You are on page 1of 2

NORAZILA BINTI GHAZALI

261646

DR MOHD NIZHO BIN ABDUL RAHMAN

UUM

KUMPULAN O

A) Saya seorang yang nipis batas etnik kerana saya bergaul dengan semua etnik dalam
kehidupan seharian saya. Hal ini kerana apabila berada di sekolah atau intisusi yang
mempunyai gabungan pelbagai etnik secara tidak langsung kita akan mengenali dan
bergaul dengan etnik – etnik tersebut.
B) Masyarakat malaysia amat memerlukan antara satu sama lain untuk keperluan kehidupan
seharian. Kelebihan yang terdapat daripada etnik tertentu dapat menampung kekurangan
etnik lain. Kebergantungan antara semua etnik menjadikan rakyat melaysia saling hormat
menghormati antara pelbagai etnik. Hal ini telah menjadikan Negara Malaysia sebuah
Negara yang aman dan bersatu padu. Pengalaman yang pernah saya alami ialah saya
harus mendalami dan mempelajari bahasa yang terdapat di Malaysia untuk mewakili
sekolah saya dalam satu pertandingan berpidato. Hal ini telah menyebabkan saya
meminta tolong daripada rakan – rakan saya dari pelbagai etnik tersebut untuk
mendalami dan mempelajari dengan lebih mendalam bahasa dan budaya mereka untuk
memberi hujahan yang kukuh apabila berpidato. Tanpa ada rakan – rakan yang terdiri
dari etnik lain sudah tentu hal ini akan merumitkan lagi kerja saya. Kesimpulannya
apabila toleransi dan sikap hormat menghormati itu ada semua perkara akan menjadi
mudah dengan bantuan dari pelbagai tenik ini.
C) Takrifan harian ialah realiti sosial yang dialami orang ramai dalam kehidupan seharian
mereka. Contohnya, dalam takrifan harian dimana rakyat Malaysia bertutur Bahasa
Melayu tetapi bahasa lain masih boleh digunakan tanpa sebarang syarat ditetapkan.
Manakala takrifan autoriti ialah relaiti sosial yang menjadi struktur kuasa dominan dalam
negara. Contoh takrifan autoriti ialah pelembagaan Malaysia dimana Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi semua kaum.
D) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan
sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini.   Antara bentuk rundingan sosial
yang saya ada lakukan bersama kawan-kawan yang berbangsa lain ialah berbincang
tentang amalan agama, pantang larang dan budaya mereka. Contohnya, seperti latar
belakang agama mereka, menerangkan mengapa umat Islam menunaikan solat lima
waktu sehari, mengetahui kenapa Islam melarang umatnya memegang anjing dan
dilarang memakan khinzir serta mengapa kaum Cina ditegah untuk menyapu ketika
Tahun Baru Cina. Dengan rundingan ini, kami dapat lebih memahami latar belakang
kaum tersebut dan saling mempelajari tentang perkara-perkara yang baharu. Oleh itu,
saya berharap agar dapat melakukan lebih banyak rundingan sosial pada masa hadapan
supaya sebarang salah faham dan pertelingkahan dapat dielakan dariapda berlaku
disamping dapat mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang telah wujud di dalam
negara Malaysia.  

(2) Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh
anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di
dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Mengadakan kempen kesedaran tentang
pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia contohnya
melalui media sosial ataupun ceramah di institusi yang berkaitan. Selain itu, kerajaan
juga boleh menganjurkan satu forum dimana rakyat daripada pelbagai kaum dapat
mengemukakan pendapat masing-masing untuk memajukan Malaysia daripada segi
perpaduan dan keharmonian. Selain itu, konsep 1 Malaysia juga wajar dipraktikkan
dengan lebih meluas terutamanya dikalangan mereka yang masih kecil  supaya mesej
tentang perpaduan kaum itu dapat dipupuk daripada awal lagi.                    

You might also like