You are on page 1of 1

AMALI 9.1.

2 (KEKERASAN)
Kaji situasi berikut:
Bagus Pekerti melakukan kerja pertukangan bersama-sama ayahnya. Apabila Bagus
Pekerti menukul paku ke blok kayu, paku yang dipilih olehnya membengkok dan tidak
dapat ditukul menembusi blok kayu dengan sempurna. Melihat keadaan demikian,
ayahnya memberikan paku daripada bahan yang berbeza jenis. Menggunakan paku
tersebut blok kayu dapat ditembusi oleh paku dengan sempurna.

a) Berdasarkan maklumat daripada situasi berkenaan, rancang dan laksanakan satu


eksperimen untuk mengkaji situasi itu. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
b) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Inferens berdasarkan dapatan eksperimen tersebut [K4P2a]
ii. Membuat hubungan antara jenis blok logam dengan kekerasan. [K4P2b]
iii. Definisi secara operasi bagi kekerasan logam [K4P2c]
iv. Kesimpulan daripada eksperimen [K4P3]
c) Jawab soalan berikut:
i. Kaitkan bacaan diameter lekuk dengan jenis blok logam [K5P1]
ii. Cadangkan satu campuran yang membentuk aloi. Namakan aloi tersebut.
[K5P2]
iii. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? [K5P3]
Jelaskan jawapan anda. [K5P4]

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif [K2] dan amalan sikap
saintifik dan nilai murni akan dinilai [K6]

You might also like