You are on page 1of 3

NUR ALISHAR BINTI MOHAMAD ALI 277503

Apa itu MA63?


Di bawah Perjanjian Malaysia 1963, Sabah dan Sarawak adalah rakan sekutu bekas
Persekutuan Tanah Melayu, tetapi kedudukan ini telah terhakis. Malaysia
merupakan sebuah negara bersistemkan raja berpelembagaan yang terdiri daripada
Malaysia Barat iaitu Semenanjung dan Malaysia Timur iaitu terdiri daripada negeri-
negeri Borneo Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.
Ramai individu masih belum memahami bagaimanakah Sabah, Sarawak dan
Semenanjung (dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) pertama
sekali bergabung dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.
Pada tahun 1960-an, pihak Inggeris menghadapi tekanan untuk meninggalkan tanah
jajahan mereka di kepulauan Melayu, tetapi mereka masih ingin memastikan
bahawa kepentingan perniagaan dan strategik mereka akan tetap berada di bawah
pemerintahan yang memihak kepada Inggeris. Oleh itu, mereka mendesak Sabah
yang turut dikenali sebagai Borneo Utara, Sarawak dan Singapura untuk bergabung
dengan Persekutuan Tanah Melayu (yang telah menerima kemerdekaan pada tahun
1957)
Sebagai persiapan, Suruhanjaya Cobbold (1962) melakukan tinjauan yang akhirnya
membawa kepada keputusan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk
membentuk sebuah negara baru asalkan hak dan kepentingan mereka terpelihara.
Justeru itu, MA63 dihasilkan untuk memastikan proses dekolonisasi yang berjaya
serta terma-terma yang jelas dan saksama antara keempat-empat pihak itu dapat
membentuk Malaysia. Oleh itu, terdapat memorandum khusus untuk setiap wilayah
Borneo iaitu 18 perkara untuk Sarawak dan 20 untuk Sabah.
Antara perkara-perkara tersebut adalah
1. Penguasaan sepenuhnya terhadap undang-undang imigresen Sabah dan
Sarawak oleh kerajaan negeri.
2. Borneonilisasi perkhidmatan awam tempatan.
3. Islam akan menjadi agama rasmi persekutuan tetapi kedua-dua Sabah dan
Sarawak tidak akan memiliki sebarang agama rasmi negeri untuk
menghormati agama tempatan.
4. Perlindungan kedudukan dan hak istimewa bangsa asli
5. Perwakilan Sabah dan Sarawak dalam kerajaan pusat adalah berkadaran
sebanding dengan bilangan penduduknya.
Akhirnya pada 16 September 1963, kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia
sekarang dilahirkan. Namun begitu, oleh kerana perbezaan politik, Singapura telah
berunding untuk berpisah dan menjadi sebuah negara merdeka pada bulan Ogos
1965. Sabah dan Sarawak masih kekal dengan kepercayaan penuh bahawa
perjanjian mereka akan tetap dihormati dan ditegakkan oleh Perlembagaan
Malaysia.
Namun demikian, lama kelamaan, nilai MA63 semakin terhakis. Pada tahun 1976,
perjanjian itu telah disusun semula dan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf
dari rakan sekutu bekas Persekutuan Tanah Melayu ke negeri-negeri di dalam
NUR ALISHAR BINTI MOHAMAD ALI 277503

Malaysia sahaja. Hal ini membuatkan Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa yang
terhad ke atas wilayah masing-masing sekarang.
Ramai percaya bahawa perubahan ini bermotifkan politik dan digubal dengan dasar
untuk meningkatkan kuasa di peringkat perseekutuan. Penggubalan perjanjian asal
itu telah membawa kepada masalah ekonomi. Kini, kerajaan pusat mempunyai lebih
banyak kuasa ke atas eksploitasi sumber semula jadi di Sabah dan Sarawak.
Kedua-dua negeri tersebut telah menghasilkan 60% minyak dan gas Malaysia tetapi
hanya menerima 5% royalti manakala kerajaan persekutuan menyimpan 95%
daripada hasil pendapatannya.
Akibatnya, Sabah dan Sarawak mempunyai belanjawan terhad untuk pembangunan
infrastruktur berbezanya dengan pembangunan di Semenanjung yang semakin
berkembang pesat. Hal ini dapat dilihat apabila ramai penduduk Sabah dan Sarawak
mengalami kesulitan untuk mengakses keperluan asas seperti air, elektrik, jalan
raya, perkhidmatan kesihatan, dan pendidikan.
Tambahan lagi, kedua-dua wilayah ini turut menghadapi campur tangan dari luar
dalam isu-isu sosial. Terdapat juga tekanan untuk menquatkuasakan sebuah agama
rasmi, pencairan identiti pribumi, dan pengurangan kuasa ke atas kedaulatan
sempadan dan tanah dan air. Perkara ini semakin berterusan selama lebih daripada
40 tahun sehingga mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak.
Sejak tahun 2018, Malaysia telah menyaksikan perubahan politik dan telah
mengalami perubahan pemerintahan sebanyak dua kali. Hasil daripada kerajaan-
kerajaan campuran baru ini, ahli-ahli politik telah berjanji untuk menangani isu-isu
seperti MA63, yang bermakna:
1. Mengembalikan taraf sama rata Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung
Malaysia di dalam Malaysia
2. Meningkatkan royalti untuk hasil pendapatan dari sumber semula jadi seperti
minyak dan gas, serta bahagian dana dan hasil pendapatan (dari cukai dan
pengeluaran)
3. Meningkatkan hak pentadbiran ke atas pendidikan, bahasa dan agama
Pada tahun 2019, cadangan pindaan perlembagaan terhadap perjanjian MA63
dibuat untuk menukar Sabah dan Sarawak dari status negeri kembali ke wilayah.
Setelah perdebatan yang hangat selama beberapa bulan, undi pindaan MA63 gagal
di parlimen. Ada yang berpendapat bahawa perubahan itu semata-mata estetik dan
tidak sama dengan pengembalian sebenar kepada apa yang termaktub di dalam
dokumen MA634 yang asal.
Namun begitu, ahli kepimpinan kerajaan Sabah dan Sarawak berikrar akan terus
memperjuangkannya sehingga dipersetujui dan diluluskan. Kelulusan pindaan ini
akan membawa Malaysia selangkah lebih dekat kepada kesetaraan persekutuan.
Sabah dan Sarawak tidak lagi setaraf dengan negeri semenanjung seperti Selangor
atau Johor; kedudukan mereka akan dikembalikan, seperti yang dijanjikan di dalam
MA63, agar setara dengan seluruh Semenanjung Malaysia.
NUR ALISHAR BINTI MOHAMAD ALI 277503

Perubahan sedemikian akan memerlukan fikiran terbuka dan kesediaan ahli politik
dan rakyat untuk menerima pengurangan peranan Semenanjung Malaysia di
Malaysia dan memenuhi perjanjian MA63 yang asal. Justeru itu, di sinilah kita amat
memainkan peranan yang amat penting di mana anak muda Malaysia akan
menentukan nasib negara dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Hal ini sangat
penting untuk kita terus belajar mengenai MA63 dan berbincang dengan rakan-rakan
dan keluarga kita mengenainya.
Sementara itu, kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat awam perlulah
membantu mendidik rakyat Malaysia dengan tepat mengenai MA63 supaya mereka
dapat mengambil bahagian dalam perbincangan dan perbahasan yang bermanfaat.
Ini akan memberi kuasa kepada rakyat Sabah dan Sarawak, dan mendorong wakil
negeri ke arah pengembalian kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu
di Malaysia.

You might also like