You are on page 1of 7
BES bees (ER ee BELLS AB EM aa JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR: Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Jol:089614 3600 No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, Fake: 03-0610 3008 40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN en neiae goa Ruj. Kami : JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) Tarikh 19 Rajab 1442H 3 Mac 2021M BSG Semua Pengurus Masjid Daerah Negeri Selangor Semua Pengurus Masjid Diraja Negeri Selangor Semua Pengurus Masjid Naik Taraf Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Institusi Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Kariah Negeri Selangor Semua Pengerusi Surau Negeri Selangor EDARAN TERHAD BUKAN UNTUK EDARAN AWAM Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ Tuan, KETETAPAN KHAS PERTAMBAHAN BILANGAN JEMAAH SOLAT FARDHU JUMAAT DAN SOLAT FARDHU LIMA (5) WAKTU DENGAN BILANGAN TERHAD DI SEMUA MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) Dengan segala hormatnya izinkan saya menarik pethatian Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri/ Dato’ / Tuan mengenai perkara yang tersebut di atas. 2. Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 5 - 18 Mac 2021. Berkat kesabaran, zikir dan doa kepada Allah S.W.T serta kesungguhan khidmat agensi-agensi barisan hadapan dan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan telah membantu menurunkan statistik kes Covid-19 dan kadar R-Naught dari 1.2% kepada 0.8%. Dalam tempoh beberapa hari terakhir, data penularan harian yang agresif telah dapat dikawal kepada tiga (3) digit. Beberapa aktiviti majlis sosial keagamaan turut dibenarkan oleh pihak MKN dengan syarat-syarat khusus yang ditetapkan. 3. Sehubungan dengan itu, mengambil kira beberapa faktor seperti pelaksanaan PKPB, penurunan kes, kepatuhan Pentadbir Masjid dan Surau terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP), tahap kawalan kendiri individu, suntikan vaksin dan penguatkuasaan oleh agensi pemantau yang ketat, maka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati adalah wajar agar institusi masjid dan surau di Negeri Selangor dapat dibuka kembali secara berperingkat dengan ketetapan khas seperti berik 1 CCEKAP, CEPAT DAN BERKUALITI Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) 3.1 Pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat Dan Solat Fardhu Lima (5) Waktu 3.1.1. Solat Fardhu Jumaat dan Solat Fardhu Lima (5) Waktu di semua Masjid Pengurusan, Masjid _Institusi, Masjid _Kariah, Surau Kebenaran Jumaat dan Surau Kariah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan dengan bilangan jemaah terhad seperti jadual berikut:- oe SolatFardhu | Solat Fardhu Lima ee Jumaat (5) Waktu Masjid Dibenarkan 350 | Dibenarkan 100 jemaah termasuk | _jemaah termasuk Pengurusan pentadbir pentadbir Dibenarkan 350 | — Dibenarkan 200 Masjid Institusi_ | jemaah termasuk | jemaah termasuk pentadbir pentadbir Dibenarkan 300 | Dibenarkan 100 Masjid Kariah | jemaah termasuk | jemaah termasuk pentadbir pentadbir Surau Kebenaran | _Dibenarkan 100 Dibenarkan 50 Sees jemaah termasuk | jemaah termasuk pentadbir pentadbir Dibenarkan 50 Surau Kariah - jemaah termasuk pentadbir 3.1.2. Dalam pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat, pihak Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat adalah dikehendaki untuk mematuhi syarat khusus yang ditetapkan oleh jabatan ini seperti berikut:- i, Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat hendaklah memberi keutamaan kepada ahli kariah yang bermastautin untuk mendirikan solat; ii, Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat boleh memberi kebenaran kepada jemaah yang bermukim dan melazimi menunaikan solat berjemaah untuk menungikan Solat Fardhu Jumaat jika masih terdapat kekosongan dari had bilangan jemaah yang dibenarkan; vi. vii. vil Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) Kehadiran jemaah hendaklah dibuat melalui kaedah kehadiran yang ditentukan dan secara bergilir menggunakan sistem aplikasi yang bersesuaian dengan masjid dan Surau Kebenaran Jumaat serta mesra jemaah; Mewyjudkan medium atau aplikasi yang akan memudahkan Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat untuk menyelaras dan menyemak senarai jemaah yang telah atau belum diberi giliran Solat Fardhu Jumaat; Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat yang tidak dapat hadir boleh memberikan tempatnya untuk digantikan dengan ahli kariah yang lain; Jemaah bukan warganegara adalah dilarang sama sekali untuk hadir bersama menunaikan Solat Fardhu Jumaat; Jemaah yang pemah bersama dengan kontak positif Covid-19 pada kategori B, C dan D yang mempunyai risiko untuk dijangkiti atau dari kawasan penularan yang agresif tidak dibenarkan hadir walaupun sebagai Pentadbir Masjid atau Surau Kebenaran Solat Jumaat atau ahii kariah yang telah mendapat Pas Kehadiran Solat Fardhu Jumaat; Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat hendaklah memastikan kehadiran_awal_para jemaah dan pintu pagar utama masjid dan surau hendaklah ditutup setelah azan kedua dikumandangkan (Pentadbir Masjid dan Surau hendaklah melaksanakan pengurusan keselamatan yang sesuai bagi tujuan kawalan dimaksudkan); Pentadbir Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat hendaklah menetapkan hanya aplikasi MySejahtera digunakan oleh pihak masjid dan surau bagi mendaftarkan ahli kariah; dan Jemaah transit (musafir) hanya dibenarkan untuk menunaikan Solat Fardhu Zohor di ruang musafir yang disediakan selepas Solat Fardhu Jumaat selesai dilaksanakan. Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) 3.1.3 Dalam pelaksanaan Solat Fardhu Lima (5) Waktu, Pentadbir Masjid dan Surau adalah turut dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat berikut:- iii, vi. vil. Memastikan jemaah yang hadir tidak melebihi dari had jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan seperti di jadual 3.1.1; Mana-mana Pentadbir Masjid dan Surau yang yang tidak boleh hadir mendirikan Solat Fardhu Lima (5) Waktu boleh digantikan dengan ahii kariah yang lain; Mana-mana Pentadbir Masjid dan Surau yang merasakan dirinya tidak_sihat disebabkan mempunyai kontak, atau mengalami gejala seperti batuk, selesema dan demam adalah dilarang sama sekali untuk hadir; Pentadbir Masjid dan Surau yang merasakan dirinya tidak sihat diluar_dari_kebiasaan hendaklah mengambil —saringan pengesanan virus (swab test) di mana-mana pusat kesihatan terhampir bagi mengelakkan sebarang kemungkinan penularan baru Covid-19; Jemaah muslimat masih tidak dibenarkan dan digalakkan untuk menunaikan Solat Fardhu di kediaman masing-masing; Pentadbir Masjid juga hendaklah menyediakan akses sewajamya untuk jemaah transit (musafir) dengan menyediakan laluan masuk dan ruang khas kepada para jemaah musefir muslimin dan muslimat di samping memastikan pematuhan kepada SOP asas yang telah ditetapkan; dan Pentadbir Masjid dan Surau serta jemaah yang hadir hendaklah merekodkan kehadiran Jemaah Solat Fardhu dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) 3.2 Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Dalam usaha memastikan penurunan kes penularan Covid-19 terus dapat diturunkan secara konsisten, maka jabatan ini sekali lagi memperingatkan kepada semua Pentadbir Masjid dan Surau untuk dapat mematuhi sepenuhnya SOP utama yang telah ditetapkan oleh JAIS khususnya:- a. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask); b. Pemakaian hand sanitizer ketika hadir dan pulang; c. Membawa sejadah masing-masing; d. Berwudhuk dari rumah; e. Jemaah yang tidak sihat dan mempunyai bacaan suhu melebihi 37.4 darjah celcius adalah dilarang sama sekali untuk hadir; dan f. Sentiasa mengekalkan penjarakan sosial 1.5 meter. 3.3 Aktiviti Pengimarahan Masjid dan Surau Aktiviti-aktiviti pengimarahan di masjid dan surau adalah _masih ditangguhkan. Walaubagaimanapun, Program Tazkirah Jumaat, Bacaan Yasin Dan Tahiil, Zikir dan Doa Munajat adalah dibenarkan. Pelaksanaan kuliah dan tazkirah yang lain hanya boleh dilaksanakan secara online atau Fb Live yang dibuat dari kediarnan penceramah atau pentazkirah masing- masing. 4, Ketetapan pelaksanaan Solat Fardhu Lima (5) Waktu akan berkuatkuasa pada 3 Mac 2021 (Rabu) mulai Solat Fardhu Maghrib dan bagi pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat akan berkuatkuasa pada 5 Mac 2021 (Jumaat) sehingga suatu ketetapan baru dikeluarkan oleh jabatan ini secara rasmi yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan ketetapan terbaru ini, maka ketetapan Solat Fardhu Jumaat sebagaimana surat jabatan ini Bil (04) dim. JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD 5 bertarikh 10 Februari 2021 dan ketetapan Solat Fardhu Lima (5) Waktu sebagaimana ketetapan surat jabatan Bil (05) dim JAIS.SEL.BPM/01/006/2.JLD 5 bertarikh 16 Februari 2021 adalah dibatalkan. Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) 5. Selain daripada itu, pihak jabatan melalui Jawatankuasa Khas Pengawasan Dan Penilaian Prosedur Operasi Standard (SOP) Masjid dan Surau Negeri Selangor (JPPMS) Peringkat Negeri Dan Daerah akan menjalankan pemantauan berterusan di semua masjid dan surau. Pihak jabatan akan mengambil tindakan serta merta menarik balik kelonggaran khas ini jika didapati pihak Pentadbir Masjid, Surau dan jemaah gagal mematuhi syarat dan SOP yang ditetapkan seperti dinyatakan di keseluruhan para 3.1, 3.2 dan 3.3 di atas. 6. _ Sebagai petugas barisan hadapan, pihak JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) amat mengharapkan sokongan padu dan kepatuhan oleh semua Pentadbir Masjid, Surau dan semua para jemaah. Semoga usaha ini akan meletakkan pihak JAIS dan MAIS serta seluruh institusi masjid dan surau di Negeri Selangor dalam rantaian yang membantu agensi barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 secara agresif dan efektit agar akhimya mampu mengoptimakan semula fungsi dan peranan masjid dalam masyarakat. Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, wassalam. “SELANGOR MAJU BERSAMA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang #Wehjalankan amanah, (DATO’ HJ. MOHD SHAHZIHAN BIN AHMAD) D.P.M.S., P-P.T. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 08 ) Salinan Kepada: 1. Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor 2. Y.A.D. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor 3. §.S. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid Mufti Negeri Selangor 4, Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Negeri Selangor 5. Y.D.H D.C.P Dato’ Arjunaidi bin Mohamed Pemangku, Ketua Polis Negeri Selangor 6. Y.Bhg. Dato’ Lela Bakti Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor 7. Y.Bhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman Pengarah Kesihatan Negeri Selangor 8. Y.Bhg. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor 9. Semua Y.D.H Orang Besar Daerah 10. Timbalan Pengarah Operasi, JAIS 11, Semua A.F. Pegawai Tadbir Agama Daerah 12. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAIS

You might also like