You are on page 1of 4

SK SERI JASA SEPAKAT

MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA / 2014

Tarikh :30 Disember 2013

Masa :8.00 pagi

Tempat :Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : 13 orang

1.0 Perutusan Pengerusi


Penyelaras PBS mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan ribuan
terima kasih.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn
Disokong untuk pengesahan oleh Pn

3.0 Perkara –perkara berbangkit


3.1 Masalah dalam merekod band dalam system SPPBS.

4.0 Agenda- agenda minit mesyuarat


4.1 Postmortem pentaksiran berasakan sekolah (PBS)
4.1.1 Penyelaras KSSR telah membacakan keputusan murid bagi tahun 2013.
4.1.2 Murid tahun 1 dan tahun 2 telah mendapat band 5 sebagai band yang
tertinggi.
4.1.3 Tetapi,ada dua mata pelajaran yang belum mengisi prestasi murid bagi
tahun 2013.
4.1.4 Guru Besar menegaskan supaya perkara ini tidak berulang pada masa
depan.
4.2 Jadual Waktu KSSR
4.2.1 Guru kanan telah membacakan subjek kssr yang diajar oleh guru bagi
tahun 2013.
4.2.2 Guru besar meminta guru-guru untuk membuat persediaan awal sebelum
sekolah bermula.
4.2.3 Bagi guru-guru yang mengajar subjek KSSR untuk mendapatkan
evidence dan band daripada guru yang mengajar pada tahun 2013.

4.3 MMI- Melindungi Masa Instruksional


4.3.1 Guru besar juga menerangkan konsep MMI iaitu PdP mesti dijalankan
walaupun ketiadaan guru.
4.3.2 Hal ini bermakna persediaan awal adalah penting bagi menjayakan MMI.
4.3.3 Jadual waktu yanhg dirangka juga berdasarkan dasar MMI dan guru perlu
masuk ke kelas mengikut jadual waktu.
4.3.4 Guru juga tidak boleh membuat kerja peribadi mahupun sekolah di dalam
kelas.

4.4 LDP
4.4.1 Guru besar juga member cadangan untuk mengadakan bengkel
membuat dan mengumpul evidence terbaik bagi 10 buah matapelajaran
KSSR dari tahun 1 hingga tahun 3.
4.4.2 Dengan ini,guru tidak mengalami sebarang masalah untuk mengukur
pencapaian murid.

4.5 Buku Latihan Murid


4.5.1 Guru Besar menyatakan untuk memberi latihan mengikut tahap
pencapaian murid.
4.5.2 Guru Besar mengingkatkan bahawa semua guru yang mengajar subjek
KSSR dan memberi banyak latihan kepada murid.
4.5.3 Bagi subjek KSSR guru perlu mengikut dokemen standard prestasi dan
perlu memberi latihan berpandukan kepada kebolehan murid.
4.5.4 Guru juga perlu memahami konsep PBS dalam pemberian latihan dan
perlu memenuhi spesifikasi PBS.
4.6 Pengemaskinian Fail PBS
4.6.1 Guru besar meminta semua guru untuk mengemaskini fail PBS dan fail
portfolio guru bagi tahun 2014.
4.6.2 Guru juga perlu memastikan fail dibuat berdasarkan kepada surat
daripada PPD Kuala Kangsar.
4.6.3 Evidense murid dalam Fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid
boleh dikembalikan kepada murid.
4.6.4 Guru kelas tahun 1 hingga tahun 3 perlu mengemaskini fail Showcase
dan Fail Perkembangan Murid sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

4.7 Sudut PBS


4.7.1 Sudut PBS perlu diwujudkan di sekolah.
4.7.2 Oleh itu, guru besar memberikan tugas ini kepada jawatankuasa PBS
untuk menceriakan sudut PBS.
4.7.3 Di samping itu, di bilik darjah juga perlu mewujudkan sudut PBS supaya
murid arif tentang aspirasi PBS.

4.8 Pendedahan kepada Ibu bapa


4.8.1 Guru besar meminta kepada guru kelas untuk memberikan taklimat
ringkas tentang PBS sebelum guru besar menerangkan dalam mesyuarat
Tahunan PIBG 2014.
4.8.2 Pendedahan kepada ibu bapa adalah penting dan mereka perlu
mengetahui dasar ini supaya boleh membantu anak mereka untuk
mencapai keputusan yang cemerlang.

5.0 Lain-lain
5.1 Pn Hajimah Binti Abd Rahman bertanya jika terdapat format pelaporan bagi
Tahun 4. Penyelaras menerangkan bahawa akan berusaha untuk memuat turun
format pelaporan PBS bagi Tahun 4 jika ada. Tetapi jika tiada, guru mata
pelajaran bagi Tahun 4 dikehendaki menyediakan pelaporan mengikut format
sendiri buat sementara waktu.
Tindakan : Penyelaras PBS
5.2 Pengerusi mengingatkan guru bagi setiap matapelajaran bahawa jika terdapat
masalah atau maklumat yang hendak disampaikan kepada ibu bapa, guru
tersebut bolehlah berjumpa dengan guru kelas berkenaan atau berjumpa sendiri
dengan ibu bapa jika guru bukan guru kelas.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh.

……………………. …………………………..
SITI ZAILEHA BINTI KAMIL
Setiausaha PBS

Tarikh: Tarikh:

You might also like