You are on page 1of 1

7.

Perbezaan dari segi agama, Bahasa dan budaya merupakan cabaran utama dalam
pemupukan integrasi dan perpaduan kaum. Namun, terdapat juga cabaran lain yang perlu
dihadapi bagi merealisasikan Hasrat tersebut. Bincangkan.

Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk


perpaduan negara. Dalam pemupukan integrasi dan perpaduan kaum, terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi.
Antara cabaran yang dihadapi ialah perbezaan dari segi agama, Bahasa dan budaya.
Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang
tersendiri yang mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Ini kerana terdapat
percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak
memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan
Islam memakan lembu.
Selain itu, pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat
Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum
lain. Contohnya, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama
kaum dengannya. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam
interaksi kaum-kaum di Malaysia.
Di samping itu, kebanyakan anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai
kesedaran tentang pentingnya perpaduan dan intergrasi nasional. Mereka tidak mahu
mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa
mempedulikan orang lain. Ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan
perpaduan dan intergrasi national.
Seterusnya, perbezaan parti politik di Malaysia. Ini telah menyebabkan pelbagai
kontroversi di kalangan masyarakat di Malaysia yg berlainan kaum. Oleh itu, kerajaan dan
rakyat haruslah peka dalam pergerakan isu politik yang melibatkan kaum.
Akhir sekali, kewujudan surat khabar pelbagai Bahasa. Terdapat surat khabar yang
diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil yang telah jurang pemisahan
antara kaum-kaum di Malaysia. Ini kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan
perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka.
Kesimpulannya, isu ini perlu dititikberatkan di kalangan masyarakat Malaysia yang
pelbagai kaum. Oleh itu, semua pihak wajarlah berkerjasama dalam memupuk integrasi dan
perpaduan kaum.

You might also like