You are on page 1of 8

KERTAS MODEL SET 2: MODUL SOALAN DAN JAWAPAN

1. Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara


Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan
kepentingan masing-masing.
a) Huraikan faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama. [8 markah]
Jawapan
Faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama ialah persaingan
kuasa imperialis.Hal ini kerana perkembangan revolusi industri menyebabkan berlaku
persaingan kuasa imperialis di Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan bagi
mendapatkan bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah. Persaingan
kuasa imperialis ini juga bertujuan untuk mamasarkan hasil industri.
Seterusnya wujudnya pakatan ketenteraan akibat permusuhan antara kuasa
Eropah seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.Kewujudan pakatan
ketenteraan ini menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah kerana pakatan ini sering
bersaing sesama sendiri bagi menghasilkan senjata moden.
Krisis di rantau Balkan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan Perang
Dunia Pertama.Krisis ini berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan
Serbia.Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb
membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary.Krisis bertambah buruk
dengan pembunuhan Archduke Ferdinand,Putera Mahkota Austria-Hungary dan
isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.Hal ini menjadi sebab Eropah terjerumus
dalam kancah Perang Dunia Pertama.

b) Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Negara Eropah [6 markah]


Jawapan
Kesan Perang Dunia Pertama terhadap Negara Eropah ialah menamatkan sistem
pemerintahan beraja di Jerman,Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah.
Selain itu, Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun
takhta dengan mendapatkan perlindungan politik di Belanda.Selain itu, Empayar
Austria-Hungary di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir.Seterusnya
Revolusi yang berlaku di Rusia telah menumbangkan pemerintahan Beraja Tsar
Nicholas II dan telah membentuk kerajaan komunis pertama di dunia di bawah
pimpinan Vladimir Lenin.Sultan Mehmed IV Khalifah Empayar Uthmaniyyah telah

1
digulingkan dan Kerajaan Turki bercorak republik diketuai oleh Mustapa Kamal
Ataturk.Keruntuhan empayar Austria-Hungary telah melahirkan negara baharu seperti
Austria, Hungary, Czechoslovakia, dan Yugoslavia. Perpecahan empayar Rusia pula
telah membawa kepada penubuhan negara baru seperti Poland, Estonia, Latvia, dan
Lithuania manakala perpecahan empayar Uthmaniyyah pula menyebabkan muncul
negara baharu seperti Lebanon,Syiria dan Iraq.

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan peperangan terhadap sesebuah


negara? [6 markah]
Jawapan
Kesan peperangan terhadap sesebuah negara ialah menyebabkan meningkatnya mangsa
korban tentera dan orang awam. Selain itu, berlaku kecederaan dan kerosakan harta
benda.Ekonomi negara turut terjejas dan menyebabkan berlakunya inflasi serta
hubungan antara negara terlibat tidak baik.Peperangan juga menyebabkan kos
pemulihan negara akibat kemusnahan sangat tinggi dan dapat menyebabkan berlakunya
pengangguran atau kehilangan mata pencarian dan pekerjaan.

2. Pilihan Raya Umum Pertama diadakan pada tahun 1955 bagi tujuan merintis jalan ke arah
mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
a) Jelaskan tentang rundingan yang telah diadakan sebelum Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955 berlangsung. [6 markah]
Jawapan
Antara perkar yang dirundingkan sebelum Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
1955 berlangsung ialah Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk yang terdiri daripada
46 orang ahli.Tugas jawatnkuasa ini ialah untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang
akan diadakan.Jawatankuasa Pilihan Raya telah mengeluarkan dua bentuk penyata
susunan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).Seterusnya Tunku Abdul Rahman telah
berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock, T.H Tan, dan disertai
Dato’ Abdul Razak Hussein.Tujuan rombingan ini adalah untuk menyatakan hasrat
menentukan tiga perlima ahli adalah melalui pilihan raya.Tunku Abdul Rahman telah
berjaya mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan
British di London.Namun demikian, rundingan telah gagal mendapatkan tiga per lima
ahli melalui pilihan raya.Bilangan ahli MPP yang dipersetujui untuk dipilih melalui pilihan

2
raya ialah sebanyak 52 orang dan hal ini telah dipersetujui oleh pihak British dan Parti
Perikatan yang diwakili oleh Tunku Abdul Rahman.

b) Nyatakan tentang proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 tersebut?
[6 markah]
Jawapan
Antara Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ialah satu
Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan telah ditubuhkan.Suruhanjaya Penentuan
Sempadan ini telah berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya (26 April
1954).Seterusnya rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya
diadakan (Ogos 1954).Pendaftaran pengundi bermula pada 18 Oktober 1954 di seluruh
Tanah Melayu manakala bagi negeri Terengganu bermula pada 29 Oktober
1954.Berikutnya proses penamaan calon diadakan pada 15 Jun 1955 dan Parti yang
bertanding dalam pilihan raya dibenarkan berkempen selama 45 hari.Seterusnya hari
pengundian akan dijalankan pada 27 Julai 1955 dan peti undi dibawa ke pusat pengiraan
undi untuk proses pengiraan undi dilakukan.Akhir sekali, pengumuman keputusan
pilihan raya dimaklumkan.

c) Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu menggunakan hak mereka
sepenuhnya untuk mengundi dalam pilihan raya? [8 markah]
Jawapan
Pada pendapat saya, setiap warganegara perlu menggunakan hak mereka sepenuhnya
untuk mengundi dalam pilihan raya kerana dapat melibatkan diri dalam pemilihan
pemimpin sekaligus menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
negara.Pilihan Raya juga membolehkan warganegara melibatkan diri dalam
pemerintahan negara dan mengekalkan amalan demokrasi bagi memilih kerajaan yang
berwibawa.Seterusnya pilihan raya membolehkan rakyat memilih wakil rakyat yang
berkebolehan bagi menjamin pemerintahan yang adil dan memastikan pentadbiran
negara berjalan lancar.

3
3. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan,iaitu penyatuan
beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara bersekutu.
a) Ceritakan sejarah pembentukan konfederasi Negeri Sembilan 1895. [6 markah]
Jawapan
Sejarah pembentukan konfederasi Negeri Sembilan bermula pada tahun 1889 apabila
Luak Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai Konfederasi Seri Menanti
yang bersetuju menerima seorang Residen British.Seterusnya pada tahun 1895, satu
perjanjian ditandatangani antara Yamtuan Besar Seri Menanti dengan Undang Johol.Satu
konfederasi yang lebih besar juga telah ditandatangani dengan memasukkan Sungai
Ujong,Jelebu, Rembau dan Tampin yang dikenali sebagai Negeri Sembilan.Mereka telah
bersetuju untuk menerima Residen British bagi membantu pentadbiran konfederasi
Negeri Sembilan yang mana Yamtuan Besar Seri Menanti,Tuanku Muhammad Ibni
Tuanku Antah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang
pertama di Negeri Sembilan pada tahun 1898.Martin Lister telah dilantik sebagai
residen yang pertama di Negeri Sembilan.

b) Jelaskan sejarah pembentukan sistem Persekutuan di Malaysia. [8 markah]


Sejarah sistem Persekutuan di Malaysia bermula dengan pembentukan Persekutuan
1896 yang terdiri daripada 4 buah negeri Melayu yang ditubuhkan berdasarkan
Perjanjian Persekutuan 1895 dan ianya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.Sistem persekutuan telah distruktur semula pada tahun 1927,untuk
memperkemas tadbir urus persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan British di negeri
Melayu.Pembentukan Persekutuan diteruskan dengan pembentukan Kesatuan Malaya
1946 atau Malayan Union untuk menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta
Pulau Pinang dan Melaka.Konsep kesatuan diperkenalkan di bawah Malayan Union bagi
membayangkan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat.Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 menggabungkan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah NNS
yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1948.Dalam Persekutuan Tanah
Melayu 1948, kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah ditetapkan dan
pengagihan kuasa telah dibuat antara peringkat persekutuan dan negeri.Pada 31 ogos
1957, muncul pula Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka bagi mewujudkan
Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi melicinkan pentadbiran negara yang berdaulat
.Jawatan yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan sebagai Ketua Persekutuan.Dam PTM

4
yang merdeka ini, konsep persekutuan telah diperkukuh dengan sistem Raja
Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.Pada 16 September 1963, lahir sebuah
persekutuan yang dinamakan Malaysia. Persekutuan ini terdiri daripada 11 buah negeri
Tanah Melayu,Singapura, dan dua buah negeri Borneo ( Sarawak dan Sabah)

c) Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin
yang mengetuai sesebuah negara seperti Malaysia ? [6 amrkah]
Jawapan
Pada pandangan saya, ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin yang
mengetuai sesebuah negara seperti Malaysia ialah sentiasa sedia mendengar pandangan
rakyat.Pemimpin juga perlulah berlaku adil tanpa mengira darjat dan mempunyai ilmu
pengetahui yang mapan dalam mentadbir negara.Selain itu, pemimpin juga haruslah
bebas dari mengamalkan rasuah dan memiliki kekuatan yang baik samaada dalam aspek
fizikal mahupun mental.Pemimpin yang baik juga perlulah mempunyai wawasan
pentadbiran yang jelas dan peka dengan masalah rakyat serta tidak berlaku zalim kepada
rakyatnya.

4. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang saling berkait rapat melalui dua
proses yang berbeza.
a) Jelaskan konsep perpaduan dan integrasi berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip Rukun Negara. [4 markah]
Jawapan
Konsep perpaduan dan integrasi berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip
Rukun Negara ialah keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah.Rakyat
pula hidup aman dalam sebuah masyarakat yang bersatu.Konsep perpaduan juga
menekankan supaya rakyat memberikan komitmen yang penuh kepada identiti
kebangsaan yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Integrasi nasional pula merupakan satu proses dinamik yang merapatkan
hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa
contohnya hubungan antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah.Integrasi nasional
menekankan identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.

5
b) Huraikan faktor penjajahan British yang menjadi punca kepada masalah perpaduan
kaum di negara kita.[8markah]
Jawapan
Faktor penjajahan British menjadi punca kepada masalah perpaduan kaum di nagera
kita.Hal ini kerana British telah melaksanakan pentadbiran menerusi pengenalan Sistem
Residen yang memberi keutamaan hanya dalam sektor ekonomi.British telah membawa
masuk pekerja dari luar bekerja dalam sektor perlombongan,perladangan dan
perniagaan manakala Bumiputera pula dibiarkan bertumpu di kawasan luar bandar dan
hanya terlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional.Hai ini telah menyebabkan mereka
hidup terpisah dan menjadi punca kepada berlakunya kerengganggan hubungan antara
kaum.
Aktiviti ekonomi British yang hanya menumpukan kepada perkembangan
eknomi yang berasaskan perlombongan bijih timah dan perladangan getah telah
menyebabkan perbezaan dalam aspek kegiatan ekonomi sekaligus mewujudkan
pemisahan antara kaum dari segi petempatan.Masyarakat antara kaum tidak bersatu
kerana kurang berinteraksi antara satu sama lain dan wujudnya jurang ekonomi yang
tidak seimbang.
Selain itu,penjajahan British telah mengembangkan sistem pendidikan
vernakular yang menyukarkan lagi perpaduan antara kaum di negara kita.Sekolah
vernakular ini telah berkembang mengikut kaum masing-masing dan telah mewujudkan
perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Perkembangan fahaman politik yang berasaskan kaum turut menjadi punca
kepada masalah perpaduan di negara kita.Hal ini kerana parti-parti politik ini hanya
berjuang untuk menuntut kepentingan kaum masing-masing sahaja.Antara isu yang
diperjuangkan ialah berkaitan bahasa,budaya,pendidikan dan ekonomi.

c) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk memupuk perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita? [8 markah]
Jawapan
Antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memupuk perpaduan masyarakat
berbilang kaum di negara kita ialah melalui pengagihan ekonomi secara adil.Seterusnya
memumupuk penghayatan tentang prinsip rukun negra kita.Seterusnya memupuk
perpaduan melalui kegiatan sukan dan mengadakan aktiviti gotong royong.Perpaduan

6
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita juga dapat dipupuk dengan
memantapkan program kokurikulum di sekolah seperti pelaksanaan program RIMUP
oleh Kementerian Pendidikan.Perpaduan juga dapat dipupuk melalui aktiviti
kemasyarakatan dan konsep sekolah wawasan yang menempatkan sekolah
kebangsaan,sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil di bawah
satu bumbung.

5. Isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia sejak zaman pemerintahan
Tumku Abdul Rahman Putra al-Haj.
a) Apakah rasional rakyat Malaysia membantu rakyat Palestin sejak zaman Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj? [4 markah]
Jawapan
Rasional rakyat Malaysia membantu rakyat Palestin sejak zaman Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj ialah isu Palestin bukan isu agama semata-mata kerana ianya melibatkan isu
kemanusiaan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Israel telah mengusir
rakyat Palestin tanpa mengira usia dan menangkap rakyat Palestin atas alasan yang
direka seperti keganasan.Selain itu, majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan
bersimpati dengan rakyat Palestin.Israel telah menggunakan pelbagai sekatan ekonomi
dan menghalang rakyat Palestin daripada melakukan ibadat di Masjidil Aqsa.

b) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh NGO Malaysia dalam usaha membantu rakyat
Palestin yang tertindas di bumi sendiri. [8 markah]
Jawapan
Antara peranan yang dimainkan oleh NGO Malaysia dalam usaha membantu rakyat
Palestin yang tertindas di bumi sendiri ialah melalui Pertubuhan Aman
Palestin.Organisasi ini didaftarkan secara rasmi pada tahun 2006 dan giat membantu
rakyat Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan.NGO Malaysia ini
menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai kepada rakyat Palestin.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terdiri daripada
gabungan beberapa buah NGO.Pertubuhan menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan
membantu rakyat palestin yang tertindas seperti menganjurkan Hari Solidariti Rakyat
Palestin.

7
Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia (CGM) pula menjalankan aktiviti kutipan dan
sumbangan kepada penduduk GAZA.Kutipan dan sumbangan disalurkan terutamanya
kepada kanak-kanak,ibu tunggal dan warga emas.Pertubuhan Cinta Gaza juga
melancarkan Projek Ramadhan 2020 dengan tema “Ramadhan Bulan Berkongsi
Kebahagiaan”.Selain itu, pertubuhan NGO juga memberi bantuan perubatan, kebajikan
belia,teknologi hijau, infrastruktur,pendidikan, pengajian al-Quran serta seni dan
budaya.

c) Pada pendapat anda,bagaimanakah negara kita boleh mengekalkan hubungan baik


dengan negara-negara luar?[8 markah]
Jawapan
Pada pendapat saya, negara kita boleh mengekalkan hubungan baik dengan negara-
negara luar dengan mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan
perdagangan.Selain tu, mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Seterusnya
mengadakan kerjasama pertahanan dan mengekalkan hubungan baik dengan
menghormati kedaulatan negara lain.Seterusnya tidak mencampuri hal ehwal negara
luar dan memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana.Untuk mengekalkan
hubungan baik dengan negara-negara luar,negara kita turut mengadakan lawatan rasmi
ke luar negara dan mengadakan rancangan pertukaran televisyen serta pertukaran
pelajar.Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan
mengelakkan persaingan senjata.Hubungan baik dengan negara luar turut dikekalkan
dengan menyertai sukan bertaraf antarabangsa dan tidak terlibat dalam persaingan
senjata.Negara kita juga tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain.

You might also like