You are on page 1of 3

UNIT 5: CAHAYA

5.1.1  Pergerakan Cahaya

1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan ini adalah dalam
garis lurus.
2. Cahaya bergerak secara lurus. 
3. Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di sekeliling kita:
1. Cahaya daripada lampu kereta.
2. Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
3. Cahaya daripada lampu helikopter.

5.1.2  Kejelasan Bayang-bayang Objek

1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus dihalang oleh sesuatu
objek.
2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut jenis objek yang
menghalangnya, iaitu sama ada lut sinar, lut cahaya atau legap.
1. Plastik jernih ialah contoh objek lut sinar kerana membenarkan semua cahaya
melaluinya.
2. Plastik berwarna ialah contoh objek lut cahaya kerana membenarkan
sebahagian cahaya melaluinya.
3. Kad manila pula ialah contoh objek legap kerana tidak membenarkan cahaya
melaluinya. 
5.1.3  Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-bayang

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:

1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya


2. Jarak di antara objek dengan skrin

5.1.4  Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang

1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk bayang-


bayang. 
2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
1. Kedudukan/ Orientasi objek
2. Kedudukan sumber cahaya

You might also like