You are on page 1of 6

1

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

MINGGU 1 NOMBOR 2 (M1N2)

Nama pelatih : Nawwarah Binti Zainuddin

Minggu :1

Hari dan tarikh : Selasa (27 Julai 2021)

Masa : 2.30 petang – 3.20 petang

Umur kanak-kanak : 4 tahun

Bilangan kanak-kanak : 1 orang

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak sudah boleh mengenal beberapa nombor

Tema : Haiwan

Tajuk : Mari Membilang Nombor

Objektif pembelajaran Pada akhir aktiviti, kanak-kanak boleh:

1. Mengenal nombor 1 sehingga 5 menggunakan

slide presentation dengan bimbingan pengasuh.

2. Membilang jumlah haiwan pada slide gambar

haiwan mengikut contoh yang ditunjukkan oleh

pengasuh.

3. Merasa gembira dan yakin semasa melakukan

aktiviti.

Bidang pembelajaran Kanak-kanak sudah boleh membilang nombor 1


hingga 10

Bahan 1. Slide “Mari Mengenal Nombor”


2. Slide “Mari Membilang Nombor”
2

Tempat Ruang aktiviti di rumah

Langkah pengajaran Permulaan pengajaran :

1. Pengasuh membawa kanak-kanak ke ruang


aktiviti.
2. Pengasuh memperkenalkan diri kepada
kanak-kanak dan bermesra bersama kanak-
kanak serta memastikan mereka dalam
keadaan sihat dan selesa.
3. Pengasuh menunjukkan gambar nombor
kepada kanak-kanak.
4. Pengasuh bersoal jawab dengan kanak-
kanak mengenai aktiviti yang akan
dilakukan menggunakan gambar nombor
sebelum pengasuh memulakan aktiviti.

Kandungan pengajaran dan pembelajaran


untuk mencapai objektif :

5. Pengasuh membuka slide “Mari


Membilang Nombor” kepada kanak-kanak.
6. Pengasuh menerangkan aktiviti yang akan
dilakukan pada hari ini iaitu membilang
haiwan dan menyebut nombor.
7. Pengasuh menunjukkan demostrasi aktiviti
yang akan dilakukan kepada kanak-kanak
dengan mengira jumlah haiwan dan
membilang nombor dengan betul.
8. Pengasuh meminta kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti
3

mengira jumlah haiwan dan membilang


nombor dengan betul.

Langkah kontigensi

9. Pengasuh memberi pujian kepada kanak-


kanak kerana berjaya melakukan aktiviti
mengira jumlah haiwan dan membilang
nombor dengan betul.
10. Jika kanak-kanak tidak berjaya melakukan
aktiviti membilang jumlah haiwan dan
membilang nombor, pengasuh akan
melakukan aktiviti membilang jumlah jari
dan menyebut nombor terdapat pada jari.

Penutup.

11. Pengasuh membuat imbasan aktiviti dengan


menyebut nombor bersama kanak-kanak
menggunakan slide.
12. Pengasuh memberi pujian kepada kanak-
kanak dan mengucapkan terima kasih
kepada mereka.
13. Pengasuh memulangkan semula kanak-
kanak kepada pengasuh asal mereka.
4

1. Keselamatan

 Pengasuh perlu memastikan meja-meja dalam ruang aktiviti tidak mempunyai bucu- bucu
yang tajam supaya kanak-kanak tidak tercedera.
 Pengasuh haruslah memastikan kanak-kanak berada dalam ruang aktiviti yang selamat,
jauh daripada bahaya seperti peralatan elektrik dan wayar elektrik bagi mengelakkan
kanak-kanak daripada terkena kejutan elektrik.

2. Kebersihan

 Pengasuh perlu memastikan ruang aktiviti bersih sebelum dan selepas tidak kotor supaya
dapat mencegah kanak-kanak daripada mendapat jangkitan kuman semasa melakukan aktiviti.
 Pengasuh juga perlu memastikan pengasuh dalam keadaan bersih supaya dapat mengelakkan
daripada mendapat penyakit semasa melakukan aktiviti.

3. Kesihatan

 Pengasuh perlu memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat dari segi anggota fizikal,
mental dan intelek supaya kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan selesa.
 Pengasuh perlu memastikan tiada kanak-kanak sakit semasa dan selepas melakukan aktiviti
disebabkan dapat mengelakkan kanak-kanak daripada masalah kesihatan.
 Pengasuh perlu memastikan kesihatan pengasuh dalam keadaan baik.
5

Refleksi

1. Penilaian

Aisyah dapat mengenal nombor 1 sehingga 4 namun memerlukan bimbingan dalam mengenal
nombor 5. Selain itu aisyah dapat membilang jumlah haiwan nombor 1 sehingga 4 namun
memerlukan bimbingan dalam membilang jumlah haiwan pada nombor 5. Hasil perlaksanaan
aktiviti objektif tercapai.

2. Kekuatan

Kekuatan dalam sesi perlaksanaan aktiviti adalah kemahiran komunikasi yang jelas semasa
melakukan aktiviti bersama kanak-kanak. Selain itu bahan bantu mengajar yang berwarna, besar
dan efektif menyebabkan kanak-kanak mudah membilang jumlah haiwan. Pengasuh memberikan
galakan dan pujian seperti bagus kepada kanak-kanak.

3. Kelemahan

Kekuatan dalam sesi perlaksanaan aktiviti adalah alat bantu mengajar yang disediakan statik dan
berpusat kepada guru oleh kerana murid hanya perlu membilang menggunakan tangan pada skrin.
Pengasuh kurang interaksi bersama kanak-kanak seperti bertanya soalan kepada kanak-kanak
untuk menarik perhatian.

4. Cadangan

Penabahbaikan yang dapat dilakukan dari sesi perlaksanaan aktiviti adalah menyediakan alat bantu
mengajar yang lebih menarik seperti tambah lagu dan imej bergerak pada slide yang disediakan.
Selain itu guru perlu menarik perhatian kanak-kanak seperti bertanya pelbagai soalan, sentiasa
ceria semasa melakukan aktiviti dan melakukan pergerakan mudah bersama kanak-kanak.
6

LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI 2

Aisyah sedang melakukan aktiviti mengira jumlah cacing yang terdapat di dalam slide

“Mari Membilang Nombor”.

You might also like