You are on page 1of 2

TUGASAN KEROHANIAN II (100 MARKAH)

TUGASAN BERKUMPULAN (50 MARKAH) (PROJEK)

RUBRIK: KEMAHIRAN PRAKTIKAL DAN INTERPERSONAL

1. Tugasan kumpulan (5 pelajar) dilakukan secara kajian lapangan iaitu dengan


menemubual klien dalam komuniti yang berkaitan isu-isu kerohanian dalam silibus.
Setiap kumpulan perlu memilih seorang klien atau lebih dalam komuniti sebagai kes yang
dirujuk.

2. Ciri-ciri klien seperti berikut:

beragama Islam
cukup umur (baligh)
berakal
sakit/kurang keupayaan (setiap kumpulan memilih satu klien yang bermasalah)
i. lumpuh (terbaring)
ii. pakai lampin pakai buang
iii. patah tulang @ kencing manis (bersimen/ berbalut)
iv. sakit yang menyebabkan tidak boleh berdiri
v. sakit yang menyebabkan tidak boleh terkena air
vi. dlln keuzuran
vii. permasalahan lain yang berkaitan dengan silibus.
3. Kumpulan anda dikehendaki menemubual pakar rujuk atau ustaz atau ustazah dalam
mendapat maklumat dan kepastian dalam aspek hukum dan kaedah penyelesaian agama
berhubung permasalahan dan isu klien. Rujukan juga boleh dibuat bersandarkan kitab bagi
memantapkan laporan (Rujukan mengikut format APA)

4. Temubual perlu direkodkan bagi tujuan laporan. Antara kandungan temubual ialah
berkaitan latar belakang klien, isu-isu kerohanian, keperluan dan kebajikan klien serta
langkah penyelesaian isu. Setiap kumpulan perlu mendapatkan kebenaran klien atau penjaga
sebelum memulakan sesi temubual atau kajian. Bagi tujuan mengelakkan pelanggaran etika
segala kerahsiaan adalah perlu dilakukan bagi setiap pelajar.

5. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan secara verbal atau rakaman visual, video
atau infografik.

TUGASAN BERKUMPULAN 2 (30 MARKAH) PENULISAN


RUBRIK KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KERJA BERKUMPULAN
6. Maksimum laporan bagi tugasan ialah tidak lebih 20 halaman (termasuk rujukan).
Tugasan ditaip menggunakan format Times New Roman, Font 12, Langkau 2 baris (double
spacing). Setelah siap laporan kumpulan anda hanya perlu upload dalam UUM Online
Learning.
7. Tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah pada minggu ke 6
8. Pemarkahan laporan tugasan
a. Format dan tatabahasa
b. Perbincangan dan huraian
- Latar belakang klien-
- Isu agama/keperluan -
- Penyelesaian isu-
- Perbincangan dan kesimpulan

TUGASAN INDIVIDU (20 MARKAH)

RUBRIK : ETIKA & KEYAKINAN DIRI

1. Tugasan Individu 1

Setiap pelajar dikehendaki menulis khutbah Jumaat yang lengkap dengan rukun dan
syarat-syarat khutbah. Panjang khutbah tidak lebih 10 halaman, font 12, Arial, double
spacing.

2. Tugasan Individu 2 (Refleksi 7 Minggu)

You might also like