You are on page 1of 6

PPT2021@SEMSHAH

BAHAGIAN A
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 30 minit ]

Baca e-mel di bawah dengan teliti.


Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut berpandukan risalah tentang destinasi pelancongan
menarik di Malaysia. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 -200 patah perkataan.

BAHAN 1

Daripada jimmy_swk@yahoo.com
HANTAR Kepada musarahman99@gmail.com
Perkara Destinasi pelancongan menarik

Salam hormat buat sahabatku Musa.

Apa khabar? Semoga awak sentiasa sihat dan ceria.

Cuti sekolah kian hampir. Saya bercadang untuk bercuti di negeri Perak . Saya amat
tertarik oleh keindahan alam semula jadi dan bangunan bersejarah di negeri kelahiran
awak. Selama ini saya hanya melihat melalui rancangan dokumentari yang disiarkan
melalui televisyen tempatan.

Bolehkah awak berkongsi tempat-tempat menarik yang boleh saya kunjungi bersama
dengan keluarga ?

Saya menanti balasan e-mel daripada awak . Saya dahulukan dengan ucapan terima
kasih atas perkongsian itu.

Yang benar,

Jimmy Khoo

BAHAN 2

1
PPT2021@SEMSHAH

BUKIT LARUT PULAU PANGKOR

MENARA CONDONG,
TAMAN TASIK TAIPING TELUK INTAN

BAHAGIAN B
[ 70 markah ]

2
PPT2021@SEMSHAH

[ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit ]


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya 300 – 500
patah perkataan.
Soalan 1 : Domain Peribadi
Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah dapat memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar. Aktiviti yang boleh diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat
patriotisme adalah dengan mengadakan pameran dan tayangan filem berkenaan peristiwa tuntutan
kemerdekaan negara kita. Pelajar yang mempunyai semangat patriotisme ini pasti akan
mempertahankan negara daripada ancaman musuh pada sepanjang masa.

Sumber : Internet

Petikan di atas menggambarkan bahawa semangat patriotisme sewajarnya diterapkan dalam diri
pelajar agar dapat membentuk jati diri mereka.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda lakukan memupuk semangat patriotisme dalam diri .

Soalan 2 : Domain Awam

Menurut laporan Jabatan


Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik Bukit Aman pula
kadar kemalangan bermula
2009 sehingga 2018
menunjukkan peningkatan
jumlah
kemalangan yang melibatkan
3
PPT2021@SEMSHAH

kematian, cedera parah dan


kecederaan ringan.
Kementerian Pengangkutan
Malaysia melalui laporan
Statistik Pengangkutan
Malaysia (2018) menyatakan
bahawa bermula 2009 jumlah
kemalangan dicatatkan
sebanyak 397,330 dengan
kematian sebanyak 6,745
orang dan jumlah ini terus
meningkat sehingga tahun 2018
dengan jumlah kemalangan
sebanyak 548,598 dengan
kematian sebanyak 6,284 orang.
Menurut laporan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman , kadar kemalangan

4
PPT2021@SEMSHAH

bermula dari tahun 2009 sehingga tahun 2018 menunjukkan peningkatan jumlah kemalangan
yang melibatkan kematian, cedera parah dan kecederaan ringan. Kementerian
Pengangkutan Malaysia melalui laporan Statistik Pengangkutan Malaysia (2018)
menyatakan bahawa bermula dari tahun 2009 jumlah kemalangan dicatatkan sebanyak
397,330 kes dengan kematian sebanyak 6,745 orang dan jumlah ini terus meningkat
sehingga tahun 2018 dengan jumlah kemalangan sebanyak 548,598 kes dan jumlah kematian
sebanyak 6,284 orang.

Sumber : Internet

Sebagai respon pernyataan di atas, kemalangan jalan raya meningkat dari setahun ke setahun
menjadi penyebab kehilangan nyawa kepada penduduk di negara kita.
Huraikan faktor-faktor berlakunya kemalangan sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya.

Soalan 3 : Domain Pendidikan


Pengetahuan mengenai sejarah negara penting sebagai tunjang kepada pembentukan bangsa.
Cerdik pandai sering berkata bahawa sejarah ialah guru terbaik untuk mendidik manusia
menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah ialah kebijaksanaan
silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa hadapan. Oleh itu, mengenali sejarah
negara memberikan impak besar, khususnya kepada generasi muda.

( Dipetik daripada Berita Harian Online, 17 September 2015)

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa pengetahuan sejarah amat penting dalam kehidupan
seseorang.
Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari sejarah kepada semua murid.

Soalan 4 :Domain Kerjaya


Perkembangan pesat sektor pertanian di Malaysia boleh dikaitkan dengan alam semula jadi,
iaitu mempunyai tanah yang kaya dengan mineral, corak taburan hujan yang baik dan bekalan
air yang mencukupi untuk pertumbuhan tanaman. Kini produk pertanian Malaysia tidak terhad
kepada hasil ladang seperti sawit, getah dan koko yang menjadi komoditi besar negara.

Sumber : BH Online, Sabtu, 7 Julai 2017

5
PPT2021@SEMSHAH

Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia merupakan negara yang sesuai untuk aktiviti
pertanian. Walaupun sektor ini boleh menjamin masa depan akan tetapi kerjaya dalam sektor
pertanian dikatakan kurang diminati oleh generasi muda.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda
menceburkan diri dalam bidang pertanian.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

You might also like