You are on page 1of 26

Sedimentologi 2007

STAG2003
Sedimentologi

Sekitaran sedimen

Pendahuluan

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
SEKITARAN SEDIMEN DAN REGIONAL TECTONIC
FRAMEWORK
Sifat-sifat fizik, kimia dan biologi sedimen dan batu sedimen sangat-sangat
dipengaruhi oleh batun punca (provenance) dan keadaan tempat sedimen
terenap (sekitaran sedimen).
Punca dan sekitaran enapan ini pula hasil daripada aktiviti tektonik dan
sejarah geologi rantau di mana sedimen itu terkumpul.

Punca batuan volkanik –


kawasan arka magmatik (magmatic arc)

Punca igneus pluton –


kawasan continental-block provenance

Punca metamorf & sedimen –


kawasan jalur orgogenik; kawasan
perlanggaran tektonik.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
SEKITARAN SEDIMEN DAN REGIONAL TECTONIC
FRAMEWORK
Topografi dan jasad timbul (relief) dikawal oleh pengangkatan (uplift) dan
canggaan (deformation).
Saiz dan geometri sekitaran sedimen, kedalaman air, amblesan
(subsidence) dan lain-lain dipengaruhi oleh kedudukan sekitaran sedimen
di dalam kerangka tektonik rantau (reginal tectonic framework).
Berdasarkan teori tektonik keping dan pemuaian dasar lautan,
pengumpulan sedimen berlaku di tectonic setting seperti berikut;
1- Interio basin, intracontinental rift, aulacogens
2- Passif / rift continental margin
3- Oceanic basin
4- Subduction-related setting
5- Strike-slip / transform fault-related setting
6- Collision-related setting

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


PASIF MARGIN Sedimentologi 2007

Tepian benua yang tidak mempunyai aktiviti seismik atau gunung berapi.
Juga dipanggil Tepian Atlantik; Divergent Margin.

Tidak mempunyai arka kepulauan (island arc), parit (trenchs) dan


lembangan yang berkaitan dengan subduksi.

Sedimen boleh terkumpul di pelantar benua, cerun benua dan continental


rise di kaki cerun. Kebanyakan sedimen klastik di tepian pasif berasal
daripada punca daratan – continental-block provence.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

PASIF MARGIN Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


INTERIOR BASIN / INTRACONTINENTAL RIFT Sedimentologi 2007

Merupakan benua besar yang stabil dan basin terbentuk akibat rekahan
dan permulaan hanyutan benua (rift).

Sekitaran sedimen yang ada


bergantung kepada saiz basin
dan kedudukan basin di
dalam benua serta peringkat
pembentukan basin.

Sedimen boleh terdiri daripada


sedimen daratan (pasir,
konglomerat, evaporit dan
lain-lain) serta sedimen delta
hingga laut dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

INTERIOR BASIN / INTRACONTINENTAL RIFT Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


OCEAN BASIN Sedimentologi 2007

Dasar lautan dalam terdiri daripada pelbagai sekitaran untuk pemendapan


sedimen halus. Sedimen terkumpul di dataran abyssal yang hampir
mendatar, di atas gunugn bawah laut (seamounts), rise dan permatang
(ridges) bawah laut.
Kebanyakan lautan besar yang utama terbentuk akibat proses hanyutan
benua. Peringkat awal hanyutan benua membentuk lembangan yang
panjang serta sempit yang mungkin diisi oleh sedimen evaporit dan klastik
daratan serta sedimen yang berasosiasi dengan volkano.
Hanyutan benua yang berterusan membentuk permatang tengah lautan
(midocean ridges) dan basin laut dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

OCEAN BASIN Sedimentologi 2007

Sedimen yang terkumpul di laut dalam kebanyakannya terdiri daripada


sedimen pelagik, biogenik oozes, turbidit dan sedikit enapan autigenik
seperti nodul manganese.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SUBDUCTION-RELATED SETTINGS Sedimentologi 2007

Merupakan kawasan yang sangat aktiv dengan aktiviti seismik sepeti di


Tepian Pasifik sekarang.
Kawasan ini mempunyai parit laut dalam (deep-sea trench)dan arka
kepulauan yang aktif. Subduksi boleh berlaku di oceanic arc system –
kerak laut bertembung dengan kerak lautan yang lain, atau di continental-
margin arc – lautan menyusup di bawah kerak benua.

Sedimen klastik yang


terkumpul berasal
daripada bahan volkanik,
sedimen daratan dan
sedimen lautan yang
berasal daripada arka
volkanik dan arka tepian
benua.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SUBDUCTION-RELATED SETTINGS Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SUBDUCTION-RELATED SETTINGS Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STRIKE-SLIP / TRANSFORM-FAULT SETTING Sedimentologi 2007

Sesar strike-slip selalu ditemui di kawasan pemuaian lautan (ocean


spreading ridges). Sesar jenis ini juga boleh terbentuk di daratan dan
tepian benua.

Pergerakan di
sepanjang sesar ini
boleh membentuk
berbagai jenis
lembangan kecil
seperti pull-apart
basins.

Sedimen yang terkumpul adalah


berbagai jenis sebab lembangan yang
berbentuk boleh di daratan hingga laut
dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


COLLISION-RELATED SETTING Sedimentologi 2007

Lautan yang tertutup akibat proses hanyutan benua akhirnya menyebabkan


berlaku perlanggaran di antara dua benua atau sistem arka yang aktif.
Perlanggaran menghasilkan tenaga tegasan (compressional) dan ricih
(shearing forces).
Tenaga ricih pula boleh menghasilkan pergerakan strike-slip di kawasan
jauh daripada zon perlanggaran. Tenaga tegasan boleh menyebabkan
berlaku angkatan (uplift) membentuk sistem pergunungan di dalam zon
perlanggaran, dan membentuk foreland basins.
Bergantung kepada jenis kepingan yang terlanggar, terdapat banyak jenus
batuan punca untuk collision-related setting;
1- subduction complexion provence
rijang, argilit, greenstone & turbidit
2- collision orogen provence
punca batuan sedimen dan metamorf
3- foreland uplift provence
punca daripada batuan sedimen dan batuan dasar pluton yang tersingkap.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007

Di kesemua tectonic framework setting boleh ada pelbagai


sekitaran sedimen;
•Daratan
•Peralihan daratan ke lautan
•Lautan
Walaupun jenis sekitaran sama, tetapi komposisi batuan
yang terbentuk sangat berbeza.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SEKITARAN SEDIMEN Sedimentologi 2007

Bagi ahli geologi, makmal kajian


mereka adalah segala proses-proses
yang berlaku di permukaan bumi
sekarang ini. Mereka melihat dan
mengkaji proses yang menghasilkan
sedimen, cara ianya diangkut dan
dienapkan serta hasilannya.

Dengan memahami semua proses-proses ini, kita dapat memahami dan


menentukan proses-proses yang telah berlaku yang akhirnya membentuk
jasad batuan atau formasi batuan sedimen dengan menggunakan
Falsafah uniformatarianism - "the key to the past is the present". Falsafah
ini boleh dipakai kerana semua partikel atau benda ciptaan Allah S.W.T.
mengikut arahan Penciptanya daripada dahulu hinggalah sekarang.
Segala daya dan undang-undang yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SEKITARAN SEDIMEN Sedimentologi 2007

Persekitaran sedimen telah didifinasikan oleh selley (1988) sebagai


"bahagian permukaan bumi yang mana mempunyai keadaan fizikal,
kimia dan biologi yang berbeza dengan kawasan yang berdekatan
dengannya".

Tidak boleh ada dua


persekitaran sedimen yang
betul-betul sama dan biasanya
dua persekitaran sedimen
berubah secara berangsur-
angsur ke persekitaran
sedimen yang lain.
Jika dua tempat mempunyai kesemua sifat
fizikal, kimia dan biologi yang serupa, maka
kedua-dua kawasan tadi dikelaskan kepada
satu sekitaran sedimen yang masa.

Jika ada salah satu daripada faktor tadi berubah atau tidak sama, maka dua
tempat tersebut boleh dikelaskan kepada dua sekitaran sedimen yang berbeza.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SEKITARAN SEDIMEN Sedimentologi 2007

Fizikal
Parameter fizikal bagi persekitaran sedimen termasuklan halaju, arah dan
variation angin; gelombang dan aliran air; termasuk iklim dan cuaca di
kawasan persekitaran tersebut seperti suhu, perubahan suhu, hujan, salji
dan kelembapan.
Iklim dan cuaca memainkan peranan yang penting dalam pembahagian
sekitaran sedimen kerana ia dapat mengawal kadar hujan, perubahan suhu
dan kelembapan, dan sekaligus mengawal kadar hakisan atau
pemendapan yang akan berlaku di sesuatu kawasan.
Faktor fizikal ini juga secara langsung mengawal faktor biologi yang ada di
sesuatu kawasan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SEKITARAN SEDIMEN Sedimentologi 2007

Kimia
Parameter ini termasuk komposisi atau kandungan air yang menutupi
persekitaran sedimen (contohnya air laut, air sungai, air tasik); juga
termasuk geokimia batuan di kawasan takungan air (catchment).
Faktor kimia ini akan mengawal secara langsung faktor atau sifat biologi
yang ada di sesuatu kawasan. Jenis hidupan yang hidup dalam air masin
adalah berbeza dengan hidupan dalam air tawar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SEKITARAN SEDIMEN Sedimentologi 2007

Biologi
Parameter ini termasuklah kesemua tumbuhan dan haiwan. Faktor ini
mempunyai pengaruh yang sangat besar terutamanya di daratan dari segi
mengawal kadar hakisan dan juga pemendapan.
Proses penghapusan hutan (tumbuhan), samada oleh manusia atau
haiwan (sebagai makanan) boleh menyebabkan hakisan berlaku dengan
sangat cepat di sesuatu kawasan dan serentak dengan ini juga, proses
pemendapan juga akan dipercepatkan di kawasan yang lain.
Padang pasir yang ditumbuhi oleh tumbuhan pula akan mengurangkan
proses-proses hakisan dan pemendapan ini.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
Kalau mengikut takrif sekitaran endapan di atas, maka persekitaran
endapan boleh sebagai tempat dimana berlakunya hakisan, equilibrial
(tiada hakisan/enapan) ataupun kawasan pemendapan.
Sesuatu persekitaran sedimen boleh mengikut masa bertukar-tukar dari
kawasan hakisan berubah kepada equolibrial dan enapan dan sebaliknya.
______________________________________________________________
Hakisan Equilibrian Pemendapan
______________________________________________________________
Subaerial Dominan Terbentuk Jarang
peneplanes (eolian,glasial)
tanah,laterites
Daratan dan bouxites

Lokal unknown? Lokal (sungai,


lacustrine)
Subaqueous

Lautan jarang Terbentuk Dominan


"hardgrounds"
spt nodular &
pemineralan
______________________________________________________________
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Sedimentologi 2007
Equilibrial (keseimbangan)
Keseimbangan atau persekitaran "non-deposition" ialah keadaan dimana hakisan
dan pemendapan tidak berlaku. Keadaan ini boleh ditemui di daratan maupun di
lautan.
Contohnya, angin memendapkan pasir sebagai "eolian dune" tetapi pasir ini selalu
bergerak dan akhirnya di tempat pasir yang dienapkan tadi telah tiada enapan.
Di lautan dalam, yang mana kadar pemendapannya sangat berkurangan, dan
sedimen-sedimen terlebih dahulu terlarut semasa proses pengendapan berlaku.
Seperti juga dengan hakisan, tiada enapan detritus yang di enapkan tetapi
equilibrian ini di"preserved" dalam rekod stratigrafi sebagai ketakselarasan. Ini
kerana lapisan ini biasanya disimen dengan baik berbanding dengan lapisan di
atasnya, dan boleh dikesan dengan menggunakan alat seismik.
Pendedahan yang lama semasa proses equilibrian ini boleh membentuk profil
luluhawa (weathering profiles) dan pembentukan tanah. Lapisan laterit dan
'bouxite' adalah hasil dari proses equilibrian dalam keadaan iklim yang tertentu.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
PENGELASAN PERSEKITARAN SEDIMEN

DARATAN Fanglomerat Berburai


Fluvial
Lacuctrine (Tasik) Berliku
Eolin (Padang pasir)

PANTAI Lobate (Delta) Terrigenus


(Shoreline)
Linear (Barrier) Campuran
Karbonat

LAUTAN Terumbu Terrigenus


Shelf Karbonat
Kipas & channel bawah laut
Pelagic

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007

Sekitaran sedimen
boleh berubah
mengukut
perubahan masa

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

MEKANIKAL PENGENDAPAN Sedimentologi 2007

Mekanikal pengendapan mungkin berlaku dalam tiga bentuk;


1. Ampaian pasif (Passive suspension)
2. Aliran iring arus (Entrainment flow)
3. Aliran graviti (Gravity flow)

Ampaian pasif
Dalam mekanisme ini, partikel akan terendap disebabkan adanya tarikan graviti, dalam medium (air atau udara) yang tidak
bergerak. Jadi partikel ini tidak mengalami angkutan, contohnya pengendapan dalam tasik. Partikel cuma mengalami
jatuhan secara menegat. Dalam proses jatuhan ini, partikel yang besar atau berat akan sampai ke dasar lebih cepat
daripada partikel kecil atau rengan.
Sedimen yang terendap secara ini mungkin tidak mempunyai struktur sedimen dan membentuk satu unit yang masif, atau
pun mempunyai perlapisan yang memdatar (planar stratification) di antara unit endapan yang terendap di episod yang
berlainan. Lapisan mungkin sangat halus dan regular. Tekstur biasanya halus (liat hingga pasir halus) kerana medium tiada
tenaga untuk mengankut butiran yang kasar. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian seperti jatuhan bongkah dari
glasier. Lapisan berperingkat normal dari kasar hingga halus boleh ditemui tetapi sukar untuk diperhatikan kerana tekstur
halus. Partikel yang memanjang akan terendap mendatar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


MEKANIKAL PENGENDAPAN Sedimentologi 2007

Mekanikal pengendapan mungkin berlaku dalam tiga bentuk;


1. Ampaian pasif (Passive suspension)
2. Aliran iring arus (Entrainment flow)
3. Aliran graviti (Gravity flow)

Aliran iring arus


Kalau mengikut mekanisme ini, partikel akan terendap
secara terus dari air atau udara yang secara aktif
mengangkutnya. Partikel bergerak kerana dibawa oleh
arus, dan bila arus berhenti atau tidak cukup kuat,
partikel akan terendap.
Partikel-partikel akan mengiring arus dan diangkut oleh
arus air atau udara dan bergerak semada secara
seretan beban (traction load- partikel sentiasa
bersentuh dengan dasar aliran), loncatan beban
(saltation load- partikel kadang-kadang bersentuh
dengan dasar aliran dan kadang-kadang tidak) dan
secara ampaian beban (suspention load- partikel tidak
tersentuh dengan dasar aliran).
Kebanyakkan sedimen diendapkan dengan cara
mekanisme mengiring arus. Pergerakan tiap-tiap
partikel selalunya tersangkut-sangkut, tetapi jika arus
laju dan arusnya turbulance, partikel mungkin gelungsur
atau melompat berterusan untuk jarak yang jauh.
Partikel-partikel ini bergerak lebih perlahan daripada
halaju air.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

MEKANIKAL PENGENDAPAN Sedimentologi 2007

Mekanikal pengendapan mungkin berlaku dalam tiga bentuk;


1. Ampaian pasif (Passive suspension)
2. Aliran iring arus (Entrainment flow)
3. Aliran graviti (Gravity flow)

Aliran graviti
Mengikut mekanisme ini, sedimen akan terendap terus dari
partikel yang bergerak menuruni cerun. Sedimen dalam aliran
graviti bergerak disebabkan oleh tindakan daya graviti, dan ianya
akan menuruni cerun dan akhirnya terendap bila cerun mulai
melandai.
Berbeza dengan aliran ampaian yang juga bergerak disebabkan
adanya tarikan graviti, aliran graviti ini menyebabkan partikel
bergerak di atas permukaan yang bercerun. Pergerakan partikel
ini boleh menyebabkan permukaan cerun mengalami hakisan.
Sedimen ini boleh mengalir hingga beratus kilometer. Sedimen
aliran graviti boleh berlaku di banyak persekitaran endapan, bila
adanya pengumpulan sedimen yang tidak stabil di cerun, dan di
bantu oleh gegaran.
Tiga persekitaran endapan yang utama, yang mana aliran graviti
biasa berlaku ialah di kipas alluvium, kipas laut dalam dan dalam
alur/palong pelantar. Aliran graviti boleh dibahagikan kepada
beberapa mekanisme yang lebih terperinci seperti aliran debris,
aliran butiran, aliran turbidit, jatuhan butiran dan lain-lain. Ini
akan dijelaskan lagi dalam bab persekitaran laut dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


FASIES SEDIMEN Sedimentologi 2007
Persekitaran sedimen ialah tempat di daratan atau lautan di mana terendapnya
bahan sedimen yang sesuai dengan persekitaran tersebut. Sedimen-sedimen ini
akan kekal atau 'preserved' dalam rekod stratigrafi dan dipanggil fasies sedimen.
Fasies sedimen bolehlah ditafsirkan sebagai jasad batuan sedimen yang boleh
didefinasikan atau dan dibezakan dari jasad batuan yang lain berasaskan
bentuk geometri, litologi, struktur sedimen, pola arus kuno dan juga fosil.

Tidak boleh wujud dua fasies


sedimen yang mempunyai
sifat-sifat yang sama, dan
fasies sedimen boleh secara
berangsur-ansur berubah
kepada fasies sedimen yang
lain.Jika suatu jasad sedimen
mempunyai semua sifat yang
serupa dengan satu lagi jasad
sedimen yang lain, maka
kedua jasad sedimen tadi
sepatutnya dikelaskan
kedalam satu fasies sedimen
yang sama.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

FASIES SEDIMEN Sedimentologi 2007

Sekitaran sedimen yang berbeza akan menghasilkan suatu jujukan


sedimen atau fasies sedimen yang berbeza, dan hanya persekitaran
sedimen yang tertentu sahaja yang boleh menghasilkan fasies sedimen
yang tertentu.
PENYEBAB HASIL

Proses Hakisan Geometri


fizik PERSEKITARAN Tiada FASIES Litologi
kimia SEDIMEN endapan SEDIMEN Struktur sedimen
biologi Pemendapan Arus kuno
Fosil

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


FASIES SEDIMEN Sedimentologi 2007

Sekitaran sedimen yang berbeza akan menghasilkan suatu jujukan


sedimen atau fasies sedimen yang berbeza, dan hanya persekitaran
sedimen yang tertentu sahaja yang boleh menghasilkan fasies sedimen
yang tertentu.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
HUBUNGAN ANTARA FASIES, JUJUKAN DAN STRATIGRAFI
Dalam konsep fasies, ia menjelaskan bahawa fasies yang berlainan
mencerminkan atau menggambarkan sekitaran endapan yang berbeza.
Secara mendatar, sesuatu persekitaran dalam suatu kawasan itu teranjak
atau bergerak mengikut masa, kerana adanya perubahan atau anjakan
garis pantai atau lain-lain faktor geologi.
Ini bermakna sempadan fasies juga teranjak menyebabkan endapan di
sesuatu persekitaran terletak di atas persekitaran yang lain. Konsep ini
mudah, tetapi sangat penting dalam stratigrafi, dan dikenali sebagai Hukum
Walther.
Persekitaran sedimen terletak bersebelahan diantara
satu sama lain. Dataran banjir terletak bersebelahan
dengan dataran pasang surut (tidal flat), dan secara
mendatar kearah lautan, terdapat lagoon, pulau
penghalang (barrier island) dan seterusnya lautan luas.
Hasil dari perubahan paras laut, samaada paras laut
turun atau naik, didapati bahawa hasil enapan
persekitaran sedimen yang terletak sebelah-
menyebelah itu tadi kelihatannya menindih antara satu
sama lain. Perkara ini pertama sekali disedari oleh
Walther (1894) dan keadaan ini dinamakan Hukum
Walther, iaitu jujukan fasies yang terletak atau tersusun
secara menegat adalah di hasilkan oleh persekitaran
yang terletak atau tersusun secara mendatar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
HUBUNGAN ANTARA FASIES, JUJUKAN DAN STRATIGRAFI
Hukum Walther - jujukan fasies yang terletak atau tersusun secara
menegat adalah di hasilkan oleh persekitaran yang terletak atau tersusun
secara mendatar.
Contoh yang jelas untuk menerangkan Hukum Walther ini ialah proses maraan
garis pantai. Hasil dari maraan garis pantai, kelihatan daratan (dataran sungai)
menindih sedimen pantai (laut cetek), kemudiannya menindih sedimen cerun dan
akhir sekali sedimen laut dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
ENDAPAN TOKOKAN GENETIK
(Genetic Increments of sedimentation)
Konsep fasies yang diperkenalkan oleh Walther telah digunakan dengan meluas
dalan membuat analisis fasies. Idea ini bukan sahaja digunakan untuk
menerangkan kedudukan fasies yang terletak secara menegat antara satu sama
lain, tetapi juga untuk keseluruhan jasad batuan, yang dikenali sebagai strata
tokokan genetik (a genetic increment of strata).
Strata tokokan genetik ialah jasad batuan sedimen yang mana fasies atau sub-
fasiesnya berhubung rapat secara genetik (cara pembentukannya).

Perubahan ke suatu fasies atau sub-


fasies berlaku secara berangsur-
angsur. Contoh yang baik bagi
menjelaskan strata tokokan genetik
ini ialah jujukan maraan delta
(prograding delta sequence) yang
terdiri dari endapan-endapan platform
delta, front delta dan pro-delta.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
PUSINGAN DAN JUJUKAN GENETIK
Jujukan genetik atau strata jujukan genetik (Genetic sequences of strata)
mengandungi lebih dari satu tokokan genetik. Ini disebabkan terjadinya perulangan
atau pusingan (cyclicity) tokokan genetik, dan ini biasa dijumpai dalam keratan
stratigrafi.
Semua proses pemendapan selalunya
berlaku secara berulang-ulang (cyclic),
cuma ada yang lebih kerap berlaku
perulangan berbanding dengan yang lain.
Disebabkan faktor-faktor yang mengawal
proses pemendapan dan proses itu sendiri
sangat komplek, maka jujukan sedimen
kurang atau jarang menunjukkan
perulangan, dan kalau adapun kurang jelas.
Kita jarang jumpai jujukan perulangan yang
lengkap seperti ABCD,ABCD,ABCD dan
seterusnya. Yang selalu dijumpai ialah
ABCABDCDAB dan seterusnya.
Salah satu mengapa perulangan yang
ditemui selalunya tidak lengkap adalah
disebabkan berlakunya proses hakisan
semasa proses perulangan berlaku.
Hakisan ini menyebabkan ada fasies yang
sudak terendap dihakis kembali. Proses
pembentukan perulangan ini boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan,

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
Mekanisma Autocyclic.
Iaitu terbentuk dalam prisma endapan
('depositional prism'), termasuklah oleh
penghijrahan terusan ('channal
migration'), lencongan terusan ('channal
diversion') dan penghijrahan permatang
('bar migration').
Faktor luar tidak mengawal secara
langsung proses perulangan ini.
Lencungan alur kipas laut dalam boleh
menyebabkan terbentuknya satu
cupingan baru di suatu kawasan yang
dahulunya juga merupakan suatu
cupingan. Penindihan cupingan ini
memyebabkan dua jujukan yang serupa
terletak dalam satu jujukan yang besar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
Mekanisma Allocyclic.
Hasil daripada perubahan external seperti proses pengangkatan, amblesan
(subsidence), perubahan cuaca atau perubahan eustatic. Dalam keadaan normal,
biasanya garis pantai akan bergerak ke arah lautan, apabila sedimen terendap di
pantai.
Jika berlaku kenaikan paras laut, garis pantai akan undur ke belakang ke arah
daratan. Kemudian garis pantai ini akan kembali bergerak ke arah lautan apabila
pantai dipenuhi oleh sedimen.
Proses ini boleh menyebabkan sedimen yang terbentuk di garis pantai sekarang
menindih sedimen yang terbetuk di garis pantai dahulu, sebelum proses kenaikan
paras laut berlaku. Keadaan ini menyebabkan jujukan sedimen yang serupa telah
berulang.
Mengenalpasti jujukan hasil dari mekanisma autocyclic dalan fasies sedimen
adalah penting untuk menentukan persekitaran sedimen.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
KAEDAH UNTUK MENENTUKAN PERSEKITARAN

Pemerhatian pertama
Di atas permukaan bumi ini terdapat
sekitaran endapan yang terbatas.
Kajian terperinci menunjukkan tidak ada dua sekitaran
endapan yang berbeza yang berkeadaan identikal.
Pemerhatian kedua
Sekitaran sedimen yang terdapat sekarang ini, juga Terdapat fasies sedimen yang
terdapat di masa lampau, dan semua sekitaran sedimen
yang ada di masa lampau juga terdapat di zaman
terbatas, yang boleh ditemui atau
sekarang ini. berulang mengikut masa dan ruang
dalam rekod geologi.
Kajian terperinci menunjukan tiada dua fasies endapan
yang berlainan yang berkeadaan identikal. Semua
Andaian sedimen yang mempunyai struktur lapisan silang
Parameter fasies endapan kuno yang adalah terbentuk oleh aliran iring arus, baik di kawasan
lautan ataupun dalam sungai, dan arus turbidit tidak
tidak diketahui asal usulnya atau boleh menyebabkan terbentuknya sedimen yang
kejadiannya boleh di padankan mempunyai lapisan silang.
(match) dengan endapan moden
yang diketahui proses kejadiannya.
Dengan ini, sekitaran endapan kuno boleh diketahui. Ini
benar jika hukum alam yang berlaku sekarang ini juga
berlaku untuk masa-masa dahulu.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
KAEDAH UNTUK MENENTUKAN PERSEKITARAN
Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam membuat kajian persekitaran
sedimen kuno ialah;

geometri
struktur sedimen

pola arus kuno litologi


fosil

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
GEOMETRI
Geometri ialah bentuk dan taburan fasies sedimen.

Bentuk geometri ini dikawal oleh topografi


sebelum endapan berlaku, geomorfologi
persekitaran sedimen, dan juga sejarah
selepas sedimen diendapkan. Sebagai
contoh, geometri endapan pasir yang
menyelimuti permukaan bumi adalah
dikawal oleh geomorfologi dan juga
proses yang berlaku di terrain. Hakisan
dan tektonik yang berlaku selepas proses
endapan akan mengubah bentuk
geometri batuan asal. Yang penting ialah
bentuk fasies sedimen semasa ianya
diendapkan. Perlu diingatkan bahawa
satu bentuk geometri itu boleh dihasilkan
oleh lebih dari satu persekitaran.
Contohnya, bentuk terusan atau channel
dihasilkan di persekitaran sungai, delta
dan juga di laut dalam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
LITOLOGI
Litologi ialah komposisi sesuatu fasies sedimen.
Litologi batu kapur lebih penting daripada batu pasir kerana dari kajian mikro-fasies, didapati
ianya sangat-sangat berkait rapat dengan persekitaran. Lagipun ianya tidak mengalami
angkutan (sedikit sahaja kalau ada) dan kebanyakkanya adalah insitu. Litologi batuan klastik
pula bukan sahaja ditentukan oleh persekitaran sedimen, tetapi juga dikawal oleh proses
angkutan, dan batu puncanya.
Saiz butiran adalah berkaitan rapat dengan tenaga atau kekuatan arus di kawasan
persekitaran sedimen. Semakin besar saiz butiran, semakin kuat tenaga atau arus dan
semakin baik pengasingan bermakna semakin lama atau jauh sedimen itu mengalami proses
angkutan.

Halus - tenang
Kasar – tenaga tinggi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
LITOLOGI
Litologi ialah komposisi sesuatu fasies sedimen.
Kenyataan di atas telah lama digunakan tetapi kita kena berhati-hati semasa
menggunakannya. Ini kerana, sekuat mana arus sekalipun tidak akan dapat memendapkan
butirab yang bersaiz kasar jika tiada sedimen kasar di kawasan punca. Dan juga kenyataan di
atas tidak boleh digunakan untuk batuan karbonat kerana kebanyakkan batu kapur terdiri dari
cangkang-cangkang dan cangkang-cangkang ini boleh membentuk konglomerat walaupun di
kawasan yang bertenaga rendah. Begitu juga dengan darjah pengasingan dan mikrit dalam
batuan karbonat bukan dipengaruhi oleh proses pengangkutan dan lama atau jauhnya
diangkut, tetapi oleh banyak faktor-faktor yang lain.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
LITOLOGI
Litologi ialah komposisi sesuatu fasies sedimen.
Proses pemendapan boleh meninggalkan kesan
terhadap bentuk butiran. Dari kajian, didapati butiran
pasir hasil endapan glasier lebih bersegi/bersudut dan
kurang darjah kesferaannya (sphericity) berbanding
dengan butiran yang diendap oleh air dan proses
anginlah yang menghasilkan butiran yang sangat-
sangat bulat. Walau bagaimanapun, bentuk butiran
bukan dikawal oleh proses endapan yang terakhir,
tetapi juga oleh sejarah dan bentuk butiran
sebelumnya.

Glaukonit ialah sejenis mineral yang dipercayai terbentuk hanya di persekitaran laut, dan
ianya sangat-sangat tidak stabil untuk diangkut dan dimendapkan semula. Walau
bagaimanapun, pernah dijumpai glaukonit yang telah mengalami pengangkutan. Secara
amnya , glaukonit masih digunakan sebagai petunjuk endapan lautan, dan kalau diangkutpun,
cuma untuk jarak yang sangat dekat.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
STRUKTUR SEDIMEN
Struktur sedimen merupakan suatu fitur berskala besar atau megaskopik dalam
sedimen atau batu sedimen.
Struktur sedimen sangat penting dalam membuat tafsiran persekitaran sedimen, kerana
struktur sedimen adalah salah satu struktur yang dikawal oleh persekitaran dan ianya tidak
boleh diangkut atau dipindah ke tempat lain. Ia juga mudah dijumpai di singkapan yang elok.
Struktur sedimen boleh digunakan untuk menentukan persekitaran, samada persekitaran
glasier, daratan atau air (samada sungai atau lautan). Ia juga boleh memberitahu kita tentang
kedalaman air, kekuatan arus, dan juga arah arus mengalir.
Sebagai contoh, jika kita temui struktur titisan hujan ataupun struktur isian retakan (crack), ini
jelas menunjukkan persekitaran yang terdedah kepada udara (daratan). Struktur nendatan
menunjukkan persekitaran yang curam, contohnya cerun delta atau kipas laut dalam.
Struktur sedimen boleh dibahagikan kepada tiga jenis;
•struktur sebelum endapan,
•struktur semasa endapan
•struktur selepas endapan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007

Lapisan silang tulang ikan –


Riak gelombang –
arus mengalir pada dua arah
terdapt aktiviti ombak
yang bertentangan – kawasan
(di lautan)
pasang surut

Rekahan lumpur
– kawasan
daratan yang
kering

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007
POLA (PATTERN) ARUS KUNO
Pola arus kuno ialah corak arah pergerakan sedimen yang akhirnya membentuk
fasies sedimen.
Pola arus kuno berkait rapat dengan sekitaran sedimen. Pola arus kuno boleh samada
menunjukkan pergerakan arus searah (unimodal), ada pola yang menunjukkan dua arah
pergerakan (bimodal) atau banyak arah (polymodal).
Ada sekitaran yang menghasilkan pola arus kuno dua arah yang bertentangan, contohnya
sekitaran pasang surut, dan ada yang menunjukkan pola dua arah yang tidak setentang.
Aliran angin selalu berubah-ubah mengikut masa, dan boleh berubah secara mendadak. Ini
menghasilkan pola arus kuno banyak arah.

Sungai unimodal
Eolian unimodal, bimodal, polimodal
Delta unimodal
Pantai bimodal
Turbidit unimodal

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007
FOSIL
Fosil adalah tinggalan hidupan kuno atan kesan aktiviti hidupan kuno
yang terawet dalam batuan sedimen.
Fosil merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan sekitaran sedimen. Cara
fosil hidup, perangainya dan pengaruhnya adalah dipengaruhi oleh persekitaran yang ada
dan dipanggil paleo-ekologi. Terdapat hidupan yang sangat sensitif dan hanya boleh hidup
di sekitaran tertentu sahaja. Untuk menggunakan fosil bagi menentukan persekitaran
sedimen, kita perlu buat andaian bahawa;

1. Fosil itu hidup di mana ia tertanam. Jika fosil tersebut telah mengalami proses
angkutan, tafsiran kita akan menjadi lebih sukar, dan mungkin tafsiran kita akan salah
sama sekali.

2. Habitat fosil ditentukan dari morfologi atau dari keturunannya yang


masih hidup. Morfologi fosil digunakan untuk mentafsir habitat hidupan yang telah
pupus seperti trilobit dan dainasor.
Kedua-dua masalah ini perlu kita fikirkan sebelum buat tafsiran. Walau bagaimanapun,
terdapat juga fosil-fosil telah mengalami angkutan, dengan kata lain, ia hidup di tempat lain
dan bukan di tempat ia tertanam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi 2007

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi 2007

Sekian ….

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

You might also like