Professional Documents
Culture Documents
Surat Rayuan - Sarojini
Surat Rayuan - Sarojini
Tuan Pengarah,
Pertubuhan Keselamatan Sosial,
No.3012 Lebuh Tenggiri 2,
13700 Seberang Jaya, Perai,
Pulau Pinang. 26 NOVEMBER 2021
Tuan,
Berhubung dengan perkara di atas, saya Sarojini A/P Sinnakcanno ingin merayu mengenai keilatan
kepada pihak tuan.
2. Untuk makluman pihak tuan, saya telah mengalami asma kronik selepas memasuki kerja dan
telah menerima surat daripada hospital untuk menukar jabatan disebabkan oleh persekitaran yang tidak
sihat. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menukar jabatan di tempat kerja yang menyebabkan
keadaan saya lebih kronik. Saya telah melampirkan memo yang diberi oleh Klinik Dada, Hospital
Seberang Jaya.
3. Selain itu, saya telah melampirkan Laporan Perubatan permohonan ilat yang menyatakan sakit
asma saya tidak menjadi lebih baik atau menunjuk perubahan sejak 2017 dan saya sering mengambil
“Neubalizer” apabila pernafasan menjadi tidak stabil. Saya juga telah dimasukkan ke ICU di Hospital
Seberang Jaya dua kali sebelum ini.
4. Selain itu, saya mempunyai sakit pinggang yang kronik dan telah menerima rawatan di Hospital
Seberang Jaya. Saya telah melampirkan Surat Rujukan Kementierian Kesihatan Malaysia. Sehubungan
dengan ini, saya ingin membuat rayuan agar tuan dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut
supaya saya memperoleh kelulusan dari pihak tuan. Hal ini demikian, kerana saya tinggal bersendirian
dan tidak mempunyai sebarang bantuan daripada anak – anak atau pihak keluarga.
3. Kelulusan tuan dalam rayuan ini sangat saya hargai. Saya yakin bahawa tuan amat prihatin
dengan masalah yang saya hadapi. Sekian Kerjasama pihak tuan amat dihargai.
Yang benar,
………………………………….
SAROJINI A/P SINNAKCANNO
No. K/P: 611230-07-5570