You are on page 1of 7

PENGENALAN

Peritoneum merupakakan tisu di bahagian perut yang terbahagi kepada dua bahagian
iaitu lapisan parietal bertindak melapisi dinding bahagian dalam perut dan lapisan viseral yang
menutupi dan menyokong sebahagian besar organ perut. Setiap lapisan terdiri daripada tisu
penghubung areolar yang diliputi oleh mesothelium.Mesothelium berciri daripada epithelium
skuamosa serdehana yang mengeluarkan cecair serous dan bertindak sebagai cecair pelincir
yang membolehkan organ bergerak mudah bergerak antara satu sama lain dan pergerakan
melalui rongga dinding.
Peritonitis adalah keradangan di bahagian peritoneum. Antara punca berlakunya
pertonitis adalah dari prosedur medikal seperti peritoneal dialisis, appendik pecah, ulser perut,
kolon berlubang, pankreatitis, divertikulitis, atau trauma.
Peritonitis merupakan penyakit berbahaya dan perlu perawatan yang segera apabila
terdapat simptom peritonitis untuk mengelakkan masalah penyakit lain timbul dan meningkatkan
kadar kesembuhan.

1
PENYATAAN MASALAH

Peritonitis yang berlaku dari kesan prosedur medikal iaitu peritoneal dialisis disebabkan
infeksi yang berlaku semasa prosedur medikal ini melibatkan persekitaran yang tidak bersih,
kepentingan kebersihan yang rendah dan penggunaan peralatan yang tercemar. Permasalahan
daripada appendik pecah, ulser perut dan kolon berlubang penyebab bakteria boleh memasuki ke
bahagian peritoneum dengan melalui trauma atau lubang yang terdapat di saluran gastrousus.
Inflamasi di pankreas iaitu pankreatitis boleh membawa jangkitan menjadi peritonitis jika
bakteria tersebar keluar daripada pankreas. Divertikulitis iaitu jangkitan kecil yang menyebabkan
pembengkakan berlaku di salur pencernaan turut membawa kepada peritonits jika pembengkakan
itu pecah dan cecair percernaan masuk ke dalam abdomen. Kecederaan atau trauma juga boleh
menjadi punca peritonits bila bakteria atau cecair bahagian lain masuk ke peritoneum sebagai
contoh bila berlakunya kemalangan melibatkan kecederaan bahagia perut.

2
PENCARIAN LITERATUR

Pesakit yang mendapat peritonitis akan mengalami kesakitan dan bengkak di bahagian
abdomen. Cecair asing pada mulanya steril dan apabila memasuki ruang peritoneum akan mudah
menjadi jangkitan dan menyebabkan peritonitis dalam lebih kurang tempoh 24 jam sehingga 48
jam. Perut juga boleh menonjol atau terasa sukar disentuh. Sekiranya lubang di perut seseorang
atau usus kecil, permulaan kesakitan biasanya tiba-tiba, tetapi jika lubang itu berada di dalam
usus besar, rasa sakit mungkin timbul secara beransur-ansur.
Peritonitis sering berlaku kepada perempuan berbanding lelaki kerana penyakit radang panggul
pada wanita yang aktif secara seksual juga merupakan penyebab peritonitis yang biasa. Keadaan
ini juga boleh berkembang selepas pembedahan sekiranya bakteria menjangkiti perut semasa
operasi.

3
PERBINCANGAN

Kesan peritonitis boleh dikesan apabila pesakit mengalami kesakitan di bahagian perut
dan ketegangan perut. Hal ini kerana cecair asing telah mulai masuk ke bahagian peritoneum.
Kejadian deman dan mengigil pula berlaku bila antibodi tubuh mula bertindak ke cecair asing di
peritoneum. Peritoneum turut dilihat apabila pesakit mngalami keletihan yang berlebihan, pening
dan muntah-muntah. Tanda yang lain pula adalah tiada atau kurangnya pengeluaran angin, najis
dan air kencing.
Peritonitis diskualifikasikan dalam kecemasan medikal. Penyiasatan yang boleh dilakukan
untuk mengenal pasti lebih lanjut kehadiran peritonitis adalah pemeriksaan fizikal bentuk
abdomen, seperti ada mengalami bengkak. Prosedur paracentesis iaitu pengunaan jarum kecil
oleh doktor untuk pengambilan sampel cecair peritoneum. Sampel cecair peritoneum dianalisis
untuk mengesan jika adanya kehadiran cecair asing yang lain. Sinar X-ray bahagian abdomen
pula untuk melihat tahap keterukan peritonitis dan juga boleh di diagnosis mengunakan imbasan
ultrasound. Keputusan darah pula akan mengalami TWBC( Total White Blood Cell) yang tinggi
menandakan berlakunya keradangan atau jangkitan.
Cara perawatan antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan yang berlaku semasa
peritonitis secara intravena dan boleh juga diberi secara langsung dari abdomen kepada
peritoneum sebagai comtoh ampicillin. Ubatan antibiotik digunakan mengikut jenis jangkitan
bakteria yang berlaku. Kaedah pembedahan laparotomi diperlukan untuk memperbaiki sebarang
kerosakan anatomi yang mungkin menyebabkan peritonitis.
Sekiranya anda mempunyai peritonitis peritoneal dialisis, anda mungkin akan menerima
ubat-ubatan yang disuntikkan secara langsung ke tisu peritoneal, strategi yang dilaporkan oleh
beberapa kajian lebih berkesan daripada ubat intravena.
Bagi orang terpilih dengan sirosis dan asites, doktor boleh menetapkan antibiotik untuk mencegah
peritonitis.
Walaupun peritonitis boleh menjadi komplikasi dialisis peritoneal, ia lebih jarang berlaku
berbanding sebelumnya kerana peningkatan teknologi dan teknik rawatan diri yang diajarkan
semasa latihan awal.

4
CADANGAN

Sekiranya anda di diagnos menghidap peritonitis, anda akan dimasukkan ke hospital.


Biasanya, anda akan mula menerima intravena ubatan antibiotik untuk merawat jangkitan.
Rawatan sokongan tambahan akan diperlukan sekiranya kegagalan organ dari sepsis
berkembang sebagai komplikasi jangkitan. Rawatan sedemikian boleh merangkumi cairan
intravena, ubat untuk mengekalkan tekanan darah, dan sokongan pemakanan.
Dalam banyak kes, pembedahan kecemasan diperlukan, terutamanya jika peritonitis
disebabkan oleh keadaan seperti radang usus buntu, ulser perut berlubang, atau diverticulitis. Tisu
yang dijangkiti seperti apendiks pecah atau abses akan dikeluarkan melalui pembedahan. Begitu
juga mana-mana bahagian tisu peritoneal yang telah rosak teruk akibat jangkitan.
Sekiranya menjalani dialisis peritoneal, pengurangan risiko boleh dikurangkan dengan
basuh tangan secara bersih dan teliti, terutama kawasan di antara jari dan di bawah kuku jari,
sebelum menyentuh kateter. Memakai topeng mulut dan hidung semasa pertukaran. Seterusnya,
perhatikan dan lakukan teknik pertukaran steril yang betul dan sapukan krim antibiotik di tempat
keluar kateter setiap hari. Dalam banyak kes, satu dos antibiotik dapat mencegah pencemaran
berubah menjadi jangkitan.

5
RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, peritonitis bermula daripada tanda tanda keradangan sisitem organ
yang lain melibatkan struktur organ tersebut pecah, luka ataupun bocor. Hal ini seterusnya akan
menyebabkan cecair asing memasuki ruang peritoneum dan menyebabkan peritonitis. Peritonitis
boleh dikesan dengan aduan sakit di bahagian perut dan dapat dikenalpasti secara menyeluruh
dengan analisi cecair peritoneum.
Peritonitis hanya boleh dirawat mengunakan ubatan seperti antibiotik mengikut pada jenis
jangkitan bakteria tersebut. Dalam hal kecemasan, ubatan diberi secara terus dengan kaedah
intravena atau intramaskular. Dalam penjagaan wad pula diberi oral mengikut dos. Dos yang betul
dapat mencegah jangkitan dengan lebih cepat.

6
RUJUKAN

https://hellosehat.com/kesehatan/penyakit/peritonitis/#gref

https://www.slideshare.net/hanasheque/peritonitis-14847099

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/peritonitis/symptoms-causes/syc-20376247

https://www.healthline.com/health/peritonitis

You might also like