You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANIR

KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MONODRAMA
PERINGKAT SEKOLAH 2021
1. PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Kebudayaan SMK Manir.


Pertandingan ini memberi peluang kepada kelab dan persatuan di SMK Manir untuk
mengetengahkan bakat lakonan ahli kelab masing-masing.
1.2 Pertandingan MonoDrama ini adalah aktiviti kali pertama yang diadakan di peringkat
sekolah. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencari atau menambah
10% markah kokurikulum.

2. MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni lakon kepada pelajar peringkat sekolah menengah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluasan pengalaman seni lakonan dan kesedaran estetik pelajar.
3.2 Memperkembangkan kemahiran komunikasi dan interaksi melalui
persembahan pentas.
3.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
3.4 Sebagai alternatif mengisi masa senggang pelajar.
3.5 Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar.

4. KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua kelab dan persatuan di SMK Manir


Kategori 1 : Menengah Rendah (ting 1-3) – Monolog
Kategori 2 : Menengah Atas (ting 4-5 & ting 6) - Monodrama

5. BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh: 3 - 14 Oktober 2021


Mod persembahan: secara rakaman video
6. ANGGARAN PERBELANJAAN (RFP)

BIL PERKARA RM
1. HADIAH TEMPAT 1-5 (Kategori 1&2) 200
2. HADIAH TEMPAT 6 - 12 (Kategori 1&2) 200
3. SIJIL 30
4. KERTAS A4 20
5. DAKWAT PENCETAK 50
JUMLAH BESAR 500
SUMBER PENDAPATAN: Kokurikulum

7. PENUTUP

Pertandingan MonoDrama yang dijalankan dapat mendedahkan pelajar tentang seni lakon
dan pentas serta memberikan pengalaman yang berharga kepada pelajar

Disediakan oleh, Disemak oleh

_________________ _________________
(SUZALAWATI BINTI AZIZ) (AKMAL BINTI MUDA)
Guru Penasihat Penolong Kanan Kokurikulum
Kelab Kebudayaan SMK Manir SMK Manir

Disahkah oleh

_____________________
(ABU HASMADI BIN A BAKAR)
Pengetua Cemerlang
SMK Manir

You might also like