You are on page 1of 2

Ruj. Kami : Bil( )dlm.JKR.D.(T):R/36/40 Jld.

4
Tarikh : 06 Syawal 1442H
18 Mei 2021

YBrs. Jurutera Awam Kanan Jalan,


Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan,
Bahagian Jalan,
Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA UKUR DAN


MEMASANG PENANDA RIZAB JALAN (RJ)
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, pejabat ini telah menerima permohonan daripada
pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) dan Ahli Majlis Daerah Tumpat yang telah
membangkitkan isu di dalam Mesyuarat Tindakan Lalulintas Jajahan Tumpat supaya
menaiktaraf jalan yang sering berlaku kemanlangan di Jalan Cabang Tiga Berangan –
Palekbang (D21), berhampiran Jambatan Wakaf King.

3. Sehubungan dengan itu, pejabat ini memohon jasa baik pihak tuan untuk
membuat penandaan rizab jalan di lokasi yang terlibat iaitu di kiri dan kanan jalan bagi
tujuan rekabentuk untuk melebarkan jalan dan susur jalan masuk yang
menghubungkan jalan negeri dengan jalan kampung.

4. Bersama-sama ini disertakan gambar lokasi yang terlibat untuk tindakan pihak
tuan selanjutnya. Kerjasama dan tindakan pihak tuan berhubung perkara di atas
amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

** RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT **


** PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID - 19 **

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD ASRUL FARIZUL BIN AB ADZI)


Jurutera Jajahan
JKR Jajahan Tumpat
Kelantan.

Ernie_SrtRezabJln/170521
GAMBAR LOKASI TAPAK

You might also like