You are on page 1of 1

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang

bersatu padu. Bincangkan.

Perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah amat diterapakan untuk kemajuan


pembangunan negara. Sekiranya perpaduan tidak dapat diwujudkan, masyarakat akan
menjadi kucar-kacir. Oleh itu, kerajaan perlulah memainkan peranan penting dalam
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu-padu.
Antara usaha kerajaan ialah melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. Kerajaan boleh
melaksanakan aktiviti gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini merupakan
peluang masyarakat untuk bertemu dan mengenali sesama sendiri. Tambahan pula, aktiviti ini
dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat
kediaman mereka.
Selain itu, menggalakkan aktiviti sukan. Perlaksanakan sukan dapat dijadikan
penghubung untuk pelbagai kaum di Malaysia. Setiap permainan sukan perlulah diwakili
pelbagai kaum dan tidak dimonopoli oleh sebuah kaum sahaja. Hal ini untuk mengelakkan
berlakunya ketidakpuashatiaan terhadap sesuatu kaum dan mengeratkan hubungan antara
kaum.
Di samping itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan wajarlah
mengambil tindakan-tindakan yang membangkitkan isu perkauman. Ini kerana akan
mengakibatkan pertelingkahan antara kaum dan menjejaskan keamanan negara. Oleh itu, kita
seharusnya tidak mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan
kedaulatan negara.
Seterusnya, kerajaan haruslah memantapkan sistem pendidikan. Setiap sekolah terdiri
daripada pelajar berlainan kaum. Didikan bukan sahaja berasaskan pelajaran, bahkan
memerlukan didikan dari segi nilai-nilai murni. Ini akan membentuk keperibadian pelajar
yang unggul.
Akhir sekali, perlaksanaan kempen kesedaran. Isu perkauman sudah menjadi isu utama
dalam masyarakat. Ini kerana persilisihan faham yang sering berlaku bagi setiap kaum.
Kempen kesedaran akan membantu masyarakat untuk memunasabah diri untuk saling
memahami antara kaum.
Kesimpulannya, usaha-usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini
memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak. Oleh itu,
rakyat Malaysia haruslah berkerja sama dalam mewujudkan perpaduan demi pembangunan
negara.

You might also like