You are on page 1of 9

STAG2003

Sedimentologi

Batu sedimen

Batuan sedimen

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

PENDAHULUAN
Sedimen - bahan atau partikel yang peroi yang terdapat di permukaan
bumi (di daratan ataupun lautan), dan boleh mengalami proses angkutan
dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Sedimen berasal daripada bahan yang terbentuk
hasil daripada proses luluhawa terhadap batuan
sedia ada yang terdedah di permukaan bumi.
Sedimen ini akan diangkut ke kawasan lain.
Batuan asal ini boleh terdiri daripada batuan igneus,
metamorf atau batuan sedimen sendiri. Sedimen
terdiri daripada berbagai saiz, iaitu saiz halus seperti
lumpur, pasir, kelikir dan boleh bersaiz sangat besar.
Air dan angin merupakan agen pengangkut yang
utama, dan apabila tiba di kawasan baru, sedimen
ini akan diendapkan di sekitaran sedimen baru.

Batu sedimen - Sedimen, apabila mengeras


akan menjadi batu sedimen. Kajian
berkenaan dengan sedimen dan batu
sedimen ini dipanggil sedimentologi.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


PENDAHULUAN
Antara sedimen yang ada ialah lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya.
Sedimen ini akan menjadi batu sedimen apabila mengalami proses
pengerasan.
Sedimen akan menjadi batuan sedimen melalui proses pengerasan atau
pembatuan yang melibatkan;
•Pemampatan (Compaction)
•Penyimenan (Cementation)
•Penghabluran semula (Recrystallization)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

TANDA-TANDA ATAU PETUNJUK BATUAN SEDIMEN


Batuan sedimen mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza dengan batuan
igneus atau metamorf. Ciri-ciri batuan sedimen ini menggambarkan cara
sedimen atau batuan sedimen terbentuk. Antara ciri-ciri penting ialah;

Kehadiran butiran yang telah


Kehadiran perlapisan atau
mengalami proses angkutan
stratification

Adanya struktur sedimen

Kehadiran mineral Terjumpanya fosil


yang asalan sedimen
(glaukonit, chamosite)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


MODEL MUDAH UNTUK MEMAHAMI BATUAN SEDIMEN
Semua proses-proses sedimen seperti luluhawa, pengangkutan dan
pemendapan akhirnya mempunyai satu matlamat akhir, iaitu tiga hasil
akhir seperti berikut;
•Sedimen kasar, iaitu pasir kuarza (quartz sand)
•Sedimen halus iaitu syal (lempung)
•Larutan yang membentuk batu kapur (CaCO3)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

MODEL MUDAH UNTUK MEMAHAMI BATUAN SEDIMEN

Bayangkan batuan igneus granodiorit yang terdapat di benua yang terdiri


daripada mineral kuarza, feldspar dan mineral mafik.
Apabila mengalami proses-proses sedimen tadi secara sempurna
(complete - luluhawa, pengangkutan dan pemendapan) hasilnya
terbentuklah batu pasir yang kaya dengan kuarza, syal dan batu kapur,
yang mana masing-masing terendap di sekitaran yang berbeza (pesisir,
pelantar dalam dan pelantar luar).
Secara terperincinya, mineral-mineral yang membentuk batuan igneus tadi
apabila terluluhawa dengan pesat, mineral atau batuan akan pecah kepada
saiz yang lebih kecil dan bertukar bentuk atau komposisinya, kecuali
mineral kuarza. Itu sebabnya hasil akhir yang terbentuk ialah pasir kuarza.
Mineral-mineral lain (selain daripada kuarza) akan musnah atau larut dalam
air. Ortoklas contohnya, akan berubah menjadi lempung (menghasilkan
syal) dan kalsium daripada Ca-plagioklas akan larut dalam air, dan
akhirnya membentuk CaCO3 (batu kalur).

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


MODEL MUDAH UNTUK MEMAHAMI BATUAN SEDIMEN

Semasa angkutan, proses asingan atau sorting akan berlaku. Pasir


kuarza yang kasar diangkut lebih dekat berbanding dengan lempung yang
diangkut secara ampaian.
CaCO3 yang larut dalam air diangkut lebih cepat dan jauh daripada
lempung. Akibat proses angkutan ini, tiga hasil akhir ini diendapkan di
kawasan yang berlainan.
Pasir kuarza terendap di kawasan pesisir, syal di pelantar dalam dan batu
kapur lebih jauh di pelantar luar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

JENIS BATUAN SEDIMEN


Pengelasan batuan yang baik akan mengambil kira beberapa teori yang
boleh menjelaskan bagaimana sesuatu batuan itu terbentuk dan
perkaitannya atau hubung kait dengan batuan lain. Disebabkan banyak
kepelbagaian proses yang terlibat semasa memendapkan sedimen, maka
pengelasannya juga menjadi sukar.
Jika kita perhatikan hasil akhir proses luluhawa iaitu; Batuan sedimen
telah dikelaskan
Pasir kuarza – butiran kasar diangkut secara seretan. kepada endapan
Syal – butiran halus diangkut secara ampaian. klastik, endapan
kimia dan biokimia.
Batu kapur – mineral diangkut secara larutan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


JENIS BATUAN SEDIMEN

Pasir kuarza dan syal, masing-masing merupakan hasil luluhawa dalam


bentuk butiran (kasar dan halus) dan kedua-dua yang terendap bersama
atau selalunya ditemui bercampur. Jadi sukar untuk memisahkannya.
Kedua-dua dikelaskan ke dalam endapan klastik.
Jika aktiviti volkano menghasilkan partikel, dan partikel ini diendapan
seperti sedimen-sedimen lain, ianya dikelaskan kepada batuan endapan
volkanoklastik.
Mineral dalam bentuk larutan pula selalunya terbentuk atau terendap
bersama, dan tidak bercampur dengan endapan klastik. Ada dua cara
bagaimana mineral dalam larutan ini boleh membentuk batuan, iaitu
samada proses perwapan (precipitate) air laut membentuk endapan
kimia.
Bahan kimia juga boleh diambil atau diserap oleh tumbuhan atau haiwan
untuk membentuk cengkerang dan sebagainya yang akhirnya menjadi
sebahagian daripada batuan sedimen, dan jenis ini dipanggil endapan
biokimia.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

JENIS BATUAN SEDIMEN

Kesimpulannya, batuan
sedimen boleh dikelaskan
kepada beberapa jenis,
bergantung kepada cara dan
proses pembentukannya.
Antara kelas batuan sedimen
yang utama ialah;
•Terrigenous (detrital atau
berklas / klastik - clastic).
•Sedimen endapan kimia /
biokimia (Chemical /
biochemical).
•Batuan volkanoklastik
(Volcanoclastic rocks).

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


TERRIGENOUS (DETRITAL ATAU BERKLAS / KLASTIK)
Batuan klastik merupakan batuan yang puncanya berasal daripada suatu
tempat lain, dan telah diendapkan dalam lembangan baru setelah
mengalami proses pengangkutan.
Saiz butiran atau partikel merupakan citi terpenting digunakan untuk
pengelasan ini, iaitu;
•Konglomerat atau breksia (saiz gravel atau kelikir)
•Batu pasir (saiz pasir)
•Syal (saiz lumpur)
Ada dua kriteria utama yang digunakan untuk mengelaskan batuan klastik,
iaitu tekstur (saiz butiran) dan komposisi (jenis butiran / mineral yang ada,
terutamanya kuarza, feldspar dan litik).
Tekstur adalah kriteria utama atau peringkat pertama dalam pengelasan,
dan kemudiannya barulah diikuti oleh komposisi untuk mendapatkan nama
yang lebih tepat. Saiz butiran adalah berdasarkan kepada “skala
Wentworth”.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

TERRIGENOUS (DETRITAL ATAU BERKLAS / KLASTIK)

Sedimen biasanya bercampur dari segi saiz. Berdasarkan peratusan saiz


sedimen yang ada, batuan sedimen kalstik di kelaskan kepada ;
Batu pasir berkonglomerat
Batu lumpur berkonglomerat
Konglomerat berpasir
Konglomerat berlumpur

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


TERRIGENOUS (DETRITAL ATAU BERKLAS / KLASTIK)

Untuk batuan sedimen yang banyak kandungan


matrik dipanggil wak (wacke), manakala yang
tiada atau kurang matrik di panggil arenit.
Pengelasan lebih terperinci untuk batu pasir perlu
dilakukan dengan menggunakan mikroskop. Ini
untuk mengetahui jenis dan peratus komposisi
partikel yang ada.
Untuk butiran kasar (saiz pasir contohnya), nama
batuan ada dua perkataan / bahagian, contohnya
batu pasir arkos, batu pasir litik dan lain-lain.
Selain daripada saiz butiran, komposisi kuarza,
feldspar dan litik sangat penting untuk pengelasan
batuan.
Butiran lebih daripada 2mm dipanggil gravel.
Untuk penamaan batuan lebih tepat, bentuk
butiran digunakan sebagai ciri penting, iaitu jika
butirannya bulat dipanggil konglomerat, manakala
juka bentuk butirannya bersudutpula dinamakan
breksia.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SEDIMEN ENDAPAN KIMIA / BIOKIMIA


Batuan endapat kimia merupakan batuan yang terbentuk hasil daripada
pemendapan kimia daripada larutan, ataupun terdiri daripada endapan
hidupan bercangkang mineral karbonat atau bersilika atau berfosfat dan
lain-lain. Antara batuan yang tergolong dalam kumpulan ini ialah;
•Evaporit
•Batuan sedimen karbonat (batu kapur dan dolomit)
•Batuan sedimen bersilika (rijang)
•Endapan organik (batu arang)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SEDIMEN ENDAPAN KIMIA / BIOKIMIA
Batuan karbonat terdiri daripada mineral kalsit (CaCO3). Batuan karbonat boleh
menjadi endapan kimia dan juga endapan biokimia, bergantung kepada cara ianya
terbentuk.
Batu kapur oolit batu intraklas dan dolomit merupakan endapan kimia, manakala
batu kapur berfosil, batu kapur berpelet (pelletal rocks) dan “chalk” pula merupakan
endapan biokimia.
Rijang (chert) merupakan endapan silika (terdiri daripada SiO2) yang terbentuk
hasil daripada penghabluran semula (recrystalized) skeleton haiwan (terutamanya
radiolaria dan diatom). Walaupun ianya berasal daripada skeleton haiwan, tetapi
tidak di kelaskan kepada endapan biokimia. Ini disebabkan rijang melibatkan
proses kimia penghabluran semula. Jadi ia diletak dalam endapan kimia.
Batu garam, evaporit dan gypsum terbentuk hasil daripada proses perwapan
air laut dan dikelaskan sebagai endapan kimia.
Gambut dan batu arang adalah berasal daripada tumbuhan. Jadi ianya adalah
endapan biokimia. Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan endapan biokimia lain
kerana gambut dan batu arang sentiasa berkait rapat dengan endapan klastik, iaitu
berlapis dengan batu pasir dan syal.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

BATUAN VOLKANOKLASTIK
Batuan volkanoklastik yang berasal daripada aktiviti gunung berapi. Debu-
debu daripada aktiviti gunung berapi ini akan terendap seperti sedimen
yang lain. Antara batuan yang ada dalam kumpulan ini ialah;
•Batu pasir bertuf
•Lapili
•Aglomerat

Batuan volkanoklastik merupakan


pecahan daripada endalan klastik.
Segala proses yang terlibat
(luluhawa, angkutan dan
pemendapan) adalah seperti
endapan klastik lain.
Cuma batuan puncanya sahaja yang
berbeza iaitu berasal daripada aktiviti
gunung berapi yang sedang aktif,
atau hakisan batuan asalan gunung
berapi.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Cara asas untuk
mengenal jenis
batuan sedimen;
1. Melihat sifat
fizikal butiran
2. Tindakbalas
dengan asid HCl
3. Gores dengan
kaca

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sekian…

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

You might also like