You are on page 1of 8

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 Markah]

Soalan 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan satu kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pegawai yang terpilih menerima anugerah perkhidmatan cemerlang menjadi sumber


inspirasi kepada kakitangan lain untuk memperoleh pengiktirafan yang sama. Hal ini
menunjukkan bahawa motivasi merupakan faktor utama yang mendorong seseorang agar
dihargai dalam kerjayanya. Tanpa motivasi, seseorang kurang bersemangat untuk
meneruskan usaha gigih dalam bidang yang diceburinya. Sehubungan dengan itu, motivasi
dapat diertikan sebagai dorongan atau desakan yang kuat bagi seseorang meraih kejayaan.
Sumber : Internet
[6 markah]

Soalan 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tuliskan subjek dan predikat yang lengkap
bagi tiga ayat yang anda pilih seperti berikut :

Subjek : ___________________________________________________________________
Predikat :
__________________________________________________________________

Isu pengangguran menjadi mimpi ngeri kepada graduan dan anggota keluarga. Kadar
pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat. Masalah pengangguran ini
disifatkan sebagai satu tragedi nasional bagi sesebuah negara. Lepasan universiti dan kolej
berlumba-lumba memasuki pasaran kerja pada setiap tahun. Golongan muda ini terpaksa
bersaing sesama sendiri dalam pelbagai lapangan pekerjaan. Hasrat mendapat pekerjaan
bergaji setimpal kelulusan selepas menamatkan pengajian di menara gading kelihatan
semakin sukar.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran Buat Graduan Malaysia’
oleh Khairul Azwan Harun,
Utusan Malaysia, 3 Januari 2016
[6 markah]

1
Soalan 3 : PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Siswazah harus menjadi ejen perubahan pada masyarakat dengan memberi sumbangan
yang bermakna kepada pembangunan sosio ekonomi negaranya. Namun, ruang kerja bagi
siswazah sastera, bahasa, sains sosial dan pendidikan tidak sahaja terhad dan penuh
dengan saingan yang hebat. Keadaan itu menjadi semakin buruk dengan bilangan lepas
universiti dan siswazah yang semakin bertambah daripada setahun ke tahun. Oleh itu,
siswazah perlu bersedia dengan berbagai kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran.

Dipetik dan diubah suai daripada


Dilema Siswazah Menganggur
Oleh Haslina Hassan
Dewan Masyarakat, Januari 2002
[13 markah]

Soalan 4 : BAHASA MELAYU STANDARD


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahawat dan Keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika
lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh
dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun masing-masing tunduk
kemalu-maluan, lalu kembali.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[ 6 markah]

Soalan 5 : PERIBAHASA
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
dengan peribahasa tersebut.

Semua orang mampu meraih kecemerlangan asalkan mereka ada kemahuan. Hal itulah
yang dibuktikan oleh seorang murid lelaki yang berjaya duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan murid lain dalam suatu majlis penyampaian hadiah. Menurutnya, faktor
cemburu melihat rakan sebaya yang lain menempa kejayaan menambah tekadnya untuk
terus bersaing dalam bidang akademik. Murid itu belajar dengan tekunnya kerana dia tahu
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Berkat rajin dan usaha tangga
kejayaan, murid tersebut memperoleh keputusan peperiksaan yang amat
memberangsangkan dan bercadang melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih
tinggi. Sumber : Internet
[4 markah]

2
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

Soalan 6 : PETIKAN UMUM


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kunci pemakanan sihat merangkumi tiga komponen utama, iaitu kepelbagaian,


keseimbangan, dan kesederhanaan. Kepelbagaian bermaksud makan pelbagai jenis
makanan dapat membekalkan nutrien-nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh. Tiada
satu pun jenis makanan dapat memberikan semua tenaga, nutrien dan komponen
makanan yang kita perlu. Komponen kedua adalah keseimbangan, iaitu mengambil
makanan yang seimbang daripada kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid
Makanan Malaysia.
Kumpulan makanan ini ialah bijirin, buah-buahan, daging atau ayam, ikan serta
kekacang dan susu atau produk tenusu. Komponen terakhir ialah kesederhanaan, iaitu
makan dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan mengikut saranan Pinggan
Sihat Malaysia dengan konsep ‘suku suku separuh’ kerana membolehkan kita makan
pelbagai jenis kumpulan makanan dalam kuantiti yang disarankan. Selain itu, masyarakat
juga disarankan mengambil dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayuran setiap
hari.

Sumber: Harian Metro, Ahad, 2 Jun 2019

Bahan 2

Banyak kajian sudah dijalankan mendapati terdapat perkaitan secara langsung antara
pengambilan gula dengan peningkatan berat badan. Gula antara penyumbang utama
kepada pertambahan kalori yang tidak perlu. Gula hanya membekalkan tenaga dan tiada
kandungan nutrien atau khasiat pemakanan lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyarankan agar pengambilan gula seharusnya kurang daripada 10 peratus daripada
jumlah pengambilan kalori (tenaga) sehari. Contohnya, jika keperluan kalori sehari
seseorang itu ialah 2000 kilokalori, pengambilan kalori daripada gula seharusnya tidak lebih
200 kilokalori, iaitu bersamaan dengan 10 sudu teh gula sehari termasuklah gula yang
ditambah dalam makanan dan minuman.
Walau bagaimanapun, pengambilan gula kurang lima peratus daripada jumlah
pengambilan tenaga harian adalah lebih baik. Masyarakat diingatkan sentiasa berwaspada
dalam penggunaan krimer manis atau susu pekat untuk minuman panas seperti teh tarik,
kopi, mahupun kuih-muih. Oleh itu, pengguna disarankan memilih buah-buahan sebagai
alternatif kepada makanan manis untuk pemakanan yang lebih sihat.

Sumber: Harian Metro, Ahad, 2 Jun 2019

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud komponen utama. [2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara-cara menjaga pemakanan yang perlu
diamalkan dalam kalangan masyarakat. [3 markah]
3
iii. Pemilihan makanan yang kurang baik dan tidak seimbang akan menyumbang kepada
risiko kesihatan tubuh badan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya kita tidak menitikberatkan
penjagaan kesihatan? [4 markah]

iv. Pengusaha kantin dilihat kurang menitikberatkan kepentingan pengambilan makanan


berzat yang diperlukan dalam proses pembesaran kanak-kanak, sebaliknya lebih
mementingkan keuntungan dan proses penyediaan yang mudah dan cepat. Jadi, pelajar
sekolah selesa menjadikan sirap, minuman berkarbonat, nuget, keropok dan gula-gula
sebagai makanan rutin mereka semasa rehat.

Sebagai guru yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu menyelesaikan


masalah ini? [4 markah]

Soalan 7: Petikan Sastera


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
AIMAN: Rimas betul aku duduk dalam kem ini, panas. Kalau aku tinggal di rumah, sentiasa sejuk
dingin saja. Manakan tidak, pendingin hawa sentiasa dihidupkan. Di sini panas, sudahlah aku tak
suka berpeluh. Makan pula, tak menyelerakan. Hari-hari nasi. Aku tak selera dengan nasi, kalau
masakan Barat lainlah. Dahlah awal pagi kena bangun, mandi air kolam sejuk. Aku biasa mandi
dengan air panas. Eh, macam nama aku dipanggil! Ini mesti nak kena botakkan kepala. Aku tak suka,
tak suka.
(AIMAN terjaga daripada mimpi. Barulah dia menyedari bahawa dia telah tidur hingga pagi dan sudah
terlewat untuk ke sekolah. Lalu, dia bingkas dan segera bersiap-siap untuk ke sekolah. Setibanya
AIMAN di sekolah, terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu. NORA muncul dan
menerpa ke arahnya).
NORA: Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara menarik.
AIMAN: Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke?
NORA: Bukanlah. Kau ini memang gila glamor betul. Ini tentang nama pelajar yang terpilih untuk
menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak nama kau juga.
AIMAN: Malaslah aku kalau fasal tu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus.
NORA: Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri. Jahanam negara kita
ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada kawan macam kau.
AIMAN: Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata aku belanja
kau sarapan pagi ini?
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affix Zulkarnaen Adam,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

4
Bahan 2 Bahan 3

Inilah Barisan Kita Damai (Tanah Airku dan Dunia)

Sisa hidup ini hendak kita pelihara


Inilah barisan kita
juga tanah, pohon dan buah-buah
Yang ikhlas berjuang
juga tulang, daging dan darah
Siap sedia berkorban
jangan suara jadi parau di musim kemarau.
Untuk ibu pertiwi
Tapi tanah kami sudah kerecikan api
Sebelum kita berjaya
lama bermula, tidak hilang sampai kini
Jangan harap kami pulang
dan meski tawaran damai sudah diberi
Inilah sumpah pendekar kita
orang masih tidak peduli!
Menuju medan bakti
Pohon getah dan tanah mengandung bijih
Andai kata kami gugur semua
rebutan manusia daerah asing
Taburlah bunga di atas pusara
kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Damai - seruan dan tawaran
damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan
Semboyan telah berbunyi
damai - untuk dunia dan kesejahteraan!
Menuju medan bakti.
Usman Awang

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata gila glamor.


[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan harapan kedua-dua penulis. [3 markah]

(iii) Jati diri golongan remaja pascamerdeka ini agak lemah. Begitu juga dengan kurangnya
nilai cinta akan negara dalam diri mereka. Sebaliknya, mereka lebih mengagung-
agungkan budaya Barat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat meningkatkan jati diri dan memupuk
semangat patriotik dalam diri mereka? [3 markah]

(iv) Anda terpilih untuk menyertai pasukan ketenteraan negara sebagai sukarelawan yang
akan menjalankan misi kemanusiaan ke negara-negara yang terjejas teruk akibat
peperangan. Ibu bapa anda melarang anda menyertai misi tersebut kerana risau akan
keselamatan anda.

Sebagai anak yang berjiwa patriotik, nyatakan cara-cara anda menyelesaikan konflik ini.
[4 Markah]

5
Soalan 8 : Novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Datuk tentu bingung tetapi aku boleh memahami apa-apa yang dikatanya, sedikit.
"Herba dan penawar daripada akar-akar kayu yang pak cik beri ayah saya bukannya
tak bagus. Bagus, cuma nutrien daripada herba-herba itu tak banyak yang dapat diserap
oleh tubuh ayah saya kerana ususnya belum dibersihkan. Oleh sebab itulah saya ingin dia
menghentikan pengambilan herba dan akar-akar kayu buat sementara waktu dan beralih
pula kepada kaedah penjagaan kesihatan daripada produk keluaran syarikat MLM, yakni
Multi Level Marketing.”
Dipetik daripada Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Danel mahu menghentikan pengambilan


perubatan tradisional oleh ayahnya? [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca. [6 markah]

6
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]

Bahan 1 - Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk
mengisi masa lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini
ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus
bermula dari bangku sekolah lagi. Khususnya daripada peringkat remaja. Ibu bapa turut
bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak daripada
peringkat awal lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan
cara membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan
menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah
sukan.

Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah
bersukan yang utama ialah dapat mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana
individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi
melahirkan remaja yang sihat, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental. Dengan
kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi
dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung
minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan
diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak
berfaedah. Bukan itu sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian
meruncing belakangan ini.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan
diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal
berterusan, bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. Jadikan kegiatan
bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Remaja Aktif Bersukan, Norsuhaila Ibrahim’
Majalah Dewan Siswa, April 2017

7
Bahan 2 - Grafik

You might also like