54.4
Pembelajaran Sangat Tidak 21 3.7 4.34 Setuju
bersemuka boleh Setuju
meningkatkan Tidak Setuju 78 13.9
kemahiran teknologi Tidak Pasti 215 38.2
maklumat saya Setuju 156 27.7
Sangat Setuju 93 16.5
Pembelajaran Sangat Tidak 4 0.7 3.39 Sederhana setuju
bersemuka boleh Setuju
meningkatkan Tidak Setuju 23 4.1
kemahiran sosial saya Tidak Pasti 74 13.1
Setuju 216 38.4
Sangat Setuju 246 43.7

Nilai frekuensi, peratus, skor min dan aras persetujuan untuk setiap domain boleh didapati
daripada jadual tersebut.

Berdasarkan analisis skala Likert, skor min untuk kedua-dua domain ‘pembelajaran dalam
talian boleh meningkatkan pengetahuan saya’ dan ‘pembelajaran secara semuka boleh
meningkatkan tahap pengetahuan saya’ tidak mempunyai perbezaan yang ketara dan berada di
aras persetujuan yang sama iaitu ‘Sederhana Setuju’ dengan skor min masing-masing adalah
3.23 dan 3.74.

Sementara itu, kedua-dua domain ‘pembelajaran dalam talian boleh meningkatkan tahap
kemahiran teknologi saya’ (M = 4.04) dan ‘pembelajaran secara bersemuka boleh
meningkatkan tahap kemahiran teknologi saya’ (M = 4.34) juga berada pada aras persetujuan
yang sama iaitu ‘Setuju’. Responden mungkin mendapati kemahiran teknologi maklumat
masih dapat ditingkatkan tanpa menjalani pembelajaran dalam talian semata-mata.

Selain daripada itu, skor min untuk kedua-dua domain ‘pembelajaran dalam talian boleh
meningkatkan kemahiran sosial saya’ (M = 3.30) dan ‘pembelajaran secara semuka boleh
meningkatkan kemahiran sosial saya’ (M = 3.39) juga tidak menunjukkan perbezaan yang
ketara dan berada di aras persetujuan yang sama iaitu ‘Sederhana Setuju’.

Secara ringkasnya, dapatan kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap pembelajaran
dalam talian dan pembelajaran secara bersemuka daripada segi peningkatan pengetahuan,
kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran sosial adalah di aras persetujuan yang sama.

Bahagian D
Dapatan analisis yang ditunjukkan Jadual 5 di bawah adalah untuk menjawab objektif kajian
yang ketiga iaitu:
“Mengenal pasti tahap penerimaan murid sekolah menengah di Malaysia terhadap
pembelajaran dalam talian”.

353
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 5: Penerimaan Terhadap Pembelajaran Dalam Talian


Domain Skala Likert Frekuensi Peratus Skor min Aras Persetujuan
(%)
Saya mendapati Sangat Tidak 47 8.3 3.29 Sederhana setuju
pembelajaran dalam Setuju
talian adalah Tidak Setuju 82 14.6
menyeronokkan Tidak Pasti 186 33
Setuju 155 27.5
Sangat Setuju 93 16.5

Berdasarkan analisis skala Likert, skor min untuk domain ‘Saya mendapati pembelajaran
dalam talian adalah menyeronokkan’ berada di aras persetujuan ‘Sederhana Setuju’ dengan
nilai skor min 3.29. Ini dapat dirumuskan bahawa, murid sekolah menengah di Malaysia
‘Sederhana Setuju’ bahawa pembelajaran dalam talian adalah menyeronokkan.

5. Perbincangan dan Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid sekolah menengah di Malaysia
terhadap pembelajaran dalam talian semasa pandemik berlaku yang merangkumi kelebihan dan
kekurangan pembelajaran dalam talian, persepsi dan persetujuan murid dalam pembelajaran
dalam talian boleh meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran
sosial dan juga penerimaan murid terhadap pembelajaran dalam talian. Sehingga Januari 2021,
kajian ini adalah kajian yang pertama dijalankan dalam kalangan murid sekolah menengah di
Malaysia dalam mengenal pasti persepsi mereka terhadap pembelajaran dalam talian semasa
pandemik Covid-19 berlaku. Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini boleh dijadikan
rujukan kepada para guru dalam membina pembelajaran dalam talian yang mampu memenuhi
kehendak dan keperluan murid secara holistik.

Rata-rata dapatan daripada kajian lepas juga menunjukkan kebebasan untuk murid menentukan
waktu dan tempat untuk belajar menjadikan pembelajaran dalam talian adalah inisiatif yang
ideal semasa pendemik ini berlaku (Dhawan, 2020). Kepelbagaian latar belakang geografi
dalam kalangan murid juga tidak menjadi batu penghalang untuk mereka menyertai sesi
pembelajaran kerana mereka boleh mengikuti pembelajaran secara dalam talian di mana sahaja.
Malah, perkongsian bahan pembelajaran antara guru dan murid juga adalah mudah dengan
menggunakan bantuan teknologi. Murid tidak perlu ke sekolah dan guru tidak perlu
menyampaikan bahan pembelajaran kepada murid di sekolah sekaligus, menunjukkan
pembelajaran dalam talian boleh mengurangkan kos perjalanan dan belanja harian murid dan
guru dengan hanya menjalani pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian semasa
pandemik berlaku (Awal Nopriyanto Bahasoan et al. 2020). Kebebasan untuk memilih masa
dan tempat untuk menjalani pembelajaran dalam talian dan kemudahan untuk mengakses bahan
pembelajaran adalah salah satu ciri pembelajaran kendiri (Maimunah Nasir & Hashimah Mohd
Yunus, 2017). Pembelajaran kendiri adalah penting semasa pandemik berlaku memandangkan
murid akan bersendirian menjalani pembelajaran tanpa kehadiran guru dan rakan-rakan secara
fizikal (Shafinah Mamat, 2020).

Namun, kajian ini juga telah menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk menghadapi masalah
teknikal semasa menjalani pembelajaran dalam talian dan kurang interaksi bersama rakan-
rakan adalah kekurangan dan kekangan terbesar pembelajaran dalam talian. Salah satu daripada
masalah teknikal yang berpotensi dihadapi oleh murid ialah kekangan untuk mendapatkan
menggunakan gajet dan peranti yang sesuai untuk menjalani pembelajaran dalam talian (Talaat
et al. 2020). Mereka juga berhadapan dengan cabaran capaian internet yang lemah terutamanya

354
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kepada golongan yang tinggal di kawasan luar bandar (Syahyudin, 2019). Dapatan kajian
terdahulu telah menunjukkan, kekangan ini paling banyak dihadapi oleh murid daripada
golongan B40 dan murid yang berada di kawasan luar bandar (Syahyudin, 2019). Apatah lagi
semasa pandemik ini berlaku, situasi ekonomi golongan B40 menyukarkan lagi keadaan
mereka untuk menyediakan keperluan anak-anak untuk menjalani pembelajaran dalam talian
(Abdul Rashid Abdul Aziz et al. 2020). Penyediaan gajet dan peranti teknologi untuk keperluan
pembelajaran anak-anak bukanlah keperluan utama mereka memandangkan ianya memerlukan
pengeluaran kos yang sedikit tinggi dan melebihi kemampuan ekonomi mereka.

Daripada dapatan kajian ini, 55.1% responden kajian tidak pernah menjalani pembelajaran
dalam talian sebelum pandemik berlaku. Ini boleh menyokong pernyataan mengapa masalah
teknikal merupakan kekurangan utama yang dipilih oleh responden kajian ini. Pembelajaran
dalam talian memerlukan capaian internet dan peranti yang sesuai untuk dijalankan. Kedua-
dua guru dan murid haruslah mengambil tahu dan peka dengan peranti dan gajet yang harus
digunakan. Tambahan lagi, mereka juga harus disokong oleh pembantu teknikal yang terdiri
daripada guru atau pekerja yang mahir berkenaan teknologi daripada sekolah yang bersedia
untuk menyelesaikan apa saja permasalahan sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran
dalam talian dilaksanakan.

Pembelajaran kendiri adalah amat penting dalam menjalani pembelajaran dalam talian semasa
pandemik berlaku. Pembelajaran kendiri amat berkait rapat dengan disiplin diri seseorang
murid di mana murid harus sentiasa berdisiplin dengan waktu dan pembelajaran mereka dalam
melestarikan sebuah pembelajaran kendiri (Puspa Devi Lokanathan, 2015). Tanpa disiplin diri
yang utuh, pembelajaran dalam talian akan menjadi sedikit mencabar kepada murid
memandangkan tiada pemerhatian dan bimbingan secara langsung yang boleh diberikan oleh
guru. Maka, tidak hairanlah mengapa hampir separuh (49%) daripada jumlah responden kajian
ini meletakkan disiplin diri dalam menjalani pembelajaran dalam talian menjadi salah satu
kekangan utama mereka.

Dapatan kajian ini turut menunjukkan majoriti responden sederhana bersetuju bahawa kedua-
dua pembelajaran dalam talian dan secara bersemuka boleh meningkatkan pengetahuan
mereka. Masih tiada kajian yang boleh membuktikan secara empirikal dan holistik dalam
menyatakan jenis pembelajaran yang manakah lebih baik antara satu sama lain (Meor Ibrahim
Kamaruddin & Assaadah Mohamad, 2015). Pembelajaran dalam talian adalah salah satu
alternatif pembelajaran dalam memenuhi keperluan dan kehendak murid yang pelbagai. Setiap
satu jenis pembelajaran direka dan dijalankan supaya sesuai dengan kemampuan murid yang
unik dan pelbagai (Hashimah Hussein et al. 2020). Malah, ada juga kaedah pembelajaran yang
dilakukan untuk menjadi sokongan dalam mendapatkan hasil pembelajaran secara bersemuka
dengan lebih optimum. Jadi, dapatan kajian ini adalah jelas untuk menunjukkan bahawa
peningkatan pengetahuan itu sememangnya akan berlaku tanpa mengira apa jua jenis dan
kaedah pembelajaran yang dilaksanakan.

Dapatan kajian juga menunjukkan, majoriti responden bersetuju bahawa kedua-dua


pembelajaran dalam talian dan bersemuka boleh meningkatkan kemahiran teknologi maklumat
mereka. Ini adalah bersesuaian dengan dapatan tahap penguasaan kemahiran teknologi
maklumat yang dimiliki oleh responden di mana hanya 3.7% responden memiliki penguasaan
kemahiran teknologi maklumat yang rendah manakala selebihnya adalah berada di tahap yang
sederhana dan tinggi. Dapatan ini tidak ganjil dan aneh walaupun hampir separuh daripada
responden tidak pernah menjalani pembelajaran dalam talian sebelum pandemik, mereka masih
mampu memiliki tahap penguasaan kemahiran teknologi maklumat yang bagus sementelahan

355
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

lagi, responden kajian ini adalah terdiri daripada generasi digital natives. Generasi digital
natives atau lebih dikenali sebagai Generasi Z adalah generasi yang lahir pada tahun 1994 ke
atas (Prensky, 2001). Mereka adalah generasi yang menganggap bahawa teknologi digital
adalah salah satu aspek yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup mereka. Literasi teknologi
dan digital untuk generasi ini bukanlah sesuatu isu yang serius malahan kemampuan mereka
untuk beradaptasi dengan setiap pembaharuan teknologi tidak dapat disangkal lagi (Gaith,
2010). Ini menunjukkan keupayaan mereka untuk tingkatkan kemahiran teknologi maklumat
tidak bergantung kepada kaedah pembelajaran yang dijalani.

Selain daripada itu, majoriti responden juga sederhana bersetuju bahawa kedua-dua
pembelajaran dalam talian dan bersemuka boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Kemahiran sosial yang dimaksudkan adalah kemahiran untuk melakukan perhubungan
interpersonal yang efektif dengan melakukan tingkah laku dan respon yang sesuai apabila
berkomunikasi dengan orang lain (Wan Su Haron, 2009). Aktiviti pembelajaran yang interaktif
semasa menjalani kedua-dua pembelajaran dalam talian dan bersemuka boleh meningkat
pelbagai kemahiran sosial murid contohnya seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran
berfikir dan lain-lain lagi (Siti Syahida Ahmad, 2020). Guru haruslah memainkan peranan
dalam menyediakan pembelajaran dalam talian yang mengandungi aktiviti dan latihan yang
bukan sahaja boleh meningkatkan kefahaman murid, bahkan juga boleh merangsang dan
membina kemahiran sosial yang penting untuk mereka.

Secara ringkasnya, dapatan kajian ini menunjukkan tahap penerimaan murid sekolah
menengah di Malaysia terhadap pembelajaran dalam talian semasa pandemik adalah di tahap
aras persetujuan ‘Sederhana Setuju’. Majoriti daripada responden sederhana bersetuju bahawa
mereka seronok mengikuti pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 berlaku.
Memandangkan pembelajaran dalam talian adalah pilihan utama yang disarankan oleh pihak
KPM semasa pandemik ini berlaku, usaha untuk mengadakan sebuah pembelajaran dalam
talian yang berkesan harus diberi perhatian. Kajian ini menunjukkan, pembelajaran dalam
talian yang efektif dan berkesan mampu memberikan persepsi dan tahap penerimaan yang
memuaskan dalam kalangan murid sekolah menengah di Malaysia.

Salah satu inisiatif interaktif dalam pembelajaran dalam talian ialah dengan menggunakan
gamifikasi (Filomena Faiella & Maria Ricciardi, 2015). Kajian sistematik yang dijalankan oleh
Hamari et al. (2014), gamifikasi telah dibuktikan efektif dalam pelbagai bidang, terutamanya
bidang pendidikan. Selain daripada itu, guru juga boleh menerapkan elemen sosial dan
kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian dengan menggalakkan murid
untuk berbincang dan memberi pendapat dengan menggunakan aplikasi forum dalam talian
(Ommi Alfina, 2020). Peluang untuk berbincang, berkongsi idea dan maklumat dan mengkritik
secara kritis membolehkan murid untuk meningkatkan pembelajaran mereka (Muhammad
Azhar Stapa et al. 2017). Sebagai contoh, kajian yang dijalankan berkenaan perbincangan
dengan menggunakan aplikasi Group Whatsapp telah menunjukkan peningkatan kepada
pemahaman murid tentang sesuatu topik (Sri Seti Indriani & Ditha Prasanti, 2020). Pelbagai
alat pembelajaran yang boleh diakses dan digunakan dalam talian dalam melaksanakan
pembelajaran dalam talian yang mampu memberikan manfaat kepada murid.

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pengumpulan dan persembahan data yang
menjadi limitasi kepada kajian ini. Yang pertama, kaedah analisis data yang dijalankan di
dalam kajian ini adalah dengan menggunakan analisis deskriptif dan dilaporkan dalam nilai
min, frekuensi dan peratus. Sebuah kajian yang menggunakan analisis statistik yang berlainan
harus dijalankan untuk mendapatkan dapatan yang pelbagai untuk kajian ini. Kemudian, kajian

356
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

ini hanya tertumpukan kepada persepsi dan penerimaan murid sekolah menengah semata.
Kajian lanjutan harus dijalankan dalam kalangan ibu bapa, guru, pihak pentadbir dan lain-lain
lagi harus dijalankan untuk mendapatkan persepsi yang lebih bersifat holistik dan mampu
untuk dijadikan rujukan yang lebih efektif dalam bidang ini.

Kesimpulan
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti persepsi dan penerimaan murid sekolah
menengah di Malaysia terhadap pembelajaran dalam talian yang tertumpu kepada kelebihan,
kekurangan, potensi untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran teknologi maklumat dan
kemahiran sosial murid. Dapatan kajian yang dipersembahkan telah menunjukkan,
kepentingan untuk para guru bersikap selektif terhadap jenis, bahan, platform dan kaedah
pembelajaran dalam talian yang digunakan untuk sesi pembelajaran murid kerana ianya
berpotensi besar untuk menentukan kejayaan sesebuah pembelajaran dalam talian. Praktis yang
bagus dan sesuai yang didapati daripada kajian ini haruslah didaptasi dan diberi perhatian
apabila guru-guru mahu meaksanakan pembelajaran dalam talian. Selain daripada itu, objektif
perlaksanaan pembelajaran dalam talian bukanlah terhad kepada untuk menghabiskan silibus
pembelajaran sahaja, bahkan ia mampu mencorak dan meningkatkan pelbagai kemahiran yang
penting untuk murid. Pembelajaran dalam talian mungkin adalah norma baru semasa pandemik
ini berlaku, namun, manfaat dan kepentingan yang boleh didapati daripada pembelajaran dalam
talian ini harus digunakan dengan maksimum.

Rujukan

A Rahim, N. (2013). Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran


dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia).
Abd. Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdullah, M. F. N. L., & Wei, L. T. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning
and Instruction, 14(1), 211-265.
Abdullah, N. H. H., & bin Darusalam, G. (2018). Kesediaan guru melaksanakan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam pengajaran. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 6(3), 22-31.
Afriyanti, I., Wardono, W., & Kartono, K. (2018). Pengembangan Literasi Matematika
Mengacu PISA Melalui Pembelajaran Abad Ke-21 Berbasis Teknologi. In PRISMA,
Prosiding Seminar Nasional Matematika (Vol. 1, pp. 608-617).
Ahmad, S. S. (2020). Kajian Maklum Balas Pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan Terhadap
Pembelajaran Secara Dalam Talian Menggunakan Microsoft Teams Di Kolej Komuniti
Hulu Langat. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 391-406.
Ajmal, M., & Ahmad, S. (2019). Exploration of Anxiety Factors among Students of Distance
Learning: A Case Study of Allama Iqbal Open University. Bulletin of Education and
Research, 41(2), 67-78.
Alfina, O. (2020). Penerapan Lms-Google Classroom Dalam Pembelajaran Daring Selama
Pandemi Covid-19. Majalah Ilmiah Methoda, 10(1), 38-46.
Aziz, A. I., Omar, S. K., Suhaimin, M. F., & Rozman Azram, A. A. (2021). Exploring students'
preferences for open distance learning (ODL) during Covid-19 pandemic a case study
among UiTM students.
Aziz, A. R. A., Shafie, A. A. H., Lee, U. H. M. S., & Ashaari, R. N. S. R. (2020). Strategi
Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik

357
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities


(MJSSH), 5(12), 16-30.
Baek, Y., Jung, J., & Kim, B. (2008). What Makes Teachers Use Technology In The
Classroom? Exploring The Factors Affecting Facilitation Of Technology With A
Korean Sample. Computers & Education, 50(1), 224-234.
Baharudin, H. H., Masnan, A. H., & Zain, A. (2021). Learning Module Development using
Android Technology Application based on Interactive White Board on Preschool
Reading Proficiency: Theoretical framework review. Jurnal Pendidikan Bitara
UPSI, 14(1), 1-14.
Bahasoan, A. N., Ayuandiani, W., Mukhram, M., & Rahmat, A. (2020). Effectiveness Of
Online Learning In Pandemic COVID-19. International Journal of Science,
Technology & Management, 1(2), 100-106.
Behr, D. (2017). Assessing The Use Of Back Translation: The Shortcomings Of Back
Translation As A Quality Testing Method. International Journal of Social Research
Methodology, 20(6), 573-584.
Billy, L. J., & Taat, M. S. (2020). Budaya Sekolah: Hubungannya dengan Komitmen
Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 207-216.
Chear, S. L. S., & Yunus, M. M. (2019). Strategi Penerapan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam
Latihan Guru Prasekolah. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8(1), 1-10.
Cojocariu, V. M., Lazar, I., Nedeff, V., & Lazar, G. (2014). SWOT Anlysis Of E-Learning
Educational Services From The Perspective Of Their Beneficiaries. Procedia-Social
and Behavioral Sciences, 116, 1999-2003.
Dhawan, S. (2020). Online Learning: A Panacea In The Time Of COVID-19 Crisis. Journal of
Educational Technology Systems, 49(1), 5-22.
Dong, C., Cao, S., & Li, H. (2020). Young Children’s Online Learning During COVID-19
Pandemic: Chinese Parents’ Beliefs And Attitudes. Children and Youth Services
Review, 118, 105440.
Eggen, P., & Kauchak, D. (2012). Strategies and Models for Teachers: Teaching Content and
Thinking Skills (6th ed.). Boston: Pearson Education
Faiella, F., & Ricciardi, M. (2015). Gamification And Learning: A Review Of Issues And
Research. Journal of e-Learning and Knowledge Society, 11(3).
Fauzi, I., & Khusuma, I. H. S. (2020). Teachers’ Elementary School In Online Learning Of
COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), 58-70.
Ghaith, G. (2010). An Exploratory Study Of The Achievement Of The Twenty‐First Century
Skills In Higher Education. Education+ Training.
Ghazali, E. E. (2017). Kesan Penggunaan Modul Teach-Talk-Tool (TTT) Versi Bahasa Melayu
Terhadap Pengetahuan Serta Penggunaan Strategi Guru Berkomunikasi Dengan
Murid Autisme (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia).
Hamari, J., Koivisto, J., & Sarsa, H. (2014, January). Does Gamification Work?--A Literature
Review Of Empirical Studies On Gamification. In 2014 47th Hawaii international
conference on system sciences (pp. 3025-3034). Ieee.
Haron, W. S., UUM, S. S. K., & Canselor, P. T. N. (2009). Hubungan Personaliti, Kemahiran
Sosial, Kebimbangan Dan Rakan Sebaya Dengan Tingkah Laku Devian Di Kalangan
Pelajar Universiti. In Seminar Pendidikan Sains Sosial, Kongres Pengajaran &
Pembelajaran UKM 2009 (pp. 14-16).
Hasan, N., & Bao, Y. (2020). Impact Of “E-Learning Crack-Up” Perception On Psychological
Distress Among College Students During COVID-19 Pandemic: A Mediating Role Of
“Fear Of Academic Year Loss”. Children and Youth Services Review, 118, 105355.

358
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hew, K. F., & Cheung, W. S. (2014). Students’ And Instructors’ Use Of Massive Open Online
Courses (Moocs): Motivations And Challenges. Educational research review, 12, 45-
58.
Hodges, C., Moore, S., Lockee, B., Trust, T., & Bond, A. (2020). The Difference Between
Emergency Remote Teaching And Online Learning. Educause review, 27, 1-12.
Hung, M. L., Chou, C., Chen, C. H., & Own, Z. Y. (2010). Learner Readiness For Online
Learning: Scale Development And Student Perceptions. Computers &
Education, 55(3), 1080-1090.
Hussein, H., Nachiappan, S., Masran, M. N., & Khasnan, S. S. M. (2020). Analisis Pemupukan
Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid Prasekolah Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(2), 34-47.
Hussin, N. (2017). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 1(2).
Indriani, S. S., & Prasanti, D. (2020). Analisis Konvergensi Simbolik Dalam Media Sosial
Youth Group Terkait Kasus COVID-19 Di Indonesia. Jurnal Kajian Komunikasi, 8(2),
179-193.
Irawan, A. W., Dwisona, D., & Lestari, M. (2020). Psychological Impacts Of Students On
Online Learning During The Pandemic COVID-19. KONSELI: Jurnal Bimbingan dan
Konseling (E-Journal), 7(1), 53-60.
Jusof, N., & Hamzah, M. I. (2020). Kemahiran Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah
Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Murid: Satu Analisa. International
Journal of Education and Pedagogy, 2(3), 1-26.
Kamaruddin, M. I., & Mohamad, A. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan
Pelajar UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(1), 51-77.
Kariya, H. S., Zin, S. M., & Mukhtar, M. (2020). Kajian Persepsi Pensyarah Politeknik
Terhadap Pembinaan Item Penilaian. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 30-38.
Karoulis, A., Tarnanas, I., & Pombortsis, A. (2004). An Expert-Based Evaluation Concerning
Human Factors In ODL Programs: A Preliminary Investigation. In E-Education
Applications: Human Factors And Innovative Approaches (pp. 84-96). IGI Global.
Kaviza, M. (2019). Motivasi Intrinsik Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat Yang
Mengambil Mata Pelajaran Sejarah. International Journal of Education, Psychology
and Counseling, 4(31), 215-224.
Kop, R. (2011). The Challenges To Connectivist Learning On Open Online Networks:
Learning Experiences During A Massive Open Online Course. International Review of
Research in Open and Distributed Learning, 12(3), 19-38.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Lambert, J., & Cuper, P. (2008). Multimedia Technologies And Familiar Spaces: 21st Century
Teaching For 21st Century Learners. Contemporary Issues in technology and teacher
education, 8(3), 264-276.
Li, Y., Garza, V., Keicher, A., & Popov, V. (2019). Predicting High School Teacher Use Of
Technology: Pedagogical Beliefs, Technological Beliefs And Attitudes, And Teacher
Training. Technology, Knowledge and Learning, 24(3), 501-518.
Lokanathan, P. D. (2015). Disiplin Pelajar Di SMK Bandar Utama Damansara 4, Petaling
Jaya. (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Maarof, N. H., Apfandi, N., Joli, N. S., & Yusof, R. (2020). ITRACK dalam PDP Sejarah:
Tinjauan terhadap motivasi pelajar. International Journal of Education and
Pedagogy, 2(1), 83-97.
Mamat, S. (2020). Aplikasi Google Meet Dalam Program 3c Bagi Meningkatkan Motivasi
Pelajar Tingkatan 5. Proceedings of International Conference on Global Education

359
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

VIII, hlm. 140-150.


McNeish, D. (2018). Thanks Coefficient Alpha, We’ll Take It From Here. Psychological
Methods, 23(3), 412.
Muhammad, M., Talip, R., & Taat, M. S. (2019). Pengaruh Kualiti Pengajaran Dan
Pembelajaran Terhadap Kepuasan Belajar Pelajar Kolej-Kolej Swasta Di Sabah. Jurnal
ILMI, 9(1), 102-119.
Mukhtar, K., Javed, K., Arooj, M., & Sethi, A. (2020). Advantages, Limitations And
Recommendations For Online Learning During COVID-19 Pandemic Era. Pakistan
Journal Of Medical Sciences, 36(COVID19-S4), S27.
Nasir, M., & Yunus, H. M. (2017). Peranan Guru Tingkatan Enam Dalam Membentuk Pelajar
Terarah Kendiri Dan Meningkatkan Kemahiran Abad Ke-21. JuKu: Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik, 5(1), 1-6.
Nopilda, L., & Kristiawan, M. (2018). Gerakan Literasi Sekolah Berbasis Pembelajaran
Multiliterasi Sebuah Paradigma Pendidikan Abad Ke-21. JMKSP (Jurnal Manajemen,
Kepemimpinan, dan Supervisi Pendidikan), 3(2), 216-231.
Redhana, I. W. (2019). Mengembangkan Keterampilan Abad Ke-21 Dalam Pembelajaran
Kimia. Jurnal Inovasi Pendidikan Kimia, 13(1).
Sah Alam, S. N., Hassan, M.S., Sultan Mohideen, R., Ramlan, A.F., & Mohd Kamal, R. (2020).
Online Distance Learning Readiness During Covid-19 Outbreak Among
Undergraduate Students. International Journal of Academic Research in Business &
Social Sciences, 10(5): 642-657.
Saleh, M. N. (2019). Berijazah Secara PJJ Di Malaysia Peluang, Cabaran, Ciri dan Gaya
Pembelajaran Pelajar, dan Strategi Kejayaan (Penerbit USM). Penerbit USM.
Salleh, F. I. M., Ghazali, J. M., Ismail, W. N. H. W., Alias, M., & Rahim, N. S. A. (2020). The
Impacts Of COVID-19 Through Online Learning Usage For Tertiary Education In
Malaysia. Journal of Critical Reviews, 7(8), 147-149.
Shafie, B. H. M. (2020). Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 213-221.
Sihes, A. J., & Sani, N. (2011). Perlaksanaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3.
Sriwihajriyah, N., Ruskan, E. L., & Ibrahim, A. (2012). Sistem Pembelajaran Dengan E-
Learning Untuk Persiapan Ujian Nasional Pada SMA Pusri Palembang. Sriwijaya
Journal of Information Systems, 4(1), 130941.
Stapa, M. A., Ibrahim, M., & Yusoff, A. (2017). Kolaborasi Dalam Pendidikan Vokasional:
Mewujudkan Pembelajaran Teradun Melalui Teknologi Web 2.0. Journal of ICT in
Education, 4, 35-51.
Sujaihah, A. H. (2003). Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web Untuk Prasekolah
(WILSP). (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Sulaiman, E. (2004.) Pengenalan Pedagogi. Penerbit UTM.
Supramaniyam, V. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Dalam
Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Luar
Bandar Negeri Johor (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Syahyudin, D. (2019). Pengaruh Gadget Terhadap Pola Interaksi Sosial dan Komunikasi
Siswa. Gunahumas, 2(1), 272-282.
Taib, S. H., Ismail, M. A., & Lubis, M. A. L. A. (2020). Inovasi Kesepaduan Dan Strategi
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Era Revolusi Industri 4.0. Asean Comparative
Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J). eISSN2600-
769X, 3(2), 38-54.

360
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 344-361, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Talaat, A. Z. M. A., Ishak, A. A., & Rosli, R. M. (2020). Medium Pembelajaran Sokongan:
Kesediaan Pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan terhadap
Penggunaan Aplikasi iHUB. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 54-67.
Talesra, H., Sharma, U. S., & Shukul, M. (2003). Challenges Of Education: Technology,
Trends, Globalisation. Authorspress.
Tuncay, N., & Uzunboylu, H. (2010). Anxiety And Resistance In Distance Learning. Cypriot
Journal of Educational Sciences, 5(2), 142-150.
Wandler, J. B., & Imbriale, W. J. (2017). Promoting Undergraduate Student Self-Regulation
In Online Learning Environments. Online Learning, 21(2), n2.
Wiersma, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn Bacon
Inc.
Yahaya, M., Hanafiah, R., Zakaria, N. S., Osman, R., & Bahrin, K. A. (2020). Amalan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc)
Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA, 26(1), 13-24.
Yusup, H. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang
Berkesan (Doctoral dissertation, Asia e University).
Zhu, M., Bonk, C. J., & Sari, A. R. (2018). Instructor Experiences Designing MOOCs in Higher
Education: Pedagogical, Resource, and Logistical Considerations and
Challenges. online learning, 22(4), 203-241.

361
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like