You are on page 1of 1

PROSEDUR PEMBUKAAN SEKOLAH SMK DESA KENCANA SESI PETANG

A. Waktu Kehadiran (Petang) Pelajar Luar.

1. Pelajar akan datang ke sekolah mengikut satu laluan sahaja iaitu melalui laluan pejalan kaki Dewan Semai
Bakti. Laluan Pagar Utama hanya guru sahaja dibenarkan.
2. Pelajar akan duduk di kawasan sekitar dewan terbuka (tapak perhimpunan) dengan penjarakan 1 meter.
3. Pelajar diwajibkan memakai pelitup mulut dan hidung.
4. Pelajar akan diambil suhu oleh guru bertugas di dewan terbuka sekolah dan menggunakan sanitizer yang
disediakan.
5. Pelajar berjalan kaki dan menaiki motorsikal diberi masa senggang sebelum diimbas suhu badan.
6. Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah pelajar akan dihantar ke bilik isolasi.
7. Pelajar akan bergerak secara berperingkat mengikut laluan yang telah ditetapkan dan basuh tangan di sinki
yang disediakan di setiap blok sebelum masuk ke kelas.

B. Kehadiran Petang (Pelajar Asrama)

1. Pelajar akan berbaris di laluan dewan makan.


2. Pelajar diwajibkan memakai pelitup mulut dan hidung.
3. Pelajar akan diambil suhu oleh warden bertugas dan menggunakan sanitizer yang disediakan.
4. Warden bertugas akan memastikan penjarakan sosial dipatuhi.
5. Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah pelajar akan dihantar ke bilik isolasi.
6. Warden pastikan pelajar asrama menunaikan Solat Zuhur terlebih dahulu sebelum bergerak ke kelas.
7. Pelajar akan bergerak secara berperingkat mengikut laluan yang telah ditetapkan dan basuh tangan di sinki
yang disediakan di setiap blok sebelum masuk ke kelas.

C. Waktu Rehat

1. Waktu rehat secara berperingkat.


2. Pelajar dikehendaki beratur di luar kelas mengikut bilangan yang ditentukan oleh guru mata pelajaran.
3. Pelajar bergerak secara berperingkat ke kantin mengikut jarak (1 meter) dan laluan yang telah ditetapkan.
4. Sebelum memasuki ruang kantin pelajar dikehendaki membasuh tangan di sinki yang disediakan.
5. Pihak kantin menyediakan makanan dan minuman secara berbungkus dan pelajar akan makan di dalam kelas
di bawah pengawasan guru. DILARANG MAKAN DI KAWASAN KANTIN DAN DI PONDOK.
6. Selepas makan, pelajar akan membasuh tangan di sinki yang disediakan di setiap blok dengan pengawasan
guru secara berperingkat.

D. Tandas dan Bilik Guru

1. Penggunaan tandas dan pergerakan pelajar ke bilik guru sewaktu PdP dibenarkan dan wajib menggunakan
PAS KELUAR guru yang mengajar pada waktu tersebut.
2. Pelajar lelaki hanya dibenarkan seorang sahaja ke tandas/bilik guru manakala pelajar perempuan dua orang
sahaja.
3. Basuh tangan sebelum masuk ke kelas semula.

E. Waktu Pulang

1. Pelajar akan bergerak keluar kelas secara berperingkat mengikut arahan guru bertugas.
2. Pelajar akan keluar daripada kawasan sekolah mengikut laluan yang ditetapkan dengan pengawasan guru
bertugas. Sila pastikan penjarakan sosial dipatuhi.
3. Pelajar pulang melalui 2 laluan. Laluan Pagar Utama dan Laluan Dewan Semai Bakti. Pelajar perlu
melalui jalan raya (laluan kereta) untuk keluar ke Pagar Utama. DILARANG MENGGUNAKAN LALUAN
KOPERASI UNTUK KE PAGAR UTAMA.
4. Di asrama hanya pelajar yang tidak bergejala sahaja dibenarkan kembali ke asrama. Pelajar akan di saring di
pintu masuk ke kawasan asrama

Catatan: Pelajar wajib mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) keselamatan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.

You might also like