You are on page 1of 3

Nama

ALAMAT

Kepada,

NAMA
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung,
Lorong Selamat,
32000, Sitiawan,
Perak. 17 Disember 2020

Tuan,

SURAT RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya NAMA, bernombor kad pengenalan IC adalah seorang
guru opsyen OPSYEN yang berkhidmat di NAMA SEKOLAH ingin memohon
bertukar sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah DAERAH, Ipoh Perak atau
sekiranya terdapat kekosongan dikawasan berdekatan dengan itu. Untuk makluman
pihak Tuan, saya telah mula berkhidmat di Daerah Manjung pada 5 JANUARI 2014.

2. Oleh itu, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk mempertimbangkan
sewajarnya permohonan saya atas sebab-sebab yang berikut :

i. Isteri saya tinggal berseorangan di Ipoh kerana telah ditukarkan atas keperluan
perkhidmatan.

ii. Anak-anak semua diuruskan oleh saya setakat ini kerana tidak sempat membuat
pertukaran sekolah tahun ini kerana penutupan sekolah ketika pandemik covid-19.

iii. Kedudukan dan jarak yang jauh melibatkan kos yang tinggi melibatkan
pengangkutan, dan masa untuk berulang-alik dari Ipoh ke Sitiawan.

3. Saya berharap permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Sekiranya


terdapat apa-apa pemakluman boleh hubungi saya di talian NO FON. Segala
kerjasama daripada pihak tuan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

.........................................................................
(NAMA)
NO K/P : IC
No Tel : NO FON

You might also like