You are on page 1of 11

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

(FELDA)

JAWATAN KOSONG

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan ini mempelawa calon-calon


Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi
jawatan secara TETAP untuk penempatan di Pejabat FELDA Seluruh Malaysia seperti berikut:

KLASIFIKASI JADUAL GAJI (RM)


BIL JAWATAN GRED
PERKHIDMATAN MINIMUM MAKSIMUM
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1 Pegawai Pertanian G41 Pertanian 2,084.00 9,551.00

2 Pegawai Tadbir N41 Pentadbiran dan Sokongan 2,080.00 9,546.00


KUMPULAN PELAKSANA

Penolong Pegawai
3 G29 Pertanian 1,494.00 5,674.00
Rancangan Tanah
Pembantu Tadbir
4 N19 Pentadbiran dan Sokongan 1,352.00 4,003.00
(Perkeranian/Operasi)
5 Setiausaha Pejabat N19 Pentadbiran dan Sokongan 1,352.00 4,003.00
Pegawai Khidmat
6 N19 Pentadbiran dan Sokongan 1,352.00 4,003.00
Pelanggan
Penyelia Rancangan
7 G19 Pertanian 1,357.00 4,008.00
Tanah
8 Pemandu Kenderaan H11 Pentadbiran dan Sokongan 1,218.00 2,939.00
CALON ADALAH DIKEHENDAKI MEMENUHI SYARAT UMUM PERMOHONAN BAGI SEMUA
JAWATAN DI ATAS.

SYARAT UMUM PERMOHONAN:

1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.


2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan:-
a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;

b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

i. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
wajib 55 atau 56 tahun; atau

ii. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
wajib 58 tahun; atau

iii. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
wajib 60 tahun.

4. Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN
PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak
mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.

5. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-


syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya
dari semasa ke semasa.

6. Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang
mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya
keputusan berikut:

a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu
peperiksaan; atau

b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu
seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
SYARAT – SYARAT KHUSUS
 Adalah seperti di Lampiran A

CARA MEMOHON:
a) Permohonan jawatan perlu dibuat secara atas talian melalui website
https://frms.felda.net.my.
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Oktober 2021.

PERHATIAN:
Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup
permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
LAMPIRAN A

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PEGAWAI PERTANIAN GRED G41

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian,
hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan,
teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN


3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
i. (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam urusan merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan
menilai aktiviti dan program FELDA dalam industri perladangan, pertanian, penternakan,
tanaman makanan serta lain-lain yang berkaitan. Memberi khidmat kepakaran dan khidmat
nasihat berkaitan teknikal perladangan kepada pelanggan melalui program pengembangan
Jabatan.
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PEGAWAI TADBIR GRED N41

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN


3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir,
Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah
atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir
Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
i. (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam urusan merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan
menilai aktiviti dan program FELDA berkaitan organisasi, pentadbiran, kewangan, sistem
maklumat dan pengurusan personel di Jabatan. Mengawal dan memastikan supaya undang-
undang dan peraturan dipatuhi sepenuhnya. Memberi khidmat kepakaran dan khidmat
nasihat berkaitan penyelidikan, pembangunan dan pemodenan pengurusan.
KUMPULAN PELAKSANA

PENOLONG PEGAWAI RANCANGAN TANAH GRED G29

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan
atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
(ii) Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN


3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Rancangan Tanah adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
ii. (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan program kerja pengurusan rancangan, menyelia,
mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun,
meliputi aktiviti kebersihan ladang, pembajaan, kawalan makhluk perosak tanaman dan
penghasilan kebun getah dan sawit, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan
aktiviti pentadbiran dan pembangunan masyarakat.
KUMPULAN PELAKSANA

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN


3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan,
Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
iii. (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan
Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,
pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
KUMPULAN PELAKSANA

SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat/ pegawai Kumpulan Pengurusan
Tertinggi / Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Professioanl (yang memenuhi kelayakan) berjalan
lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat,
laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Ketua Jabatan/
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang
memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal jadual kerja
supaya teratur.
KUMPULAN PELAKSANA

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

vi. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

vii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan
khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan
telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan
FELDA dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh FELDA
KUMPULAN PELAKSANA

PENYELIA RANCANGAN TANAH GRED G19

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,413.40) atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,469.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk
urusan kebun, kebersihan ladang, pembajakan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan
kebun getah dan sawit
KUMPULAN PELAKSANA

PEMANDU KENDERAAN GRED H11

1. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
dan
iii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggarakan kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11
ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
Lesen F/H : RM1,356.45
Lesen G/I : RM1,402.60

2. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan
lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga
kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori,
dumper, roller dan traktor pertanian.

You might also like