You are on page 1of 3

PROGRAM IPAQ 2018

1) MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPORNA (28 Oktober 2017)

- APAQS telah melaksanakan dua program celik al-Quran dan tahsin al-Quran
- Seramai 300 orang pelajar dari pelbagai peringkat umur telah mengikuti program
berjadual sejak Mei 2017 yang dibimbing 8 orang guru yang telah dilatih khas bagi
Kaedah Abahata oleh guru-guru IPAQ.
- Seramai 110 orang peserta telah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 3 bulan
pelaksanaan.
- Dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri
Jamil Khir Bin Baharom (B), dan beberapa tokoh-tokoh kepimpinan Negeri Sabah.

2) SEMINAR AL-QURAN DAN SAINS


- Seminar ini telah berlangsung pada 10 Mac 2018 bertempat di dewan MTAA
- Seminar yang disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof bin Haji Othman
merupakan Profesor Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Seminar membincangkan tentang perkaitan Al-Quran dengan ilmu sains.

3) KEM BESTARI PEMANTAPAN IBADAH

- Kem Bestari Pemantapan Ibadah (Solat & Abahata) Pendidikan Khas 2018 yang telah
diadakan pada 6 & 7 September 2018 (Khamis & Jumaat)
- Majlis Perasmian Pembukaan Kem telah dirasmikan oleh YBHg Prof Dato’ Haji
Sulaiman Bin Osman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Institut
Pengajian al-Quran (IPaQ).
- Disertai seramai 68 orang pelajar pendidikan khas daripada pelbagai kategori seperti
Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran, Slow Learner, Cerebral Palsy, Limbs
Defects, Autisme, Disleksia,dan Down Syndrome.
- Sebanyak 15 buah sekolah rendah dan sekolah menengah Daerah Petaling Utama
serta FAKIH Centre Quran Universiti Malaya terlibat dalam kem ini.

You might also like