You are on page 1of 4

PEMBERONTAKAN BOXER (1899)

MOTO: MELINDUNGI EMPAYAR & HAPUSKAN ORANG ASING


 Bertujuan untuk menghalau orang asing dari china dan membunuh orang cina yang
beragama Kristian
 Merupakan reaksi orang china terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing
 Anggota Gerakan boxer menganggap orang asing hendaklah bertanggungjawab terhadap
keruntuhan kerajaan Manchu
 Berasal daripada sebuah kongsi gelap china I Ho Chuan (persatuan tinju keadilan dan
keharmonian)
 Orang barat menamakan ahli kongsi gelap ini sebagai BOXER kerana mereka mengamalkan
sejenis tinju cina yang disertai ilmu sihir

MATLAMAT GERAKAN BOXER


TAHAP MATLAMAT
TAHAP PERTAMA MENGHAPUSKAN ORANG ASING DI CHINA
TAHAP KEDUA MENYELAMATKAN DINASTI CHING DAN
MENGHAPUSKAN BANGSA ASING
TAHAP KETIGA MELINDUNGI HAK ORANG CINA

FAKTOR FAKTOR PEMBERONTAKAN


1. SENTIMEN ANTI ORANG ASING
 Dalam kalangan rakyat dan pihak istana
 Sentimen anti asing ini mula timbul apabila kuasa kuasa barat melakukan
pencerobohan sejak perang candu 1
 Semangat ini mula menebal dalam kalangan sarjana & pembesar istana (Maharani
Dowager)
 Menyebabkan rakyat china dan pihak istana berganding tenaga untuk mengusir
orang asing dari china

2. SENTIMEN ANTI-KRISTIAN

A) SIKAP MUBALIGH-MUBALIGH KRISTIAN

 Golongan ini menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat cina


 Perjanjian whampoa dan konvensyen peking membenarkan golongan ini menjalankan
aktiviti keagamaan di Pelabuhan dan Kawasan pedalaman
 Penyebaran ini mencemaskan kerana menganggap ajaran Kristian amat bertentangan
dengan ajaran Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme yang diamalkan sejak dulu
 Mubaligh Kristian turut campur tangan dalam kes mahkamah yang melibatkan orang cina
yang bukan beragama Kristian
 Disebabkan golongan mubaligh boleh bergerak bebas di China, usaha mengkristiankan orang
China semakin galak
B) SIKAP ORANG CINA YANG BERAGAMA KRISTIAN

 Orang cina yang memeluk agama Kristian telah menimbulkan permusuhan dengan orang
cina yang bukan Kristian. Antaranya;

 Tidak menghormati adat resam yang diwarisi turun termurun


 Meninggalkan agama dan kepercayaan asal
 Enggan menyertai dan membiayai upacara keagamaan

 Dianggap sebagai pengkhianat bangsa

3. PENGUASAAN EKONOMI OLEH KUASA ASING

 Kemasukan barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan merosot


(tekstil&pertukangan tangan)
 Pasaran tempatan dikuasai orang asing kerana barangan barat lebih murah dan bermutu
tinggi
 Pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan kerana kemasukan kemasukan pelabur
asing
 Menyebabkan petani dan penganggur menyertai pemberontakan

4. MASALAH KEWANGAN

 Terpaksa bayar ganti rugi perang candu pertama dan kedua kepada kuasa barat

Oleh itu, kerajaan china telah;


 Memperkenalkan cukai-cukai baharu
 Menyebabkan golongan petani dan penganggur memberontak

5. BENCANA ALAM

 Menyebabkan rakyat china terpaksa menanggung pelbagai penderitaan


 Kerana projek-projek pembangunan (landasan kereta api) dan penyebaran agama Kristian
telah mengganggu keharmonian alam dan roh nenek moyang mereka
 Bencana alam yang melanda adalah balasan daripada dewa dewi
 1898 – banjir di wilayah sekitar Sg.Yangtze dan Sg.Hwang Ho
6. SOKONGAN ISTANA

 20 Jun 1900, ker.manchu bagi sokongan kepada pemberontak untuk mengusir orang asing
dari China
 Maharani Dowager arahkan pemimpin tentera dan pegawai istana bagi bantuan senjata
kepada pemberontak

KESAN PEMBERONTAKAN BOXER


1. KEMEROSOTAN KERAJAAN MANCHU

 Mendedahkan kelemahan dan kepincangan kerajaan Manchu


 Memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk lancarkan revolusi bagi menumbangkan
ker.Manchu dan menubuhkan Ker.republik di China

2. MARUAH KERAJAAN MANCHU TERJEJAS

 Disebabkan oleh “PROTOKOL BOXER” yang ditandatangani oleh kerajaan China. Antaranya;
a. Kerajaan china terpaksa benarkan kuasa asing untuk menempatkan tentera di
tempat strategik
b. Ker.China diharamkan import senjata dari luar selama 2 tahun
c. Ker.China hendaklah menaiktaraf hubungan dengan kuasa barat ke taraf kedutaan
 Telah mengukuhkan kedudukan kuasa barat
 Pergerakan Boxer ini juga telah menemui kegagalan
 Apabila Kuasa asing berjaya, mereka telah mengenakan hukuman yang berat ke atas China.
Melalui perjanjian yang dikenali sebagai Protokol Boxer pada 7 September 1901

3. MASALAH KEWANGAN KERAJAAN MANCHU

 Terpaksa bayar ganti rugi 450 juta tael kepada kuasa barat (40 tahun dengan kadar faedah
4%)
 Kesulitan membayar ganti rugi menyebabkan Rusia menduduki Manchuria sehingga bayaran
ganti rugi selesai

4. PERANG RUSIA-JEPUN MELETUS (1904)

 Rusia ambil kesempatan untuk luaskan kuasa dan pengaruh di Manchuria


 Membimbangkan Jepun kerana Tindakan rusia bertentangan dengan kepentingan mereka
 Hubungan rusia-jepun semakin tegang kerana rusia cuba luaskan pengaruh di semenanjung
korea

5. MUNCUL GERAKAN PEMBAHARUAN

 Kerana ker.manchu telah ada kesedaran tentang kepentingan memperkenalkan Gerakan


pembaharuan
 Gol. Cerdik pandai mendesak ker.manchu membuat pembaharuan yang menyeluruh seperti
yang dianjurkan oleh KANG YU-WEI
 Oleh itu, Ker.manchu memulakan GERAKAN PEMBAHARUAN untuk hadapi ancaman dari
kuasa barat.

Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin
Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di
China.Dalam aspek pentadbiran Kang Yu Wei menyarankan agar maharaja berkongsi kuasa Dewan
Perwakilan bagi mewujudkan monarki berperlembagaan di China. Beliau mahu menyesuaikan
pentadbiran Barat dengan pentadbiran tradisional China. Bagaimana pun, usahanya digagalkan oleh
golongan konsevatif yang tidak mahu melaksanakan sistem pentadbiran ala-Barat. Mahani Dowager
hanya berminat mengekalkan kekuasaan tradisi orang Manchu di China

  Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima
berikutan rakyat China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih
condong kepada tradisi orang Manchu. Tambahan pula, peperangan antara Rusia dengan Jepun
1904-1905 membangkitkan kesedaran bahawa sistem raja berperlembagaan yang dilaksanakan di
Jepun berjaya menumpaskan sistem monarki Rusia .

      Gologan cerdik pandai menyarankan agar kerajaan mengadakan kajian di negara-negara Barat
dan Jepun sebelum melaksanakan sistem raja berperlembagaan. Namun pihak kerajaan nampaknya
tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan cadangan tersebut

      Gerakan ini gagal kerana kekurangan pengalaman dan kelemahan penganjur reformasi iaitu Kang
Yu Wei dan Liang Chi-Chao yang tidak berpengalaman yang luas fdan tidak mempunyai ketajaman
fikiran politik, tentangan reformis konsevatif dan Maharani Dowager, tentangan pegawai Manchu
dan ketiadaan sokongan rakyat.

You might also like